Thursday, July 28, 2011

Kita Yang Merancang, Tuhan Yang Menentukan

Salam dan selamat pagi Khamis.

Harini saya bercuti sebab akan pulang ke hometown dan akan berada di sana sehingga hujung minggu.

Seperti yang semua sedia maklum di facebook, kemarin petang saya mengalami kecelakaan. Pink telah dilanggar lori treller dekat traffic light wawasan plaza, berdepan bus station.

Masa tu ada saya, Encik Jay dan anak buah saya Yaya. Nangis-nangis bukan sebab cedera, saya langsung tidak cedera, tapi hati saya cedera tengok keadaan Pink (sila rujuk gambar yang saya kepilkan, saya tidak pandai setting alignment gambar kalau blogging pakai blackberry Rara ni)

Tapi Alhamdulillah, kami bertiga selamat. Cuma rancangan untuk road trip harini balik ke hometown yang sudah dirancangkan berminggu lamanya terpaksa dibatalkan. Saya balik juga ke hometown, tapi air trip, baru semalam juga beli flight ticket.

Mungkin ada hikmahnya. Daripada kecelakaan semasa jalan jauh KK-Sandakan kan. Baik lah di kawasan bandar di Kk juga.

Sekarang saya sedang menguruskan Pink untuk dibawa ke workshop, claim insurans la semuanya. Sebab kami sudah tanya, perbelanjaan untuk repair semuanya mungkin cecah RM4k.

Saya stress. Penat. Tapi tidak apa lah. Bulan mulia tinggal berapa hari lagi. Perkara baik bakal berlaku, InsyaAllah.

Thanks to family and friends yang call dan sms, mahupun whatsapp atau bbm.

Love, Cinoi xo


Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, July 27, 2011

Di mana posmen kamu sesat?? Poslaju ka poslembap?

 

These few days aku memang bengang sangat dengan poslaju. Ok, aku order barang, dan di pos pada hari Jumaat lepas. Aku tahu Sabtu mesti sampai processing centre, Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. Tapi aku saja takmau cek, diorang hantar Monday pun tidak apa.

On Monday, aku cek, item arrived at processing centre pukul 07:31.poslajuMeans the same day (Monday) mesti sampai la kan. Office aku di Sembulan, tidak jauh pun dari pusat bandaraya KK. Aku tunggu sampai pukul 5 petang on Monday, tapi tiada.

Yesterday (Tuesday, July 26th), I decided to collect it myself. During lunch hour aku pergi Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. The person in-charge said item aku sampai since Saturday lagi (July 23rd). Nahh means sistem lambat update atau menipu? tidak tau la kan. Sebab yang aku cek Monday July 25th baru sampai. Sepatutnya kalau Sabtu lagi suda ada di sana, by Monday, latest afternoon, item supposed to be arrive di office saya. Dan dia cakap status penghantaran on Monday tu GAGAL.

“Ha?? Gagal kenapa??” aku mula mau marah

Ohh mungkin dia tidak sempat tu kemarin, sekarang pun item kau dibawa keluar lagi, tiada di sini” lelaki tu cakap sambil senyum-senyum.

Aku pun keluar dari pejabat pos tu. Balik office aku tunggu sampai pukul 2.30 petang, aku call 088-231297. Jawapan yang sama aku dapat

“Item sudah dibawa keluar posmen, tunggu saja” perempuan tu jawab

“Yaaa dari kemarin saya tunggu. Harini selasa sudah, tidak kan la tidak sampai-sampai lagi. Bukan jauhh pun pejabat pos kamu dengan Sembulan ni!” haishhh panas sudah aku, nasib baik on the phone.

Aku tunggu sampai pukul 4.30 petang. Aku call lagi, lelaki pula yang jawab

“Eh? Posmen kami belum sampai sana lagi? Nanti saya call dia dulu”

“Yaaa belumm lagiii laa. Nanti kalau tiada juga, saya call kamu balik, kamu bagi saya nombor telefon posmen tu!”

Lepas letak phone tu. I wonder mana la posmen ni 2 hari tidak sampai ke Sembulan! 7minit driving pun aku boleh sampai tauuu! Aku tunggu 5 minit saja bagi dia masa call posmen dia, then aku cuba call balik, berkali-kali gagal. Engage terus phone dorang!! Sampai lah tepat pukul 5 petang baru dapat get tru, tapi TIDAK DIJAWAB. Sebab sudah pukul 5 kan. Habis kerja.

Just now saya cek lagi online, sudah tukar pula! Mention there item arrived processing centre just today! 27th July 2011!!!  Stooopiddd pentipu gila!

poslaju 2

Sekarang jam menunjukkan 9:55 AM. Pun belum sampai lagi barang gua ni. Aku siap pesan dengan receptionist office aku, kalau posmen datang hantar barang aku, panggil aku, aku mau cakap dengan dia. Macam mana kamu buat kerja ni. Sue me but still i wanna tell you that poslaju sucks all time! Eh, poslembap.

**************************

Pos Malaysia,

Sepatutnya sejak kebelakangan ini ketika perniagaan online semakin meningkat naik, kamu sepatutnya sudah mempunyai keuntungan besar di mana terdapat pelanggan tetap di mana-mana serata tempat, malah semakin ramai lagi. Dengan peningkatan permintaan tadi sepatutnya ada penambahbaikan pada servis kamu. Tapi ternyata kamu membuktikan kamu rakyat yang tipikal, tiada daya saing, dan susah untuk maju, kalau perangai kamu ini macam, memang sungguh memalukan. Kamu memang sucks all time. Sucks all time. Lebih baik kamu tukar nama daripada Poslaju kepada Postpone.

**************************

*Update (10.45 AM today)

I called 088-231297,  a guy answered, dia cakap posmen area sini bercuti kemarin wadehel. Itu masalah siapa posmen kau cuti. So harini baru dia ada. Aku tanya bila paling cepat aku boleh dapat, dia kata before tengahari, so we wait and see la. I ask for his name (the guy who answered the phone) and the postman’s name, but he refuse to give. Fine. I still buat complaint di talian 1300300300.

 

Unsatisfied customer,

Cinoi xo

 

p/s: Sepatutnya harini aku mau blog pasal Apex (Khairul Fahmi) yang dikhabarkan (rumors tauu nyahhh, u’ols jangan terus percaya tau, no no no no) ada skandal. Semalam busy timeline twitter makk, pasal skandal apex ni nyahh oi. Dan blog tunangnya, Jejari Runcing, macam semacam saja. Tapi nanti la u’ols kita gosip-gosip ok. Mak tengah hangin dengan posmalaysia ni.

Tuesday, July 26, 2011

Handbag Raya

 

 

Melihatkan blog Sheila, entri Raya Preparation, aku juga tiada preparation raya.

Beli kain juga pun tiada. As usual aku beli ready made saja la mungkin nanti. Tapiii aku sudah jumpa handbag, yang sesuai dipakai secara kasual, mahupun berbaju kurung pink mahupun jubah kaftan paddle pop colour!

Guess 2

Tapi. Ya ada tapi. Tapi aku belum beli lagi =_=’ Handbag tu masih ada sana lagi di kadai. Itu kan Guess tu kan suda 40% SALE pun harganya masih lagi RM236. Huhaihuhaihuhai

Mari lah kita sama-sama berdoa supaya beg tersebut masih ada di situ pada bulan hadapan. Bulan ni tidak boleh bah. Uhuk.

Nahh sengaja aku taru gambar, supaya kamu boleh save’kan rupa beg ni di memori kamu, supaya mana la tau kan ada siapa-siapa mau hadiahkan aku handbag sempena apa-apa kah boleh juga ni cadangan hiasan hadiah. Hadiah birthday in advance pun boleh, digalakkan!

Guess 1 *Nahh kamu tidak kesian ka tengok muka orang ni. Teeeheeee

 

Until then. Bye shopaholic!

 

Love,

Cinoi xo

Monday, July 25, 2011

Ohhh Nephewww!! Phewww!

 

Kemarin, on Sunday masa keluar jalan my nephew mau ikut. So bawa la, no hal, besar sudah di senang lagi dijaga.

Funny thing is, 1st saya memang mau pergi Sinsuran (KK), sebab ada mau beli barang di sana. Muka si Osh ni buruk betul. (Kadang-kadang panggil dia Osh, kadang-kdang E’em). Buruk mukanya serta tiada mood nya dia jalan di Sinsuran.Nephew 0 

Lepas dari Sinsuran, masuk dalam kereta, haus, mau menyusu. Kesian baring, Miss Pink tiada bantal.Nephew 6

Lepas dari Sinsuran, kami ke Suria Sabah mall. Masa on the way mau masuk parking, tiba-tiba si Osh bersuara “Yeay, alan situ, suk lalam” (Yeay, jalan situ, masuk dalam) Amboi, semangatnya kau ke shopping mall.

Nephew 7  *Sepatutnya pic ni macam paparazzi shoot. Tapi begegarrr pula. Camera telefon cuma! Tapi patut oke bah, ntah la ni orang begegar ambil gambar saya. Orang bah, jangan la bh begegar lagi kalau ambil gambar. Lainkali kita bawa jak tu DSLR lahhh kalau begini.

Punya lah dia berlari-lari di dalam suria. Kurang asam punya budak, padai memilih tempat kau ya.

Ada satu butik baju kids di dalam Suria ni, aku mau belikan dia baju di situ. Haritu sudah tengok. Tapi bila bagi dia try, besarrr plak tu baju dan tiada size. Biasalah aku, kalau sudah mau macam yang aku imagine, susah hatiku mau berubah pilih yang lain. Aku cari juga sipi-sipi macam yang baju 1st tadi yang besar tu, macam imaginasi ku.

Pastu cari di Metrojaya, nampak saja besar tempatnya, tapi pilihan tidak ramai pun. Sekalinya termasuk pula ke toys section. Ayuh kita tengok gayanya!

*Dia tunjuk bajunya tu, dia cari Thomas and Friends punya toys, macam di baju tuNephew 1Nephew 2 Nephew 3

*Nahh jumpa sudah. Tapi aku tidak berkenan. Harganya mahal macam tidak berbaloi dengan toys nya. Sampai rumah binasa jua. Aunty Noi suka lagi belikan baju. Boleh dipakai jalan. Nephew 4

Lagipun Naim Firdaus mahu ni transformer cuma sebab terpengaruh dengan movie Transformer yang dia tengok di cinema hari tu. Minatnya sebenarnya kepada music. Ada drum, gitar dan toys music yang lain di rumah yang diguna lama. Kalau toys robot begini, sekejap saja hayatnya.

So memang aku tidak bagi la mainan tu. Bagusnya si Naim Firdaus ni, mudah dipujuk. Tiada teriakan tangisan atau melalak, dia faham juga auntynya banyak belanja bulan ni. Nahh aku belikan juga toys dari situ tapi yang murah dan kechil sikit. Kesian dia. Sabar saja la dengan Aunty nya ni. Tapi dia cool seja. Dia yang buat toys tu macam besar. DIa main bersungguh-sungguh juga. Love yuu la E’em. *terharu*

Nephew 5

Lain kali kita jalan-jalan lagi! Aunty Noi belikan toys besar sikit. Ehhe.

Love,

Aunty Noi

p/s: harini 2kali update blog. Scroll down untuk entry harini yang terdahulu.

Selamat Pagi Kota Kinabalu

 

 

Salam dan selamat pagi isnin semua *love love*

Pagi-pagi lagi sebelum pukul 7 hantar Kak Lini pergi airport, KKIA, terus tapau McD breakfast i love! Mcd KKIA Sebenarnya mau tapau Set No.6 ada 2 hotcake, dan 1 daging tu kan. Tapi oleh kerana kipassusahmati No.7, aku tersebut pula No.7! Masa ambil tapau tu baru perasan, aik kenapa hotcake saja yang ada? Dagingnya mana? Rupanya aku sendiri yang sebut nombor 7 tadi (baru sedar~)

Yang bestnya di KKIA Terminal 1 pagi-pagi ialah melihat tinggi-tinggi gunung kinabalu tinggi lagi sayang sama kamu. Tersergam indah betul-betul di hadapan menghadap KKIA. Subhanallah indahnya.

Lepas tu terus sampai office belum pun pukul8. Paling semangat!

2 sebab kenapa sampai office awal

  1. Kena hantar Kak Lini ke KKIA pukul 7. So aku bangun awal.
  2. Minggu lepas hari Sabtu aku tidak datang kerja, ponteng berMC, so harini tableh lambat datang office. Kena la cover balik kan. Teeeheee. Begini lah perangai orang mau berhenti kerja sudah. Sukahati dot com. Sila jangan contohiihihih.

*Nahh ini sudah selamatIMG02202-20110725-0825

 

Bye. Jangan layan monday blues sangat, nanti memakan diri sendiri ;)

 

Love,

Cinoi xo

Friday, July 22, 2011

Baju Kahwin RM7.2 Juta

 

*shocked*

Gila lah. Bukan alang-alang. Barang kemas Rafflesia sponsor (itu dibagi terus kah atau kasi pinjam time kahwin ja eh?) Kasut Datuk Jimmy Choo. Plus baju 2 persalinan bagai semuanya RM7.2 Juta. Kalau cerai juga nanti tidak tau la kan. Ehhe. Jahatnya aku kan. Semoga berpanjangan. Dapat reward mengambil suami dan ayah orang. Daa~~

Wedding of the year dinilai dari harga bajunya?

Eh lupa bagitau, ni Memey punya wedding ya. Ahha. Memey Suhaiza bah. Yang Norman Hakim tu.

Tunggu la 24 September untuk tengok semua tu ya. Dunia dunia.

Source nya beautifulnara .

Sebaik-baiknya besederhana la ya.

Ok la bye.

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, July 21, 2011

Entri Untuk Perempuan : Lindungi Ehem Anda ;)

 

Lelaki boleh saja baca, untuk knowledge.

Kamu tahu apa itu V-Zone, atau ada orang panggil dengan nama Cik V.

“Eh Cik V aku gatal la” tiba-tiba member kamu cakap macam tu. Ehhe ehhe.

Is you V Zone in the pink of health?

Banyak cara nak jaga V Zone kamu. Selain membasuh dengan cara yang betul (jangan menggunakan pencuci peribadi terlalu kerap), pastikan juga keringkan selepas basuh jangan terus pakai seluar heypp! Di situ lah gunanya toilet paper ok puan-puan.

Selain itu, pantiliners juga penting, untuk menjaga memastikan kekeringan, mengawal bau, untuk menyerap peluh keringat, kurangkan keputihan dan untuk masa akhir-akhir period, takkanlah kamu pakai pad yang tebal lagi tu kan. Ada jenis pantiliner yang wide and long, untuk penghujung period. Aku setiap hari pakai pantiliners, kalau tidak memang rasa tidak selesa mau keluar. Kurang yakin.

Kotex ada semua tu.

Fresh Liners Kini Dengan Wajah Baru

*click to enlargeKotex Pantiliners

Sekarang dengan packaging baru lagi, semua HIJAU. So kalau beli, baca jenis dia betul-betul. Jangan tersalah beli sampai rumah baru nak kecewa (macam selalu jadi dekat aku).

Ok. Selamat mencuba!

Kemalangan Paling Ngeri Aku Pernah Rasa

 

 

Aku memandu seperti biasa. My best friend duduk di sebelah. Both pakai seat belt. Sronok-seronok memandu aku terlanggar kereta depan. Haiya. Setel.

Kemudian, bff aku pula yang drive, aku duduk sebelah. Tiba-tiba, sampai di satu traffic light, ada lori dan treller sedang kemalangan yang dahsyat depan mata aku. Aku pun jerit kuat-kuat dekat bff aku “Berenti!! Berenti! Berenti!! Elak! ELak!”

Dia pun break, kemalangan tu di depan kami. Kami ingat kami sudah selamat. Tiba-tiba lori yang tergolek naik atas treller berpusing-pusing menuju ke arah kami yang berhenti, lalu terkena Miss Pink. Miss Pink terpelanting ke tiang lampu berdekatan dan kemek, renyuk dan terbelah. Betul-betul macam fast and furious.

Dalam keadaan kereta terbalik, aku masih lagi terlekat pada kerusi sebab pakai seat belt. Aku nampak bff aku terbaring tengah jalan “Kau ok??” dia jawab “Ok ok”. Aku pun tanggalkan seat belt, dan pergi ke arah bff aku. Kemalangan tu berdekatan satu rumah ni.

Aunty cina dalam rumah tu keluar dan bawa kami masuk ke dalam rumahnya, tiba-tiba. Macam membantu gitu. Dia cakap dia uruskan Miss Pink. Bila sudah lama sikit, aku jenguk ke luar tingkap rumah tu, Miss Pink sudah tiada di tepi jalan. Tow truck aunty cina tu sudah bawa pergi.

Masa dalam rumahnya, aku nampak dia jemput orang lain juga masuk. Orang lain yang kemalangan di tempat yang sama, kereta mereka juga sudah ditarik oleh tow truck aunty cina ni. Ramai la pulak dalam rumah tu yang dia tolong.

AKu sudah syak wasangka dan rasa tidak sedap hati. Aku bajet, mesti aunty cina ni yang buat accident semua ni terjadi, jadi boleh dapat untung dapat banyak kereta masuk workshop dia. Yang peliknya, kenapa dia nak simpan orang-orang yang accident tu sekali dalam rumah dia. Macam dipukau.

Aku pun bisik bff aku ajak dia cabut dari situ. Masa perlahan-lahan cuba untuk keluar dari rumah tu, aunty cina tu tersedar, dengan  sepantas kilat tapak kaki dia sampai di dadaku sambil jerit “Lu mau pigi mana ah??”

Sakitnya dadaku, sampai susah mau bernafas. Rasa nak jerit. Tiba-tiba aku tersedar, sambil menjerit kechil. Astaghfirullahalazim. Aku mimpi rupanya. Jelas sekali mimpi tu. Sungguh aneh sekali.

Baca doa dan cuba untuk tidur balik laju-laju sebab masa untuk tidur sudah tinggal sedikit, pagi-pagi kena bangun pergi kerja pula.

Dan sekarang di tempat kerja, aku tengah buat BQ (bill of Quantity), kena siapkan untuk dua projek, both projek buat jalan raya. Aku mengantuk gila tableh blah, so aku blogging lah pasal mimpi semalam yang menyebabkan masa untuk tidur aku tinggal sedikit dan membawa kepada kemengantukan yang amat sekarang.

Terima kasih kepada yang membaca hingga ke akhirnya, kamu memang batu. Sekarang rasa mengantuk sudah hilang sedikit dan saya mahu sambung buat BQ.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, July 20, 2011

Learn Mathematic People! Learn Maths.

Jom belajar matematik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Pada umur 60 tahun, punya lebih kurang 24,000,000usd.

24,000,000.00 ÷ 60 = 400,000.00

400,000 ÷ 12 bulan = 33,333.33

Nah. Dari umur 0 tahun, sebulan menyimpan 33,333usd. Kreatifnya. Sungguh kritis betul!

Boleh tolong convert ke RM, anyone?

"Menabunglah Untuk Masa Depan Yang Lebih Cerah!"


Berkhidmat Untuk Negara ya,
Cinoi xo


Sent via BlackBerry from Maxis

Wordless Wednesday [8]

 

 

Bulan di siang hari

Tuesday, July 19, 2011

Bersenamlah Untuk Kesihatan dan Kecergasan

 

Lately, petang-petang aku jog di Perdana Park, Tanjung Aru. Ceh lately konon, padahal baru few times.

jog perdana park*Ini gambar kemarin di snap oleh telefon pintar Samsung Galaxy bukan aku punya.

 

Yang tidak best jog di Perdana Park:

  1. Parking berbayar, 50sen untuk setiap jam bagi 4 jam pertama, kemudian RM1 untuk setiap jam dari jam ke 5 hingga tidak pasti.
  2. Tandas 50sen. Hari tu aku masuk tandas untuk tukar baju sebab dari kerja terus ke situ, makcik jaga tandas tidur, so aku masuk saja la. Bila aku keluar, dia sudah bangun, minta 50sen dengan aku. Aku pun jawab “eh makcik saya tukar baju saja, tiada kencing pun, berak pun tidak, langsung tidak buka paip” tapi dia minta juga, so aku pun patah balik ke kereta ambil 50sen =_=’ macikk niiiiiii…..

 

Yang best jog di Perdana Park:

  1. Tracknya panjang dalam 1 bulatan tasik yang besar, tidak bosan dan lambat penat. Kalau bulatan kecil, macam di Grace Point punya tempat jog, rasa macam berpusing-pusing pening sebab baru sekejap sudah sampai the same spot tadi.
  2. Ada air free. Terima kasih TIMATCH. Eh timatch bah kan Ona? Correct me if I’m wrong.
  3. Lepas jog, kalau sempat tunggu la, pukul 7 ada Musical Fountain yeay!

Itu saja. Bersenamlah setiap hari demi kesihatan dan kecerdasan. Sehari berapa banyak kalori kita consume, kena bakar la balik kalori tu sebelum dia jadi fat.

 

Love,

Cinoi xo

MALAYSIAN SPIRIT ALL BOTTLED UP IN ONE VIDEO!

p/s: boleh kah rehat jog harini? penat. ehhe.

Monday, July 18, 2011

Periuk Nasi

 

 

Berhubung dengan perkara yang INI, saya sudah membuat keputusan untuk menerima tawaran kerja baru tersebut. Ehe ;) Keputusan dibuat secara tiba-tiba.

Antara sebab yang saya dapat fikirkan SELEPAS membuat keputusan itu ialah:

  1. My current company is BIG. Project at Terengganu, Perak, Johor, Sabah. Project completed to date including Water,Sewage and Drainage Works,  Dredging and Land Reclamation, Breakwater, Shore and Coastal Protection Works, Building Civil Engineering, Specialized Civil Engineering, Road, Bridges and Ports.  TAPI, the new company is BIGGER. The new company is a subsidiaries of this company which is a public-listed company in Main Board of Bursa Malaysia. You can google both current and new company, and compare. PM me to know the name of the company.
  2. The new company have this annual dinner, family day, sports! Oh i miss playing netball.
  3. I want to try something new. Kalau saya tidak cuba, saya tidak tahu saya boleh atau tidak. Saya tidak dapat pengalaman tu. Dan saya akan terfikir-fikir tentangnya selama 30% daripada hayat saya (lama tu) adakah best? Adakah bagus di sana? Apa rasanya di sana? Nahhh. Belum cuba belum tahu kan. Jadi, saya mau! Teeeheeee. I do not want to regret the opportunity i didn’t take.
  4. Tentang gaji. Sudah tentu offer gaji di company baru lebih banyak sedikit dari company sekarang, kalau tidak masakan saya terpancing kan! Duit bukan segalanya, memang betul. Tapi segalanya memerlukan duit sekarang. Kamu rasa gaji saya sekarang banyak? Cuba try duit tu sudah dalam tangan, buat kira-kira, bayar ini itu. Bakinya tinggal berapa. Simpan berapa. Biasalah, manusia tidak pernah puas. Aku lagi ni, cuma manusia biasa yang mudah terpengaruh dengan SALE di mana-mana. Haish.
  5. Career improvement. Di sini saya banyak buat Project Management punya kerja. Kalau suatu hari saya mau buka company kontraktor sendiri (Memiliki syarikat kontraktor sendiri ialah cita-cita saya), knowledge project management ini amat membantu, kerja di sini 70% project management, dan 30% technical (namanya pun sudah Planning Engineer). Saya lemah sikit bahagian teknikal. saya akui. Sebab tu saya selalu mengeluh bila kena suruh kira steel la, review drawing la, dapat saya buat, tapi ambil masa lama sedikit dari orang biasa buat. Kerja di sini pun sungguh rilek dan tenang . Tapi, di company baru adalah lebih mencabar scope of worknya. Saya mahu mencabar diri sendiri. (Mimi http://fionadeadlylove.blogspot.com/ cakap, cabar diri sendiri!)  Kedengarannya begitu hectic di sana dan lebih kepada bahagian teknikal. Adakah saya akan dapat menghadapi stress yang bakal melanda? Kita tunggu jawapannya bulan depan! Teeeheee
  6. Untuk mencantikkan resume (Sheila http://binikedek.com/ yang cakap), apabila saya terima kerja di company baru ni, ada sudah nama company besar dalam resume saya, maka resume itu akan lebih cantik. Bila resume cantik, ada background yang kukuh, boleh menjamin kerjaya.
  7. Kesimpulannya, it is not that the current company is not good. It is just the new company is better.

Saya sekarang dalam notis 1 bulan. Pertengahan bulan depan saya akan mula bertugas di company baru tersebut, yang juga merupakan company ke 4 saya pernah bekerja dengan, sejak saya grad ;) Ehh tidak rasa la maknanya saya bekerja di sini sudah/cuma 8 bulan, rasa macam baru masuk kerja bulan lepas.

************************************************************

Maka, untuk menggantikan saya ;)

Vacancy : Civil Engineer (Planning)

Office di Sembulan. Banyak kedai makan di sekitar office, jangan risau ;)

Sesiapa yang berminat boleh la menghubungi saya, atau ada ahli keluarga atau kawan-kawan yang berminat boleh hantar resume ke emel saya srinoor_astika@yahoo.com atau terus ke email company klsb_kk@yahoo.com

Requirements; Degree in Civil Engineering, ada lesen memandu, excel in Microsoft Excel, Autocad, familiar with drawings, apa lagi? Semua yang basic la asalkan kamu tahu bekerja dan rajin belajar. Scope of work, kamu cuma reporting to the Project Manager, so Project Manager ni kamu punya immediate boss la. Boss besar ada di HQ, Ipoh. Buat project planning throughout the project, update with the progress (S-curve), prepare progress report every month, few technical stuff macam taking off, mostly for steel bars and concrete la, and some other basic materials. And always be ready if have to go to site if need arise. Ok?

Untuk lebih lanjut, boleh personally contact me ok!

************************************************************IMG01981-20110711-0953*Above picture is view of my main desk

*Below picture is view of my 2nd desk (just behind me when I sit at the first desk) IMG01982-20110711-0953

Thanks for reading lovelies. Have a great Monday ahead ;)

 

Love,

Cinoi xo

 

p/s: kadang-kadang saya rasa saya salah bidang. Kadang-kadang rasa macam mau jadi Event Manager ;) atau kerja dalam bidang tourism, atau fashion. Macam-macam!

Thursday, July 14, 2011

Macam Mana Buat Password Protected Entry

 

Kamu ada baca password protected entry saya di SINI? Oh, yang belum baca dan mahu baca tu boleh request password di cinoi17@yahoo.com ok!

Ok. Kalau di wordpress, mudah saja buat password protected entry, sebab memang sudah ada di situ ya option dia tinggal pilih saja. Kalau di blogspot, ada leceh sikit. Tapi masih boleh buat ya.

1. Mula-mula sekali, copy  Javascript code di bawah ni

<script type="text/javascript" src="http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/jsencryption.js"></script>

Pergi ke LAYOUT –> EDIT HTML, paste code di atas ni sebelum </head> (benda ni buat sekali saja seumur hidup, melainkan kamu ada tukar layout blog kamu ok!)

2. Lepas tu, pergi ke http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/

password protected entry

3. Key – Masukkan password yang akan kamu gunakan

4. Plain Text – Isi kandungan entry yang kamu mau password protectedkan tersebut

5. Lepas tu klik  ENCRYPT

6. Kemudian code akan keluar di kotak purple (HTML Code), copy semuanya.

7. Dan pergi create NEW POST, paste kan semuanya. Kemudian Publish la! Siap!

Kalau untuk entry yang bergambar, upload dulu gambar di NEW POST tu. Di kotak NEW POST tu kan ada COMPOSE dan EDIT HTML. Lepas upload gambar tu, pergi EDIT HTML, copy semua coding gambar tu, paste di PLAIN TEXT di atas (http://www.vincentcheung.ca/jsencryption/), buat langkah 3,4,5,6,7. Siap!

Benda ni aku belajar dari blog Redmummy pada tahun 2008. Selamat mencuba!

 

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Kalau suka jangan lupa LIKE ok. Sharing is Sexy!

Wednesday, July 13, 2011

Selepas 2 Tahun

 

Pagi tadi isu di Hot FM pasal driving class kan? Pasal ambil lesen lah lebih kurang. 2 tahun lepas aku ambil lesen, prosesnya sekejap. Table test tu aku habiskan tidak sampai 10minit, semua soalan baca laju-laju dan pilih laju-laju. aku kan mau cepat saja orangnya. Class 8 jam pun aku ambil 4 jam sahaja, sebab aku sudah memang boleh drive masa tu. Dan dapat lah lesen P, yeay!IMG01912-20110706-1216

terus angan-angan, mau beli kereta INI!!

Selepas 2 tahun, finally on the July 5th, lesen P aku habis, yeay! Tapi baru last Monday aku ada masa pergi renew lesen.

IMG01999-20110711-1718 *Pakai gambar last year. Agagagagaga

Ehe, tapi sticker P di Miss Pink tidak akan saya cabut dulu, sebab ada orang lain yang drive Miss Pink selalu masih berlesen P! Ehehehehe *waving*

Sebenarnya, sebelum ada lesen lagi dulu aku sudah start memandu sendiri, ssshhhhh jangan bagitau orang. Teeeheeeee.

Pandu cermat jiwa selamat. Ada pemandu lagi bagus. Agagagagaga

Bye.

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Join the RACE with me!

Wordless Wednesday [7] (work)

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, July 12, 2011

Stay Away from Shopping Mall for Your Wallet Safety

 

Last weekend, on Sunday, mulanya mau visit kedai Cupcake, Calendar Cupcake di Lintas tapi tutup. Jadi, nda kan lah mau balik rumah kan.

So, ok lah, pergi tengok movie. Semuanya tiada dalam rancangan. Tiba-tiba.

Nasihat saya, if kamu berperangai macam saya, you have to stay away from shopping mall. Kalau mau tengok movie, buat macam selalu, cek di internet dulu apa movie yang ada, book the tix. Datang ke tempat menonton movie tu (selalunya shopping mall la) setengah jam sebelum movie. Kalau main terjah, kamu akan end up jalan-jalan di shopping mall habiskan duit sementara tunggu masa movie kamu, sebab the nearest show sudah fully booked, it’s weekend.

Saya pergi Suria, around 2.20pm. Cari-cari wayang, mostly yang tidak glamour, ada yang top punya wayang tapi sudah ditonton. Then nampak Mr.Popper’s Penguin, but the show was at 2.25pm (we definitely missed this one, hall full), so next show was at 4.30pm.

So sementara tunggu 4.30pm tu, we have like 2 hours for sight seeing di dalam mall. Which will cost you a lot! 1st, masuk MNG, SALE! Demmit. Tshirt biasa tu RM24 sahaja, so saya pun try colour yang saya belum ada. Lepas try maka beli juga pun! Lepas tu konon window shopping, masuk semua kedai cuci mata, nasib baik bila saya masuk Cotton On, tiada yang menarik pandangan saya. Fuhhhh! Lepas tu jalan-jalan semua kedai comel-comel saya masuk. Ter beli 2 ribbon clip, 1 corak vintage flower, satu lagi hair clips jeans ada bling-bling and pink ribbon. Juga terbeli zippo Angry Bird! Uhuk. Beli car charger la apa la, ah ah ah.

Lepas window shopping, jalan-jalan tu mesti mau snacking juga kan. So pergi Big Apple yang sekali duduk cost us both about RM20. Lepas tu dekat-dekat 4.30pm pergi queue sudah, beli lagi popcorn and drinks untuk kudapan semasa menonton Mr.Popper’s Penguin [Kalau rajin saya review nanti ya]

Haiya. Sebenarnya, kos bulanan kita yang banyak dan kadang-kadang kita tidak nampak ke mana duit tu pergi ialah kos-kos kecil macam ni la, car park, pergi minum, beli snack, donut, beli klip kecil-kecil. benda-benda kecil begini la yang banyak sebenarnya, affecting our monthly expenses.

So, stay away from shopping mall for your wallet safety okay! Bukan shopping mall saja la. Lebih baik duduk diam-diam di rumah. If i stay at home, I could have save around RM150 to RM200 last weekend, that’s a lot! But what done is done. Apa pun dapat juga barang baru dan tengok movie kan ;) Ehe. Just learn to save money la ok (pesanan untuk diri sendiri)

Bye.papparazi shoot

 

Love,

Cinoi xo

Monday, July 11, 2011

Careful With Your Words

This is a password protected entry.
You can email me at cinoi17@yahoo.com, or fb message to get the password ;)

Oh. ini ialah kesinambungan previous entry

Klik di bawah, dan masukkan password



Oh, saya juga pernah buat entry password protected ni pada tahun 2009, di sini dan sini.

Bye.

Love,
Cinoi xo

Sunday, July 10, 2011

Why are people so racist?

Salam and hello people.

Kenapa orang sekarang racist??

I just get offended by some people di facebook tadi, selepas saya memberi definisi tentang subjek yang dikatakan oleh seorang rakan.

Siap ada yang komen
"kami kat semenanjung tak amalkan adat ni"

If you are not racist, enough u just say "family kami tak amalkan benda ni"

I tiada pun sebut
"Sabah amalkan benda ni"
I didn't even mention my state, Sabah. I just give a definition and example for the subject on that status.
I said family saya buat benda ni, itu bukan amalan pun. It depends.

Ada yang siap cakap
"Tak perlu la benda-benda macam ni, merumitkan je"

Its an offense if u said "tak perlu la benda macam ni" to those yang buat macam tu sebab adat dan tradisi. I tak cakap pon perlu. I just said my family do it.
It depends, kalau mampu, buat la, kalau rasa rumit dan tak mampu, then don't.

Ok. Bye.

Good night love.

-Cinoi xo


Sent via BlackBerry from Maxis

Saturday, July 9, 2011

017

 

Nombor telefon aku yang only consist of three numbers yang berulang-ulang (nombor 0, 1, dan 7) sekarang sudah berumur  7 tahun. Iya 7 tahun. Mula-mula aku beli dia cuma nombor prepaid (RM88). Sudah kerja, 2tahun lepas aku tukar kepada postpaid, Maxis. Sebab susah bah kalau tiba-tiba perlu call tapi kredit habis. Aku cuma pakai pakej Value 50. Setiap bulan cuma bayar Rm50 unless terlebih guna.

Bila aku pakai Rara (my blackberry bold), aku subscribe lagi BIS (Blackberry Internet Service) Rm55 sebulan. So monthly aku bayar around RM105 la, unless terlebih guna (again)

For 2 months, Rara sakit, number 017 tu memang tidak on la. tapi bill dia jalan. Saya totally forgot. So still I have to pay the value 50 la kan, sebab dia pakej. Aku cuma sempat request off kan BIS. Bulan ni Rara sudah sihat. Aku subscribe semula BIS yang Rm40 sahaja. Sebab di office ada WIFI. So kurang guna BIS sangat. Di rumah pun recently tiba-tiba ada WIFI (hehe)2011-06-29 14.07.34

Aku ingat, bulan ni last lah aku pakai Maxis postpaid. Sebab aku memang jarang guna untuk call dan sms, kawan-kawan di Sabah ni macam tiada satu orang pun yang pakai Maxis. Mau pakai prepaid sahaja, JIMAT. Sebab sekarang kan banyak yang provide internet service untuk nombor prepaid juga kan kan kan.

But prepaid provider other than hotlink, kelajuannya macam kureng. Ya maxis memang kelajuannya laju. So I am thinking of pakai prepaid Hotlink semula la. (I have 1 other number juga, celcom)

Lagipun sekarang Hotlink ada Hotlink iChannels. Senang mau top-up juga kan.Tidak khuatir juga kalau tiba-tiba perlu call, tapi habis kredit. Sebab boleh top up bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. 3 cara:-

  1. Online
  2. Atms/CDMs/terminals
  3. And on your MOBILE

Dan if kamu pengguna Hotlink, dan main GAME ini. Kamu entitled to win prizes. So by end of this month, saya bukan lagi pengguna Maxis, tapi Hotlink (cewah padahal adik beradik bah ni)

Ok. Berjimat cermat amalan kita.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, July 8, 2011

Marie France Bodyline Promotion

 

As promised here.

Last week was my visit to MFB. Ada yang cakap saya kurus kering, mengada mau pigi sana kan, tapi kamu tidak tahu di dalam baju keadaan perut dan peha saya macam mana. Ah ah ah.

IMG01887-20110703-1408

Macam mana tiba-tiba Marie France? Ada kan iklan nuffnang di kanan dan bawah top entry blog ini. Saya klik iklan dan ada promotion offer from Marie France, I just fill in the form, then few days later they called. So rajin-rajin la klik ya mana tau dapat promo yang best-best.

How much is the promotion? It was RM58 only. Untuk LST treatment (saya lupa suda apa tu LST), masker, urut.

The process: Mula-mula ditimbang. dan diberi consultation la. The result timbangan bagi berapa berat, dan bila key in tinggi, dia bagitau berapa berat yang sepatutnya, berapa peratus air dalam badan, lemak dalam badan, etc. IMG01882-20110702-1743

First, dia bagi urutan dengan krim saya-sudah-lupa-nama-krim-itu. Urutan di perut ya. tapi sebelum mula semua dia urut bahu, kepala, leher, tengkuk. Memang nyaman. Dia urut memang geli dan sakit. Lepas tu dia letak something macam seaweed di perut dan peha. For female, boleh pilih bahagian mana mau dikecilkan, for Male only perut sahaja. Lepas tu dia biarkan seaweed cream tu di perut dan peha. Dan dia selimutkan dengan selimut panas sampai aku tertidur dengan nyenyaknya.IMG01888-20110703-1410

Second is wrapping. which is dia balut dengan kain look like a bandage all over you macam mummia. Then wrap dengan plastik. For 20 minutes.IMG01894-20110703-1546

The result; Ukur lilit perut dan peha berkurang 3inci.

Itu cuma rawatan basic sahaja, yang terdapat dalam promosi ok.

MFB juga bagi jadual makanan, tahap kalori dan fat dalam makanan tu, menu cadangan, dan jadual untuk catit semua yang kita makan during rbeakfast, snacking, lunch, snacking, dinner. So nanti datang balik sana, nutritionist akan review our jadual, dan timbang berat dan bagi consultation lagi.

Selepas pergi, kamu akan rasa motivated tiba-tiba dan terus rajin minum air dan berjoging setiap hari. percayalah.

Full package for slimming treatment di Marie France is about 9k to 10k tauuu. Tapi selepas treatment di atas dia akan bagi kamu promosi berharga kurang dari RM2k sahaja. So rawatan yang 9k something tu kamu boleh dapat dengan harga murah sahaja. Itu rawatan setiap jenis sebanyak 5 kali. Kalau kamu mau buat sekali sahaja, paling murah boleh dapat around below RM500 sahaja ok. Nahh cepat pigi Marie France Bodyline. Buat setiap jenis treatment sekali pun tidak apa, the rest is kamu punya usaha sendiri sebab lepas pergi sana kamu akan auto-motivated tau untuk jaga pemakanan.

Other than slimming (which tiada sangat keperluan untuk saya except di bahagian perut dan peha), dia ada juga facial treatment. Saya dapat harga promosi RM100++ sahaja untuk facial treatment yang berharga RM700++ kalau tidak silap. Nehhh best kan. Tidak sabar untuk temujanji facial treatment yiihaaa.

Apa tunggu lagi, try your luck. Manatau ada promosi yang lebih hebat dari yang saya dapat ni kann kan kann. Go click MFB now! RM58 only.

It’s time to look fab with Marie France Bodyline.

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, July 7, 2011

Katakan Dengan Indah

 

Kemarin adalah hari yang sangat mengujakan sekali. Banyak good news and berita gembira (ahha apa beza good news dan berita gembira). Sampai badan aku mula lemah kerana terlampau banyak excited, menggigil di petang hari. Lepas kerja cepat-cepat pergi beli murtabak macik di Sembulan. baru tenang sikit.

Pertama, my best friend for life telah mendapat offer kerja di sebuah jabatan kerajaan, dalam bidang civil engineering juga la. sama bidang kami kan. Teeeheee. Tahniah. Saya belanja kamu pergi tengok mini konsert Aizat di KK ok. Saya dan keluarga turut gembira dengan lantikan tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Kedua, kemarin juga saya mendapat call dari sebuah syarikat yang agak besar juga di Sabah, bagi offer kerja.

“This is Karen, do you remember last time you came for interview?”

Last time? It was last year, Dec 2010 okay. Almost deleted from my memory, jimat ruang.

“Still interested?”

“Please give me some time to think about it okay, how much does the company offer me? “

“Basic RM ehem ehem”

Ohh, tableh up sket up sket ka? Tidak apa lah tamak plak aku ni, atleast yang di offer tu tinggi dari gaji sekarang anyway “can you email me the details, where will I be located, the offer, the job scope. Thanks.”

So, I have 1 week to consider this job offer. Adakah orang yang sembahyangnya tidak cukup diterima solat sunat istikharahnya? Huhuhu. Membuat keputusan bukannya mudah. Eh, mudah saja buat keputusan, tanggungannya nanti, itu yang susah. Biasa aku ikut instinct ataupun ikut hati saja.

Banyaknya berita gembira. Kadang-kadang aku malu, aku selalu lupa menyembah Tuhan, tapi Dia tetap ingat sama aku. Allah Maha Pemurah.

Ehe. Anyway, I am on to something juga ni other than the above job. Just wish me luck for everything ok. Hari ni juga mau makan sedap-sedap sebelum gaji yang beru diterima semalam lesap begitu sahaja.

Bye semua. Have a lovely Thursday.

Love,

Cinoi xo

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday [6]

 

 

Jeruk Tg Aru Beach

Tuesday, July 5, 2011

Lama tidak update

 

..sebab aku ada banyak task di tempat kerja. Bila sibuk, banyak task, sindrom writers block tu auto datang. Task di office yang penting, besar, kira heavy dan ada dateline,aku memang tidak senang hati. Mau blogging pun rasa malas.

Sebab most of blogging time is during office hour kan. Di rumah pun macam tiada mood mau blogging, sebab aku gunakan sepenuhnya masa tu untuk buat benda-benda yang tidak boleh buat di office. Contohnya, berhenti pandang monitor computer ;) which is di office aku memang tidak boleh elak untuk pandang. Lagipun sekarang ni di luar waktu pejabat aku lagi ada sesuatu yang harus di atur. Haish nantilah aku cerita in details when the time comes.

Ada few pending updates/story yang aku mau share, tapi belum kesempatann. Antaranya

  1. Visit ke Marie France Bodyline (Bukan sebab aku banyak duit untuk ditabur, kalau kamu dengar pakej dan harga yang aku dapat, kamu pasti ketawa)
  2. Projek Pistol show di Razz (1st July 2011)

Lain-lain isu semasa kamu boleh baca di blog lain. Sekarang blogger kebanyakkannya ikut season. Hari ini isu BERSIH, semua sa sini pung pang pung pang cerita pasal BERSIH. Hari ini isu simbah asid, sana sini bla bla bla cerita pasal simbah asid. Hari ni cerita HACKERS, sana sini bising-bising mau di hack la hackers la apa la. Semua cerita lebih kurang saja. Aku cuba lari dari isu-isu yang semasa itu sedikit. Bukannya aku tidak sensitif, tapi banyak algi isu dalam diri sendiri belum siap dikupas. Apakan lagi mau mengupas isu lain, tidak siap kerja kita ni boss, sampai bila? Hari ni TOMOK kahwin, sana sini cerita Tomok. Sama saja pattern. Sekarang aku blogwalking mencari something yang rare sikit. Harap-harap ada. Mesti la ada.

Eh, jauhnya mengarut.

Bye la.  Anyway, aku ada lagi satu masalah, aku addicted dengan Angry Bird tidak habis-habis.  Sampai tahap setiap kali aku tutup mata, aku nampak Angry Bird tengah terbang. Lamanya addiction ku, begitu kuat betul.

angry bird*tengok aku komen ah ah ah

 

Ok lah bye.

 

Love,

Cinoi blur

Saturday, July 2, 2011

Hujung Minggu Ialah Shop-pink

 

Last time aku join a contest HERE, and lucky me I win 2nd price. Hadiahnya ialah kain cotton yang mungkin aku akan buat dress.

2011-06-30 07.47.37

Thanks to Arina ;)

Voguelicious Boutique milik Arina ni menjual banyak jenis barang. Kamu boleh pergi tengok sendiri.

Ada aksesori, cincincincin

Baju untuk PLUS SIZE pun adaPlus Size

Printed Shawl juga ada, dan banyak lagi hijab collection.

Printed Shawl 

Koleksi eksklusif jalan-jalan pun ada juga. Ah pendek kata macam-macam ada lah

Exclusive Collection

Dan yang paling disukai

sale

pun ada!

 

Nahhh. Apa lagi. Cepat-cepat berkunjung ke Voguelicious Boutique dan boleh shopping di sana harga berpatutan menawan ibu juga.

Cekidaut semuanya di http://vogueliciousboutique.blogspot.com/

 

Love,

Cinoi xo

Friday, July 1, 2011

To the 2nd Half

 

Masa berterbangan begitu laju *tipikal*. We are now at the second half of 2011. Nasib baik aku xda iya-iya sangat buat azam baru new year 2011 haritu. Kalau tidak memang rasa bongok sekarang sebab half year pun belum capai apa-apa *terjunbangunan*. Oh except I have Miss Pink already, iaitu azam saya pada tahun sebelumnya, ada kereta sendiri, dan harini ialah mandi wajib keduanya (servis) *tengok! azam tahun dulu-dulu pun baru tercapai*. So what is your accomplishment so far at the first half of 2011??

 

What’s up in July

1st July – Projek Pistol show, live in KK, Borneo Tour (Looking forward to see Edrie Hashim live, oh it’s tonight man!)

2nd July – Appointment with Marie France Bodyline

10th July – Talk at Shang Ri La Hotel

22nd July – Aizat kau pergi live in KK

30th July – My bestfriend-for-life engagement. Can’t believe he’s finally getting engaged! You’re the man buddy!! *highfive*

Habis bulan ni kita puasa!

Aku pulak?DSC_0060 *blur* Masih terpinga-pinga macam pingu sambil berkata “Huah?? Sudah bulan 7?? Dush” *shuffling (sebab telampau panik sampai bershuffle)*

 

Ok. Bye.

 

Love,

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....