Monday, March 30, 2009

i know i was put in this earth to shop

"they didn't even need any money..they have MAGIC
CARDS"


di situ la mulanya. ahaha..gila kau MAGIC CARD tu. bahaya juga actually ada magic card a.k.a KAD PUAKA ni. but there was where her believes in MAGIC started.magic sangat-lah.when she grew up, she becomes one - the shopaholic.

her description of her feeling towards stores/shopping was funny. but it is so true!


“u know that thing when u see someone cute and he smiles and your heart kind
of goes like warm butters sliding down the hot toast, that's what its like when
i see stores”

she was damn a shopaholic, and she is truly shop till she drop. the over limit credit cardS. the outstanding balance. but still cant resist the SALE word and the talking mannequin. you know the feeling when your heart beats million per sec when you see the stores. oh, i soo can understand her. its happening to us, all of the time, don't deny it.

the feelings when I want to shop, but with a tight budget I will think twice, but still, after thinking twice, I will still buy the cannot-resist item. and it can be anything from the most important thing (needs), to the most unimportant stuff, even a scarf. when i look into a stores (either online or real stores), i felt like i want something in every stores, when i saw a SALE word, i felt so rugi if i didn't purchase anything..memang rugi woo.

this movie was like talking to me. ok aza, aku mau pinjam buku tu skrg.

the story was really feels close to me.aha.close sangat la.but this was like a fairytale. she is a likeable person, funny, and a wealthy entrepreneur falls for her, and she always fool herself, like the dance scene - where she dance with Luke with the Kipas Tangan and with her funny movement and expression, at the ball - where her dress was almost the same as the waitress,and they thought she is one, with the Finland guy .ahaha.. this was the best comedy romantic movie in 2009 so far. i love it.

“they said i was a valued customer, now they sent me a sad mail”

– this quote was one of my favorite quote. what an adorable-funny person she was.

and when the good looking boss Luke Brandon ask her to write something about APR from an angle
“did u just type ..APR from an angle to google”
she was like sangat takutt and so cute n jujur “yes..i googled”

waaa…hakhakhak. two thumbs up. LUCU bah si rebecca bloomwodd ni. nama finland konon BLOOMWOOD.


“it is mr derek smeath. do not answer. it is mr derek smeath. do not
answer”
– ringtone palui dia.

aku suka betul movie Confession Of A Shopaholic ni. bagus kamu tengok wahai perempuan di luar sana. it speaks us, the perempuan yang suka shopping. kan ona?

//
ehem.rilek saja aku mengapdet blog di office. biar lah. bos pun rilek juga sudah 30hb belum bagi gaji, so aku pun rilek la juga memblog di office and waktu kerja(bukan lunch hour). pesanan utk bos- cepat la kasi gaji saya, banyak sudah saya order baju di e-boutique, saya mau bayar sudah order-order ni bos.
//

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s- aku suka semua handbeg yang boleh dilihat di movie tersebut. semuanya.


*edited:updated
-tadi Erra Fazira sudah selamat deliver a baby girl Engku Aleesya Engku Emran.
-im looking forward to Fast n Furious 4 (wajib tonton)



Saturday, March 28, 2009

28 March.

tadi my 4th sis, Kak Lyne who is currently in sandakan, called iwan (my nephew who currently in Kuantan). and Iwan ask for a return ticket (kuantan-kl-sandakan) as a birthday present. i havent call him. so i put 3 pictures of him here ( banyak kan) so he wont ask anything like an Airasia ticket.

* tak tau di mana ni, aku cilok dari frenster ibunya (my 3rd sis, Sis Lin)

*kuantan- with my mom n dad. cucu kesayangan atuk n nenek ni!

* Johor

HAPPY BIRTHDAY IWAN!!
(besar2 lagi, jangan minta hadiah bukan2 ya, aunty noi tau iwan baca ni blog!)



p/s - jangan lupa malam ni earth hour..tutup lampu yaa....

Friday, March 27, 2009

don't u think this is harassing?

semalam aku busy gila di office. tetiba ada bodoh mana ntah im aku.

1st dia ym
"hai"
pastu memang la aku tak reply until dia ym d 2nd ayat tu, korang tengok sendiri.



lepas tu pon aku tak reply. dia bukan kawan aku.

aku busy or tak busy, its my own right kan whether i want to reply or not. so whats with u. yes u, u know who u are, im hoping that u read this.

yang lain-lain tu aku tak mahu komen banyak, sebab, i dont wanna sounds like i am explaining to him why i didnt reply his "hai" until he have to say that mean words. i dont want to get angry or mad or anything, because i am in the process of controlling my hot-temper. and he just shouldnt say that to me, because i just dont even care. and 1 more thing, the most important thing, he is not my friend! so sendiri mau fikir lah.
kawan-kawan, apa pendapat anda?

is it harassing? i think it is.


xoxo,

cinoiqilavigne

Thursday, March 26, 2009

nafsu serakah


aku tak dapat tahan-tahan lagi perasaan yang mebuak-buak di dada ku ni. aku mau hambur-hambur semuanya supaya lapang sikit dadaku.

kamu pernah rasa kah perasaan terlalu hendak akan sesuatu yang mungkin tidak tercapai mampu mu kerana had itu menahan-nahan kamu. had masa, jarak, had mampu,had duit, had laju etc.
kamu pernah rasa kah terlalu hendak sesuatu hingga terfikir untuk sanggup lakukan apa saja bagi sesuatu yang kamu sangat ingin itu. sanggup membelakangkan prioriti lain demi untuk keinginan kamu yang satu itu.

kamu pernah rasa kah terlalu hendak sesuatu hingga setiap kali melihatnya, dada kamu rasa berombak-ombak (ombak jahat), mata kamu berkaca-kaca pecah-pecah jatuh ke pipi hingga nafas kamu tersekat sekat di situ. u really like/want something that u shed tears.
kamu pernah kah?
pernah rasa begitu?

contohnya bila aku lihat dia ni.

perasaan aku terus melain. hati dan jantung ku rasa macam tersasar sikit dari tempatnya. berdebar-debar jantungku . nampak sedap kan. sampai nafas ku agak kurang stabil di situ. Astaghfirullahalazim, vampire ni cinoi!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kadang-kadang perasaan itu timbul bila lihat ini juga. dada turun naik Tuhan saja tahu.

*picture credits to http://vwnewbeetle.wordpress.com/


aku menahan rasa. ah! aku suka la bodoh. aku mahu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dan banyak lagi benda/perkara/sesuatu yang aku suka/hendak, tapi aku tak dapat senaraikan sekarang sebab aku tak berapa ingat. aku hanya ingat benda itu aku suka sangat apabila aku terserempak atau melihat benda/perkara/sesuatu tersebut. nanti ada masa aku tambah lagi ya.

tapi ini latest la. keinginan ku paling latest. baru timbul rasa sebegini terhadapnya kemarin. aku betul-betul kepingin ini barang.



my feelings towards this iPhone almost the same with my feeling toward Edward Cullen n volkswagen beetles.sort of.

terus semalam aku tanamkan dalam diri, kalau ingin sesuatu, mesti berusaha dapatkan. usaha tangga kejayaan. jadi mahu iPhone kena usaha untuk dapatkan.(penaja).

aku sudah pun memulakan perbincangan peringkat awal dengan Encik Syauqi semalam, juga perbincangan dengan akaun dan wallet aku serta perbincangan dengan hati sendiri.

tapi sekarang dengan tiba-tiba selepas di info kan oleh orang yang tahu, iPhone tidak boleh video call.wtf.video call kan keutamaanku. MMS pun tidak boleh. camera 2MP saja.etc.

jadi sekarang, aku sudah tidak berapa ingin sama itu iPhone.

dan aku fikir-fikir balik.semua kepingin ku ini adalah nafsu serakah semata.tapi aku selalu, untuk cover, jaga hati sendiri, kasi tenang hati sendiri, aku pujuk diri, ini bukan nafsu, ini ialah cita-cita dan keinginan. tapi aku rasa memang nafsu juga la.kan?aku harus lebih bertenang selepas ni.jadi ini apa?nafsu ka atau cita-cita/keinginan/impian.kamu tau kah kenapa aku terus menaip.sebab aku tidak tahu mau ending kan entry ni macam mana.mungkin juga ini nafsu serakah, nafsu menaip.nafsu blog.ah sudah.


xoxo,

cinoiqilavigne


p/s-jangan lupa petang ni tengok Spa Q 2 episod akhir. seronok. berdebar-debar aku tak sabar mau tengok (nafsu kah?). tadi melissa n qistina ada d hot fm am crew. baru aku tahu rupanya si melissa@ nama sebenarnya Lydia tu baru 15 tahun.apa?15 tahun la!

26 March 1992

time kecil comel betul dengan kulit putih melepak comel gila, bikin geram.
sekarang sudah besar, hitam degil keras kepala bikin gua geram juga.


pagi-pagi tadi sudah telefon.
aku tanya
"kenapa call. ko pi sekolah ka. napa bawa fon"
suka hati dia jawab
"hari ni kan birthday, hotlink bagi call free. bawa la fon, rugi nanti x guna"


and dengan suka hati juga dia minta (5orang) kakak-kakak dia patak-patak belikan dia fon baru untuk harijadi ni. berdoa la kakak ko cepat kaya ya. minta la lain-lain benda untuk hadiah, jangan la handfon saja ko mau. untuk hari ni, aku hadiahkan ucapan selamat saja la untuk harijadi ke 17 mu. sila belajar bersyukur. dan sila jadi baik. jangan ponteng sekolah. aku tumbuk kau.

*patak-patak = kongsi duit
xoxo,
cinoiqilavigne

Wednesday, March 25, 2009

kerana dirimu begitu berharga

atasi la ke-panas-baran-an kamu. hanya perlu ingatkan diri selalu
siapa marah kena jual

aku sudah cuba. ada la juga hasilnya.

xoxo,
cinoiqilavigne

Monday, March 23, 2009

OIAM3 VS AF7

//jumaat//

OIAM

peserta favourite aku minggu ni

NINE (yeewww..so hot)

lagu: dia nyanyi KARMA (aku suka)

performance: best sangat sempoi tapi mengujakan.

suara: mengujakan

FIFI

lagu: dia jadi peberet aku minggu ni sebab nyanyi PRIA TERHEBAT. hebat memang.

peformance: seronok. macam bukan PRIA TERHEBAT tapi masih PRIA TERHEBAT

suara: tinggi gilak ko tarik Fify, sangat strong suara mu

SIMON

lagu : dia pun jadi peberet sebab nyanyi lagu WHEN U're GONE

performance: ala-ala sempoi yang mengujakan juga

suara: sedapnya..tapi belum menjilat jari la.

minggu ni persembahan Tomok tak seberapa berbanding CRAZY IN LOVE tu. sebab pilih lagu GANTUNG. maka agak gantung la persembahannya.

__________________________________________________________

//sabtu//

akademi fantasia 7

aiya. ini. aku belum tau lagi siapa peserta favourite. mungkin EDRIE HASHIM yang pakai baju ala-ala gay ketat gitu. agak geli di situ. tapi mereka-mereka cakap itu adalah style rockers. bagi aku la. jangan terasa plak peminat edrie hashim.lol.

aishah

lagu 1st dia nyanyi ok. yang lagu ballad tu. sekali masuk lagu rancak, agak kureng sikit la.

claudia

lagu: wanita & ku mahu (both lagu aku suka)

performance: biasa saja

suara: best gilak kitak nyanyi claudia. tapi kenak sora kitak kedak dayang jak ho. sikpala, asalkan kitak best.mek sokong ajak.

hafiz

suara memang best. muka comel. rambut pun comel. aku suka la.

yang lain-lain tu aku no komen la. tapi aku memang tak leh blah tengok OBRI. (macam la obri pernah wat jahat kat aku) tapi serious, OBRI reminds me to someone i dont remember. ya betul, macam someone familiar, tapi aku tak tau la siapa. maka aku benci tak suka betul tengok dia. lagi-lagi sejak dia nyanyi JERITAN BATINKU gaya kuak lentang buaya tercekik kerbau tapi masih lagi maintain aku-cool-nyanyi-lagi-70an-ala-R&B. macam apa saja. tengok dia di diary pun..huh..kenapa lah berperasaan begini. haram jaddah betul.

and aku budget memang RINI yang terkeluar, sebab perangai nya macam apa seja time diary.

aku kan anak sulung. aku tegas. aku agresif..bla bla bla..

tapi budak laki nyakat terus nanges tak puas hati. apakah? budak laki ni apa ko bagi, itu la dorang bagi balik. ko ganas, ganas la dorang. selalunya la gitu. aku tak tau pendapat budak-budak laki yang suka sakat orang.ada pendapat?anyone?any boys?

bagi aku, itu baru sikit dorang nyakat, ko terlebih sudah. pelik betul, agresif and ganas, tapi orang gurau gitu terus nanges. kalo ko kena gurauan Nije, Najib, Matin, Ali, mungkin ko dah blah kot. dorang ni member aku time U, dorang duk serumah. ko pernah ka disakat dengan engkau diangkat secara gaya bebas untuk dihumban ke mana sahaja mereka fikir berbaloi untuk humban ko. and tarik-tarik rantai ko sampai rantai ko putus. ahaha.i miss u guys.

nije *klik untuk tengok besar-besar

tapi nasib baik ko hanya dapat Qhaud and Aril (yang both adalah comel-comel je) sakat gitu-gitu terus nak nangis nagadu sana sini ulang ayat sama 2 3 kali nak bagitau semua orang kau orang jenis apa. macam la apa.huh. (nafas turun naik). sekian.

apa pun. bagi aku OIAM3 lagi power dari AF7.

sendiri mau pikir la.

xoxo,

cinoiqilavigne

Friday, March 20, 2009

BIG & QUIT (part 1) : the beginning of an end

mari kita refresh balik entry yang itu
tentang BIG & QUIT tu.
ok.
so this is the day, i'll reveal the 1st BIG & QUIT thing that ive been talking about.
sila klik di bawah. tapi sebelum itu ask me for password! (BBD) yeehaaa..

the what and the why


the beginning and the process

yeehaaa..sudah. sekarang dah tau perkara 1 BIG & QUIT tu kan.
tentang perkara 2 BIG & QUIT, tunggu la nanti ya. bila-bila itu pula akan saya reveal.
ahaha..the best thing to solve a problem is to deal with it, not to run away (tiada kaitan dengan yang atas)

xoxo,
cinoiqilavigne

Wednesday, March 18, 2009

transformasi bakal berlaku! ini rupanya tranformasinya. bagus layan transformers.

dengarkan komen adlin di minit 5:06.

"...suara matang, macam BAJAU betul la" (what the fuck was that means?)

macam bajau? maksudnya macam mana.

is it a lawak yang tak berapa menjadi or what?

Malaysia, lu pikir la sendiri.

xoxo,

cinoiqilavigne

notakaki: di birth cert saya tertulis Bangsa : Bajau

p/s: layan Spa Q 2 lagi seronok. lebih-lebih lagi minggu-minggu terakhir ni, makin hot ceritanya. mati la kau Julia n Datin sofiera-suka-pakai-baju-tak-pakai-seluar.

Tuesday, March 17, 2009

the wedding

// siang //

my cuzen, kak lija, di rumah. before pergi masjid.

my japanese nephew (his father is japanese, his mother of course la my javanese cuzzy.lol)
me : aska, ada cewek ka?
aska : ada..Sayano (cakap melayu slang jepun)
me : waa..sama class ka?
aska : sebelah tempat duduk lagi. cantik.
me : huh??aska suka di sini ka di Jepun?
aska : dua2 pun suka. di jepun pakai heater, di sini pakai air-cond. di jepun 90 years old pun boleh kerja, di sini sudah tua tidak boleh kerja. tapi kalau di sini jauh dari Sayano
me : (wah..9 tahun sudah pikir pasal ni : cakap dalam hati seja) tapi Sayano bukan muslim kan. dia mesti convert dulu kan baru boleh kawin sama aska nanti.
aska : ya..aska muslim
me : ada lelaki jepun kaya ka untuk aunty?
aska : ada. hensem. tinggi. kaya. bawa mercedes. nanti aska bagi number fon.
me : ahahahahaha. i like this.


me and my kak lyne, di luar masjid.



aku bosan di luar masjid seorang diri sebab tidak boleh masuk dalam. sebab tuuuut.




// malam //

mummy and daddy gue.

saya akhiri dengan gambar saya. yeehaaa..

*edited:

i bought the dress from http://www.vegofashion.blogspot.com/ .the owner was nice, the transaction was smooth. go shop at hers. she got loads of great stuff.

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s - itu saja la yang ada sikit seja gambar. belum kumpul semua lagi.

happy birthday amy melissa.

jauh tapi masih dekat. susah senang pun kau masih kuat. siapa yang sakitkan kau, maka dia sakitkan aku juga. mati la org tu kena maki. ahaha. aku geram kau selalu bengong dari dulu lagi. tapi aku pun sama. kau gila. aku pun sama. kau mama yang rock sekali. aku akan jadi mama rock jugak.ahaha. mulut mu macam apa seja, u r loud babe. but its just u. happy birthday sayang. semoga semuanya akan baik-baik saja. dan pastikan aku hadir nanti kau kahwin ah. jaga la kau. kau mesti pastikan aku hadir. buat la macam mana pun. i love u..n myrul too..and papa fizz too (ahaha..bole ka i love papa fizz) (17.03)

Monday, March 16, 2009

Ucapan Berantai.

penatnya. balik dari sandakan tadi, terus masuk kerja. flight 45minit pun aku sempat tidur. gila aku mau cuti lagi.
//
sebelum keluar rumah untuk ke airport pagi tadi daddy n mummy sempat pesan macam-macam seperti "kerja bagus-bagus", "jaga diri, jgn x makan" , "jangan sikit-sikit pun sakit" etc..
tapi mummy sempat berpesan dengan selambanya depan daddy "jangan pergi clubbing selalu"
apakah?semenjak habis belajar, aku sudah tiada masa untuk pergi clubbing segala. lagipun tiada geng yuk di sini. tapi aku diam saja, malas la mau meng explain ke mummy. buat bodoh sudahhh
//
ok berbalik kepada tajuk.

semasa kesibukan ku (konon la sibuk) di bawah ini ucapan-ucapan yang terlambat.

Happy Belated birthday to Nur Sheila Marie Gilbert (11th March 1985)

pada 12 March 2009, kami (saya, ona, jun) buat surprise birthday party untuk sheila di malam sebelum perkahwinannya.

perkahwinan? iya. maka sekarang dia sudah bergelar isteri.
//ucapan seterusnya//
Kongratulasi kepada Sheila kerana telah selamat diijabkabul pada 13 MArch 2009.selamat pengantin baru (ucapan biasa sahaja)
maaf saya tidak datang ke Majlis kamu sebab balik kampung. tapi aku datang malam sebelum kau nikah kan. isi bunga telur. bravo cinoi. bunga telur senget. sempat karaoke. terima kasih la Sheila n family, memberi peluang untuk sumbangkan suara di rumah mu sambil mengisi bunga telur.

13March 2009?? hari lahir si Po ( Azrani Azmi Teo) yang ke 24.
//ucapan seterusnya//
Happy Birthday Po..mari la ke KK untuk sambutan harijadi mu.

13 March - aku balik sandakan. untuk perkahwinan kazen ku plak.
//ucapan seterusnya//
Kongratulasi kepada kazen gue Azniliza Jumali dan pasangannya Yahyah (aku xtau nama penuh dia). selamat pengantin baru.

sekian dulu. kalau ada gambar nanti la aku upload. update pantas bersahaja.
p/s - kemarin aku tengok SAYANG U CAN DANCE. jangan tengok la. boring semcam saja cerita tu. aiya.

xoxo,

cinoiqilavigne

Wednesday, March 11, 2009

jangan terkejut. one in a million punya contestant memang superb!

sudah baca ini? --> klik sini

ok. sekarang boleh layan ini.


sudah layan video? syok kan?

aku letak video di atas supaya kamu tengok dulu. apa yang aku mau cakap ni. me myself can't believe this. i soo like him now. (stop laughing, i know u guys are laughing, but u shud watch the video first) he is not anymore the Tomok New Boyz yang bergambar di pool dengan tidak berbaju. he is not that boy. he is 1 in a million man.

i missed 1 in a million last friday. how could i forgot. i was busy watching the Privileged series at my pc until i missed OIAM last friday (06.06.2009).

thanx for you-tube that i managed to watch it today. (tadi during lunch hour)

i was shocked. meremang bulu roma tengok performance Tomok beb! he got the X thing.

he is rawk man! ah. sangat sedap lagu Crazy In Love dia buat ni. sangat best la. adoyai. tolong jangan ketawa. lets give him a chance. saya sangat suka persembahan dia ni. best bah persembahan dia ni. macam mau menari di ofis plak aku tadi.

marila kita, panggil dia Indrawan (nama dia indrawan kan? if im not mistaken)

jangan la kita panggil dia tomok lagi. bidak bah tomok.

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s - hari ni aku update 2 entry. jangan lupa entry yang keduluan tadi --> klik di sini

new post


last monday kan. cuti.
so pergi la keluar berhangoutan. sempat pergi join sheila cari gown wedding.
uiks. bikin gua teruja tengok member mau kahwin.
lepas tu, aku pergi cari kasut.
aku memang perlukan kasut untuk my cuzen's punya wedding party sabtu ni.
untuk dipakai bersama dress panjang ku.


ni gambar aku coba ambil time di vinnci, tapi tiba-tiba ada perempuan langgar plak tanganku, n she didnt care much to say sorry.


ni cobaan kedua. berjaya. tiada perempuan-try-kasut-yang-langgar-tanganku-dan-tidak-say-sorry ketika aku snap gambar ni.


dari kiri : llew. ona. saya


tapi memang kepelikan melanda.

sebab tiada satu pun aku mau.

biasanya sebut sahaja shopping, pasti banyak yang aku mau angkut balik.ni macam-macam kasut aku try pun, tiada 1yang aku mau.peliknya. takutnya. macam mana ni.is this a disease or what?sampai hari ni pun aku belum beli lagi kasut yang aku mau maybe sebab aku belum tahu lagi apa aku mau. pelik bukan. risau ni.

lepas tu pergi berlepakan di beach konon. tapi hujan plak. layan jo.

tengok la tu hujan lebat di tepian pantai



masi berfikir kenapa ini berlaku.
kasut macam mana ya.
mari kita fikir sama-sama ya, kasut yang sesuai untuk dress panjang saya. ada cadangan?masa mencemburui saya ni.

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s - lagu roket2 by yuna stuck di kepala ku sampai sekarang. semuanya angkara si ona

p/s/s - tajuk tiada kaitan dengan entry. sebab tiada idea tajuk

p/s/s/s- lagu dan sebenarnya by yuna akan dinyanyikan di konsert pertama AF7?

Sunday, March 8, 2009

sebab saya ada 7 adik beradik.

seronotnya hari ni cuti.
esok pun cuti.
selasa rabu khamis kerja.
jumaat cuti. balik kampung. yeehaaa.

balik for my cousin's wedding.
i tot im d only one bz for the preparation, like ive bought 2 dress for me n sis lyne,my 25 years old sister (y i stated her age?because later when u guys see our pic together, u will think that she is my younger sister which is not because im d youngers girl in my siblings)
my sis bought baju for my mom also, to wear on my cousin's wedding party. bought dad a shirt that match with my mom's baju oso.
mom's - checked
dad's - checked
sis lyne's - checked

my 2nd sis, sis misah ask me to bought a clutch for her for the wedding party.not done.
n i havent bought shoes to wear with the dress.
ok. not all checked.

then this morning my sis called mommy, and mommy told us that my aunts keluar masuk butik d sandakan yesterday to find clothes to wear for the wedding party. ahaha..ok. bukan saya sahaja yang sebok with the preparation. my aunts oso in this.
ok.enuf of the preparation.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

last friday, i went to sis nani's office.

masuk lif, a guy say something like this to my sis "wah..adik ko..sama..macam twin"
i was like ko buta ka.

then masuk ofis dia, her fren "eh..nani, aku ingat ko datang x pakai tudung, rupanya adik ko"

ok. saya memang perlukan cermin sekarang. adalah tidak sama ok. adeh.

on the way out from the ofis,
ada lagi sorang tegur
"eh?nani..adik ko? nampak sama"

dan saya terasa ingin menjawab

"ya..ada lagi 5 macam ni di rumah"

!#$%^&* (baca tajuk)


happy women's day everybody!

xoxo,

cinoiqilavigne

Friday, March 6, 2009

trust me cerita ni memang tiada kene mengena dengan aku.

salam.
aku tiba-tiba terpanggil untuk bercerita ini. terpanggil la memang.

i watched melodi the other day. yang gosip-gosip setiap ahad 1230 di tv3 tu kan.
ya itu.
then ada cerita pasal MYSTARZ LG, which si wana yang menang kan. i watched the grand final of MYSTARZ LG juga actually.
so, wartawan melodi tu temuramah la si wana ni, and wana jawab macam gini la lebih kurang
"saya tak sangka saya menang, bagi saya malam ni saya just nak enjoy habis2 persembahan saya, saya tidak mengharap..." sort of macam ni la Wana jawab.

wtf.that is damn hipokrit. padahal time pengacara was about to announce the winner, muka dia macam mau menangis suda.

ni la point yang saya mau utarakan. kenapa mereka yang menang pasti jawab
"saya memang tidak menyangka"
"saya memang tidak harapkan apa2"
" semua peserta lain hebat2, saya just nak enjoy persembahan saya malam ni"
"saya tak sangka saya menang"

tak sangka la memang.
apakah? tidak boleh ka just admit it. whats the point kau all out di atas stage final tu, kalau tidak mau menang, kalau setakat mau enjoy.
bukan Wana MyStarz LG ni sahaja.
ramai lagi juga artis lain begini cara mereka menjawab apabila ditanya oleh wartawan. mostly.

kenapa mereka tidak boleh admit it yang memang mereka berusaha bersungguh-sungguh mahu menang.
contoh jawapan yang bagi aku lebih relistik yang aku terpikir:
"saya memang gembira saya menang. apa yang saya usahakan berbuah hasil"
"yes! akhirnya saya dapat masuk final dan menang. i am so happy i did it"
or apa-apa la yang sewaktu dengannya. instead of "saya tidak menyangka".

kan?
rata-rata mereka (para pemenang @ artis) menjawab sebegitu.
ntah. maybe sebab tu la aku bukan artis.

p/s - aku dah cakap awal-awal ini tiada kaitan dengan aku.

Thursday, March 5, 2009

since 1998

since 1998.2009.and still counting.
last saturday they were in town. cerita ini sudah ada di sini dan di sini.
po, aza, aci n willey...it is quiet a very long time since i last met aza, 4years ago i guess. ya ka aza? last d labuan on the very last day of matriculation kan. dem. lama tu. po, selalu la jumpa, because dia selalu datang kk. aci pulak, last time i met her in december, few days before xmas..kan aci..willey months ago la time cuti sekolah. willey is a teacher by d way.

1 hari ni mostly kami pegi bookstore. mau ke karaoke, tapi parking full pulak. lagipun the gay couple (aza n aci) low bat sudah. ahaha..gay!gay! gay!
ada sikit jak gambar, time dinner. venue: baba dan nyonya





from left: po. aza. aci.


me and willey. omg, look at my hair.it looks horrible.need a trim.huh.


from left : willey.aci



from left : kari kepala ikan. asam pedas kepala ikan. yummy yummy




from left: ona kenyang. will kenyang. aci kenyang.


thanx will for d dinner. cikgu will. oh, willey seja yang tiada blog, apa crita ni cikgu.



saya akhiri dengan iklan di bawah.


"tahu apa rahsia pinggan licin?"
"ini lah dia"


"weight gain! minumlah 2kali sehari!anda tahu untuk apa bukan"

Tuesday, March 3, 2009

it is all about timing. betul ka?

next week akan balik ke sandakan.
13th-16th (rujuk sini)
tapi baru dapat tau my fren, Sheila, punya wedding reception is on the 15th in kk. (rujuk di sini)
huh. adakah aku terlalu awal beli tiket balik.
uwaa..sedihnya tak dapat pergi Sheila's wedding.dem!

and tadi plak Sis Lyn ym.

noi, ada cuti x bulan ni. datang la sini 11hb-18hb. kakak n abg both away.

Sis Lyn and hubby both away, means, mereka outstation, maka tiada orang jaga Iwan n Erin di rumah (rujuk di sini) . so dia memutuskan memanggil aku ke sana, sana itu ialah KUANTAN, untuk menjaga anak-anaknya.

wah. the nanny adalah di import all d way from KK. thanx sis. saya hargai.

tapi
tidak semudah itu. aku kan kerja. lagipun im going back home this 13th. and even if im not, 11hb-18hb adalah sangat lama. saya adalah bekerja.

adui. x ngam timing kah aku mau balik kampung ni.biarlah x ngam timing pun.tiket suda beli.lagipun aku xbleh attend suma benda at 1 time.kau boleh?


+++++++++++

ok.saya akhiri dengan video ini. sila tonton dan enjoy. tiada kaitan dengan cerita di atas.

Monday, March 2, 2009

aku mau juga update walaupun tiada idea.kau pun sama kan?aku tau addiction mu. sebab ini addiction aku.

.
.
.
tiada idea mau update.
tapi mau.
duh.
parah.

pening ni after browsing the online boutique. online shopping really makes me crazy.
eh, kalau saya tiada di sini. saya pasti ada di sana --> klik sini

++++++++++

hmm.apa lagi?
oh.sekarang saya sedang baca NEW MOON. yeah, baru je beli hari tu.
dan saya sedang dengar DUET oleh Rachael Yamagata and Ray LaMontagne.

++++++++++

dan..i am working on something B I G
hmm..mau kasitau sekarang ka tidak ya?
nanti la. surprise.
tunggu betul-betul jadi, baru saya kasitau kamu ya.
ah. tidak tahan la aku mau bagitau kamu. duh.
ok la, aku bagi hint la ya..hint : QUIT
isk.mesti ada yang confuse ni.
sebab sekarang ada dua (2) benda yang BIG dan QUIT dalam hidup aku.
jadi dua-dua benda ni akan remain secret until it is 100% confirmed, baru akan di umumkan ya. ahaha.suka.
just wish me luck. really need 1.




xoxo,
cinoiqilavigne

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....