Showing posts with label laporan. Show all posts
Showing posts with label laporan. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Ribut di KK (Amaran oleh Jabatan Meteorologi)

 

Semalam, lepas kerja, mau dinner awal. Pusing-pusing cari tempat makan, teurs terfikir TLC. Tanjung Lipat. Tapi masa tu tengok pokok bergoyang semacam, jadi aku pun tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang.Betul-betul kuat angin, dapat dengar dari dalam kereta. So tidak berani la makan tepi laut di TLC tu mataii kita karang. So pergi tempat yang jauh sikit dari laut.

Malam, hujan sudah mula dari renyai-renyai ke lebat. Tidur pun agak awal. Tiba-tiba terjaga sebab macam ada orang ambil gambar aku time tidur. Rupanya kilat sabung menyabung. Blackout pula! Cuma nampak cahaya-cahaya bertalu-talu dari luar tingkat, dengan hujan lebat. Macam scene dalam cerita hantu supaya penonton rasa takut. Paksa sambung tidur walaupun takut dengan kilat, confirm lepas kilat ada guruh berdentum yang kuat. Tapi semalam kurang pula guruh, kilat saja lebih.Sambung tidur saja. Walaupun blackout, aircond kipas mati, tapi tidak rasa panas sangat sebab hujan lebat di luar.

Tapii pagi-pagi bangun awal sambil risau, sebab belum iron baju!! Bekalan elektrik masih putus. Terus tweet-tweet whining pasal bekalan elektrik. Macam didengar saja keluh kesah mak esah, berapa minit kemudian around 6.20AM terus ada balik bekalan elektrik. Laju-laju iron baju dan bersiap, 7.13AM gerak!

Jem tapi tidak terlalu jem. Mungkin sebab

  1. Ramai orang terlajak tidur sebab cuaca yang nyaman dan tiada lampu
  2. Ramai orang stuck di jalan-jalan kecil sebab banyak pokok tumbang

Sampai dekat KK baru nampak kesan ribut semalam. Daun-daun pokok banyak berjatuhan bersama dahannya. Ada yang jatuh dengan pokoknya sekali. Di certain tempat ada yang tiang letrik sekali tumbang.

IMG02752-20110927-0737  Ini di depan bangunan office saya.

 

Dasyat kan. Harini pun tweet semua cerita ribut orang-orang KK. Infor from #KKCity tweet, Jika terdapat pokok tumbang di kawasan anda, sila hubungi DBKK di 088-521800.

 

*************************************************************************************

 

Sebenarnya, beberapa amaran sudah pun dikeluarkan.

Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Dikeluarkan pada: 05:15am pada 27 September 2011

A) Dikeluarkan pada 5:15 pagi; 27 September 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

B) Dikemaskini pada 5:15 pagi; 27 September 2011

KEMASKINI AMARAN

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut Matang Selama dan Manjung), P.Pinang (Daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai ) dan Kedah (Daerah Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Source

 

*************************************************************************************

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10AM 27 September 2011

  1. Taufan "Nesat" (20W) dikesan berada di Latitud 16.4 Utara dan Longitud 121.5 Timur, kira-kira 210 km ke Utara-Timur Laut, Manila, Filipina pada jam 8.00 pagi, 27 September 2011. Taufan ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj.  Taufan ini berada kira-kira 1172 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 1227 km Utara-Timur Laut Sandakan, Sabah.
  2. Ribut Tropika "Haitang" (21W) dikesan berada di Latitud 16.6 Utara dan Longitud 107.5 Timur, kira-kira 199 km ke Utara-Barat Laut Quang Ngai, Vietnam pada jam 8:00 pagi, 27 September 2011. Ribut Tropika ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj. Ribut tropika ini berada kira-kira 1481 km ke Barat Laut Kudat dan 1510 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah.

Source

 

*************************************************************************************

Dikeluarkan pada pukul 09:32AM, 27 September 2011

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan daripada amaran yang dikeluarkan pada pukul 4.47 petang, 22 September 2011

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri) dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga tengahari, Selasa 27 September 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Source

*************************************************************************************

 

Stay safe people. Cek ramalan kajicuaca dulu sebelum plan ke mana-mana, atau bercuti ke mana-mana.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, February 11, 2011

Perdana Park

Remeber my blog entry here??

Tadi for the first time i went there, for an evening walk, after work!

Dan sempat tengok the fountain people talks about. And i have a short video for you guys. Fountain ni ada jadual tau, yang saya tengok, yang Pukul7 punya! hehe. Short video saje. Nanti kalau betul-betul ada masa saya ambil gambar banyak-banyak ok! dan video lagi banyak.

Ni kebetulan saya rakam, lagu favourite saya, Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu, biru biru gunung kinabalu tengok dari jauh hati saya rindu.

Perdana Park, Tg Aru Kota Kinabaku

This is my video, i record, i upload, so kalau mau guna, please do credit to me okay! Walaupun cuma rakam pakai blackberry, kualiti biasa sahaja, video pendek sahaja, tapi ni titik peluh saya *cewah sentimental plak* Nanti kalau saya sudah ada masa, saya bagi sesuatu yang lebih baik lagi ok!

tq!

Love,

Cinoi xo

Friday, January 28, 2011

The City's New Landmark

Salam dan selamat hari Jumaat!!!
Whats happening in our city todayyyy?? (intonasi seperti Dj radio pagi-pagi)

Perdana Park at Hone Place, Tanjung Aru will be declared open by Prime Minister Datuk Seri Mohd Najib today. kamu tau Perdana Park ni di mana? di depan T-junction traffic light KKIA2. Patut lah pagi tadi time hantar anak buah pergi sekolah, found out that dari arah flyover yang baru siap separuh tu, sampai ke arah Tanjung Aru memang super-jammed, rupanya Perdana Menteri mau datang.

Apa yang ada di sini Perdana Park, fountain, air pancut, yang bertindak balas terhadap musik, musical fountain la (confirm cantik pemandangan waktu malam dia, refer to Daily Express newspaper today) , free purified water, stage that could be used for cultural show, reflexology footpaths and most importantly, exercise are, yeah, boleh la aku mula berjogging di sini (konon). Tidak sabar mau pergi cekidaut.

Dirasmikan hari ni, tapi Ahad ni baru open to public. 2 important things i want to do here, photographing and jogging, or walking perhaps.

Datuk Seri Musa Aman said, we Sabahan are lucky because our city are not yet completely a concrete jungle where dreams are made of, theres nothing u can't do, now you're in new york. Kan? best bah di Sabah, banyak beautiful landscape. like seriously banyak dan cantik. Let's proud to be Sabahan. (tiba-tiba patriotik jangan menyampah ya)

Ok. So, Ahad ni janganlah ramai-ramai pergi sana ya, nanti crowded pula. Saya mau photoshoot sana. Sama saya mau ajak kawan saya jogging, gemuk sudah dia (eh, tiba-tiba).

Bye.

Love,
Cinoi


Friday, September 11, 2009

Kebakaran di Damai Plaza, Luyang (laporan bergambar|this is going to be a very long entry, so.. so so la. paham2 la)

Kota Kinabalu, Jumaat – Satu kebakaran yang besar gila telah berlaku pada pagi ini pukul 7 di dua buah kedai lampu bersebelahan Ambank di Damai Plaza, Luyang, Kota Kinabalu. Dua buah kedai lampu tersebut dan beberapa pejabat syarikat swasta berdekatan telah hangus dijilat dengan rakusnya oleh api pada pagi ini. (tak baik sungguh api tu begitu rakus di bulan semulia ini) Ketika saya menaip ini para bomba masih lagi di tempat kejadian. Tempat kejadian adalah bersebelahan dengan bangunan pejabat saya, sebab itu la saya berjaya mensebokkan diri menjadi wartawan tidak berbayar di kalangan wartawan berbayar yang semuanya membawa kamera besar-besar berbanding saya yang setia dengan kamera telefon bimbit saya (dah kata kan wartawan tak berbayar sebab tu pakai kamera telefon sel sahaja!)

110920091703

110920091686

tiga buah trak bomba dikejarkan ke tempat kejadian. dan berpuluh anggota bomba yang memakai pakaian seragam yang cool gila sama-sama mengejarkan trak bomba.110920091688

 

habis kaca-kaca dari cermin bangunan tersebut jatuh ke bawah dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat kacing!! prangg!! prapp prangg prangg! lebih kurang begitu bunyinya.110920091691

  

asap kepul-kepul bahasa hitam dan putih dihasilkan dari kebakaran tragis tersebut. Cepat sungguh merebak api yang rakus menjilat premis tersebut.  (anggaran kerugian pastinya besar) tragis ke? ya! tragis. kerana semua lampu-lampu cantik di dua buah kedai lampu musnah dan mereka yang ingin membeli lampu baru untuk rumah mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri tidak akan berjaya mendapatkan lampu yang sudah di order di kedai tersebut ini. (lampu di rumah saya pun housemate saya beli dari kedai ini, masih ada warranty lagi tapi dah banyak kali rosak)110920091692

para bomba yang bersedia berani berkhidmat dan ber-ber yang lainnya sedang bersiap sedia untuk masuk ke dalam premis. sangat cool gila perbuatan mereka. 3 gambar di bawah ini menunjukkan mereka bersiap-siap memakai oksigen dan hazardous mask pada pakaian seragam mereka yang membuatkan men with uniform are sexy sangat tidak terkata. dan kemudian berlari-lari anak pula mendekati premis tersebut. pelbagai isyarat tangan yang mereka gunakan, dan mereka saling faham antara satu sama lain! wah! lagi cool kan!

110920091695 110920091696110920091698

tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kebakaran ini. cuma kemalangan jiwa saya yang ter crush terhadap para bomba yang memakai uniform. sangat wow. sekali lagi saya tegaskan bahawa lelaki yang memakai uniform adalah segak dan sexy (eh, saya sudah cakap ini kan tadi?). merekalah penyelamat. dan tetap nampak segak kerana muka mereka adalah tertutup oleh helmet, kalau nampak muka  kemungkinan besar kesegakkan beruniform itu akan hilang. ah tak kisah la tu helmet, yang penting memang cool gila pakai uniform.

110920091702 Gambar di atas menunjukkan tuan punya premis yang berdekatan yang memohon kepada para bomba yang cool gila untuk memasuki premis mereka bagi menyelamatkan fail-fail penting sebelum premis mereka dijilat sama oleh api. dibenarkan! Mereka masuk secara laju-laju ditemankan oleh 2 orang ahli bomba yang cool gila. Terdapat ramai pensebok seperti saya juga di sekitar tempat kejadian.

110920091704sudah begitu ramai pensebok baru la pihak polis memasang tali pita kuning bagi menseal tempat kejadian untuk menghalang para pensebok mendekati dan membahayakan diri masing-masing.

Sekarang sudah jam1041 dan para bomba serta pihak berkuasa masih lagi berada di tempat kejadian mungkin untuk menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian.

Dalam pada itu, (ok.macam tak sesuai je perkataan dalam-pada-itu tapi saya rasa nak sangat guna so inilah masanya), Dalam pada itu, terimalah gambar reporter tidak berbayar ini yang sekarang sudah sangat lapar sebab semua tenaga yang dimakan time sahur tadi habis digunakan untuk laporan ini. Sekian.

 

110920091707110920091708110920091709110920091710110920091711110920091712

Sekian laporan dari bilik  berita cinoibeetlesv.blogspot.com. Berjumpa lagi kita di laporan bervideo (ini kan laporan bergambar saja) kerana banyak juga video yang saya ambil tadi. tungggguuuuuu.

Yang berkhidmat negara tanggungjawab bersama (bukan PLKN)

Cinoiqilavigne

*p/s- Syauqi ialah seorang Leftenan Muda. hikhik. ya! dia PALAPES dulu masa belajar di IPTA. ya! PALAPES juga pakai uniform yang..(ayat ni sambung sendiri, aku dah cakap banyak kali kat laporan di atas)….

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....