Friday, June 26, 2009

selamat hari jumaat.

hai. saya suka hari jumaat.kamu?

260620091179

:) hari ini saya adalah biru. kamu?

260620091178

esok saya ada interview. anyone know pasal landmark property? taktau tak apa la.

wish me good luck ok. i really need one!

 

love,

cinoiqilavigne

p/s:- RIP Michael Jackson.

Wednesday, June 24, 2009

SH

saya cakap terus saja ok. i was harassed sexually at the staircase near my office after work yesterday. it was more to gestural harassment, and a bit of verbal harassment.

the idiot was like calling me "psst..psstt..psst" then i turned to look at him, he was on his knee, with red big eyes looking at me like he want to eat me alive. i was like "what the fucking hell u want" n keep looking at him, and just realized (30sec after that) that his hand was in his pants. yucks. gross. and he was like mengangguk-angguk kepala, calling me to come to him. babi. he was high i guess.
he was trying to get near me when i was about to take his picture (for evidence la konon). i get scared, n ran. so, tiada la gambar dia ok.

i hope he'll come again today, so i can punch him on his face instead of running away like chicken.

mangsa,
C

Tuesday, June 23, 2009

semalam di waterfront

aku, shamree, amri, adik amri, ihsan, nisham. ya, aku saja gadis. harus bagaimana. mereka saja yang ada. gadis lain tidur kali.

220620091160

aku saja seronok bergambar. kemudian kami berbincang hal-hal serius, menunjukkan ke’adult’an.

tergamak keluar lewat malam pada hari bekerja. kita lihat bagaimana itu menghasilkan saya pada hari ini di waktu kerja. lihat saja nanti hasilnya. mengantuk barangkali. aku tidak bercadang untuk mengamalkan ini selalu.

oh ya, lain cerita, kenapa line MAXIS semalam agak bingung dan bengong. ppffttt.

xoxo,

cinoiqilavigne

Sunday, June 21, 2009

my personal doctor day.

taktau camna mau start, yang aku tahu, aku sangat takut dengan daddy. garang dan very strict. time kecil-kecil, kalau tido tidak pakai socks, serta tidak meng’on’kan ubat nyamuk letrik yang mat dia sangat berbau untuk dipegang tu, mesti daddy marah. hey, sampai besar pun masih lagi tau.

dan kami sangat takut untuk batuk depan daddy. if mau batuk, lari cepat-cepat gi bilik, batuk di bantal. kalau tak, confirm daddy akan “tu la, minum ais lagi, makan keropok, coklat lagi..bla bla bla.”

and segala benda kecil pun boleh menimbulkan kemarahan yang amat pada daddy. semua takut. garang yeuuwww.. (edited: saya lupa, saya mewarisi sikap pemarah n panas baran dari daddy saya, so daddy xbleh la bising2 if sy meletup lepas kena tegur sikit pon, like father like daughter lo)

but lately since ada cucu, dady is not that garang anymore. and i can talk bout stuff with him.

paling-paling pun, sekarang, paling takut adalah untuk meminta kebenaran untuk ke kl. nasib baik phone saja (since i dont live with my parents)

tut..tut.

“hello, semekom, dy, saya mau gi Kl”

dad: huh? buat apa sana? *saya dapat bayangkan muka dady dengan dahi berkerut 1000*

me: ermm. jalan2. jumpa kawan2. syauqi.

dady: jalan2?? (i can imagine dady camni –> !#$%^()*& ) nanti di sana stay mana.

me: erm. rumah kwn. or rumah syauqi. mana2 la, tgk la nanti.

dady : huh. ok. baik2 di sana. bagitau mummy sendri.

ceh.padahal aku dah bgtau mummy awal2 lagiiii.

the best part about dad is, bila saya sakit, xpayah pergi jumpa doctor (unless mau ambik MC). my dad is my personal traditional doctor. and confirm sembuh.

i remember, last 2 months, i was totally sick, kepala cam mau pecah, muntah hijau tak bleh makan, badan panas, tak pergi kerja for like 4days, i called mom sambil menanges-nanges “mumy datang la sini, dengan dady, x tahan, sakit sangat” (sambil teresak-esak airmata bercucuran macam apa ja) dady dengan segera datang dari sandakan ke KK (a 6hours trip). dad stayed for 2days, n there u go, ok terus si cinoi.

walaupun dady saya garang, tapi dady tetap the best dad in the world, and after world.

HAPPY FATHERS DAY ENCIK KASSIM BIN ADIN. u rawk!

dad1

Love,

Cinoi.

Friday, June 19, 2009

ucapan harijadi dan sepatah dua kata.

(sila baca betul-betul perenggan di bawah ni, kerana di akhir entry ini ada soalan pemahaman atau lebih senang saya panggil teka-teki)

kemarin (semalam) 18 Jun was my niece punya birthday. she’s my 1st niece, i was only 12 when she was born. n completely ignored her (at that time), since im supposed to be the last girl in family. (i became an auntie since i was 12). ok sekarang her 12th bday, mari kita doakan kebaikan, panjang umur, kesihatan dan 5A dalam UPSR yang tidak lama lagi. harap sekarang Kak Atin (Fatin) sedang belajar dan bukannya membaca blog mahupun blogging, atau friendster-ing. amin.

happy 12th birthday Fatin!!!

06022009370 *from left: yaya, me, fatin

(pic was taken on feb 09)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ok. these few days, I've been thinking to blog something meaningful. something that i can share with u guys on how i love n miss Syauqi, that 3 and a half days in Kl are not enough, on how my weekend went so rawking well besides losing the ring, sickness n all,n on how i was treated like someone who belonged during the event. (what event? refer –> here)

Antara sebab-sebab aku tidak memblogkan lagi perihal weekend cuti tersebut (ramai yang menunggu, kan shiro?) ialah :-

  1. weekend itu adalah sangat super sehingga tiada perkataan bisa mendescribekannya. ramai kawan baru tapi lama yang sangat menyambut dengan warm hug gituuu.
  2. emosi sedang tidak stabil sejak kembali dari cuti itu, sangat lama kan emosi aku menyesuaikan diri semula. itu lah, perasaan bercampur baur. sedang emosi ini mengambil waktu dan ruang aku sangat banyak, maka menyekat otak aku berfikir untuk memblogkan perihal-perihal yang tersebut.
  3. mengenai perjumpaaan dengan syauqi, juga belum aku blog kan lagi, sebab aku ingin mengurangkan aktiviti perjiwangan dalam blog ni. tentunya syauqi lebih faham, tanpa perlu aku menulis di sini. cuma ada sedikit pesanan untuk syauqi, yang aku fikir ingin bagi dia sebelum aku fly balik, tapi macam agak tidak kena, susasana akan menjadi jiwang dan sedih, so before fly, aku hanya membuat beberapa lawak bodoh, supaya kami boleh ketawa sama. so inilah pesanannya *sambil malu-malu*
  4. look after my heart, i’ve left it with u

itu saja lah. jom pergi makan!

Love,

cinoiqilavigne

p/s: teka teki : my niece, Fatin was born when i was 12. how young old am i now?

Friday, June 12, 2009

pencapaian ku setakat ni.

hari ini harus semangat bekerja.

pagi tadi, baru sekejap masuk ofis, aku fikir untuk mengular.
so aku keluar la konon pergi celcom centre.

singgah coffee bean jap.
then betul-betul aku gi celcom ok.
lepas keluar dari celcom, aku lalu di butik-butik yang agak menarik.

eh.awalnya butik ni buka
aku lalu saja, buat bodoh konon terhadap butik tu.
selepas beberapa langkah melepasi butik tu, aku fikir manatau ada sesuatu menarik, rugi aku tak masuk. mengigil-gigil perasaan ku tidak tenang. (huh?perasaan pun bleh mengigil)

masuk atau rugi?

aku pilih masuk.

aku berpatah balik beberapa langkah dan cepat-cepat masuk butik, sebelum ada aral melintang yang menghalang.
fuhh, lega rasanya.

morning. u already open? wah. awal ya. dengan semangat aku greet taukeh butik.

taukeh butik : ya. open oledi. come in and have a look. best buy. got sale all the way.

huh?best buy??sale??

yeah. aku berhasil mendapatkan sehelai baju and belt. dengan segera keluar dari butik selepas membayar dan meninggalkan nombor telefon kat taukeh butik, untuk di update jika ada barang baru.
iya, seperti aku subsribe e-butik di blogshop-blogshop di ruangan web ni.

wah, time ofis hour pun aku berhasil menshopping. terbaek cinoi! (kagum dengan pencapaian diri sendiri)

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s: aku away bermula malam ni. kl menjerit. hahahaha

Tuesday, June 9, 2009

sedar kah kita. patut ka tidak. tapi orang yang tidak ada cita dan tujuan adalah kosong hidupnya. oh ya, keywordnya: balance.

 

macam mana hendak mencapai cita tinggi ke langit

19042009713

 

sedangkan pijakkan di bumi pun belum pasti tujunya

DSC_2973

 

mari lihat jauh-jauh.

19042009710

xoxo

cinoiqilavigne

*model dalam gambar : Yaya my niece

*2 gambar adalah di ambil menggunakan telefon bimbit aku, 1 lagi gambar pakai camera Nikon. (ni la gambar-gambar favourite aku)

p/s: ceh, cinoi (aku bercakap dengan diri sendiri) budget penulisan dalam la tu. tafsir sendiri ok. tak tau tanya. tak nak tau takpa. renung-renungkanlah dan selamat Berangan (bak kata Syefa bengong)

Monday, June 8, 2009

MAS vs AIRASIA

salam.

pagi-pagi aku buka emel, ada emel dari MAS, dengan subject 50% off fares on Grab-A-Deal Week.

uish, reading the Subject of the email pon buat aku berdebar-debar.jangan la benda yang akan buat aku geram terjadi. iaitu seperti :- tix MAS itu adalah lebih murah berbanding tix AA yang sudah aku purchase seawal-awal lagi.

and so i cekidaut!

kan betul!  ni flight Kl – KK (MAS). murah gila ok! pffttt..

MAS1

nasib baik flight pergi (KK – Kl) sudah sold out. kalau tak mesti aku mengalami geram paling teruk dalam history of geram-sebab-beli-tiket-awal-tapi-lebih-mahal-dari-latest-promotion.

di bawah ni yang sudah aku beli n confirm since 9may lagi (AA).

AA1

and dia punya price adalah 100++MYR one way. 300++MYR return. ppffttt!!!!

kadang-kadang last minit lagi bagus woo. beli awal murah konon!

 

bingung,

cinoiqilavigne

Friday, June 5, 2009

apa reaksi yang sepatutnya?

today, as usual, aku breakfast di kantin ofis kakak aku, Kak Nani, bersama kakak n abg ipar aku. bukan ofis kakak aku punya pun, tapi sebab kakak aku bekerja di situ, jadi aku panggil saja ofis tu ofis kak Nani, ofis Kak Mimi (kakak si fiona) pun boleh.

hari ini aku membuat keputusan untuk makan mee goreng, kuah kari, n sosej (yang banyak).
sedap youu aku makan. ngap ngap ngap. nyum nyum.
sampai lah tinggal 4 5 suap lagi nak habiskan, terkejut aku!

ada lalat yang gemuk, dan agak sihat, sedang mati di dalam mee ku.

ya.lalat gemuk tapi mati.
dalam mee saya ya tuan-tuan dan puan-puan.

dengan pantas saya tolak pinggan ke tepi, dan kotak suara saya menjadi jem. (apa nih, sekejap 'aku', sekejap 'saya', kamu layan saja la ok)

kamu tahu kah apa reaksi/perbuatan saya seterusnya??
ha.

kamu rasa apa patut saya reaksikan? kalau jadi sama kamu apa kamu akan reaksikan?

yalah, sedang asyik makan dengan sedap dan gelojoh nya seperti selalunya aku, tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran lalat gemuk tapi mati.

aku menangis.
(hah! ketawa la kamu sana)

tapi serius, aku tolak pinggan ke tepi, me'lap mulut pakai napkin, dan kotak suara ku agak jem lantas mata mengeluarkan airmata. tidak dapat aku bendung lagi. ini memang kejutan. mengalahkan kejutan dalam konsert-konsert AF lagi.

aku menangis di hadapan mee goreng kuah kari campur sosej yang ada lalat gemuk tapi mati.

Kak Nani bawa pinggan tersebut bersama lalat di atasnya ke kaunter.
sambil berkata "apa kamu kasi makan model kami ni?" (abaikan perkataan model, ada cerita panjang disebaliknya)
pihak mereka (seramai 2orang) meminta maaf dari saya. saya maafkan.

tapi tetap juga saya ingat lalat gemuk tapi mati di dalam mee saya tu. saya tidak ambil gambar ya puan-puan, sebab saya berharap dapat mendeletekan gambaran itu dari otak saya. sekian.bye.

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s- bingung aku. minda blog ku sedang bercuti sakan.huhu.kurang update kan.ngok ngek betul!

Wednesday, June 3, 2009

happy birthday Naim Firdaus

03.06.2008

happy birthday to NAIM FIRDAUS.

310520091085310520091087

310520091091actually kami sudah celebrate birthday dia (advance celebration) semasa balik ke Sandakan last weekend. ok. bye.

xoxo,

cinoiqilavigne

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....