Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday [19]

 

 

IMG-20111206-WA000

Monday, December 19, 2011

Cuti yuk!

 

Nah. Confirm sudah! The confirmation of this ticket made my day and shoo away the monday blues a bit.

flight ticket

Ceh macam lah orang tidak tau mau ke mana tripping lagi kasi kabur-kabur konon. Selamat bercuti, rancanglah cuti anda. I will be away from KK on this christmas holiday, but will be in KK on new year holiday yeah!

Planning to go for a 1 day island trip at Manukan on the 1st of January. Who’s in??

kbye.

Love,

Cinoi xo

Sunday, December 18, 2011

Monthly Routine

 

Terima kasih Tuhan. On the same day the Survivor entry was publish, gaji pun sudah keluar di petang harinya. More than survive lagi. And yeay, tidak missed all the sales, especially MNG.

So yesterday I went shopping, after all bills are paid of course. Manage to get few good catch from MNG and Cotton On. Tambah stok skincare and mekap from The Body Shop juga, yang juga sale semua item (1-3 item 15%, 4 item and above 20%, even the smallest item such as foundation sponge)

At MNG, tidak sampai 15min, I manage to get 1 pair of jeans. Malas mau fikir panjang, barang sales pun. Lepas tu aku ada tengok dia punya basic T, dengan basic Tank top tu kan (singlet tu), bagus pula sekarang. All tank top that I already have from MNG, tiada perkataan MANGO pun di depannya, just the basic T dari dulu memang ada MANGO at the front baju. Tapi tank top sekarang semua ada MANGO at the front. Dan bukan yang plain saja, leopard printed tank top pun ada, which aku try tapi tidak beli.

Cuma kemarin masa masuk Cotton On, aku cakap dengan Jay “Macam tiada pula selera aku bah”, selera mau shopping tiada ??!! maybe sebab banyak beli baju dari situ last month. Buttttt, tetap juga aku ada beli sesuatu. Ah ah ah. Perempuan will always be perempuan when it comes to Sale, and Shopping. Sebab aku cakap, even I don’t know yet when to wear this outfit, I had to have it first, yeah just in case ;p

perempuan*Picture taken last month di water world Tun Fuad

Aku fikir-fikir, mulai bulan depan, yakni tahun depan, aku tidak lah beli baju tanpa keperluan begini. Sebab ada perkara yang lebih penting aku mahu fokus. Jadi, sebab itu lah, sekarang aku mesti beli baju stok banyak-banyak, dan barang lain juggahuahuahua. Excuses.

Tunang mau mulai suda membeli barang hantaran, aku masih lagi membeli barang sendiri T.T

OkBye. Yang baik jadikan tauladan. Yang tabaik jadikan sempadan.

Selamat berhujung minggu. Today ada lunch date with the girls. Eh, I think I need more skincare product, sebab last week after work, dahi aku keluar bintik-bintik ruam yang banyak sampai harini tahilang huahhhh. Maybe the girls can help, keluar melihat-lihat skincare bersama Tunang bukanlah perkara yang digalakkan kerana akan end up menggeram sendiri sahaja. Bersama girl friend adalah lebih baik, bleh bertukar pendapat, (cheh!), tapi juga kadangkala merbahaya. More girls, the merrier, andd the crazierrr.

Oh, kemarin juga aku keluar memakai Jeans 3 quarter koyak rabak style yang berusia 5 tahun suda. Point pertama, I can still fit in the jeans (even aku ialah lebih berisi sekarang) tapi dengan susah payah la mau masuk ke dalamnya. Point kedua, it’s 5 years old mann, menang memakai!

K. betul sudah ni babai.

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, December 15, 2011

Survivor

 

Di saat-saat bulan tua begini, aku yakin ramai yang terus on, atau auto-on mode survivor masing-masing. Melihatkan twitter saja, ramai yang mengalami musim luruh wallet sekarang ni. Aku pun sama juga. No more shopping. Eh, sudah bulan tua begini malah ingat shopping lagi! Sekarang cuma fikir untuk makan dan minyak kereta.

Bila di bulan tua, duit harus dicatu supaya sampai hingga ke tarikh gaji yang seterusnya. Kalau ikut pembesaran bayi, ini macam proses merangkak sudah la. Atau mula berjalan perlahan sambil berpaut di sofa dan ada terjatuh sikit-sikit. Tengok online shopping, telan liur. Dengar kabar MNG sales, diruntun pilu. Elak shopping.

Tapi 2 perkara ini memang tidak boleh elak:

1. Makan

Aku memanglah tinggal dengan family (kakak), tapi my housemate pun most of the time ialah kerja, dan malam usuallny makan di luar. Aku selalu makan dengan tunang, di rumahnya pun jarang sekali masak (ada lah adik-adiknya masak kadang-kadang), jadi hasilnya makan di luar juga, cuma catuan bermula. Contohnya, kalau selalu makan di luar order bandung special lah, soda gembira lah, bila survivor mode on, suda mula minum air kosong saja. Baru ingat minuman manis tidak bagus untuk diet seimbang. Baru ingat minum banyak air kosong tu bagus. Atau makan makam chicken wing saja (bersyukur la kau nak makan chicken wing), makan sup, tidak makan nasi. Baru sedar makan malam dengan nasi tidak bagus untuk diet. Dalam mode survivor kita sedar perkara-perka ayang selalu kita abai semasa senang. No more KFC, ka McD kah, Upperstar kah. Tiada. Atau sudah pandai masak nasi di rumah, then beli lauk yang senang dimasak atau sudah di masak. Atau buka saja peti sejuk kakak macam tidak biasa. Kakak pun faham, kalau malam duduk saja di rumah budak ni mesti sedang on survivor mode ni. Thanks kakak.

2. Minyak kereta

Semasa bulan tua sudah jarang ke hulu ke hilir. Tapi expenses untuk minyak kereta ni memang tidak terjangka, dan harus lebih diutamakan berbanding makan.  Sebab pergi kerja guna kereta. Dulu aku dan tunang kongsi kereta ke kerja, jimat lagi. Tapi sekarang kan aku kerja di jauh, Kimanis. Kereta company tu aku kena re-fuel guna duit aku dulu end of month baru claim. Jadi di situ expenses meningkat ya kimanis bukan dekat ulang alik setiap hari. Di sini, kad kredit diperlukan. Tapi 2 bulan kebelakangan ni, aku sudah beku kan kad kredit aku dalam ais di peti sejuk. Mahu tidak mahu kena juga guna cash money sendiri T.T

 

Paling elak ialah keluar. Sebab once kau mula melangkah keluar, di situ expenses bermula. Eh keluar turun tangga pakai kasut tu tidak lah. Once kau start enjin kereta, expenses pun bermula. Minyak. Even mau window shopping pun taboleh. Sebab masuk mall kena juga bayar parking, minimum RM2. Jalan-jalan window shopping tiba-tiba mau minum Yoyo pula. Lepas tu mesti makan di luar lah, lepak minum lah. Atau beli apa-apa saja benda kechil pun, kalau selalu begitu jadi expenses yang hangus tidak terkira tapi sebenarnya banyak juga tu. Belum masuk masuk tandas RM1 di 1B dan berurut di kerusi urut RM1 untuk 3 minit tu.

Survivor harus diam-diam di rumah. Elak keluar sama sekali. Makan apa saja stok yang ada dalam peti sejuk. Tengok TV. Lepas tu tidur. Esok pergi kerja seperti biasa, jangan lupa bawa bekal air, ambil route terdekat dan tidak menyinggah di mana-mana selepas balik kerja. Balik petang cepat-cepat dan tonton Tentang Dhia. Dan diam-diam di rumah, JANGAN browse online shopping. Ini juga berbahaya kepada bot-bot kecil. Cuma diam di rumah dan bertahan, tweet sikit-sikit (sebab tweet percuma, comes with maxis BIS package), dan buat perkara-perkara percuma yang lain-lain. Atau sebenarnya tidak percuma, cuma kosnya tidak nampak.

Dan perkara yang menggembirakan ialah semasa mahu buat laundry, sebelum masuk baju dan seluar ke washing machine, cek poket, jumpa kertas bergumpal-gumpal. Jyeah! Kemas-kemas wallet, jumpa kertas berlipat-lipat di celah-celah cards compartment, ahh heaven! Kumpul-kumpul cukup RM50, kadang lebih. Nah, boleh isi minyak. Haypp! Belum boleh shopping lagi! Sangat gembira bila jumpa kertas biru, hijau atau merah ada muka agung terlipat-lipat di celahan handbag, buku nota, mahupun baju. Rezeki! Lagi rezeki kalau tunang tanya “Ada duit lagi ka?” Ah ah ah!!

Dilarang mengorek simpanan, kerana itu untuk betul-betul emergency seperti sakit, kereta rosak, dan sebagainya. Sales 13-18hb (sahaja) di MNG bukan emergency ya. Ingat!

Ok la. Survivor mahu sambung kerja. Harini ada staf meeting.

Bye bloghearts. Chewah.

 

Love,

Cinoi xo

Tuesday, December 13, 2011

Kasut Kahwin

 

Heh? Kasut pun pandai kawin-kawin kan. Ehhe. Ini kasut sesuai untuk dipakai pengantin semasa kahwin. Dan aku sudah jatuh cinta dengannya.kasut kahwin

Cun kan kan kan. Pertama kali aku jumpa kasut Vincci yang sesuai dipakai untuk kahwin. Lip lap lip lap yooo, hitam lagi tu. Awwww seksi seksi.kasut

kasut 1

Not bad lah kan. Harga pun tidak sampai RM100 (RM89.90 kalau tidak silap). Aku sebenarnya sudah beli kasut yang sesuai dipakai semasa kahwin, masa mau bertunang haritu, tapi aku tidak pakai pun. So still new. So sekarang aku ada 1 kasut kahwin putih, dan 1 hitam (belum beli) coming soon. Dan kasut ni memang berpotensi tinggi lah setakat ni. Masa aku try tu dia dari rak NEW ARRIVAL. So maybe by March sudah SALE ni, or ada lagi kasut baru sampai yang seakan-akan ini malah lebih cantik who knows.

Kalau kamu suka kasut ni, berkejarlah ke VIncci sekarang! Cinoi takesah kalau kasut kita sama pun. The more the merrier ehhe.

 

Ok lah sebelum bersurai, aku tinggalkan kamu dengan paparazi-candid photo of me that daycandid

Baju Polkadot Batwing oleh Cotton On

Old Skinny Jeans from MNG

Shades sama dengan Previous Post

Sandal from Nose

dan Beg Jahit Sendiri

beg   

Ehhe. Tipu. Beg Tunang belikan ya. Simple tapi compartment dia besar, letak barang berbagai jenis dan kauntiti pun tidak berasa berat. I Like!! Very the convenient.

 

Ok lah. Bye.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, December 12, 2011

Kurung Riben In the House yooo!

 

Akhirnya. Ah ah ah (ketawa jahat), akhirnyaaa bertemu juga badan dengan kurung riben. I’ve been waiting for this moment for so long (wearing this ribbonized kurung)

Baju kurrung yang dijahit hasil dari contoh kurungriben pertama ku (ceh macam skim rumah pertama), yang ini dijahit oleh Mertua Kakak aku. Dengan menggunakan kain SB Line aku aku peroleh dari Kain Mewah (di luar wisma merdeka) Eh, itu Ermadira ke KainMewah??

Tadaaaaa

Back view:kurung riben 1

Yang lepas ni aku tidak tahu bila lagi aku mau pakai. harap-harap lah ada kenduri lagi. Kalau tiada kenduri atau kendara, nah memang tiadalah terpakai lagi ni. Jadi sudah dapat apa yang dimahu, sudah puas, maka tiada lagi kurung riben yang akan dijahit selepas ini

 

Nah saya tinggalkan kamu dengan gambar bukan orang lain tapi saya sendiri, terimalah……. diikuti dengan tepukan tangan beramairamai secara gemuruh (ahahahaha)

 kurung riben 2 

Shades bingkai Pink oleh Ray Ban

Beg oleh Guess

Heels oleh Vincci

Baju Kurung Riben

Mekap DIY (cissscakeee lupa aku ambil gambar muka dengan full mekap. Shitmann!!)

Dan rambut DIY (sambil di tiup-tiup angin)

Tips: Wear anything be it cheap or expensive, branded or not, as long as it is proper and suit the event you went

Sekian update ringkas dari saya. Checkout my Facebook profile Photo 1 hour from now! Cekidaut Jyeah!

 

Love,

Cinoi xo

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu Review Part 1

This is going to be short and simple, and fully according to my opinion.

Kemarin malam aku sudah menonton Ombak Rindu, dan ada 2 scene yang buat aku menangis.

1. Ialah semasa Pak Dolah (eh pak dolah ka namanya bapa kandung Haris tu ), dan istri Pak Dolah dapat tahu Haris dan Izzah ialah sudah berkahwin, di dalam bilik di rumah Pak Dolah. Aku terharu gilahahahaha.

2. Ialah semasa Haris cakap dia gantung Izzah tapi tidak mahu ceraikan dia, lalu menolak Izzah ke tanah dan berlalu pergi. Kemudian Izzah berlari mengejar kereta Haris. Oh sungguh menyayat hati.

Yang nombor 2 ialah gara-gara Haris tengok gambar Izzah dan. Mail, ditambah rasa lagi dengan fitnah dari Ibu nya.

Persoalannya yang aku geram di sini (hahahaha), melihat gambar itu sahaja tanpa penjelasan menghukum Izzah.

Tapi yang Haris tu, kata tak cinta Mila. Kahwinnya pun terpaksa. Tapi dapat pula tidur bersama (rujuk scene Mila dan Haris di atas katil mewah selepas pernikahan manakala Izzah berada di rumah kampung Izzah)

Macam mana kau boleh tidur bersama Mila ya Haris, kata kau tak cinta?!! Hmmppp?? Hmmm?? Aku emo betul tengok part tu, tidak penting kali. Cuma aku tidak dapat terima saja. Ada orang cakap "ala sudahh nikahh, lelaki mesti lah begitu" bikin gua gerammm. Habis kalau sudah nikah, walau tidak cinta, dengan perasaan tidak cinta boleh tidur bersama?

Aku rasa aku mahu baca la novelnya. Ramai pembaca novel ni cakap cerita ni bikin gantung saja, tidak puas menontonnya. Ya ialah, 1 novel kau muat dalam 2jam? Mana dapat beb. Begitulah aku rasa bila menonton Twilight, laju saja movienya.

Dan jangan mengharap Ombak Rindu Review Part 2 dari aku, aku tidak dapat menjanjikan apa-apa. Mungkin review hanyalah satu ini, Part 1.

Ehhe. Ok. Bye.

Salam Jumaat.

Love,
Cinoi
Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday [18]



kembar

Sunday, December 4, 2011

Berakhirlah November Dengan Senyuman :)

 

 

Cewahhhhh.

Selepas sedih bertubi-tubi haritu sebab tunang outstesen time harijadi ku (yaaa, tak abes-abes lagi macik ni), akhirnya bertemu pelangi.

Kadang-kadang, Allah hilangkan matahari lalu turunkan hujan. Puas kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

(Ehhe, dipetik dari cerekarama semalam)

 

On the 26th of November , lewat sebanyak 25 hari but who cares, Tunang buang majlis kejutan buat saya (jay throw a surprise party for me) Winking smile *tacing*

bday1

Turut dihadiri oleh adik Jay 2 orang, Bibi and Sasa and Riccie, adik aku, Hardey, Cresto, Nisham. It was just a small party but I love it. Thanks to Cresto and Nisham for the gift from Labuan yoooo.

Tiada banyak gambar sebab suasana gelap cuma guna camera phone. Kalau aku tahu ada party, aku bawa camera bagus sikit, and pakai cun sikit. Ah ah ah. Aku ingat pergi karoke biasa saja.

bday2

 

bday

Actually lepas Jay balik outstesen haritu, dia sudah bawa hadiah harijadi. Akhirnya dapat tukar wallet yang sudah dipakai selama 2 tahun. Previous wallet tu hadiah birthday juga from my sis, 2 years ago.

2011-12-04 17.30.03

Tapi tiba-tiba ada lagi party woho. Thanks Farid Jay. Kamu ialah ouhsem. EHhe.

bday3

 

now, looking forward to December party(s)

 

Bye.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, November 30, 2011

Crazy Pls

 

Sebentar tadi…..

“Aku di Telupid sudah ”

“Huah? Laju juga kau. Jangan laju-laju bah kau ni”

“Ya la bah intan payung”

“ ???!! Siapa si intan?? :(( “

“Sayang niiiii…”

Ahahaha, selamat berkenalan dengan saya selama 4 bulan sudah. Cewah.

 

Okbye.

p/s- perbualan di atas diolah sedikit supaya kamu tidak muntah kegelian. Sebanarnya aku xda lah kasar sangat pun, romantik juak bahh aku wahahahaha

Wednesday, November 23, 2011

20.11.2011

Anak buah ku yang ke 9 lahir on 20.11.2011, petang di HKL. 

Mulanya kakakku mau melahirkan on the 11.11.11. Tapi bila aku text dia on that day

"Jadi ko beranak harini?"

Dia jawab "Ndak sakit perut ni, camna mau beranak harini?"

Ok. Memang rezeki beranak on 20.11.2011



Qays Jazley bin Syakir

Geramnya aku tengok mukanya macam mauu tumbuk ah! Planning kalau ada rezeki ke KL bulan depan InsyaAllah, mau lawat budak ni. Umur tidak sampai 24 jam sudah pandai tengok camera.

Ni gambar ibubapa dia sebelum both masuk labour room, Kak Lyne cakap dia sakit semuanya. Tapi muka macam rilek saja owh. Ona cakap doa ibu mau beranak ni termakbul, cepat-cepat aku whatsapp kakak aku masa tu, minta tolong doakan aku ah ah ah. Pengaut doa orang.


Pukul 1 tengahari masuk labour room. Pukul 4.04 petang beranak. Alhamdulillah. Congrats to my sis lyne and bro kay. Qays Jazley, welcome to the world and the family. xoxo.



Love,
Aunty Noi

Friday, November 18, 2011

Bukan PJJ



Membacakan entry si Aima yang ini, aku terpanggil juga untuk menulis juga tentang sesuatu yang berkaitan hubungan jarak jauh dan juga sedikit sebanyak yang tidak berkaitan (biasalah aku raja off-topic).

Ini bukan pengalamanku pun. Tapi kakak ku. Oleh sebab dia tiada blog. Aku mau kongsikan lah sedikit ceritanya.
Selepas berkahwin, dia dapt surat transfer untuk ke KL, lebih dekat dengan suaminya, mulai January 2011. Tapi rezeki itu Allah yang tentukan. RM1 dalam poket kita pun belum tentu kita yang punya akhirnya. Tiba-tiba sebelum berakhir 2010, dia dapat surat tawaran yang lebih baik dari institusi lain, tapi di Labuan, bukan di KL. Situ lah mula dugaannya. Memang ditakdirkan berjauh pada awal perkahwinan. Pada awal tahun pula, ada rezeki, dia mengandung. Dengan di Labuan tanpa family, suami pun jauh, cuma ada housemate, dia tinggal di Labuan dengan berjalan kaki ke pejabat (mungkin cuma melintas jalan yang besar) setiap hari dengan perut bulatnya. kalau aku di tempatnya, mesti hari-hari aku nangis. Dengan kaki cramp malam-malam lagi. Pergi klinik sendiri-sendiri. Ah!

Dan ada lagi 1 orang kawan aku, long distance relationship juga. Masalah rindu. Mau arrange cuti untuk holiday, duit untuk air-ticket. Berjumpa setahun cuma few times. But they rock it!

Ah, 3 contoh di atas buat aku rasa bersyukur sangat. Sebab dekat sama Tunang.
Nah biarlah aku share pula pengalaman aku.

Everytime we are in a fight, aku akan menjadi saitan. Style hambur jak semua kemarahan ku. Tapi cepat tehambur, cepat juak cool tidak sampai sehari pun, macam "eh sekejapnya, kenapa aku rasa ok sudah? alaaaa sekejapnya gaduh kalau begini" Memang paling menang lah sudah tu sampai merah padam muka, entah mau jadi apa suda, lepas sudah cool down baru fikir balik "astaga aku kah juga tadi tu?" orang lain entah begini ka tidak kalau marah. Adakah ini normal?

Kalau gaduh yang lagi besar, aku akan cuba melatih diri dengan memikirkan, orang lain berjauhan susah-susah mau jumpa, aku yang dekat mau bergaduh-gaduh pula. terus pelan-pelan cuba cool down. Cuba seja la, berjaya atau tidak, percent nya biarlah rahsia. Ada usaha yang penting.

Tapi kalau ada gaduh pun best juga, sebab lepas bergaduh mesti lagi bagus dari yang sebelumnya. kalau happy seja terus tu macam ada something wrong pula. Macam mana mau hargai masa gembira jika tiada masa sedihnya. Macam perbezaan suhu la buat kita rasa sejuk atau panas. Kalau tiada perbezaan suhu, mana ada rasa sejuk atau panas tu, sama saja.

Paling lama pun, kalau kami both ada di KK, jangkamasa tidak berjumpa adalah 2 hari maksimum. Lebih dari itu, tidak pernah lah since bertunang ni. Kadang-kadang aku cakap sama tunang "jum bah kita try tidak berjumpa seminggu" tapi tidak sampai 2 hari, terus alasan "eh kita kan ada mau pegi sini beli itu, beli ini, eh kita kan ada urusan, eh jum makan di sana tu beliur sudah aku" dan sebagainya punya alasan berjumpa.

Aku bersyukur sama Tuhan sangat-sangat sebab kami tidak lah berjauhan mana. Hari itu pun dia out station, kalau ikut kan, aku rilek saja, Ala 4 hari saja, apa ada hal, ini lah masanya membujangg yihaaaa!!! (hehe, Jay jangan marah ah ah ah). Tapi hari itu emosi disebabkan time tu harijadi ku time tu la juga sibuk out station, dan yang paling jauh pula tu, KL, 4 hari pula tu, uinah joo bikin panas. Patah seribu aku di situ. Sampai ibunya call suruh aku jangan bersedih bukan juga lama tu, ibu pun dulu time mengandungkan Jayjay ayah tiada dekat, entah apa la yang dikasitaunya sama ibunya. Memang sekejap, tapi harijadiku 1 hari seja. Ah ah ah, sebab itu aku isytihar harijadiku sepanjang November (ceh tiba-tiba cakap pasal harijadi pula memang raja off-topic bah aku ni)

Jauh lagi perjalananku. Orang cakap time bertunang ni lah banyak dugaannya. Untuk kami yang bukan jarak jauh ni, aku rasa dugaan dari luar tu kurang sedikit. Ada la. Ada tidak terlampau banyak gila. Tapi yang banyak adalah dugaan dari dalam diri sendiri. Haha.

Contohnya aku suka menyakat dia. Time aku masuk dalam kereta, aku tiba-tiba cakap

"Eh kenapa kedudukan kerusi ni lain ah, baring juga betul" atau "Tegak juga betul, semalam aku duduk sini, bukan begini ni kerusi"
"Siapa bah kau bawa tadi, kasitau bah aku, siapa" sambil buat muka sedih. Ah ah ah. Dan banyak lagi lah perangai gila ku.

Tapi aku percaya di setiap stage hubungan pun ada dugaan yang berbeza-beza. Sama-sama kita belajar. Ceh, bawa-bawa orang plak.

Oklabye. Hehe. Tiba-tiba jak menaip panjang. Tiba-tiba kick!

Till then.

Love,
Cinoi

Wednesday, November 16, 2011

Wordless Wednesday [17]

Sunday, November 13, 2011

Kurung Riben

 

And so raya haji haritu dapat juga aku pakai baju kurung riben.

kurung riben 2Ini my first kurung riben. Kainnya tidak berpasa sesuai sebenarnya. Sebab lembut sangat, jadi riben tu tidak naik bila di ikat. Ini baju kurung riben trial aku sebenarnya. Kain ni aku dapat hadiah contest. Lama sudah, tidak berjahit. Jadi aku guna lah untuk baju kurung riben pertama aku.

Raya Aidilfitri hari tu kempunan sebab aku almost beli di button my buttons tapi kaler yang aku mahu tiada. Kalau beli yang aku kurang mahu rugi la kan sebab mahallll dorang jual.kurung riben 3

Thanks to Fi. Mimi Fiona.kurung riben 1 Sebab dia yang buat dulu, so aku hantar saja sama tailor dia “Buat baju kurung macam mimi Jabatan *** ya”

 

Then, seminggu sebelum Raya Haji, aku jalan-jalan kedai kain tanpa motif. Tapi akhirnya jalan-jalan tanpa motif tu membuahkan hasil. Dengan aku yang mudah terpengaruh, tu cewek cakap

Kak, beli la ni, ni kain baru ni.

Ah. Sudah.

French SB Line, yang ala-ala polkadot tapi 3D tu.french sb line Aku padankan dengan kain satin yang tebal sikit striking colour pink.

Hari Selasa baru aku hantar ke tailor, iaitu Mama Mertua kakakku di Sandakan. On Saturday, the day before Raya Haji siap sudah dia jahit jyeah, 5 hari seja. Dan lebih kacak dari kurung riben aku yang pertama tu. Cumanya aku tidak berkesempatan pun pakai raya haji haritu.

So mungkin bulan depan baru aku pakai ni.

Actually aku jarang betul beli kain pastu jahit, raya saja confirm beli ready made. Sebelum ni beli kain dan dijahit ialah baju untuk wedding reception kakak aku October 2010, dan sebelum tu ialah kahwin untuk wedding Ona Jun 2010. Nah pastu baru lah kain yang coklat di atas, then yang french SB line ni.

Lepas ni aku mau bikin baju kurung pahang taru badge accesories di bahu (macam pangkat tu).

itu saja.

Bye. Selamat berhujung minggu.

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, November 10, 2011

Orang Besi

Ada di mana-mana. Ya, orang besi ada di mana-mana. Contoh terdekat, di tempat aku selalu memandu, di KK.

Rilek seja lintas jalan perlahan-lahan. Tidak takut terhadap kenderaan. Malahan kenderaan lagi takut sama ni orang besi.

1) Lintas jalan malam hari. Jalan perlahan-lahan, tidak berlari terus bila clear. Atau main hentam saja lintas even kereta sudah dekat. Kamu fikir pemandu nampak kah. Aku dulu fikir begitu "ah ada lampu kereta durang tu ndak kan tidak nampak aku". Trettt! Salah! Memang tidak nampak. Lampu kereta tu, dekat sudah baru nampak ada orang melintas ya.

2) Lintas jalan then berenti tengah-tengah garisan antara 2 lane. Kalau aku atau pemandu lain tiba-tiba tukar lane macam mana?

3) Jalan di tepi jalan tapi tidak cukup tepi. Di luar kaki 5, iaitu di kaki 6, 7, 8 dan seterusnya. Pastu bila aku mau limpas, ditengok aku berabiss uinaa jo, salah tempat kau mau tunjuk samseng. Kau yang salah. Especially berlaku di UA, ramai pejalan kaki tepi-tepi jalan ramai-ramai sampai ke tengah. Camna mau elak kalau ada kereta dari arah bertentangan, jalan muat-muat 1 kereta saja. Jadi ikut la aku slow-slow di belakang kamu kan.

4) Yang melintas jalan time lampu trafik pejalan kaki merah. Berlaku especially dekat Wawasan Plaza, dorang mau melintas kw arah stesen bas. Nahh, itu lah masanya aku guna hon, bila lagi kan, jarang-jarang diguna bah tu hon. Ramai-ramai lagi dorang lintas, time merah, untuk kereta yang hijau. Hon teruss, bila lagi AHAHAHA

5) Yang melintas laju-laju time kereta baru mau limpas. Jarak antara bontot kereta dengan dorang ialah 1inci. Paling style. Laju-laju kunun dia limpas jak kereta terus lintas. Kalau aku tiba-tiba break macam mana? Melekat lah kau di tingkap kereta ku kan.

Itulah antara orang-orang besi yang pernah aku jumpa. Hati-hati bah kalau melintas ya, kita tidak tahu pergerakan orang macam mana. Sama-sama kita hati-hati, ingat bah orang tersayang ya.

Till then.

Love,
Cinoi


Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, November 9, 2011

Ikan

Salam aidiladha.

Mau mulakan taip sudah rasa awkward. Tapi saya coba ya. Saya coba.

Kenapa ikan yang berenang di lautan luas yang sarat dengan air masin tetap tidak masin isi nya (isi ikan). Air laut masin tu tidak mampu untuk menembusi isi ikan. Kan.

Tapi, ikan yang sudah mati dan siap untuk dimasak, sekelumit garam pun mampu membuatkan isinya berasa masin.

Hati. Hati yang mati mudah dibolosi.

Pelihara hati jangan sampai dia mati.

Love,
Cinoi

P/s: kepada segelintir masyarakat yg mengecam atas ketidak apdetan blog aku, sory ah ah ah, sedangkan sekarang ni pun gua taip dalam keta lu tau. Nasib baik ada driver. Lu ada? Ah ah ah. Sorry bahh nanti aku blog banyak2 ah. Muah muah.
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, November 3, 2011

Di Antara Garisan Halus

Seorang professor ingin menyeberangi sungai yang besar dan dalam. Selepas menaiki bot, professor bertanya kepada pemandu bot (eh orang yang bawa bot tu namanya apa? Pemandu bot bah kan?)

"Adakah engkau pandai membaca"

Pemandu bot jawab "Tidak. Aku tidak pernah bersekolah"

"Sesungguhnya separuh hidupmu sudah hilang"

Sampai suku perjalanan, professor bertanya lagi
"Adakah kamu ada menabung?"

Pemandu bot jawab "Oh, saya tiada tabungan, cuma kais pagi makan pagi"

Professor lantas menjawab "Sesungguhnya separuh hidupmu telah hilang, betapa ruginya engkau"

Di separuh perjalanan, bot pecah dan berlubang, sudah mula karam.
Pemandu bot bertanya kepada professor
"Adakah engkau pandai berenang?"

"Tidak!"

Lalu pemandu bot berkata "Sesungguhnya seluruh hidupmu akan hilang" ah ah ah
(Ah ah ah tu aku yang tambah)

Lalu pengajarannya apa tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian?? Ah, saya tinggalkan kamu untuk mempelajari pengajaran ceritanya sendiri,masing-masing punya intrepetasi yang berbeza.

Janganlah kamu memandang enteng terhadap orang lain kerana setiap orang punya jalan hidup yang tidak kita ketahui awalan dan akhiran, punya sebab masing-masing. Kalau mau judge, cukup di dalam hati. Judgemental we are. Judgemental.

Okbye.

Love,
Cinoi xo
Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, October 27, 2011

Hijau

 

Entry yang sudah lama dijanjikan. Haritu ikut Jay pergi dinner office dia, seluruh Sabah punya.

IMG02864-20111021-1959

Dinner tu percuma saja untuk 2 orang every staf. Every staf dapat bawa another person for free. So I don’t mind spending some money untuk beli baju, Jay pun beli juga baju sebab we both tiada baju hijau. Ya, temanya hijau. Tengok saja tu dewan hijau putih, kerusi mejanya pun hijau putih haha. Nasib baik kaler hijau kami bukan macam kaler meja kerusi.

dinner

Baju Jay beli di Cotton On. Baju aku beli di butik Faeza Karamunsing 1 hour before the majlis start.

Dinner 1

Kami tiada ambil gambar full body so lepas majlis baru aku ada ambil gambar 1 badan.

dinner 2

Aku tidak tahu bila lagi akan ku pakai baju ni. Fikir mau let go seja. Siapa mau boleh la runding harga ya. Baju ni size 40. Aku actually size 38, tapi aku rembat saja ni size 40 sebab last minit, tiada sudah size 38 orang kedai tu bilang.

Kalau tidak, another option aku ialah dress yang panjang ini

dinner 4

Tapi ila bilang macam orang mengandung. Ahha.

 

Ok. Bye. Contact saya kalau mahu beli dress pendek di atas tu.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday [16]

 

 

 

potrait by Jay

Tuesday, October 25, 2011

Fully Utilise Your Off-day

 

Masa bekerja saya sekarang sangat padat, iaitu Isnin hingga Sabtu, dan Sabtu itu ialah full day. Setiap hari bukan pukul 5 habis ya. Around pukul 6 petang hingga 7 petang (depends), pastu perjalanan balik around 45minit, kalau jem boleh sampai sejam baru sampai rumah. Biasanya gelap lah sudah. My only off day is Sunday. Itu pun kalau di request kerja, saya mesti datang (OT), but so far belum lagi kena request.

Nah. Jadi memang tiada masa untuk blog hopping (ini perkara paling menyedihkan), dapat satu masa baca blog kawan-kawan di list di sidebar ini pun sudah cukup bersyukur. Apa lagi masa untuk fikir yang tiada faedah-faedah (sebut secara paidah-paidah). Contohnya hal kerani yang tidak pandai habis lagi sampai harini, ada kan SATU entry haritu saya tulis, tentang kerani. Actually sampai sekarang pun dorang masih bercakap, pasal kami di site ni. Haih kalau fikir memang bikin sakit hati, tapi saya pilih untuk tidak fikir, kalau mahu fikir pun tidak sempat. Cuma harini dengar lagi cerita tu sebab ada colleague dari office datang site for work, time bual-bual time makan dia pun cerita la sikit-sikit update office. Makan pun laju-laju. Saya pilih untuk ketawakan saja mereka, sebab tidak tahu perkara sebenar yang terjadi di site. Nda apa lah, dorang tidak tahu kali, tu la dorang mengata. Aku tidak rugi 1 sen pun. Eh? Aku rugi ka? Nda lah kan.

Ya aku percaya sama Tuhan Maha Melihat. Tuhan nampak apa yang aku kerjakan si site ni. Jadi tidak perlu untuk explain sama mereka, tidak perlu lalek pun. Kebusyan sampai dapat tweet pun aku rasa aku cukup up-to-date suda dengan dunia maya yang aku seronok dengan ni.

Ehhe. Mana sebenarnya hala tuju entry ni.

Jadi kalau ada satu hari cuti, Sunday la biasanya, perasaan teruja pada Sabtu malam tu memang berlainan sekali. Sama seperti malam ini. Esok kan chuti, jadi memang malam ni rasa aku-mesti-buat-sesuatu-yang-seronok punya perasaan. Nda kisah lah tengok wayang sekalipun, karoke ka, atau sekadar lepak makan di luar.

Dan siang harinya pula, esok (atau ahad seperti biasa), aku sampai bingung “eh mau tidur lama-lama kah mau jalan ni”

Rasa mau tidur lama-lama sebab itu saja peluang tidur berabis, tapi pukul 8 pagi sudah terjaga segar. Pastu risau pula rugi tidak pergi mall (last 2 weeks 7 days aku tidak pigi mall langsung, maybe la). Nah bingung di situ. Bingung macam mana mau fully utilise the off-day, tidur kah atau jalan-jalan pergi mall atau tempat-tempat menarik yang lain (kalau ada yang lebih menarik dari mall).

Jadi kamu macam mana? (haha tiba-tiba tanya orang)

Aku mau jalan ah dulu pergi tengok wayang ah ah ah. Tunang sedang menunggu dengan penuh sabar dan berhemah dalam, membuat keputusan atas option-option yang ada, Jadi aku mohon undur diri sebentar dan bersiap ke wayang.

Selamat menyambut deepavali kawan-kawan, selamat menyambut chuti sehari tiba-tiba di middle week.

 

Love,

Cinoi xo

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, October 23, 2011

Good News vs Bad News

 

 

Good news:

Haritu kami ada buat projek video pendek macam iklan gitu, pertandingan untuk LHDN seluruh Malaysia. Pelakon iklan tu ialah kakak saya, tunang, dan saya sendiri ah ah ah. Pengarah video is my abang ipar. Few days ago, Kakak dapat surat suruh pergi KL untuk penyampaian hadiah sebab video tersebut dapat top 3, tapi tidak tahu lagi No.1 ka 2 ka 3 kah. Aku mau share tu video di sini tapi malu pula tengok muka sendiri, lagipun belum boleh share. Penyampaian hadiah tu in on my birthday!! So hope we are lucky, kakak is going alone.

 

Bad news:

Tunang akan outstation ke jauhgila (semenanjung) on my birthday Sad smileTerus sedih-sedih lah aku. Sebab last year pun mana ada kami celebrate apa-apa. Eh, lagipun masa tu kami belum official lagi ehhe. Kami lepak makan seja. Baru seja gembira-gembira mau sambut birthday dengan tunang, tapi dia kena fly pula. Terus sedih-sedih sendiri aku. Nda apa lah. Biasa juga tiada party-party. Tahun depan, ndak sudah kami celebrate birthday sebagai tunang. Cewah.

 

Ok lah itu seja. Aku blogwalking dulu lah di hari minggu ni, sebab ini seja masa aku ada, rindu aku baca blog kawan-kawan. Macam katak jak aku rasa. Katak yang cantik sikit lah. Ehhe.

 

Love,

Cinoi

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday !!

Sent via BlackBerry from Maxis

Tuesday, October 18, 2011

Ngeri dan Menyayat Hati

Dalam perjalanan ke kerja ni, oleh sebab aku tidak memandu, aku ambil kesempatan lah blogging sikit ah.

Saya kira semua sudah tahu cerita kanak-kanak kechil digilis beberapa kali, dan cuma dipandang oleh orang yang lalu lalang. Aku sampai tutup mulut sendiri tahan teriakan sebab ketakutan dan sedih tengok kejadian tu.

Aku tiada banyak mahu ulas atau komen, cuma mahu tinggalkan kita dengan soalan-soalan.

1. Nda kan lah pemandu van tidak nampak budak tu, mata dia tengok pegi mana?

2. Selepas rasa melanggar sesuatu macam road bumper tu, tiada kah tegerak hati mahu cek, dengan selamba jalan terus?

3. Pemandu kereta yang seterusnya pun buta?

4. Apa perasaan atau apa difikiran orang yang lalu lalang tengok budak tu? I wonder what's on your mind people!!!?

5. Betulkah aku dengar, di negara mereka, barangsiapa yang memberi bantuan kepada mangsa begitu, sekiranya mangsa itu tidak survive atau maut, keluarga mangsa bisa menyaman si pembantu? Benarkah? Adakah sebab itu orang yang lalu lalang cuma melihat saja? Jika benarlah juga pun rules itu, menyebabkan mereka langsung tiada belas sebab takut disaman jika mangsa yang dibantu itu mati nanti?

6. Ibubapa tidak sedar kah anak tiada di sisi. Oi ibubapa!! Mana kau oh??

Itu semua soalan bermain di fikiran aku.

Oklahbye. Oh ya, di hotfm sekarang pun topik ini.

Minta dijauhkan dari kita lah perkara sebegini. Bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, October 16, 2011

Sepatu Lama

 

Harini overhaul rumah sebab Momy n Dady is coming to town on the 20th. To make the story short, turn rak kasut yang sudah penuh mesti dibuang isinya yang tidak diperlu. Terkeluar la balik kasut-kasut yang sudah tidak dipakai tapi masih disimpan. Pilih yang mau dibuang.

 

1. Gladiator shoes

gladiator shoes 1End of 2008 nampak di online. Cari di KK tidak jumpa-jumpa. Early 2009, jalan-jalan singgah Melaka, terjumpa di kedai kasut cina. Terus angkat. Tiada jenama pun. Pakai berapa bulan saja. Tinggi ni cutting dia sampai betis hahahah.

 

2. Nine West Heels

nine westChika nurulism.com beli di Australia. Order dari dia. Pakai untuk raya konon tapi memang leceh di dunia bi;la beraya sebab strap belakang tu haih. Sudah tidak dipakai lagi. Sekali sekala saja pakai sampai last year. Pakai sampai buruk.

 

3. Oxford Heels

oxford heels

Beli di online. Lepas beli gila kerap pakai. Pergi kerja, even pergi shopping mall sampai sakit-sakit kaki. Few months saja. Lepas tu terus simpan di rak kasut. Aku memang pakai kasut sampai buruk.

 

4. Oxford Pump Heels

oxford pumps

Beli online juga. Pakai cuma SEKALI, pergi kerja in 2010. Masih cantik.

 

5. Terompah Vinnci

terompah vincciMy first terompah shoes ever. Beli tahun ni. Pakai few months sampai buruk. Pecah-pecah kayunya tu sampai terkupas. Entah ada kah orang pakai terompah sampai pecah-pecah macam aku pakai.

 

6. Black and White Flat shoes

Black and white Flat ShoeRemember I wrote HERE. Beli di online, dalam tahun ini. Pakai cuma SEKALI saja.

 

***************************************************************************************************************

Nah itu lah kasut-kasut yang menjadi sejarah. Selepas menilai dan keputusan diambil, Kasut No. 1 dan No. 3 dibuang. No.6 hantar balik Sandakan, bagi adik ipar, tapi macam Momy pula yang mau pakai tu. Yang lain simpan lagi di rak kasut ah ah ah. Macam addict bah beli sepatu ni. Alasan bikin tukar-tukar konon.

Itu belum lagi kasut yang currently masih dipakai. Itu nanti aku belogkan. Termasuk safety shoes yang diolok anak buahku “Ehh, kasut apa Aunty Noi pakai tu?”

Share yours people.

Till then. Good night. Have a great week ahead.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday [15]

 

twitter for dumb

 

[ This is an auto published entry ]

Monday, October 10, 2011

1985-2011

 

 

1

Took me almost an hour to start typing. Tidak tahu mana mahu start. Thinking of the best words to say. Al-Ameer Sadat, dia yang ber’tshirt putih. The wife, Hajjaratul Murni,  yang berbaju putih. This picture was taken on our final year dinner. He was a nice guy u know. Dorang memang sangat nakal, he and the housemate. Memang No.1 menyakat orang. Tapi, once minta tolong dengan dia, he will never say no.

I still remember travel from Parit Raja Batu Pahat to Kuantan with him. Dia duduk Kemaman, aku pula Kuantan, the next day kena pergi kerja, praktikal di Kuantan. Aku kira tumpang dia ah balik. Malam tu gerak lewat sangat, arwah siap stop sekejap, ngantuk dia drive, nak tidur. Dia hantar aku sampai depan rumah kakakku di Kuantan. Masa tu Murni gf dia, sekarang wife, stay dekat Parit Raja, short sem kot.

 

2*From left, Murni, Arwah Sadat, Matin, Ali, and me

He left us today, Sunday 9/10/11 selepas waktu Asar, di office. Masa pertama dapat berita tadi, said it wasn’t confirm. While contacting everyone, I was hoping that, that was a false alarm, hoping that the news was not true. But it is. I cried.

Semoga dia ditempatkan di tempat orang beriman, sebab dia memang orang yang baik sangat-sangat, come from a big family yang baik juga sangat-sangat, still remember dinner at his family house. All of us like 2 bus kot.

Tapi, I cannot think of any words to say to Murni. Besarnya dugaan ini, Tuhan saja yang tahu. Murni, bertabahlah. I love you Murni. We will always miss you Allahyarham Sadat.

3

 

Ya Allah, selimuti lah hati si isteri malam ini. (Thanks Ona).

 

Al-Fatihah.

Saturday, October 8, 2011

Luncai Moden. Eh, moden ke?

Buat kerja kena ikhlas. Kalau malas sangat pun. Usaha la selesaikan tanggungjawab.
Cleaner membersih.
Driver memandu.
Cikgu mengajar.

Kalau tidak mahu memandu, jangan apply kerja untuk jadi pemandu.

Kalau tidak mahu membersih, jangan apply kerja jadi tukang bersih.

Kalau tidak mahu menaip, jangan apply kerja jadi typist atau clerk.

Kalau mahu bagi arahan, dan tidak mahu diarah, apply lah jadi bos.

Duit gaji tu sepatutnya hasil kerja yang diusahakan, tanggungjawab yang dilaksanakan. Duit gaji yang dapat tu biarlah berkat. Nanti sendiri mau makan, keluarga makan duit gaji tu.

Bila buat task betul-betul, sudah pasti tiada masa untuk mengata orang. Pergi kerja untuk mengata orang, hujung bulan ambil duit gaji bawa keluarga pergi makan. Ah!

Kalau aku tiada pun projek boleh jalan. I know. Kalau setakat kerja aku, orang lain pun boleh buat kata kau. Malangnya, bos hire aku, untuk buat kerja ni, dan bukan duduk-duduk di office. Kenapa bos suruh orang baru macam aku buat kerja ni? Dan bukan kau (yang sudah bertahun-tahun duduk di office) ;)

Anyway, I can do the typing. Easy peasy one. My anak buah oso can do mah. piece of cake one! Komplen-komplen tapi kerja tak jalan pun apa barang yob.

Renung-renungkan. Dan selamat berangan (jadi bos)

Bye.


Sent via BlackBerry from Maxis

Thursday, October 6, 2011

Masih Wujud Manusia Begini Pada Tahun 2011.


Situasi 1. Kemarin

Aku seharian di site. Tengah site. Ulang-alik office kabin. Jarak 300m.

Dia: Apa progress? Yang mana? Ada masalah apa-apa? Lepas tu? Lagi? Kenapa?

Aku: Progress macam ni macam tu. Prob begini begitu. Suda bagi solution begini. Lepas tu begitu.

(Dengan detail aku bagi, siap sebut satu-satu apa dalam bukunota aku, i work my ass off, dia simply SALIN, me no feeling while he salin, until la today, eh baca dulu sambungan perbualan ni ehhe)

Dia: Ok. Ngam. (sambil study drawing) Eh mana kedudukan yang block 1 dgn block 2

Aku: kau tengok kita di sini. Itu di situ. Bla bla bla.

Dia: ok. Kau ikut nanti masuk daily meeting. Senang kita menjawab





****************************************************************************

Situasi 2. Hari ni. Awal pagi morning pukul 8.

Aku duduk dalam cabin ofis, buat report. Senggugut. Dia pergi tengah site.
Aku hantar sms "kau tolong sms jap pile point no berapa dorang start pagi tadi"

After a while. No reply. Still waiting. Nadaaaa.
Pukul 10 pagi. Aku ambil helmet, jalan ke site, on the way, bertembung dia,

Aku: eh which point diorang start tadi? 2 machine or 1 saja?

Dia: Tidak pasti la. Aku tidak tengok point berapa. Aku tengok-tengok saja tadi, tidak sempat salin (sambil ketawa-ketawa. Very the annoying)

Aku: Huh?? @#$%^&*O

Terus jalan sendiri pergi site. T.T





*******************************************************************

Situasi 3. Pukul 11.30. Aku di tengah site. Dia di kabin ofis.

Aku sms: Boleh kau text aku pile combination for this and this point.

After effing 15minutes still no reply.

After 30mins. He replied "24m is 12 12"

24m?? Eh the point i asked is 27m laa. Am not asking for the 24m one!!
Terus jalan kaki balik kabin ofis, go check by myself. Satisfaction guaranteed!.





**********************************************************************************

Situation 4. Masuk ofis buat report.

Dia: Berapa point suda tadi. Ada prob?

Me: 4 point done. 1 should have done. But the machine 1 got prob, so stop.

Dia: jadi 4 ka 5 oh? oh machine 1 gerak juga td? so 3 machine la all kan? napa stop? rosak apa?

Berabis dia bertanya.

Me: Tidak pasti la (sengajaaa aiii)

Dia: Macam mana tak pasti ohhh?? kau di site kan tadi. Cemna oh~~ (Annoying way of saying "macam mana oh" like i dunno how to work dem yu macam la yu bos)





************************************************************************

Tapi lepas tidak membagi dia jawapan pasti. Lepas cuma menjawab "Tidak pasti", aku rasa tidak sedap. Rasa tidak bertanggungjawab dan tidak sampai hati. Terfikir-fikir kelogikan jawapan "tidak pasti" ku itu.

Kenapa aku mesti rasa begitu.

Dia tidak rasa begitu. How can he live with that? Live with asnwering me "tidak pasti" earlier and doing the macam-tidak-mau-tolong action. Macam mana dia boleh buat begitu ya? Dengan selamba.

at first, I thought he was good. Sebab dia selalu cakap mentality orang office ni begini lah begitu lah, tidak back up satu sama lain lah. Now what is really going on?? Dia sama saja la.

Begitu selfish sekali.

From wikipedia:
Teamwork is work performed by a team towards a common goal.
Workplace activites: Because teamwork is important to a productive and healthy work environment, teamwork activities should be a part of the workplace. Possible activites includes job swapping, where workers swap jobs with each other to develop empathy.

Kenapa lah ada orang begini. Sama juga pun position kami. And same age too! Why all my friend of my age are so kool and you not kool. Not kool.




Jangan kamu ingat kita di tahun 2011 semua sudah maju. Tahun saja yang maju. Jangan kamu ingat banyak bangunan tinggi, banyak new facility, new phone new technology, kita sudah maju. Belum. Kalau masih ada orang-orang yang begini, macam mana mau maju? Haiya mouww koww chouu ahhh!!



Aku rasa macam digunakan saja kalau dia mahu tahu semua hasil kerjaku tapi tidak mahu membantu aku. Apapun, aku fikir positif saja. Aku dapat belajar banyak benda, discover things on my own tru the experience, and find solution for any problem arise. (Wow I am a grown up ah ah ah!). Tiada rugi juga aku buat semua sendiri. Sebab aku yang alami, pengalaman aku dapat, tidak payah salin then refer notes untuk cakap explain orang, benda yang sudah dialami mudah ingat sendiri.

Yang penting aku kerja. Kerja siap. Gaji dapat. Pergi shopping. Hati riang.

Oklahbye.

Love,
Cinoi xo

*Folow my twitter for live gossip ;)

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday [14]

 

Nasi Goreng Cinta

 

[This is an auto published entry]

Tuesday, October 4, 2011

Roti Gardenia Kini Sudah Tidak Tidak-Halal.

 

[This is an auto-published entry]

Took me more than 5 minutes to think of the intro. Dan saya ni jenis mau cepat, ahha. Lebih 5 minit adalah membuang masa, so saya terus intro kan saja la entry ini dengan tidak semena-mena, ok? Ala semua blog entry pun tak semena-mena saja nak cakap kan. tiba-tiba. Tiada siapa tanya.

Ok. Pada suatu hari pergi ke supermarket berniat beli roti. Bread. Lalu ternampak gardenia classic seperti dalam gambar di bawah di supermarket tersebut.

roti gardenia halal

Tipu! Sebenarnya cuma nampak roti gardenia macam dalam packaging besar dan kechil tu, tapi supermarket tu tiada pula susun roti gardenia secara berbaris dan separa terjatuh tanpa pembungkus seperti sebelah kanan sekali gambar tersebut. Ehe. Huh?? Tak ketawa pun? Ok tidak mengapalah, tidak lawak pun okbye.

Mari terus ke point saya.

Saya lihat logo HALAL pada gardenia tersebut sudah tidak dicover atau ditutup sepertimana beberapa bulan lalu, bermula Januari kalau tidak silap. Maknanya dia sudah tidah tidak-halal, means sudah HALAL lahh kan. Yeayy. Dan di sebelah susunan roti tersebut terdapat ini:

2011-10-02 12.50.33

 

Ehhe. Di issue bulan Julai lagi. Saya baru tahu sekarang juga pun. Lambat!

 

Okbye. Mari makan roti gardenia.

 

Love,

Cinoi xo

 

Entry di atas ditaip selepas saya menaip ini

[This is an auto-published entry]

Monday, October 3, 2011

Ini Cuma Bebelan Yang Panjang

 

Buka mata. Tengok telefon bimbit. 9:22PM Sunday, October 2. Terus mandi. Lepas mandi fikir-fikir “Haish berapa jam sudah aku dalam rumah, tidak keluar” then terus menangis.

Menangis bukan sebab tidak keluar pun. Baca di atas “Sunday” means tomorrow monday dan kena kerja. Mungkin salah satu sebab memangis, esok kerja, work load banyak, kena berhadapan orang yang kasar-kasar di tengah panas, kena buat report yang detail dan banyak. Dan banyak lagi keluh kesah mak esah. Bilang mau belajar banyak-banyak dan gain experience banyak-banyak. Tapi mengeluh.

Fikir lagi sebab lain.

Oh. Lama sudah tidak update blog. Ceh padahal baru Jumaat lepas. Tapi sebelum Jumaat lepas ialah Selasa lepas. Gap yang sanagt besar dan jauh haih. banyak gila benda mau update. Notebook kechil dalam handbag penuh sudah dengan short note tentang “what to blog next”. Betul tidak dapat update blog masa kerja lagi, ah perkara paling menyedihkan la ni.

Atau sebab hard disk. ya external hard disk ku rosak. So aku beli casing baru sebab yakin yang rosak cuma cucukan casing lama tu. Bila sampai rumah, casing baru dibeli tu tidak compatible pun dengan isi dalam hard disk aku. Terus menangis mengenangkan file-file dan gambar aku yang banyakgilavavi di dalam tu.

Masih lagi menangis teresak-esak. Astaga ini anak. Sampai tunang tanya

“apa lagi kau nda dapat ni? mau keluar lepak? mau blogging? apa? mau aku tolong kasi siap kerja? mau hard disk baru??”

Semua pun aku jawab tidak. Sebab aku nda tau juga ehhe. Suka jak bah mau menangis tiba-tiba. Padahal aku tidak tidur time maghrib pun. Aku tidur lepas Isyak. Then bangun pukul 9 lebih. Apa yang tidak kena? Kalau tidur between Asar dengan Maghrib tu standard la bangun menangis kan.

Lepas tu membawa perasaan saja aku, lipat baju, kemas laptop dan kertas-kertas fail kerja untuk esok. Refill air di tumbler. Terai-terai baju yang mau dipakai kerja esok. Sedia beg untuk bawa bekal esok.

Sepanjang malam tidak dapat tidur. bangun pun awal. Belum lagi subuh. Re-heat lauk, sedia bekal, iron baju. Siap bawa roti gardenia lagi. Ah bercakap pasal roti gardenia, nanti saya blog kan. On the way ke site, singgah kedai beli chocolate spread untuk makan dengan bread. Melalui hari Isnin dengan biasa dan bersemangat juge pun sebab membawa bekal. Period. Sambil fikir balik “Apa aku mau semalam? Sampai menangis?”

Alhamdulillah semua ok hari ini. Despite with the clerk stuff yang tidak suka menaip (refer to my twitter la yek kalau tidak faham), and all, today is not so bad pun. Apa la yang aku tangiskan sangat semalam.

Mungkin sebab sudah lama ketawa terus. Dengan banyak.

Apapun, untuk memastikan cinoi.com alive, aku akan memblog schedule entry secara pukal malam ni, untuk tatapan sepanjang minggu ni okay. So esok lusa walaupun ada kekangan masa dan sebagainya, cinoi.com pasti terupdate.

Thanks sebab baca sampai ke hujungnya. Ehhe. Kamu memang sangat baik. Maaf lah kalau entry ni tiada pengisian rohani.

okbye.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, September 30, 2011

Fortune Teller??

 

Rindu gila dengan blog. mau update blog hari-hari dan blog hoping hari-hari. Tapi tanggungjawab dunia bekerja, tiada masa untuk blog buat masa ni. Malam pula penat sudah.

Dan baru beberapa hari berlalu, today (actually since last night) i’m down with FEVER and SORE THROAT, a bad one. Sampai telinga sakit. Actually, earlier this week, I can see this coming. Knew it. Ha ha ha I am a fortune teller.

Naah.

Saya tahu, saya akan sakit setiap kali ke tempat baru atau environment baru.

  1. Masa Form 1, baru masuk asrama, first week terus demam (in fact, selalu pun sakit sebenarnya)
  2. Masa baru masuk matrikulasi di Labuan, demam juga.
  3. Masa baru first week di U, tidak dapat join orientasi pun, sebab sakit, tempat baru la katakan.
  4. Baru mula kerja di KK ofis di Damai in 2008, sakit teruk juga. Ah ahh ahhmadnisfu.
  5. Baru mula kerja di Sembulan office end of last year, demam juga.

Oleh sebab saya fortune teller ha ha ha dan saya tahu ini akan datang, saya membuat sedikit persiapan. These past few days, aku minum air macam gila sampai balik-balik pergi tandas, dan untuk pertama kalinya pergi tandas portable yang selama di Bintulu dulu aku elak untuk guna portable toilet, tapi baru-baru ini saja aku terpaksa guna. Nasib bersih. Bersih sangat-sangat, so it is an acceptable portable toilet. Eh, apapun, sebenarnya mau bagitahu betapa banyak aku minum air untuk mengelak sakit.

Aku juga sedia beli dequadin, ubat sakit tekak macam gula-gula. Aku keep hisap every 1 or 2 hour. Makan buah. Minum susu. And pray untuk dijauhkan sakit.

Apapun aku diduga juga. Semalam I can hardly sleep. Sakit tekak sampai ke telinga, Rabak tekak. So today, I take sick leaveIMG02777-20110930-1024Itu sebahagian ubat yang doktor bagi. Ada lagi satu bikin hisap. Hari ini dan esok boleh tidur puas-puas. Esok pun dapat sick leave juga.

Tapi rasa sudah makin dewasa. Kalau dulu sakit di asrama mesti nangis-nangis. Last year pun masuk tempat kerja baru, sakit juga, masih lagi nangis. Tapi harini dapat memandu lagi perlahan-lahan, demi dapatkan ubat dan sick leave dari doktor. Have to be in shape, sebab even cuti pun kena call oleh orang Taiwan di site. Sekarang pun buat kerja juga from home, kasi siap report and reply email. Hopefully cepat bulan November, cepat lah siap ni kerja.

Apapun, doakan saya cepat sembuhhuhuhu.

Salam Jumaat, dan selamat berhujung minggu esok dan lusa.

 

Love,

Cinoi xo

p/s: Ada IT Fair kan di KK weekend ni?? Kan? Kan? Di 1Borneo hari ini sampai ke Ahad. Jom jom jom jom!

Tuesday, September 27, 2011

Ribut di KK (Amaran oleh Jabatan Meteorologi)

 

Semalam, lepas kerja, mau dinner awal. Pusing-pusing cari tempat makan, teurs terfikir TLC. Tanjung Lipat. Tapi masa tu tengok pokok bergoyang semacam, jadi aku pun tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang.Betul-betul kuat angin, dapat dengar dari dalam kereta. So tidak berani la makan tepi laut di TLC tu mataii kita karang. So pergi tempat yang jauh sikit dari laut.

Malam, hujan sudah mula dari renyai-renyai ke lebat. Tidur pun agak awal. Tiba-tiba terjaga sebab macam ada orang ambil gambar aku time tidur. Rupanya kilat sabung menyabung. Blackout pula! Cuma nampak cahaya-cahaya bertalu-talu dari luar tingkat, dengan hujan lebat. Macam scene dalam cerita hantu supaya penonton rasa takut. Paksa sambung tidur walaupun takut dengan kilat, confirm lepas kilat ada guruh berdentum yang kuat. Tapi semalam kurang pula guruh, kilat saja lebih.Sambung tidur saja. Walaupun blackout, aircond kipas mati, tapi tidak rasa panas sangat sebab hujan lebat di luar.

Tapii pagi-pagi bangun awal sambil risau, sebab belum iron baju!! Bekalan elektrik masih putus. Terus tweet-tweet whining pasal bekalan elektrik. Macam didengar saja keluh kesah mak esah, berapa minit kemudian around 6.20AM terus ada balik bekalan elektrik. Laju-laju iron baju dan bersiap, 7.13AM gerak!

Jem tapi tidak terlalu jem. Mungkin sebab

  1. Ramai orang terlajak tidur sebab cuaca yang nyaman dan tiada lampu
  2. Ramai orang stuck di jalan-jalan kecil sebab banyak pokok tumbang

Sampai dekat KK baru nampak kesan ribut semalam. Daun-daun pokok banyak berjatuhan bersama dahannya. Ada yang jatuh dengan pokoknya sekali. Di certain tempat ada yang tiang letrik sekali tumbang.

IMG02752-20110927-0737  Ini di depan bangunan office saya.

 

Dasyat kan. Harini pun tweet semua cerita ribut orang-orang KK. Infor from #KKCity tweet, Jika terdapat pokok tumbang di kawasan anda, sila hubungi DBKK di 088-521800.

 

*************************************************************************************

 

Sebenarnya, beberapa amaran sudah pun dikeluarkan.

Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Dikeluarkan pada: 05:15am pada 27 September 2011

A) Dikeluarkan pada 5:15 pagi; 27 September 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

B) Dikemaskini pada 5:15 pagi; 27 September 2011

KEMASKINI AMARAN

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut Matang Selama dan Manjung), P.Pinang (Daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai ) dan Kedah (Daerah Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Source

 

*************************************************************************************

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10AM 27 September 2011

  1. Taufan "Nesat" (20W) dikesan berada di Latitud 16.4 Utara dan Longitud 121.5 Timur, kira-kira 210 km ke Utara-Timur Laut, Manila, Filipina pada jam 8.00 pagi, 27 September 2011. Taufan ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj.  Taufan ini berada kira-kira 1172 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 1227 km Utara-Timur Laut Sandakan, Sabah.
  2. Ribut Tropika "Haitang" (21W) dikesan berada di Latitud 16.6 Utara dan Longitud 107.5 Timur, kira-kira 199 km ke Utara-Barat Laut Quang Ngai, Vietnam pada jam 8:00 pagi, 27 September 2011. Ribut Tropika ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj. Ribut tropika ini berada kira-kira 1481 km ke Barat Laut Kudat dan 1510 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah.

Source

 

*************************************************************************************

Dikeluarkan pada pukul 09:32AM, 27 September 2011

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan daripada amaran yang dikeluarkan pada pukul 4.47 petang, 22 September 2011

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri) dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga tengahari, Selasa 27 September 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Source

*************************************************************************************

 

Stay safe people. Cek ramalan kajicuaca dulu sebelum plan ke mana-mana, atau bercuti ke mana-mana.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, September 26, 2011

Make Up Pouch

 

Idea tercetus dari situ, maka plagiat saja. Ah ah ah. Ala kawan-kawan juga, nda kann lahh mau bekira kann. Sharing is sexy bebeh.

Walaupun isi-isi make up pouch saya sederhana cuma, tetap juga getek-getek mau share ya. Bikin seronok-seronok saja.

mekap pouch Nah itu make up pouch saya. itu pun free gift juga dari perfume. Fully utilize kan saja apa-apa yang free.

Isi-isinya adalah seperti berikut

mekap

  1. Blusher brush from mac. Lama sudah ni. Ada lah 2 tahun lebih
  2. Mascara dari SASAtinnie, siapa dia si Sasatinnie tu??
  3. Lipstick merah konon.
  4. Lip ice yang kalau kita taru di bibir terus auto red
  5. Stick eyeliner
  6. Eyebrow liner
  7. Dr. Young bb cream
  8. Misha bb cream
  9. Blusher 2 tone
  10. Compact powder
  11. Gel eyeliner
  12. Perfume easy-to-carry body shop
  13. Nail filer
  14. Nail clipper

Untuk rangkaian skincare pula (cewah), WashToneMoist saya ialah

skincare washtonermoist

White perfect. Tapi tidak tahu lah, kadang-kadang rasa macam berkesan. Kadang-kadang rasa macam biasa saja pun. Ah ah ah. Muka saya memang degil sikit.

Lepastu seminggu 2 kali pakai mask, taru di muka, biarkan 10minit, lepas tu lap pakai towel basah yang suam-suam. Selalunya aku biarkan lebih lagi dari 10minit, supaya lebih berkesan konon kalau lama-lama. Entahlah apa effect nya sebenarnya kalau taru lama-lama.

skincare mask Di belakangnya cakap adapts to your skin’s needs, hydrating areas and absorbing oil where needed’ mudah-mudahan la kan.

Selain itu juga, sekali sekala kalau rajin saya pakai masker dan peeling dari mustika ratuskincare masker n peeling 

Campurkan serbuk di atas dengan air mawar

skincare air sari mawar putih

Kalau masker bengkoang tu, lepas campur dengan air mawar, letak di muka, biarkan 10 minit, dan bilas dengan air bersih. Siapa yang mau bilas dengan air kotor, memang dia hebak lah. Masker bengkoang ni membantu membersihkan kotoran dan noda hitam serta memberikan kenyamanan agar wajah kelihatan berseri dan bersih. Memang betul, lepas pakai ni rasa muka bersihh jakk, atau mungkin psiko saja. Ehhe, yalah lepas pakai macam-macam mesti mau rasa bersih kan. Dari kita saja itu barang.

Peeling kulit kerang tu pula, cuma biarkan di muka sampai setengah kering, lepas tu gosok perlahan-lahan, nanti bertaburan jatuh la tu habuk-habuk dia. Ini merangsang pertumbuhan sel-sel kulit baru. Jangan guna hari-hari. Seminggu dua kali saja paling maksimum. Okay.

Itu saja lah buat harini ini.

Eh lagi 1, majalah kecil sebagai background di atas tu ada voucher 20% dan 10% rangkaian Padini/Vincci/Seed dan adik beradiknya, mesti guna sebelum 30hb September ini. Jadi saya mesti ingat! Sebelum habis masa nanti rugi tidak diguna tu. Ah ah ah. 1 lagi alasan baru untuk shopping.

Makasih kalau kamu baca entry ini sampai ke akhirnya. Assalamualaikum.

 

Love

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....