Friday, September 11, 2009

Kebakaran di Damai Plaza, Luyang (laporan bergambar|this is going to be a very long entry, so.. so so la. paham2 la)

Kota Kinabalu, Jumaat – Satu kebakaran yang besar gila telah berlaku pada pagi ini pukul 7 di dua buah kedai lampu bersebelahan Ambank di Damai Plaza, Luyang, Kota Kinabalu. Dua buah kedai lampu tersebut dan beberapa pejabat syarikat swasta berdekatan telah hangus dijilat dengan rakusnya oleh api pada pagi ini. (tak baik sungguh api tu begitu rakus di bulan semulia ini) Ketika saya menaip ini para bomba masih lagi di tempat kejadian. Tempat kejadian adalah bersebelahan dengan bangunan pejabat saya, sebab itu la saya berjaya mensebokkan diri menjadi wartawan tidak berbayar di kalangan wartawan berbayar yang semuanya membawa kamera besar-besar berbanding saya yang setia dengan kamera telefon bimbit saya (dah kata kan wartawan tak berbayar sebab tu pakai kamera telefon sel sahaja!)

110920091703

110920091686

tiga buah trak bomba dikejarkan ke tempat kejadian. dan berpuluh anggota bomba yang memakai pakaian seragam yang cool gila sama-sama mengejarkan trak bomba.110920091688

 

habis kaca-kaca dari cermin bangunan tersebut jatuh ke bawah dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat kacing!! prangg!! prapp prangg prangg! lebih kurang begitu bunyinya.110920091691

  

asap kepul-kepul bahasa hitam dan putih dihasilkan dari kebakaran tragis tersebut. Cepat sungguh merebak api yang rakus menjilat premis tersebut.  (anggaran kerugian pastinya besar) tragis ke? ya! tragis. kerana semua lampu-lampu cantik di dua buah kedai lampu musnah dan mereka yang ingin membeli lampu baru untuk rumah mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri tidak akan berjaya mendapatkan lampu yang sudah di order di kedai tersebut ini. (lampu di rumah saya pun housemate saya beli dari kedai ini, masih ada warranty lagi tapi dah banyak kali rosak)110920091692

para bomba yang bersedia berani berkhidmat dan ber-ber yang lainnya sedang bersiap sedia untuk masuk ke dalam premis. sangat cool gila perbuatan mereka. 3 gambar di bawah ini menunjukkan mereka bersiap-siap memakai oksigen dan hazardous mask pada pakaian seragam mereka yang membuatkan men with uniform are sexy sangat tidak terkata. dan kemudian berlari-lari anak pula mendekati premis tersebut. pelbagai isyarat tangan yang mereka gunakan, dan mereka saling faham antara satu sama lain! wah! lagi cool kan!

110920091695 110920091696110920091698

tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kebakaran ini. cuma kemalangan jiwa saya yang ter crush terhadap para bomba yang memakai uniform. sangat wow. sekali lagi saya tegaskan bahawa lelaki yang memakai uniform adalah segak dan sexy (eh, saya sudah cakap ini kan tadi?). merekalah penyelamat. dan tetap nampak segak kerana muka mereka adalah tertutup oleh helmet, kalau nampak muka  kemungkinan besar kesegakkan beruniform itu akan hilang. ah tak kisah la tu helmet, yang penting memang cool gila pakai uniform.

110920091702 Gambar di atas menunjukkan tuan punya premis yang berdekatan yang memohon kepada para bomba yang cool gila untuk memasuki premis mereka bagi menyelamatkan fail-fail penting sebelum premis mereka dijilat sama oleh api. dibenarkan! Mereka masuk secara laju-laju ditemankan oleh 2 orang ahli bomba yang cool gila. Terdapat ramai pensebok seperti saya juga di sekitar tempat kejadian.

110920091704sudah begitu ramai pensebok baru la pihak polis memasang tali pita kuning bagi menseal tempat kejadian untuk menghalang para pensebok mendekati dan membahayakan diri masing-masing.

Sekarang sudah jam1041 dan para bomba serta pihak berkuasa masih lagi berada di tempat kejadian mungkin untuk menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian.

Dalam pada itu, (ok.macam tak sesuai je perkataan dalam-pada-itu tapi saya rasa nak sangat guna so inilah masanya), Dalam pada itu, terimalah gambar reporter tidak berbayar ini yang sekarang sudah sangat lapar sebab semua tenaga yang dimakan time sahur tadi habis digunakan untuk laporan ini. Sekian.

 

110920091707110920091708110920091709110920091710110920091711110920091712

Sekian laporan dari bilik  berita cinoibeetlesv.blogspot.com. Berjumpa lagi kita di laporan bervideo (ini kan laporan bergambar saja) kerana banyak juga video yang saya ambil tadi. tungggguuuuuu.

Yang berkhidmat negara tanggungjawab bersama (bukan PLKN)

Cinoiqilavigne

*p/s- Syauqi ialah seorang Leftenan Muda. hikhik. ya! dia PALAPES dulu masa belajar di IPTA. ya! PALAPES juga pakai uniform yang..(ayat ni sambung sendiri, aku dah cakap banyak kali kat laporan di atas)….

4 comments:

b u k a n s e s i a p a said...

ahaha..abg uniform mmg segak macho & bergaya..






.....
tp, ak xsuke palapes..
(palapes uthm yg berkenaan shj)

Qi_Cinoi.Lavigne said...

weh dulu pon aku x suke palapes..gile2 x suke punye r..hahaha..last2 tsangkut gak ngn salah sorg palapes. tp still ada certain2 palapes yg aku mmg pangkah!hahaha

i L a said...

Aku hairan kenapa laki aku ketawa sendiri2 depan laptop..rupa-rupanya dia sedang baca liputan berita ko ni..hehe..

Qi_Cinoi.Lavigne said...

haha..apa yg diketawakan tu..malu plakk aku..jahahaha

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....