Showing posts with label tentang aku. Show all posts
Showing posts with label tentang aku. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Excuses and Decisions.

 

Bismillah.

Tajuk. Mesti lah dramatik kan. Sudah la tinggal blog begitu sahaja 2 minggu. Ini come back setelah 2 minggu.

Okey kita terus ke titik-  Ini pengalaman sendiri saja sharing. Eh, aku pernah sharing ka pasal ni? Hmm? Hmm?
Kalau rasa sudah boleh terus baca ke part KESIMPULAN di bawah sekali.

Dulu aku selalu fikir, kalau pakai tudung macam mana pakaian yang aku dah shopping bagai, dah takboleh pakai, camna kalau pergi gym bersenam joging. Tak ada yang sesuai. Alah sayang nya baju ni baju tu sudah tak boleh pakai. banyak baju terbazir ni.
Excuses. Biasa- hati belum mahu. Iman lemah sangat. Langsung tak macam mutiara.
Padahal takda orang tanya pun, bercakap dengan diri sendiri.

Lepas tu rasa nak bertudung mula datang.
Tergerak hati awal lagi, few weeks sebelum nikah.
Tapi tak buat, kenapa?
Diri memberi alasan,
-ala baju kahwin dah buat yang tak sesuai bertudung punya, tapi betul-betul nak, tapi ada excuse.
-ala kalau pergi holiday annti takboleh pakai baju macam holiday (ha ha baju macam holiday hamek kau)
So macam – okey sebenarnya perasan perasan nak saja, sebnarnya jauh di lubuk hati belum mahu, sebab still with EXCUSES kan.

Lepas kahwin. Lepas cuti kahwin, balik semula ke hiruk piruk kota- Kota Kinabalu.
Esok kerja ni. Harini cuti lagi. Ajak suami beli tudung. Tiba-tiba.
Serius satu tudung pun tak ada. Eh ada, tapi shawl, gua tak reti nak pakai shawl lagi bai. Jadi - Pergi segama, beli tiga (3) tudung instant berawning keras. hah kau pandai dah sebut awning bagai. Dengan serkup sekali, macam masa sekolah.
Esok sudah mula bekerja, takkan nak datang sebagai orang yang sama. I am a married woman woohoooo! Kesian suamiku. Kali ni rasa ingin betul tak sabar dah. I finally DECIDE for hijrah.

Hari pertama kerja lepas bercuti, pakailah tudung instant. Pejabat jadi kecoh *panik* okay calm down, kekecohan ini pasti sementara saja.

Untuk orang yang macam aku, yang kenal aku benar-benar pasti tahu, aku sendiri tak tersangkakan, aku akan pakai tudung begini cepat. Aku ingat lepas dua tiga anak baru lah aku nak pakai tudung kot. This is a HUGE change la for me. HUGE sangat-sangat tapi rasa mudah nak buat bila dah buat. Faham tak? Sebab – MAHU.

Something is not easy until you do it.  

Hari-hari berlalu, terus jadi macam habit, nak keluar senang saja pakai tudung. Minggu pertama order tudung banyak-banyak dari online. Tiba-tiba dah jadi macam dah lama pakai tudung, haha, ada juga pengalaman sekolah kan, sekarang enhance skill lilit tudung saja. I mean, macam tak rasa susah tak rasa berat pun sebelum keluar kena bersiap dengan tudung. Kenapa dulu rasa berat, sebab tak mahu, tak DECIDE.

Bila dah mahu, tak da masalah pun. Baju yang ada boleh pakai, mix and match. Yang betul-betul takboleh pakai biarkanlah, dalam almari. Rasa tak terbeban langsung, tiada memikirkan pun sayang baju tak dipakai. Macam tak ada masalah, semuanya mudah (walaupun ada masalah gatal kepala pada awalnya). Ala tak apa boleh pakai dalam bilik, dalam rumah. yang masih baru – boleh jual as pre-loved, tapi tak jual jual lagi HA HA HA. Nanti lah ada masa aku let go. Tak janji.

Tapi aku masih dalam proses belajar , belajar tutup aurat dengan sempurna. Part sempurna aku masih lemah. Yang penting baju panjang. Kalau nak tuck in baju dalam seluar, fikir dua tiga kali, sesuai ka dengan tudung ni, okey tak jadi tak apa lah tak tuck in pun , no problem. Ada apa dengan tuck in – HA HA TIBA TIBA. Kalau kamu jumpa aku jalan tuck in baju bagitahu aku balik apa yang aku sudah cakap ini ok. Tolong ingatkan aku..(macam lagu Ana Raffali)


Tapi memang banyak benda do and don’ts la yang aku belajar. Dan berusaha dan berdoa supaya istiqamah. Mau shopping baju kerja yang cover belakang la. Kah kah.

Kesimpulan.

  1. Aku tahu kalau mahu benda tu boleh buat, aku tahu KEMAHUAN dan KEPUTUSAN itu adalah perkara utama dan penting. Dan aku dapat baca, kalau orang with excuses ni sebenarnya dia tak mahu. Kalau kita MAHU , EXCUSES akan hilang, dan perkara menjadi mudah untuk kita lakukan. Sebab itu bila ada orang datang, minta HERBALIFE dekat aku katanya mahu LOSE WEIGHT, aku akan tanya “ARE YOU SERIOUS TO LOSE WEIGHT?” Sebab kalau tak mahu, tak serius, nanti bila di coach ini dan itu mula memberi alasan (read: pengalaman). Maksudnya tiba-tiba tak mahu kot. Kalau ada orang yang datang “AKU NAK BUAT LAH BISNES HERBALIFE, MACAM KAU?” aku tanya lagi “ARE YOU SERIOUS U REALLY WANT TO DO THIS?” Biasa aku biar mereka DECIDE, then baru boleh aku tolong, takut nanti mula memberi alasan bila aku sudah mula buat part aku. Macam tu lah lebih kurang. MAHU atau TIDAK MAHU sahaja. Senang.
  2. Proses pembelajaran sampai bila-bila. Usaha dan doa supaya Istiqamah dan pakaian dan perangai semakin sempurna. Siapa tak nak jadi muslimah yang muslimah kan? Faham tak. Dulu iman lemah. Semakin lama In Shaa Allah kurang lemah, thank you Allah. Mudahan lama-lama jadi kuat bagai juara.

Lain-lain bah perasaan ku sekarang. Macam lebih gembira.

Ok. Berdoa -Mudahan tak jadi riak la entry ni. Cuma nak sharing saja.

Di pertengahan tadi, aku tak pasti mana hala tuju entry ni. Tapi I do what I do. Thanks for reading.

Kemungkinan besar ada sambungan ini entry tentang EXCUSES and DECISIONS, cerita bertudung di atas cuma satu contoh sahaja.

 

Love,

Cinoi Kassim

Thursday, October 11, 2012

Pendedahan! Jeng jeng Jeng!

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sudah ni aku mahu tulis, tapi banyaklah alasan kan. Means aku memang tak mahu lagi tulis. Bila aku taip sudah means aku mahu lah. Tiada alasan.

Malu aku mahu cakap, tapi yang semua sedia maklum, aku mula sudah belajar pakai tudung, hehe. Ramai yang bertanya

“Wah kenapa tiba-tiba”
“Laki kau suruh bertudung?”
”Apa terjadi? Dapat hidayah?”

Iya. Kick kan soalan-soalan tersebut. Tak adalah tunggu dapat hidayah baru pakai kan, kalau begitu memang tak dapat lah kan. Mula-mula sebenarnya semasa menaip entry INI pada bulan July, aku mahu pakai tudung suda. Ada mahu-mahu la, tapi aku cakap nantilah, baju kahwin sudah tempah yang tak sesuai kalau bertudung hahaha, and tiada bajet pula ni mahu beli tudung seriously hahaha excuses kan, means aku ternyata tak mahu lagi lah. Cuma first time terdetik pasal isu aku pakai tudung. Selalunya aku prefer untuk tidak fikirkan, heissshh jahat betul.

Lepas kahwin pun, aku masih tak tutup rambut. Sampai lah habis cuti kahwin, masuk kerja. Aku cakap esok mahu pakai tudung pergi kerja, ayuh beli tudung. Aku beli tudung instant. Aku ada shawl sudah time tu aku memang beli lama sudah, tapi macam tak pandai kot, jadi pakai tudung instant lah. So 1st day kerja lepas balik cuti kahwin aku tutup lah rambut pakai tudung instant.

Kenapa? Tak tahu lah tiba-tiba saja. It’s time kot.

Suami siap ada bertanya, I know memang lah dia tahu wajib kan, he just curious how I made that decision.

“Kenapa sayang?”

Ecewah penuh kasih sayang ka kamu baca tu?

Aku jawab

“Haritu sayang mimpi, tempat tu gelap, tiba-tiba ada api dan kemudian seekor ular men..”

“Deyyyy. Hahahaha sayang ingat sayang artis ka. Betul-betul bah jawab jangan main-main”

Hmmm aku pun tidak ingat lah jawapan ku. Yang aku tahu perasaan mahu tutup rambut tu tiba-tiba membuak-buak dan sudah tidak dapat tahan lagi. Mahu cepat-cepat biarlah kelengkapan belum cukup, tiada inner bagai segala, brooch pun tidak ada. First day pakai tudung dalam macam time sekolah tu dengan tudung instant.

Dulu, kalau fikir pasal pakai tudung, aku cuma fikir dalam hati. Alaaa, banyaknya lah baju-baju aku tidak dapat pakai lagi, sayangnya, ala camna kalau pergi holiday, tidak dapat lah stylo-stylo nanti kalau aku pakai tudung, banyak baju aku tidak dapat pakai. Ya, itulah yang aku selalu fikir dulu, aku memang begini dan aku risau banyak baju aku suka tidak dapat dipakai. Dan yang paling selalunya, aku tidak fikir pun perihal menutup rambut hahahaha. Saitan betul.

Tapi bila yang aku cakap tadi tu lah, perasaan membuak-buak mahu pakai tu, aku sudah tiada fikir tak dapat pakai baju ka apa kah, semua aku tiada fikir. Tiada dalam fikiran. Magik juga aku rasa.

Dan suami pun bilang, semuanya bermula dengan keterpaksaan. Jika ada yang memang awal-awal tak terpaksa syukur Alhamdulillah, kamu memang bagus. Benda benda seperti peraturan ini semuanya bermula dari terpaksa sebab memang peraturannya begitu dan menjadi amalan seharian. Faham kan kamu apa aku cakap ni? HAhahahaha. Lama-lama jadi kebiasaan, dan ikhlas atau tidak itu antara aku/kita dengan Tuhan. Kan kan kan.

Mommy tanya “Mommy dengar kau pakai tudung sekarang?”

Iya mom. puas sudah aku pendek,rambut macam lelaki, panjang rambut, lurus rambut keriting rambut, warna warni sudah rambut ku, apa lagi aku mau. Bosan sudah aku dengan rambut sendiri, jadi aku mahu tutup lah. Aku takjumpa juga apa aku cari dalam isu rambut ni heh.

Hahaha iya itu jawapan ku sama mom.

Ibu mertua tanya “Ok juga? Selesa?”

“Cantik ka aku bu?”

Hahahahaha. Tipulah kan kalau aku cakap selesa setiap hari, ada sampai tahap sakit kepala rimas kepanasan, 10 kali ke tandas buka tudung pakai balik. Tapi tidak lah selalu. Ada juga bad-tudung-day. Ada juga yang rilek sahaja macam hari-hari biasa tiada apa berlaku.

But so far I think I’m doing good. I love how I look walaupun kadang-kadang nampak macam babu bibik tudung senget. Tapi comel lah kalau tengok cermin tudung tu buat pipiku macam bulat tak lagi cengkung, rasa nak cubit pipi tahu!

Jadi itulah sedikit sebanyak ceritaku. Berita gembira tadi pun Jay sudah bagi green light beli lagi tudung banyak-banyak sebab dia cakap itu ituuuu jak tudung bininya. HAHAHAAHAHAHA. Terimakasih suami.

Habis. Esok cerita Herbalife pula ok.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, September 30, 2011

Fortune Teller??

 

Rindu gila dengan blog. mau update blog hari-hari dan blog hoping hari-hari. Tapi tanggungjawab dunia bekerja, tiada masa untuk blog buat masa ni. Malam pula penat sudah.

Dan baru beberapa hari berlalu, today (actually since last night) i’m down with FEVER and SORE THROAT, a bad one. Sampai telinga sakit. Actually, earlier this week, I can see this coming. Knew it. Ha ha ha I am a fortune teller.

Naah.

Saya tahu, saya akan sakit setiap kali ke tempat baru atau environment baru.

  1. Masa Form 1, baru masuk asrama, first week terus demam (in fact, selalu pun sakit sebenarnya)
  2. Masa baru masuk matrikulasi di Labuan, demam juga.
  3. Masa baru first week di U, tidak dapat join orientasi pun, sebab sakit, tempat baru la katakan.
  4. Baru mula kerja di KK ofis di Damai in 2008, sakit teruk juga. Ah ahh ahhmadnisfu.
  5. Baru mula kerja di Sembulan office end of last year, demam juga.

Oleh sebab saya fortune teller ha ha ha dan saya tahu ini akan datang, saya membuat sedikit persiapan. These past few days, aku minum air macam gila sampai balik-balik pergi tandas, dan untuk pertama kalinya pergi tandas portable yang selama di Bintulu dulu aku elak untuk guna portable toilet, tapi baru-baru ini saja aku terpaksa guna. Nasib bersih. Bersih sangat-sangat, so it is an acceptable portable toilet. Eh, apapun, sebenarnya mau bagitahu betapa banyak aku minum air untuk mengelak sakit.

Aku juga sedia beli dequadin, ubat sakit tekak macam gula-gula. Aku keep hisap every 1 or 2 hour. Makan buah. Minum susu. And pray untuk dijauhkan sakit.

Apapun aku diduga juga. Semalam I can hardly sleep. Sakit tekak sampai ke telinga, Rabak tekak. So today, I take sick leaveIMG02777-20110930-1024Itu sebahagian ubat yang doktor bagi. Ada lagi satu bikin hisap. Hari ini dan esok boleh tidur puas-puas. Esok pun dapat sick leave juga.

Tapi rasa sudah makin dewasa. Kalau dulu sakit di asrama mesti nangis-nangis. Last year pun masuk tempat kerja baru, sakit juga, masih lagi nangis. Tapi harini dapat memandu lagi perlahan-lahan, demi dapatkan ubat dan sick leave dari doktor. Have to be in shape, sebab even cuti pun kena call oleh orang Taiwan di site. Sekarang pun buat kerja juga from home, kasi siap report and reply email. Hopefully cepat bulan November, cepat lah siap ni kerja.

Apapun, doakan saya cepat sembuhhuhuhu.

Salam Jumaat, dan selamat berhujung minggu esok dan lusa.

 

Love,

Cinoi xo

p/s: Ada IT Fair kan di KK weekend ni?? Kan? Kan? Di 1Borneo hari ini sampai ke Ahad. Jom jom jom jom!

Tuesday, August 2, 2011

Dipetik Bunga Di Teratak Bonda

 

Salam and good morning hello. Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, saya berjaya bertunang pada 30hb July 2011 di Teratak Bonda. Teeeheeee. Syukur majlis berjalan lancar ya.

we are engaged

Untuk yang tidak tahu, saya bertunang dengan best friend for life, and after life saya (InsyaAllah), Encik Jay. Ehehehe. Ya, si Farid Jay Madi la ni kawan saya tunang.

Sedikit sebanyak persiapan ada saya blog kan di satu blog private sebelum ni. Starting today saya tukar setting dia kepada public ok, so kamu boleh la visit http://jaycinoi.blogspot.com/

Pagi-pagi kemarin saya menangis sebab tengok tidak banyak pun gambar kami yang di snap. Tiada pun gambar berdua berdiri dengan Encik Tunang (cewahhh, ehehehe). Tapi lepas puas menangis saya fikir tidak apa lah, save the best for the last. Nanti time kahwin (cewah lagi), InsyaAllah kita begambar sampai lemas.

Apapun, thanks to all friends yang hadir especially. To all friends yang mendoakan yang baik-baik, saya tahu walaupun kamu tidak datang, sokongan kamu sentiasa bersama kami. Kann. Jadi yang tidak datang time tunang tu, kena la datang time kahwin nanti ya.

Thanks juga to all my family members, yang menjayakan majlis ni

Special thanks to Encik Jay, sebab menunangi saya ;)  kamu paling batu! (Kamu paling rock). Saya masih berdebar-debar lagi setiap kali tengok cincin ni. Rasanaklempang muka sendiri baru percaya. Nanti lama-lama saya biasa la ni dengan cincin ni. Sekarang belum biasa lagi, jadi balik-balik tengok ke arah jari dan senyum-senyum sendiri ha ha.

Cerita in details boleh visit blog yang lagi satu ya, saya akan update dari semasa ke semasa.

Once again, I’m officially engaged \m/4

Love,

Cinoi xo

Tuesday, July 19, 2011

Bersenamlah Untuk Kesihatan dan Kecergasan

 

Lately, petang-petang aku jog di Perdana Park, Tanjung Aru. Ceh lately konon, padahal baru few times.

jog perdana park*Ini gambar kemarin di snap oleh telefon pintar Samsung Galaxy bukan aku punya.

 

Yang tidak best jog di Perdana Park:

  1. Parking berbayar, 50sen untuk setiap jam bagi 4 jam pertama, kemudian RM1 untuk setiap jam dari jam ke 5 hingga tidak pasti.
  2. Tandas 50sen. Hari tu aku masuk tandas untuk tukar baju sebab dari kerja terus ke situ, makcik jaga tandas tidur, so aku masuk saja la. Bila aku keluar, dia sudah bangun, minta 50sen dengan aku. Aku pun jawab “eh makcik saya tukar baju saja, tiada kencing pun, berak pun tidak, langsung tidak buka paip” tapi dia minta juga, so aku pun patah balik ke kereta ambil 50sen =_=’ macikk niiiiiii…..

 

Yang best jog di Perdana Park:

  1. Tracknya panjang dalam 1 bulatan tasik yang besar, tidak bosan dan lambat penat. Kalau bulatan kecil, macam di Grace Point punya tempat jog, rasa macam berpusing-pusing pening sebab baru sekejap sudah sampai the same spot tadi.
  2. Ada air free. Terima kasih TIMATCH. Eh timatch bah kan Ona? Correct me if I’m wrong.
  3. Lepas jog, kalau sempat tunggu la, pukul 7 ada Musical Fountain yeay!

Itu saja. Bersenamlah setiap hari demi kesihatan dan kecerdasan. Sehari berapa banyak kalori kita consume, kena bakar la balik kalori tu sebelum dia jadi fat.

 

Love,

Cinoi xo

MALAYSIAN SPIRIT ALL BOTTLED UP IN ONE VIDEO!

p/s: boleh kah rehat jog harini? penat. ehhe.

Wednesday, July 13, 2011

Selepas 2 Tahun

 

Pagi tadi isu di Hot FM pasal driving class kan? Pasal ambil lesen lah lebih kurang. 2 tahun lepas aku ambil lesen, prosesnya sekejap. Table test tu aku habiskan tidak sampai 10minit, semua soalan baca laju-laju dan pilih laju-laju. aku kan mau cepat saja orangnya. Class 8 jam pun aku ambil 4 jam sahaja, sebab aku sudah memang boleh drive masa tu. Dan dapat lah lesen P, yeay!IMG01912-20110706-1216

terus angan-angan, mau beli kereta INI!!

Selepas 2 tahun, finally on the July 5th, lesen P aku habis, yeay! Tapi baru last Monday aku ada masa pergi renew lesen.

IMG01999-20110711-1718 *Pakai gambar last year. Agagagagaga

Ehe, tapi sticker P di Miss Pink tidak akan saya cabut dulu, sebab ada orang lain yang drive Miss Pink selalu masih berlesen P! Ehehehehe *waving*

Sebenarnya, sebelum ada lesen lagi dulu aku sudah start memandu sendiri, ssshhhhh jangan bagitau orang. Teeeheeeee.

Pandu cermat jiwa selamat. Ada pemandu lagi bagus. Agagagagaga

Bye.

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Join the RACE with me!

Thursday, July 7, 2011

Katakan Dengan Indah

 

Kemarin adalah hari yang sangat mengujakan sekali. Banyak good news and berita gembira (ahha apa beza good news dan berita gembira). Sampai badan aku mula lemah kerana terlampau banyak excited, menggigil di petang hari. Lepas kerja cepat-cepat pergi beli murtabak macik di Sembulan. baru tenang sikit.

Pertama, my best friend for life telah mendapat offer kerja di sebuah jabatan kerajaan, dalam bidang civil engineering juga la. sama bidang kami kan. Teeeheee. Tahniah. Saya belanja kamu pergi tengok mini konsert Aizat di KK ok. Saya dan keluarga turut gembira dengan lantikan tersebut. Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

Kedua, kemarin juga saya mendapat call dari sebuah syarikat yang agak besar juga di Sabah, bagi offer kerja.

“This is Karen, do you remember last time you came for interview?”

Last time? It was last year, Dec 2010 okay. Almost deleted from my memory, jimat ruang.

“Still interested?”

“Please give me some time to think about it okay, how much does the company offer me? “

“Basic RM ehem ehem”

Ohh, tableh up sket up sket ka? Tidak apa lah tamak plak aku ni, atleast yang di offer tu tinggi dari gaji sekarang anyway “can you email me the details, where will I be located, the offer, the job scope. Thanks.”

So, I have 1 week to consider this job offer. Adakah orang yang sembahyangnya tidak cukup diterima solat sunat istikharahnya? Huhuhu. Membuat keputusan bukannya mudah. Eh, mudah saja buat keputusan, tanggungannya nanti, itu yang susah. Biasa aku ikut instinct ataupun ikut hati saja.

Banyaknya berita gembira. Kadang-kadang aku malu, aku selalu lupa menyembah Tuhan, tapi Dia tetap ingat sama aku. Allah Maha Pemurah.

Ehe. Anyway, I am on to something juga ni other than the above job. Just wish me luck for everything ok. Hari ni juga mau makan sedap-sedap sebelum gaji yang beru diterima semalam lesap begitu sahaja.

Bye semua. Have a lovely Thursday.

Love,

Cinoi xo

Friday, July 1, 2011

To the 2nd Half

 

Masa berterbangan begitu laju *tipikal*. We are now at the second half of 2011. Nasib baik aku xda iya-iya sangat buat azam baru new year 2011 haritu. Kalau tidak memang rasa bongok sekarang sebab half year pun belum capai apa-apa *terjunbangunan*. Oh except I have Miss Pink already, iaitu azam saya pada tahun sebelumnya, ada kereta sendiri, dan harini ialah mandi wajib keduanya (servis) *tengok! azam tahun dulu-dulu pun baru tercapai*. So what is your accomplishment so far at the first half of 2011??

 

What’s up in July

1st July – Projek Pistol show, live in KK, Borneo Tour (Looking forward to see Edrie Hashim live, oh it’s tonight man!)

2nd July – Appointment with Marie France Bodyline

10th July – Talk at Shang Ri La Hotel

22nd July – Aizat kau pergi live in KK

30th July – My bestfriend-for-life engagement. Can’t believe he’s finally getting engaged! You’re the man buddy!! *highfive*

Habis bulan ni kita puasa!

Aku pulak?DSC_0060 *blur* Masih terpinga-pinga macam pingu sambil berkata “Huah?? Sudah bulan 7?? Dush” *shuffling (sebab telampau panik sampai bershuffle)*

 

Ok. Bye.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, June 17, 2011

Tips Untuk Rak Kasut Bergerak

 

Nah. Apa tu rak kasut bergerak?

Aku percaya standard la setiap perempuan mesti taru kasut spare dalam kereta kan kan kan?

Aku juga begitu. Maaflah kalau tiada sesiapa begitu dan sangkaan aku silap kan. Kalau aku salah, mungkin aku saja satu-satunya yang begitu, letak kasut spare dalam kereta.

Ok tipu. Bukan setakat kasut spare. Lebih lagi dari itu, kasut spare, heels spare, sandal spare. Miss Pink umpama rak kasut bergerak yang redha. Mula-mula aku letak sepasang. Lepas tu mau tukar kasut lagi, agenda lain dan outfit lain kan, tambah lagi another pair taru di dalam  Miss Pink. Sekarang sudah ada few pairs di sana. Makin banyak, aku letak dalam bonet Miss Pink.

Tapi tetap juga ada sepasang spare di bawah kerusi, di hujung kaki.

Tipsnya: Pastikan apabila kamu keluar kereta, kasut/selipar yang kamu pakai adalah pasangan yang betul ya. Pasangan yang betul tu, bukan pasangan songsang ya. Iaitu sebelah kiri sama dengan sebelah kanan or vice versa.

Ya, saya dapati itu kesilapan yang mungkin berlaku. Sebab saya ialah mengalaminya semalam.

Situasi : Pergi lepak kedai mamak, masuk – masuk saja semua orang pandang baik punya. Ah, confirm sebab aku cun tinggi kan.

Tapi aku silap, rupanya bukan saja sebab aku tinggi, tapi sebab aku tinggi sebelah. Sethan! Macam mana gua tidak perasan. Lepas habis makan minum apa semua, baru gua tengok kaki, nice! Sebelah terompah nude colour, sebelah lagi heels hitam pergi kerja.

Kecewa dengan pencapaian diri sendiri.

Thursday, June 16, 2011

Aku tidak perlu payung terjun~~

 

Teee heee

Kalau suatu hari nanti, jodohku sampai, cewahhhh, suspen kan. Aku mau menari macam dalam video di bawah semasa reception ku. (Menari saja, bajunya tu tidak mau la)  Boleh ka tu ah? Boleh ka boleh ka. Boleh la bah ya. Geleng kepala nanti daddy ku tengok kan.

 

I don't tell anyone about the way you hold my hand
I don't tell anyone about the things that we have planned
I won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to push me down
They want to see you fall


Won't tell anybody how you turn my world around
I won't tell anyone how your voice is my favourite sound
Won't tell anybody
Won't tell anybody
They want to see us fall
They want to see us fall

Don't believe the things you tell yourself so late night and
You are your own worst enemy
You'll never win the fight
Just hold onto me
I'll hold onto you
It's you and me up against the world
It's you and me

 

Adoi lagu ni sebenarnya terngiang-ngiang di otakku. Like an Ipod stuck on replay sudah lagu ni di telingaku.

Tu sajeerrr. Bai. Have a wonderful Thursday. Esok sudah Jumaat yippie. Can smell weekend already aite. Weee can’t wait!

 

Love,

Cinoi xo

*Banyak perkara aku mau blogkan sebenarnya, tapi 2 3 hari ni workload di office betul-betul tidak mengiziznkan aku berblog banyak-banyak ketika waktu pejabat, walaupun aku sudah biasa menchuri masa. Banyak calculation Steel Bar mau dibuat ni. Toloonggggg!!!

Thursday, May 19, 2011

Mimpi Cikgu

 

Kemarin malam aku mimpi jadi cikgu. Tapi aku asyik datang lambat murid pun hairan. Aku datang pukul 8 pagi macam office hour biasa. Sekolah kan mula pukul 7 pagi.

Patut lah aku tidak jadi cikgu.

*Mimpi ni mesti gara-gara tengok ramai orang wish hari guru di facebook & di blog.

Ok. Bai.

Monday, May 16, 2011

Task Accomplished (Task: Menjadi Aunt Hahahaharapan)

Last weekend tiada tengok movie. So tiada movie review buat masa ni.

Why? Sebab I have to stay home babysit my niece. He he. Sebenarnya tiada lah babysit macam budak kasi suap makan kasi basuh berak semua, dia sudah besar pun, 14. But her parents (which is my sister) went back to hometown, Sandakan. My niece tidak boleh ikut balik sebab dia ada exam minggu ni. So kakak saya pesan “Jangan kasi tinggal-tinggal Fatin ya” Memandangkan potensi ku untuk keluar setiap masa adalah tinggi sebagaimana yang kakak aku tahu, sebab tu dia asyik pesan. Kesian juga kan my niece, Saturday after work kami keluar jalan-jalan, dia mau pergi beli buku latih tubi Matematik di Eaton. The rest of the weekend we stay home saja.

On Sunday I decided to cook for lunch. Owh, by the way, breakfast on Sunday I prepared French Toast, dengan teh. Hehe. Oleh kerana breakfast pun sudah lewat, maka lunch pun lewat juga.

And this is our lunch wunchy!lunchIkan basung goreng, sayur kacang dengan telur, sambal belacan dan udang masak sambal.

Udang masak sambal is my new achievement yeehaaa! Nanti saya share resepi ni ok. Cewah baru jak masak terus mau share resepi. Sebenarnya supaya senang saya refer blog next time saya mau masak lagi.

My sis call anak dia Fatin, dan Fatin bagitau “hmm aunty noi masak” kakak saya terus “Eh rajin plak aunty mu tu masak” hohohoho. Mana boleh selalu. Haha.

Ini pula respon kakak-kakak saya di facebook.FB RESPONSE

RESEPI UDANG MASAK SAMBAL (paling simple cinoi punya resepi)

  1. Blender bawang besar, bawang merah bawang putih, then tumis. Masukkan sedikit belacan.
  2. Blender lada kering(lada yang besar tu), then masukkan dalam tumisan bawang tadi. Tumis sepuas hati
  3. Masukkan serai (2 Nos only) yang dititik noktah
  4. Masukkan perasa (gula, garam, aji) sesuka rasa hati.
  5. Sudah masak bawang dan lada kisar tadi tu, masukkan udang. Pastu kacau-kacau sampai udang masak. Masukkan tomato kalau suka makan tomato macam saya.
  6. Nahh siap.
  7. Bulih makan suda!

Udang masak sambal

Love,

Cinoi xo

[ This is an auto-published entry ]

Friday, April 29, 2011

TGIF

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari Jumaat semua. Yippie!TGIF

I really thank God that today is Friday, and we have two days left for this week, Saturday and Sunday, which is weekend, so surely it will fly fast. And for the first time I really thank God that Friday is so close to Monday.

Why? Because I am expecting something HUGE next week. It has been confirmed yesterday in black and white.

What? Just wait and see. Surprise!!!!

Wanna guess? Sure you can. Just drop your comment at the comment box and give a shot. The answer will be revealed next week okay.

Have a lovely and beautiful Friday everyone. May Allah bless us.

*Anyway, this shoes here, has arrived yesterday ;)

Love,

Cinoi xo

Royal Wedding


*Beberapa jam sebelum my ex melangsungkan perkahwinan

Untuk mengubat hati yang duka lara, saya bermain ini Royal name. Di sini.

Cuma letak Name and City, saya letak Cinoi Kassim, Jesselton (Kota Kinabalu)

Tadaaaa. Hahaahha.


*Bukan saya saja main mainan budak-budak ni, ini saya jumpa di sini http://pinkprayingmantis.blogspot.com/2011/04/demam-royal-weddng.html, blog my former schoolmate, si DJ.

Teeheee.

Kthnxbai.

Love,
Marchioness Cinoi Hadley Kassimberton of Jesseltonshire


Friday, April 8, 2011

Mimpi Gempa Bumi

Dalam satu malam, bermimpi dua mimpi yang sangat pelik. Mimpi yang jelas dan pelik. Mana yang kamu percaya, mimpi mainan tidur atau mimpi bawa sesuatu makna atau hint? Wallahualam.

Ok. Mimpi pertama saya.

Lupa.

Kita terus ke mimpi kedua. Saya mimpi gempa bumi.

Saya bersama ahli keluarga sedang tidur di sebuah hotel apartment bertingkat-tingkat. Saya terbangun sebab ada pergerakan yang sangat kuat dan memeningkan, Kak Misah jenguk keluar tingkap, kedudukan hotel apartment sudah berubah sedikit, nampak dengan jelas! Tapi dia diam lagi. Aku terus jerit “Keluar sekarang!!” Dalam kelam kabut aku ingat sempat tarik handbag kuning yang ada purse. Sampai bawah semua ahli keluarga aku sudah ada bersama penghuni lain di kondo tu, lepak tepi jalan. (Eh apa ni sekejap hotel apartment, sekejap kondo, maaflah tidak dinyatakan dengan jelas dalam mimpi tu)  Suasana sangat suram dan mentakutkan juge pun.

Lepas tu. Eh jap. Mimpi tu macam skip-skip. Oh, aku baru ingat kawan aku, Jay, tinggal di apartment berdekatan. Aku call dia, dan macam biasalah seperti di real life juga, dia tidak bangun! Naiss! Sudah la gempa bumi, tidur mati pula. So aku call adik dia, jelas gila nama adik dia di skrin phone ‘Natasha’ dia jawab dalam keadaan mamai sekali, aku siap jerit-jerit suruh bangun dan gerak semua orang. Lepas aku letak phone, Jay call aku balik “Eh kenapa semua bersepah sana sini ni”. Aku jawab “gempa bumi la! bangun! keluar dari situ sekarang gila!” (Satu lagi persamaan mimpi dan real life, Jay, real life dan mimpi dua-dua sama, gila.)

Lepas tu semua orang tunggu bantuan, aku berniat naik balik ke bilik family aku (sebab bangunan tu tidak runtuh lagi, cuma sebahagian di belakang bangunan yang ada sedikit runtuhan, lagipun dalam mimpi ni aku macam hero la dalam family aku)  tengok ada barang yang aku boleh ambil. Sweater untuk anak-anak buah aku, dan aku tarik cadar putih di katil untuk aku selimutkan badan sambil jalan-jalan sekeliling tunggu bantuan. Masa tu naik lif takut, so i took the stairs. Tapi banyak tangga yang sudah tersasar kedudukannya dan mau-mau runtuh.

Lepas tu ada jambatan yang menghubungkan dua bangunan runtuh dan jatuh di depan mata kami semua. Gila mentakutkan.

Lepas tu,Jay pun datang dengan kereta, aku naik kereta dan ajak dia jalan-jalan tengok keadaan, lepas tu balik semula lepak dengan family aku.

Lepas tu jalan lagi naik kereta dengan Jay, dia boleh parking di bawah satu lagi jambatan concrete, bahaya betul! Nanti berulang lagi macam jambatan concrete yang pertama tadi. So aku jerit kuat-kuat dengan dia “Jangannnn!”

Jeritan tu betul-betul keluar di mulut aku haha. Aku pun terbangun akibat jeritan sendiri. Lalu menggigil ketakutan macam mau nangis. Mau nangis akibat mimpi pertama (yang aku sudah lupa tiba-tiba) dan mimpi gempa bumi ni.

Aku terus call Jay, dan yang luarbiasanya, dia jawab, tapi dalam mamai.

Aku: Oi kau tidur kah? Kau ok?

Jay: Ya. Ok. asdf hhmm mm nyum niuasdfh kadhv ka (aku tidak tau apa dia bebel macam mamai gila)

Aku: Woi bangun lah, aku mimpi mentakutkan tadi. Gempa bumi. Bla bla bla (ceritakan mimpi tadi dengan detail)

Jay: Oh, bagus lah tu. Bagus mimpi gempa bumi ni.

Aku: !#$%^&*()+

Mimpi gempa bumi ialah mimpi bagus?? Terus aku letak phone!

Susah mau lelap dan berfikir-fikir seorang diri sambil membaca pelbagai doa dengan panik, mungkin doa makan pun terselit sekali.

Hasilnya sekarang aku di office mengantuk gila tahap mau bershuffle jak rasa. Dan tiba-tiba aku macam faham hint mimpi semalam, iaitu, hari ni aku patut take half day off supaya aku boleh tidur *wink

What do you think?

 

Love,

Cinoi xo

p/s: Minggu ni adalah minggu yang paling terduga sekali :( tapi aku percaya Allah s.w.t tidak menguji di luar kemampuan kita. Untuk menyembuh, biarlah masa membuat kerjanya (let time do the work). Yang pergi  akan tetap sentiasa disayangi, dan yang masih di sini akan meneruskan hidup dengan lebih kuat lagi. Dugaan yang hebat ini sudah pasti dijanjikan ganjaran yang hebat sekali. Allah Maha Mengetahui.

p/s/s: Anyway kemarin Achii invite aku untuk join this one site, get rewarded tru sharing juga. Tapi saya belum explore habis lagi, so mari la kita cuba dan explore bersama di sini ya registernya. Sini.

Friday, August 20, 2010

imaginasi tahap sederhana tinggi

sekarang aku ingin,

pakai maxi dress warna putih panjang sampai tapak kaki (bukan macam yang aku baru purchased online tu, pendek, sampai atas buku lali aku saja),

ok, sambung.

pakai dress panjang, jalan-jalan tepi pantai, angin kuat, dress panjang aku terbang-terbang, celah-celah jari kaki kotor dengan pasir pantai, duduk di pasir menghadap pantai, baca novel, baring hadap langit luas, tidur, bangun, baca novel balik, makan chicken wing madu, eh salah! kotor tangan nanti. makan sandwich, minum jus oren, baca novel, tak dengar lagu, dengar bunyi air laut sahaja.

siap baca buku, pandang laut tanpa henti. yang paling penting, otak kosong. hanya perlu tengok dan fikir indahnya ciptaan Tuhan. tanpa fikir apa-apa pun. kebelakangan ni otakku penat, kerja keras otak saya tau tak.

bagi aku masa satu hari dengan laut please. aku dan laut sahaja. ok, fine, pantai oleh turut serta. aku laut dan pantai sahaja, dan sekali sekala blackberry hahahaha. mana boleh tinggal blackberry dari tangan.

aku, laut, pantai, dan blackberry.

DSC00441DSC_0254

Love,

Cinoi xo

Wednesday, May 26, 2010

truth is, i am scared of growing up

seen this before? yeah if u follow this blog, u might have seen this pic before.

iam 100% sure when this pic was taken, this girl have nothing hard to think in her mind. she was just a one happy girl. like seriously happy with nothing to worry about, no job, no financial problem, no relationship problems, no shopping list, naa, nothing. she was just thinking about the cake, and the photoshoot “this pic should n must must must be beautiful okay” alahai seronotnyaaa.

kecil

21 years later..

seen this? oh ya, fb profile pic! aha!

when this pic was taken, she have a lot in her mind. like a lot, a lot. like seriously a lot.

besar

oh i miss me. the mini me.

sama ka tidak? hahahaha

1

i think somehow, we learn who we really are and then live with that decision.

and to be positive, growing up won’t bring us down. ~~ *do not be scared Cinoi*

Love,

Cinoi xo

Monday, March 15, 2010

3 tahun laa!!~~

last saturday, kak nani ajak keluar, but i refused sebab perlu berhangoutan dengan rakan sebaya. hahahaha. lepas ai cakap namao join, terussss laaa Kak Nani update status begini. status memancing saya! hahahahaa. kak nani Kak Nani balas komen “..budak2 (spt dlm gmbar wall paper)..”

dush! wall paper mana plakk ni. rupanya she was talking pasal gambar profile! hahahaahhaah. budak-budak tak tahu levis katanya. dush. owhh sebab saya menggunakan gambar wallpaper profile seorang kanak-kanak 3tahun pada 22tahun yang lepas. lihat ni lihat.

b diri kek

sudah lihat? tamau lihat boleh tekan X di sebelah atas sebelah kanan window ini ok! tiada paksaan pun!

ok.

bye.

Love,

Cinoi xo

Thursday, February 4, 2010

apa aku pada waktu itu. apa aku pada waktu ini.

hari pertama 2010. aku raikan di situ dengan begitu.1

tanpa mengetahui apa yang sudah ditulis untukku. tanpa memikirkan apa bakalan menunggu di hadapan. semasa ambil gambar ini, aku tak pernah terfikir pun apa akan terjadi pada hari-hari dan minggu seterusnya. tanpa tahu apa ada di sana depan. aku menikmati ini.3

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak tepikir aku akan sendirian tidak keluar pada weekend seterusnya.

-tiada gambar sebab di rumah saja-

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak pernah terpikir akan berjumpa mereka ini. pada hujung minggu yang seterusnya.9

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak pernah terpikir akan berada di sini untuk makan tengaharinya bersama mereka, pada hujung minggu seterusnya (hujung minggu selepas gambar di atas)4 dan berhasilkan ini5

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak pernah terpikir akan berada di sini untuk makanmalamnya bersama mereka, pada hujung minggu seterusnya (hujung minggu selepas gambar di atas)6 dan bergembira bersama kamu, kamu, kamu10

iya. semuanya di atas adalah setiap hujung minggu ku pada bulan pertama di tahun ini.

semuanya tidak aku terpikirkan semasa aku nikmati ini2 *ini gambar aku ambil sendiri pada 01.01.2010 (haha tiba-tiba bagitahu)

tidak pernah terfikirkan mu kan. aku pun! semasa bergambar bersama api-kerja di atas itu, aku tak pernah terfikir pun aku akan menaip ini di sini sekarang ini.

in the twist of fate we met each other. fate. Alhamdulillah. semua ada hikmahnya. tidak sabar lihat itu, atau mungkin juga tanpa sedar sekarang sedang menjalaninya; hikmah terjadinya perkara-perkara dia atas. Terima Kasih Tuhan untuk nikmat semua ini. dengan itu saya ucapkan selamat menyambut bulan kedua di tahun 2010! hehehehehe. bye.

Love,

Cinoi xo

Monday, November 16, 2009

bukan mudah menjadi aku

mata rabak.
pedih. susah gila mau buka. kering tapi basah. kalau mata aku boleh berteriak, mungkin sekarang kamu dengar teriakannnya dengan tidak henti suruh aku berhenti.

2minggu lepas aku sudah 24tahun. tapi aku belum didengar seperti seorang yang 24 tahun yang mempunyai ijazah. aku pun tidak tahu apa syarat-syarat yang perlu ditepati untuk aku layak memberi pendapat, pandangan, atau visi. semuanya gelap dan sunyi. iya. peraturannya kau diam dan dengar saja. kau bayangkan ketika kau rasa mahu menjerit dan keluarkan semuanya hujah mu, kau tidak mampu, tersekat di kerongkong, di peti suara, di hati, kau terpaksa diamkan. sakit kan kerongkongmu, peti suara mu, paling teruk sekali hati. ada obat hati?

kadang-kadang aku fikir apa guna aku ada degree.
kalau tiada cita-cita. (i used to have an ambition, but now, i think i do not need any)
kalau tiada visi.
kalau tiada perancangan perkembangan diri dan kerjaya.
penting meh ada degree?? sekarang aku rasa macam tidak.

ingin maju. ingin ke depan. ingin melangkah laju.
semua orang mahu itu.
yang peluang itu.
tapi kau, terpaksa melepaskan begitu sahaja.
eh bukan kau, aku.
bodoh kah aku, yang orang rebut-rebutkan itu datang di depan ku tapi aku biarkan saja ia berlalu pergi. atau senang kata aku tolak.

adakah itu mengalah sebelum bermula
berhenti sebelum melangkah
tidur sebelum bangun

aku pun sudah tidak dapat menilai kemampuanku. sejauh mana aku boleh pergi.
macam mana mahu tahu kalau tidak pergi. logik akal.

kadang-kadang tidak ada masalah menjadi DIAM dan IKUT.
tapi kalau sampai kau jadi seorang yang bisu bagi yang lain. tidak mendengar dan tidak didengari.
0 kosong.
ya, ada apa sama suara mu. eh, maksud aku suaraku. tak payah dengar pun tidak mengapa kan. mungkin suara aku ni kosong-kosong sahaja. sekarang rasa mau bakar-bakar ijazah itu, rasa macam sekeping kertas kosong ko takpayah bawa ke mana pun. jadi kau diam!

kalau lah aku boleh jalan-jalan di shopping complex cari masa depan, pilih-pilih mana yang bagus, then beli saja. kalau la masa depan itu di jual di mana-mana. masa depan itu tidak semestinya kau beli di situ. kenapa perlu mengobjektifkan sesuatu yang sepatutnya subjektif. susah tu. susah wa cakap lu. sakit jiwa. oh ya, 1 lagi benda yang aku harap ada jual di shopping complex dan aku mampu beli, SABAR. kau ada jual? boleh kurang tak? aku nak beli sekian sekian kilo SABAR.
sekarang aku mau jual rasa INGIN. sapa mau beli ingin aku. kalau tiada mau beli, aku mau buang saja. sebab aku harap aku tiada rasa INGIN. hidup seperti tiada soul. tengkorak hidup. mungkin lebih baik. entah aku pun taktahu sebab aku baru mau cuba. yalah, mana kita nak tahu kalau kita tidak cuba kan.

ok. sekarang aku tidak mahu apa-apa.
did i sound like a quitter? sounds like giving up? soo not me kan.
kalau kau mahu pun, kau tidak punya langkah untuk dapatkan.
kau tak faham? aku pun.
kan aku sudah cakap awal-awal sedari POST TITLE tadi,
BUKAN MUDAH MENJADI AKU.
i bet u can't.

sekarang bukan lagi mata rabak seperti di awal entry tadi. hati pun rabak.

mulai sekarang header blog juga akan ditukar kepada BUKAN MUDAH MENJADI AKU.
jadi semua senyap dan pandang saja. itupun kalau kau mampu pandang.
jadi bisu.
jadi pekak.
jadi buta.
jadi kosong.
jadi heartless.
jadi lifeless.
jadi tidak mahu apa-apa.
bukan mudah menjadi aku.
its sooo fucking not easy to be me!

Cinoi

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....