Wednesday, December 31, 2008

perjalanan 2008

seperti biasa.
akan merekodkan perjalanan 2008.
sepertimana 2007 dulu.
sila rujuk di sini.

Januari - (damn!aku sudah tidak ingat) maybe masa ni busy KOREK TANAH. untuk buat final year project. subjek Geoteknik. pastu.ehe.start bercinta dengan syauqi.yeeuww.so hot!

Februari - masih lagi sebok dengan tanah.

March - masih juga di lab Geoteknik. sibuk menguli tanah.

April - masih lagi berulang alik ke Lab dan ke bilik penyelia sampai lah ke rumah penyelia. lepas tu busy final exam and cari tempat untuk latihan industri.

May - ffuuhh.present final year projek. then start praktikal di kuantan. damn.i miss parit raja batu pahat johor damn much. cuti praktikal sekejap untuk ke UMS Sabah untuk NEtball MASUM tournament dan untuk menghadiri perkahwinan adik lelaki saya.

Jun - busy berpraktikal di kuantan. berulang alik kuantan - jb.

July - masih lagi busy di kuantan. berulang alik kuantan - jb untuk bercinta.

August - berulang alik lagi Kuantan- jb - parit raja. setelkan hal konvo. 25th konvo. then terus di heret balik ke sabah oleh kedua ibu bapa. tidak sempat menghadiri konsert avril lavigne. tiket penerbangan yang sepatutnya bulan September pun burn begitu sahaja, kerana balik ke sabah terlebih awal.

September - berlepak di rumah.dan berpuasa.sungguh seronok.rindu berpuasa di parit raja. tapi berpuasa di Sabah agak seronok kerana berbuka seawal pukul 6 petang.

October - Selamat Hari Raya Puasa. sekejap sahaja di sandakan.kemudian berpindah ke KK untuk bekerjaya. mencari rezeki. merancang party hari lahir kejutan jarak jauh buat syauqi d Jb.

November - dimulakan dengan harijadi saya dan party hari jadi yang surprise. Selamat Hari Lahir Saya. busy kerja dan melepak setiap hujung minggu.

December - kerja dan terus kerja.aduh.


dan yang aku tahu, sepanjang suku ke3 dan ke4 2008, aku hanya merindukan kehidupan di rumah sewa parit raja, batu pahat, johor. damn!

dan antara nama-nama dalam 2008 ku- Syauqi, Shiro, Sara, Matwe (mana kau pergi), Syakir, Nije, Ali, Step, Marya, Isma, Fiona, Azmin, Jiran tetangga di Taman Pintas Jaya, Parit Raja, Batu Pahat Johor, 2008 tahun terakhir aku menjadi ketua kampung di situ.rakan sekelas, Nisham, Lisa, Pamela, Step, Shahrul , Najib, Martin and banyak lagi.

rakan alam maya yang terbaik - hajime, shaf, nieja, totin, azie, wansajidah, dan ...

and sangat banyak nama sampai aku xtau nak taip. semua aku SAYANG.

banyak sangat lagu yang aku ingat.

i am sorry :(


sampai sekarang pun masih rindu.

tapi terpaksa tinggalkan juga.

2009,
aku pasti datang menjemputmu.
tepati janji yang sempat terhenti.


hurmm..counting to 2009. where should i celebrate the new year?

Tuesday, December 30, 2008

pening ku

hari ni di ofis.
aku duduk di meja baru.
aku tukar meja.
pc dia macam haram.
monitor lagi la.
pening aku tengok monitor ni.
nak termuntah.
nak update pun hilang selera.
nanti la ya.
ni update pantas sahaja.

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1430H

Wednesday, December 24, 2008

how can a man can be this cruel.shall i even call him a MAN?

recently, there is a situation happened.
happened to a friend of mine (cant really mention his name)
this friend is a guy, lets named him Dol.

Dol mempunyai kekasih (a 5years gf), lets named her Siti
these 2 had been dating for 5years.shud i need to repeat, 5years.

but recently, after graduation, this Dol had to work at his hometown,Sabah so do this Siti, but Sarawak is her hometown.which means, these two are now thousands kilometres away. a long distance relationship la konon.

akan tetapi, semenjak bekerja di sabah, Dol telah berjumpa dengan his long lost friend, yang pernah menaruh hati dengannya iaitu Minah (bukan nama sebenar)

lama-kelamaan, mereka asyik keluar bersama, Dol dan Minah asyik keluar bersama.
menonton, makan, berjalan, dan banyak lagi secara bersama, tanpa pengetahuan si kekasih, Siti.
tapi dalam keadaan Minah is aware that Siti dan Dol adalah berpacaran.
Minah tahu kedudukan dia sebagai orang ketiga (3)

sehinggalah pada suatu hari, si Siti telah mendapat tahu apa yang berlaku di Sabah melalui seorang kawan.
simple words, kantoi. Dol dan Minah dah kantoi.

jadi pasti lah Siti berasa amat kecewa.
kekecewaan ini sangat dalam rasanya.

ialah, bayangkan kekasih bertahun-tahun kamu mencurangi kamu, untuk seorang perempuan yang..uh. untuk Minah.

tapi yang menyakitkan hati, Dol ini seperti tidak mahu berusaha memujuk Siti.

"dia dah cakap aku bukan yang terbaik, apa aku nak buat lagi"

"dia dah xnak jawab kol aku.mcmna aku nak pujuk.dia dah patah hati"

"lebih baik aku bersama dengan orang yang setia menyayangi aku"

"Siti taknak bg aku peluang explain dgn mummy aku dulu.dia x tahan tggu lama2. Siti nak jugak paksa aku bagi number fon Minah kat die. aku bkn xmo bagi tp nak tgu pandangan mummy aku dulu.klu mummy aku xrestu dgn Siti n mase 2 Siti dah call Minah.mesti dua2 pun xnak kat aku nnt.so aku play safe"

"tp Siti dah tawar hati sbb aku defend Minah. aku pun malas nak libatkan Minah dlm hal ni"

heelllloooooo.si Siti tu setia menyayangi selama 5tahun ni.tak fikir kah?

kenapa malas nak libatkan Minah, sedangkan dia sudah pun terlibat.

setelah apa yang berlaku, dan sampai di pengetahuan Siti, tidak akan lah dia mampu berkata "x apa bang, sy sygkan abg walau apa pun" lagi.kau gila kah.

pasti kecewa.remuk hatinya.hancur.
*aku plak yg emo*

memang, memang bukan kau yang terbaik Dol. setelah apa yang kau lakukan, apa lagi yang kau harapkan Siti akan cakap.

dan si Minah yang kau katakan setia menyayangi kau itu, kerana kau wahai abg Dol, tidak memberitahu Minah bahawa perkara ini sudah sampai ke pengetahuan Siti.
dan ini sudah menjadi huru-hara.

bayangkan kalau Minah tahu, bahawa Siti sudah pun tahu perkara ini dan membutuhkan perbincangan 3penjuru, adakah si Minah ini akan masih setia.pasti cabut!

iya, kalau dia masih berhati perut, pasti dia cabut. kalau dia masih melukut, memang organ dalamannya tiada.tak tau di mana.

Dol asyik minta pendapat aku.
aku diam menahan marah.
berkaca-kaca mata aku.

aku paksa cecair dari mata itu melawan graviti.
dan berkali ku ulangi
"kalau kau memilih Minah berbanding Siti yang sudah 5tahun kau bersama itu, kau sama saja macam F****n"

iya.aku pernah berada di tempat Siti.
semuanya kerana jarak yang beribu batunya.
kenapa lelaki seperti itu semudah itu.

aku cabar si Dol.
bersemuka dengan keduanya pada saat yang sama.
baru dia akan tahu perasaan sebenarnya.
baru dia akan tahu cintanya sungguh dalam, jika si Siti depan matanya,
tidak akan dia perasan pun akan kehadiran si Minah ni.

aku pasti semuanya kerana jarak.
Minah di depan matanya setiap hari.
oleh itu, mudah baginya terus memilih Minah.
sedangkan cintanya, tidak pasti.

bayangkan kalau dia berjauhan dari Minah.
adakah dia akan memilih Minah berbanding Siti yang sudah 5tahun bersama susah dan senang??

lelaki yang memilih perempuan kedua (Minah) yang berada di depan matanya berbanding Siti yang jauh berbatu tapi sudah bertahun lamanya bermadu kasih adalah lelaki yang tidak kuat.
iya.lelaki seperti itu tidak STRONG.

so guys, what say u?
sokong Siti? (kesian dia)
sokong Minah?
atau,
sokong Dol?
guys i really need your opinion.
sebelum aku bertindak membabi buta memberikan number fon Minah ni pada Siti, aku butuh pendapat kalian.
kerana aku tidak akan biaarkan Minah menang mudah!


Tuesday, December 23, 2008

saya di tag oleh sara.cool.



1. Do you think you’re hot?
u're hot and u're cold.

2. Upload your favorite picture of you



*klik pada gambar untuk lihat lebih jelas*

3. Why do you like that picture?

  1. gambar 1st, sebab kul2 am aku d mamak area parit raja, pki baju shiro.
  2. sebab higlight rambut aku masih lagi pink yg fresh dan aku nk pegi clas mase tu.sgt rindu
  3. sbb rambut aku n blakang tu latar blakang umah sewa kt parit raja yg aku sgt rindu

4. When was the last time you ate pizza?

last 2weeks

5. The last song you listen to?

stay - estrella

6. What are you doing right now besides this?

ym-ing with sara (org yg tag aku neh)



7. What name you would prefer besides yours?

i so damn love my name.cinoi carlos ramulo?

8.People to tag

  1. hajime
  2. azie
  3. dj
  4. totin
  5. nieja

9. Who is number one?

kawan baik alam maya.n dah dapat buat pngecualian tag bnyak kali.so kali ni mesti buat.



10. Number three is having a relationship with?

her bf.kot.



11. Say something about number five?

die suke makan.and sudah di tag oleh sara.tapi saje i nak tag lagi.so mesti buat.



12. how about number four?

she is craaaaaazzzyyyyy.and sudah di tag oleh sara gak.i tag lagi.so mest buat gak.


hohoho.

Monday, December 22, 2008

kampung nelayan + kk kbox


jumaat
aku dengan rakan sekerja pergi dinner @ melantak di kampung nelayan restaurant
at 1st nak makan steamboat kan, tapi rupanya kena booking dulu if steamboat, so makan seafood saja la.layan jo.

*gambar kampung nelayan restaurant yang aku google*


so, pilih2 lah. nak makan apa. hidup lagi yeeuww.ko tunjuk jer.
aku : en.ketam, ko nampak sedap. sory i have to do what i have to.

ketam: baiklah.saya rela.



pening aku nak pilih.
atas ni aku ngan aina.

bawah ni aku tgh pilih udang.



meja kat luar bising and ramai sangat orang.
luckily ada room available.
dapat la kami makan di dalam instead of di luar yang bising tu.
tapi kan kalau makan dalam air-conditioned room ni.
harus faham mustahil ada sign "yes smoking"
semua sign "no-smoking"




yang pakai topi merah tu pelayan. dis siap promote boleh karoke.
tidak mengapa ya kakak.kami sudah menempah bilik di tempat lain untuk karok.
jadi harus hidang makan cepat.
sebab kami harus makan cepat.
kerana harus segera sampai.
menu kami udang, ketam, ikan, siput, kupang etc.
aku pun tak ingat sangat. and tiada gambar makanan okeh.
sebab tangan aku kotor kerana perlu memegang ketam, lagi sedap makan pakai tangan.
jadi malas la aku mau pegang camera.
elok juga tiada gambar makanan, nanti bukan korang, aku yang terliur setiap kali tengok blog aku.




then,
lepas makan terus bergerak.
harus segera sampai.
sampai ke kk kbox. untuk berkarok.
uish.tengok la aku.sapa dapat cari.
terus jadi setan.

aku memang ada penyakit yang berkaitan dengan mic, karoke, kbox n sewaktu dengannya.
aku alergik.
pastu terus jadi tidak menentu.
terus jadi agak sawan dan sukar dikawal disitu.


oh.fiona join kami.itu sangat seronok.
kerana ada geng sawan di situ.

terima kasih kk kbox!

Saturday, December 20, 2008

dengar sini orang orang kampung semua, di sini, saya ingin menyatakan bahawa

saya telah meng'create blog baru di wordpress.
this is due to the rumours i heard, iaitu ada yang kehilangan blogspot nya begitu sahaja.

oleh itu, saya mengambil langkah berjaga-jaga.
saya telah meng'create rumah baru saya itu dan telah mengimport semua isi blog dari blogspot saya ini.
akan tetapi, wordpress saya itu belum siap sepenuhnya.

tapi boleh meminta url rumah tersebut dari saya ya untuk siapa yang mau tengok.
kerana
saya sudah ada entry baru di situ,
kerana saya perlu menge'post entry itu secepat mungkin,
kerana di situ boleh meng'password-protected'kan entry kita. (saya tidak sabar untuk menerai feature password-protected tersebut)
jadi boleh berkunjung ya.
walaupun belum dirasmikan rumah saya itu, belum pun buat house-warming.hohoho

so,
untuk entry yang ber'password itu,
boleh la meminta password dengan saya melalui emel atau ym ok.

p/s - hint untuk entry password protected - tidak elok untuk mengutuk negeri orang seperti "isk, kelantan n terengganu tu kotor".kerana itu amat harsh sekali.dan sila eja quiksilver dengan betul.iaitu quiksilver dan bukannya quicksilver.adios amigos!

Thursday, December 18, 2008

kerja ini membunuhku. aku bunuh kau balik. bunuh. bunuh.


Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku acuhkan diriku

Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini mengerjakanmu
Kerja ini membunuhku

iya! aku rasa hampir terbunuh setiap hari bekerja.
tensi gue tensi!

alangkah bestnya kalau aku dapat bersantai macam nephew aku Naim ni kan.lalala.

Tuesday, December 16, 2008

if i were a boy.

currently listening to-if i were a boy by beyonce-

If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a better man.
i'd listen to her
Cause I know how it hurts
When you lose the one you wanted
Cause he's taken you for granted
And everything you had got destroyed

dengan ini, saya ingin menyuara kedudukan saya,
jika saya ini lelaki.

kalau aku lelaki
bangun pagi langsung aku reply, semua pesanan ringkasnya yang sampai ketika aku masih lena ,atau mana2 pesanan ringkas yang belum aku reply, seiring dengan ucapan selamat pagi. kerana aku tahu dia pasti menunggu balasanku.

kalau aku lelaki
aku akan balik seawal malam, supaya dapat mendengar suara, berbual sepanjang bintang mengerdip, sebelum dia lena. supaya tiada pesanan yang missed. supaya dia tidak menunggu aku pulang sehingga ketiduran. supaya semuanya boleh diceritakan seperti selalu. kerana aku tahu, dia ingin bercerita.

kalau aku lelaki,
aku tidak akan menumpu kepada kerja semata, walapun mengakui itu sumber ku,
juga aku tidak akan menumpu kawan semata, walaupun itu hidup ku,
kerna aku tahu dia juga perlu aku.

kalau aku lelaki,
tiada satu pun tarikh penting akan ku lupa.
kerana aku tahu, walaupun kelihatan kecil, perkara sebegitu penting untuk dia.

kalau aku lelaki,
aku akan mendengar setiap teriakkan kecilnya,
kerana itu lebih baik dari dia menyimpannya di peti berkunci,
risau kalau peti itu penuh, bisa rosak kerana terlebih muatan,
kerana hanya dengan itu aku bisa masuk ke hatinya, langsung paham,
kerana aku akui, aku mana mungkin terus paham dari ayat-ayat kiasannya.
kerana aku tahu niatnya hanya untuk mengadu.harus ke siapa lagi.

kalau aku lelaki,
aku akan sentiasa menjawabnya dengan sabar,
dengan jawapan yang setimpal,
dengan penuh kasih.
kerana aku tahu, perempuan itu sifatnya mudah jauh hati.fragile.
kerana aku tahu walaupun gayanya begitu, semua kerana perempuan itu ingin menjadi kekasih terbaik sekali yang paling paham sekali, sporting sekali, kool sekali. tapi tetap.dia masih perempuan yang fragile itu.

TAMBAHAN
kalau aku lelaki,
aku akan go tru her wishlist.
and see what i can do.
TAMBAHAN TAMAT

tapi harus bagaimana.
aku bukan lelaki.
aku perempuan itu.
aku yang tahu rasanya.

bayangkan, kalau aku yang keluar sehingga malam2, pulang selepas kau lena. 6 kali seminggu. (sekali sekala xpa)
kalau aku yang lupa segala tarikh penting.
kalau aku yang menjawab dengan kasarnya.

apa kau rasa?oren?

p/s- no offense ya Mr. Bf.hehehe.ngeeee

Monday, December 15, 2008

saya ditag dengan kejam sekali lagi oleh sara

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
keluarga,Syauqi, kwn2, duit.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
hadiah untuk PUTRI.(klu x pki wang sendiri, nk pki wang sape lg)

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
ntah.x ter'pikir lg.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
saya rasa.saya doa. saya harap, sampai bebila.

5. Adakah anda dilamun cinta?
ya.anda bagaimana?

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam
x igt

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
CLEO (can consider as book ka this mag)

8. Apakah nama penuh kamu?
sri noor astika mala bt kassim

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
mak

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
ntah la.my virtual frens kot.

11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
syauqi, sara, shiro, ona, marya, kay, matwe, amy

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
ye saye.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi
rumah syauqi

14. Pelukan atau ciuman?
atau

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu
-dia tidak sedar dia kuat.
-dia suka aksesori2 mcm saya
-dia suka blog
-dia rajin mengemas
-i dont think 5 Nos is enough to tell u how much i know her.

16. 8 perkara yang amat saya gilai
-blog
-shopping
-movies
-gossip
-handbags
-necklaces
-bangles
-MUSIC

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
-weh
-ui
-woi
-pale hotak die
-bongok
-erk
-baiklah
-apakah

18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca
CLEO-8kali

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali
-sway
-ingkar
-low
-banyak r lagu aku pon xtaw.sume bleh dengar berulang kali

19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
-don't trust men.
-n lots of things.i dont remember.

Friday, December 12, 2008

campur mix: jumaat.sabtu.weekend.raya.cuti.aku suka.tapi sekejap sangat.

jumaat lepas aku semangat sekali kerja. kerana rancangan selepas kerja yang mengujakan aku.

pertamanya, aku pergi shopping. untuk PUTRI.
belikan baju baby yang comel kaler pink, n socks pink polka dot. pink + black. sangat kewl.

kemuadian malam2 sikit. ada rancangan yang lebih mengujakan.
ingat lagi entry ketagihanku.
iya.aku melepaskan gian terhadap ketagihanku.
aku menagih.
karaoke.
yeeha!


ini dia ahli karaoke. (ini saja gambar terbaik. yang lain semua teruk hasilnya. cuma ada video.yang gagal di upload)
pakej 270 for 3meals + 3 jug + tidbits + karaoke all night long in a HUGE room.

we finished at 3. 3 am ok. sangat seronok.

paginya harus ke airport seawal pukul5 pagi.
untuk menaiki penerbangan tambang murah airasia balik ke sandakan.


ah.mengantukku masih pekat.
tiada apa banyak barang ku bawa.
hanya over-size handbag n kek.


ya.itu dia. driver tetap dan berpencen ku.masih setia walaupun belum mandi.huh.



lihatlah.seawal 6pagi pun sudah ramai mereka yang masing-masing ada destinasinya.

destinasi ku?bunkface! eh salah.lagu bunkface is situasi. whatever la! ada gak asi kat blakang, (destin : situ)-asi . ah sudah. berbalik kepada cerita asal, lihat makhluk aneh yg ramai, pelik betul pagi2 sudah ada di sini.



aku yang tiada mood dan mengantuk amat.

seperti di"gam-gajah"kan mata aku. pening aku lihat manusia beramai di sini.




aku di departure hall.
terbanglah bersama awan dania sebentar lagi. *wink*




akhirnya.
dalam sekelip mata (masuk flight terus tutup mata, bila buka mata landing dah, gile ah aku memang mengantuk)
aku sampai di home-sweet-home.
dan untuk pertama kalinya berjumpa PUTRI NURQISTINA BALQIS
tadaaa.

gambar pertamanya di sini.
tidur terus-terusan kerjanya.geram aku. kecil macam anak tikus.
baju yang aku hadiahkan, mummy aku tidak benarkan dipakai PUTRI
bilangnya, baby baru umur 12 hari jangan dipakaikan baju begini, seksi, sejuk nanti.
huh.apakah.
hari sabtu ku di rumah aku habiskan dengan meng'qada tidur yang aku tertinggal semalam.
petang aku ke hospital melawat mama PUTRI yang masih ditahan di wad.

isnin ku beraya haji seperti biasa.

langsung tidak mengenakan baju tradisional (baju kurung, kebaya, etc). sebab itu tiada gambar raya.
hanya t-shirt biasa dan seluar pendek dan makan nasi, ketupat, kari, rendang, ayam merah, untuk sarapan pagi, lunch, mkn ptg, mkn malam, supper.iya.aku harus pergi menimbang berat badan.ayuh pergi sekarang!

Thursday, December 11, 2008

selamat ulangtahun ke 23 fiona!


ya.dia lahir 11December1985.

we are the (nov+dec)ember girl.

selamat ulangtahun ya mimi fiona.
semoga yang terbaris dalam senarai-doa kamu bakalan tercapai!

birthday memang!


p/s- ona, bila mau open table neh?

Wednesday, December 10, 2008

aku betul-betul hilang mood kerja lepas 4days off untuk balik ke sandakan sempena hari raya aidiladha, semalam baru saja sampai KK dan hari ini terus

(samb dari tajuk yang ruangan tajuknya pendek)
masuk kerja adalah sungguh memenatkan dan mentensikan.
rasa seperti hari pertama sekolah pun ada.
bercampur baur


*diam dan penat*


oh.
kehilangan selama 4hari di alam maya akan di updatekan kelak.
beri saya masa untuk tuning balik diri saya.
saya sudah hilang tune.
rasa cuti itu masih lagi lekat.

*menjerit dalam hati*

Wednesday, December 3, 2008

penagih

isk.
isk.
aku ketagihan.
.
.
ketagihan
karaoke.
tolong.
*mengigil dan kesejukan*


p/s-jgn lupa klik iklan DELL @ NIKE @ OIAM di bawah ni!

Tuesday, December 2, 2008

i love weekend.i love my frens.i love free makeups.

bangun seawal Ahad boleh bangun.siapa boleh bangun awal pada cuti begini.iyalah, sedangkan semalamnya tidak balik ke rumah.tidur punya la akhir malam.tapi bersemangat untuk bangun seawal dari kebiasaan.
niat ingin buat rambut baru.liyana jasmay inspirasiku.comel bukan.

ini rambut aku sebelum digunting oleh hairdresser yang tolol itu.

gambar ini semasa proses ketololan hairdresser itu mula berlaku.


dan hasilnya.selepas dikerjakan oleh si tolol.

taaaddaaaa
*melihat muka sendiri*
terima kasih hairdresser.tolol memang.
kau tidak pernah lihat liyana jasmay ka tolol!



tapi aku yakin saja.

tahu apa ubatnya selepas rambut dirosakkan sedikit oleh hairdresser yang tolol?
iya, ubatnya adalah alat solek percuma-pakai-sepuas-hati
ini tempatnya. semuanya adalah percuma untuk masa itu sahaja.




kalau sakit mesti ambil penawarnya.
sakit sebab rambut menjadi tolol diubat dengan mekap percuma.
sempurna bukan.


berjam aku di dalam, menconteng muka dengan warna-warna hebat.
kalau aku tahu sedari awal, aku keluar dari rumah dengan muka kosong dan bersih.

ah, tidak mengapa.aku tampalkan mekap yang baru di atas asas yang sedia ada.
puas hatiku.


wah.penawar ini sungguh hebat sekali.
terus baik dari kesakitan oleh si hairdresser tolol yang mentololkan rambutku.


puas memang.

peace!
hairdresser tolol, aku maafkan kau.kau harus bersyukur aku terserempak dengan mekap percuma yang hebat.

Monday, December 1, 2008

twilight was awesome!

sabtu lepas kami keluar lagi.
rancangannya untuk menonton, tapi mesti menunggu yang lainnya sampai d kk.
tapi mereka agak lambat, so we bought the ticket 1st la.
while waiting for the movie, kami mem'pool.





lepas mem'pool.kami bersedia dan tidak sabar ingin menonton.
inilah dia muka keterujaan menonton yang amat.

ok.
mari kita me'review movie.
thinking of having a vampire-boyfren?
i think we should have one, if u r not interested, atleast i want.



jika vampire-boyfren itu kelihatan begini.DAMN.

Edward Cullen the vampire.uh.can'resist.that's why Bella fall for him, that is truely unconditional and ultimate forbidden love.i know how u felt Bella.i will do the same if i were u. ;)

ever questioned ur bf

what are u??your hands are cold, your eyes changing colour, u dissappear on a sunny day, u are strong, fast.owh.hoho.u r the vampire-boyfren.n i love u.



thinking of playing baseball with the vampire under the thunder and lighting?

being protected against the visitor (other vampires) by the vampire-boyfren's family which are all educated and high standard vampires?well, thats lifestyle choice.not as normal vampire as we watch in tv.

actually the visitor (the jahat vampire) realize that there are human beings among them (the Edward's family) .so Edward had to fight and save Bella.

that was awesome and sweet.

owh, ini Bella and Edward sedang berdating. *drooling*



wah,sangat seronok berdating dengan vampire.



and finally got to dance at the prom with the hot-sexy-finger licking-protective-loving-romantic-strong-fast-vampire boyfren.ah babi. *drooling again*



owh.looking forward to read the book.and watch the movie again!!

p/s- mesti tonton.Robert Pattinson sangat sesuai menjadi Edward Cullen the vampire boyfy.dia kelihatan sangat sedap, romantik, and can't-resist vampire boyfy.damn!sslluurrppp.


Friday, November 28, 2008

kejadian ahad lepas

mulanya, aku merancang memenuhkan entry ini dengan gambar.
tapi malangnya gambar semua pada fiona.
so ada sedikit sahaja.sikit memang .

pagi ahad, ke sini kami menuju (gambar 1st ni aku google)



kami menuju ke situ, untuk ini. (gambar ini aku tidak google-memang gambar aku)

haha.iya. untuk ini.

jangan disoalkan.kamu mungkin dapat meneka.
sepertimana yang dipesan kepadaku sehari sebelumnya ketika aku ke situ untuk meng'usha keadaan "esok pakai mekap ye" (wtf??padahal sabtu tu aku gi aku rasa memang pakai mekap dah), justeru ahad itu aku melukis wajahku dengan tebal sekali. (sebab tu tiada gambar close-up di sini)
seperti yang diminta juga (untuk mengupas satu topik), aku memilih untuk mengupas isu wanita bekerjaya dalam bidang lelaki, aku disoalkan itu dan ini, di mintakan berpusing bergaya segala, akhirnya, aku disuruh menyanyi. !#$%^&*

dan aku menyanyi.
"berjuta bintang menyanyi,.di antara yang satu,.mungkin cahaya dan impianku,.di sini.gemilang.lalu ku redah onak duri.dan lautan api. la...la...la..." aku nyanyi

lalu dia "wah.why u x join AF?"

apakah?

bukankah aku ke sini untuk ini.
bukan AF, makanya aku ke sini.
*berfikir*

tidak mengapa.mungkin aku salah tempat.

lepas selesai, kami melilau ke one borneo mall.


saya dan pengurus-fiona *wink*


saya dan pelawak.mereka la peneman saya ke atas tadi tu

itu saja.sekali lagi saya titipkan gambar ini.merangkap tajuk utama hari ahad saya yang lepas.

Thursday, November 27, 2008

OH!

*gambar hiasan semata-mata

gambar di atas adalah hiasan semata-mata.
ok.aku tipu.bukan hiasan semata.sebenarnya aku mahu tunjukkan kasut. (klik kat perkataan KASUT tu)
gambar di atas diambil lepas balik kerja.muka dan rambut sedikit serabut.

lihat di kaki ku.ada Oxford Heels.
hadiah daripada syauqi, terima kasih syauqi.

ok.sebenarnya bukan hadiah dari syauqi.
ia adalah konsep i-pick-he-pay,
so, memang ini hadiah dari syauqi.
ini memang mahu saya. (klik kat perkataan MAHU tu)

Wednesday, November 26, 2008

new baby

adik ipar saya telah berada hospital sejak 2hari lepas.
tetapi sehingga kemarin, masih belum beranak lagi.
doctor tu bodoh macam mana boleh x dpt trace yang dia sepatutnya sudah beranak, she is a first-timer la doctor!

petang semalam,
baby didapati lemas dalam perut. daddy saya sudah bising-bising di hospital sebab kebengongan doctor itu.
Ummi (adik ipar saya) dimasukkan ke dalam bilik bedah.
adik saya, Abg (panggilan untuk adik saya) mengejar bininya yang ditolak ke bilik bedah, dengan muka yang bercampur baur.


selepas Ummi masuk, Abg menangis di pelosok dinding.hah, baru ko tau, apa kau rasa?oren?
hehe. Abg seorang yang panas baran dan dia suka menyakat orang, termasuk isterinya. berlucu memang kerjanya setiap hari. tidak pernah menjawab pertanyaan kami dengan serius. tapi pantang ditegur, terus meletup. tapi semalam airmata lelakinya keluar.i wish i was there, boleh jadikan dia bahan nanti. ;) (ceh, padahal aku pun kuar airmata bila dapat tau semalam, sama mcm ketika dia mau kawin, aku menangis memikirkan adik aku akan kahwin, rasa pantasnya, ngeng je)


lebih kurang sejam lepas itu, Ummi selamat melahirkan bayi perempuan secara Cesarean (xtau nak eja)
sekarang baby masih diletak dalam pengawasan rapi (dalam peti kaca).aku tidak berapa arif, tapi yang aku harap, semuanya selamat.

selamat datang

PUTERI NURQISTINA BALQISH



*p/s-gambar belum diMMSkan kepada saya.akan di upload kemudian.

Tuesday, November 25, 2008

Sheila E-day

Last Saturday was Sheila's engagement day.

we've been friends for like 10 years.

tapi terhenti selepas dia pindah sekolah. bukan terhenti la, its more like we r in touch, but didnt see each other for a while, just tru web.thanx Mr.Internet.
kami tidak bersua muka ke muka sudah 6 years?ya.6 years.


oh.Sheila Marie Gilbert yang in pink ya.yang kecik ni fiona, my hangouts every week.

from left: nisham, me, fiona, Sheila, Jay @ jiji, po.
kami semua di atas sudah lama bersahabat.cuma tidak bersua seketika ketika aku merantau di Johor.oh, nisham bersamaku di Johor. ini korum yang tidak cukup. ramai lagi. tidak hadir. tulang persahabatan kami sangat kuat. perjumpaan kami yang beramai akan menimbulkan keterujaan yang amat.


aku ingat lagi, si A (lelaki-bukan nama sebenar) ada seorang Special yang menyatakan kejelesan terhadap kerapatan kami. dengan mudah kami menjawab "kenapa perlu cemburu.jika kami bercinta, rasa seperti melakukan sumbang mahram, itu x mungkin berlaku"

ok.berbalik ke cerita asal.apa?oh, Sheila bertunang.lepas makan, berborak, dan mengimbas masa lalu bersama abangnya Eric yang juga senior kami dulu, kami pun beransur pergi.sebab gue mau shopping.Sabtu yg indah.

*p/s- sabtu lepas, selain daripada engagement ini, pada malam hari pula berlaku sesuatu oleh kawan saya di tempat lain.saksikan mereka http://www.youtube.com/watch?v=pfhYKDR9xCc

Thursday, November 20, 2008

saya di tag lagi.kejam sara.saya seorang yang kena.

--THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
13 January 2008

17 October (every year)
1 November (every year)

--THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 33 MINUTES:
siapkan dokumen tender
eat nasi
work

--THREE WAYS TO BE HAPPY
dont give a damn of what people say
be yourself
jangan buat hal, ia akan menghantui kamu

--THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW:
lucky by jason mraz n colbie caillat (lucky im in love with my bestfren~~..la..la..la)
situasi by bunkface
cermin by siren (apakah?)


--THREE OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
karaoke
eat..eat..eat..
shopping

--THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
johor
-
-

--THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTERS:
sin chan
barbie (what the..sshhh!)
cant think of any more.

--THREE MALLS YOU USUALLY GO TO:
centre point
1borneo
wisma merdeka

--THREE FAVORITE DRINKS:
avocado juice
coke
teh o ais?

--THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG:
lighter
wallet
mekap

--THREE FAVORITE COLORS:
pink
black
red

--TOP THREE HANGOUTS
fiona
nisham
housemate

--TOP THREE FOODS U LOVE SO MUCH:
can't think of any.too many.ahaks

--TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:
my set of accessories (dia bagi)
if he is a 'thing', he is in this list.


--TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE:
spontan
gila
tidak skema

--THREE THINGS YOU’LL BE DOING TOMORROW:
work
shopping after work
-


--THREE REASONS YOU ANSWER THIS SURVEY:
its lunch break
sara tag me
because u make me, question!

--TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME:
tarikh tutup tender semakin dekat
no more (im not that busy.lunch break man)

sekarang, saya sekali lagi mengetag semua di blog list saya.
tapi untuk sesiapa yang belum membuat tag sebelum ini, saya berikan pengecualian.
iaitu hanya perlu menjawab the latest tag sahaja.
sekian.
selamat mencuba lagi.

di pintu utama tandas awam cp kk.terima kasih pam air.

pintu bercakap

rasa bagai pintu bercakap, sambil senyum, kepala tunduk dan mereng sikit, dan cakap ayat di atas.
maaf, untuk yang tidak pam air, ini bukan untuk awak!

Wednesday, November 19, 2008

meme berlagak pandai

ini update pantas.
kerana aku menyampah sangat.dengan orang yang berlagak pandai -sangat lah!



helo.kau ingat kau bos.
adeh.aku ni tidak lah tahan dengan perangai ko yang ala2 bos tu.
bos pun tak macam kau ok.
gaya ala-ala "aku tau semua, tengok aku buat"
daa...aku tak tanya kau pun ok.
aku nak la say this on ur face "bila aku tanya" (sambil buat muka hah-padan-muka-kau)
apa kau?

janganlah asyik nak sebok dengan kerja aku yang super-melambak ni.
kau buat la kerja kau.

janganlah suka pass kat aku kerja yang tak-tercapai-akalmu, eh,jap *sambil buat muka berfikir* bukan kah ko pandai-sangatlah!
kenapa suruh aku buat pula.alahai.
kau banyak pula mengomen kerja aku ya.
hah sekarang tengok kau buat macam mana (dia sekarang tengah buat depan aku)
aku yakin kau boleh buat. buat la cepat.aku mau tengok.


aku sakit.kau pun mau sakit.
apakah?


tapi kalau aku pakai saiz S, sory, kau tak dapat la nyah!


hey, sebulan means nothing ok.
with that 1month kau nak ber'ala bos dengan aku.
baik ko cepat shu berlalu pergi dari pandangan aku.
aku tak kacau kau.
kau jangan kacau aku.
penuh la wei.rosak pemandangan.
memenuhi ruang.

Tuesday, November 18, 2008

saya di tag

saya di tag oleh sara.sory, baru pasan.saya buat sekarang juga.

1. Where were you 5hours ago?
on my bed.

2. What song are you listening to right now?
nothing.

3. What color is your phone?
black.

4. Do you click on pop-ups?
no.

5. How many phones do you have?
1.

6. What was the first thing you thought this morning?
ah.kerja lagi.

7. What are you going to do tomorrow?
kerja lagi.

8. What did you do yesterday?
kerja.dan kerja.

9. What's your favorite memory from highschool?
singing group.ala2 gangstarz.

10. What are the last two digits of your phone number?
71

13. What was the last thing that you ate?
mee goreng n telur mata.mata dia separuh masak.

13. Who is the last girl/boy that you hugged?
naim my nephew


14. What was the last movie you watched?
madagascar.

15. What do you dislike at the moment?
si meme

16. What food are you craving?
gulai tempoyak.

17. What did you dream last night?
oh.u dont want to know.

18. What was the last TV show you watched?
awan dania kot semalam.or maybe sehati berdansa.

19. What is your favorite piece of jewelry?
necklace.

20. How long does it take you to shower?
15-20min.why?.

21. Do you always lock your door?
yup.harus.u dont?

23. Are you on any medication?
yup.have to.

24. What side of the bed do you sleep on?
left.

25. What color shirt are you wearing?
blue.

26. What is your favorite sweet treat?
choc.

27. How many Piercings/tattoo do you have?
2

28. What's your favorite store?
e-boutique.ahaks.

30. Who's someone you haven't seen in a while and miss?
3S. Syauqi, Shiro, Sara

31. What was the last text you sent?
gudluck for the interview!

32. Do you care what people think about you?
why should i.

33. Have you ever done something to make trouble?
always.

34. Where do you wish you were right now?
johor.

35. What are you waiting for right now?
lunch break.
sekarang saya mengetag semua blogger yang ada dalam blogger list di sebelah kanan blog ini.selamat mencuba!

Monday, November 17, 2008

adakah anjing gila menyerang sesama anjing gila?

yeah.im back.im back.
wah.jariku kejang sudah.lama tidak memblog.
sepatutnya banyak idea yang boleh dijeluakkan di sini.

oh.movie review.ya.ya.movie review.
selepas proses pulih semula, saya telah memilih terapi movie maraton supaya lagi segera sembuh.

kita mula dengan anak Pakcik Bond punya cerita ok.

Quantum of Solace.
ok la.ntah.i like.not as much as the previous movie of bond la.

even nisham kinda fell asleep a few times while watchin.
i give it 6/10 ok?
by the way, i love the desert scene toward the end of the movie.


Madagascar 2 Escape to Africa
as funny as it used to be.
saya sangat seronok menontonnya.
i give it 9/10.
i know i can give it 10/10, but i kept 1 for myself. *wink*

habis.
ya habis review.
what more can i review, for this 2 movie kan.
semua orang sudah maklum.kalau yang tidak tahu, dia orang yang rugi keseronokan menonton wayang.terang-terang wayang ini sequel wayang sebelumnya.maka tidak perlu diulas lanjut.sikit-sikit saja buat jadi isian entry ini.

di bawah ini wayang yang betul-betul saya mahu review.

Quarantine
kerana reality show semakin hebat sekarang.si Angela seorang wartawan dengan jurukamera Scott (largely heard but not seen) assigned to shadow a pair of firemen di satu Balai Bomba.ingin cover reality story of a fireman la kononnya.

ini scene terawal cerita ini.ni si Angela.dalam cerita ni, mostly unknown cast la.i x kenal ok.

mau dijadikan cerita malam tersebut paling tragik bila jadi kecemasan di satu bangunan apartment, yang mana seorang tua menjerit melolong cam siak.mulut berdarah-darah.menyerang manusia sekelilingnya.yeeuww.geli dan menakutkan.

inilah muka makcik yang pertama sekali beranjing gila dalam cerita ni.sila tonton puas2 gambarnya, akan saya delete gambar ini.

bukan itu cerita tunjangnya.serangan tersebut ialah gigitan yang mana siapa yang kena dia jadi.macam ala zombie la gitu.aku zombie, aku gigit kau, kau pun zombie.hah camtu la lebih kurang.


dalam keadaan yang begitu kalut di dalam apartment bulding tu, seorang anggota polis dan seorang anggota bomba diserang. dan mau dijadikan cerita lagi semua mereka di dalam bangunan itu telah dikunci dari luar.yang mana memang tiada satu pun jalan keluar yang tidak di block.wut d fish??

masa ini lah, baru saya dapat mengaitkan tajuk movie (Quarantine) dengan cerita yang intronya sahaja sudah memakan 3ominit.

bermulalah aksi geli dan thrill.iya.geli melihat manusia memakan sesama manusia.thrill kerana terputus hubungan dengan dunia luar apartment tersebut.rupanya mereka dikuarantinkan atas arahan CDC (control dsease centre) kerana disyaki dalam bangunan tu ada jangkitan virus ANJING GILA.hah, ambik kau.dikurung dalam bangunan dengan manusia beranjing gila.erk.kau tak digigit pun kau boleh jadi serupa macam anjing gila.

oh lupa.gaya rakaman kamera nya adalah ala2 CLVOERFIELD tapi tidak sepening cloverfield.

banyak la aksi geli-geli di dalam bangunan.terkejut-terkejut pun ada.semasa menonton bahagian pertengahan, aku pasti dan yakin mesti ada seorang hero yang berjaya keluar dengan selamat dari bangunan bervirus anjing gila tersebut.ya, aku pasti sama ada bomba tu, or angela si wartawan yng mau cover story tu, or si scott jurukamera yang dengar suaranya saja tu, nampak muka tidak.

tapi semakin ke penghujung cerita, semakin punah harapan aku. sebab bomba tu pun mati digigit.yang tinggal just si angela d wartawan n si scott d cameraman.

kejadian serang menyerang sesama manusia beranjing gila berlaku sangta dahsyat di dalam bangunan.

makin teruk, geli, anjing dan gila la kejadiannya.

n u know wut the ending?ni ambik kau.

ya.poster ni adalah scene terakhir dalam cerita ni.lepas dia ambik gambar untuk poster ni, dia pun ditarik juga oleh manusia beranjing gila.

ok.ending dia semua habis digigit anjing gila.iya, semua manusia waras menjadi anjing gila kerana telah digit oleh manusia beranjing gila.

persoalannya, selepas semua manusia waras digigit manusia beranjing gila, adakah anjing gila akan menyerang sesama anjing gila?

pls.saya perlukan jawapan.sia-sia rasanya menonton cerita ini.

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....