Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Triple Celebration

 

18 August is harijadi suami ku bukan jururawat.

I cakap dengan dia, mahu buat makan-makan kecil on 19th, jemput few people sempena raya. Ya la mau rasa raya di rumah di sini KK kan. Jemput sikit ja sebab rumah kita tak muat reramai orang, condo apartment katanya kan. Kakakku satu family, adik-adik Jay, kawan terdekat and coach Herbalife. Aku jemput juga kawan sama universiti dulu si Herizal sebab kesian dia berjauhan dengan istri dan anak di semenanjung muehehehe.

jamuan raya coach herbalife kota kinabalu

 

Little that my husband know that istrinya plan sekali kejutan harijadinya dan sekali harung la sambut rasa kesyukuran untuk ulangtahun perkahwinan ke dua tahun (25 August). Mihmihmih.

kek harijadi kakkiahcakehouse kotakinabalu*jatuh tergolek pula dumbell ni hah*

 

jamuan raya coach herbalife kota kinabalu 2

Makanan pun separuh jenis ja aku masak, yang lain order, macam kolupis and satay tu aku order orang ja. Kek aku order kakkiahcakehouse.

 

Alhamdulillah. InsyaAllah raya haji aku buat lagi makan makan kecil, jemput orang yang tak datang haritu pula. Ha ha ha ganti-ganti giteww.

Aku tinggalkan kamu dengan gambar tuan tanah. Mudahan tilljannah. Dan dikurniakan kesihatan yang baik dan anak ramai. Amin.

ulangtahun perkahwinan coach herbalife kota kinabalu

 

MARRIAGE IS GETTING TO HAVE A SLEEP OVER WITH YOUR BESTFRIEND, EVERY SINGLE NIGHT OF THE WEEK

 

Love,

Cinoi xo

Friday, November 1, 2013

28

Assalamualaikum.

Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk genap 28 tahun.

The final week of October is tough and rough, I can't believe I am the chosen one, Allah tidak uji kita di luar kemampuan kan. Alhamdulillah. It was a mixed feeling that I cannot explain in this humble blog.

It was sad, but well Allah punya rancangan yang lebih baik, I am so looking forward for it ;)


In business-wise, I managed to finish strong for EOM October, 5get5, one step to AWT level. (Kalau tak paham and nak tahu bisnes Herbalife boleh call 017-7000171)
I take it as a birthday gift for myself, from myself and from my business partner- my beloved husband Jay. Thank you By.

Anyway, i love November because it is my birthday month, my two sisters, my niece, my nephew birthday too.

And i just love November, I am going to rock it, I will make it awesome, berusaha terus to be a better muslimah, for a better life, better business In Sha Allah.

Thank you everyone atas doanya. Semoga dosa kita semua diampunkan dan kita semua masuk syurga. Amin.



Love,
Cinoi xo


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, August 27, 2013

Harijadi Si Kawan

 

yang ke 28 tahun, 18th August haritu.

Sebenarnya hari tu kami balik dari Sandakan Ke Kota Kinabalu, 5 hours drive. Malam baru sampai. Tapi aku sempatkan juga, sambut simple celebration, potong kek and makan. Cumanya tiba-tiba ja and surprise konon. Husband cakap last sekali dia potong kek time darjah 4 .

While Husband drive, aku text adiknya di KK, suruh beli kek gitu.

Sampai KK malam suda, pergi tempat biasa berdua ja. Adik-adik Jay arrived later, dengan kek and lagu harijadi yang kuat oleh pihak restoran HAHA. Ada boleh tengok video sana Instagram

IMG_9725

Selamat harijadi suamiku, last year harijadi pun tidak disambut hadiah pun tiada, time tu nervous tunggu hari nikah hehehe. BIG thank you memang buat Ibu and Ayah yang melahirkan and membesarkan Jiji, Alhamdulillah atas kesihatan dan segala rezeki dari Allah. Thank for being a good husband, you have change so much, to the better of course, Thank you ALLAH.

birthday

IMG_9733

Umur tu nombor saja. Yang penting makin awet muda okey love.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, April 16, 2012

Mom’s Birthday Celebration

 

On the 10th of April, I was still at my hometown Sandakan. Majlis hantaran, 7 April tu Sabtu kan, aku sambung cuti sampailah 11hb April. 8th pergi Lahad Datu rumah Jay’s family, then on the 10th tu balik semula ke Sandakan.

So on the 10th tu sampai sahaja Sandakan, aku terus tiba-tiba plan birthday celebration, a simple one, for Mommy. Masa tu Kak Nani (and family) and Kak Lyne (and family) sudah pun balik ke KK. Yang tinggal di Sandakan, Kakak Misah +husband + daughter Chempaka, my younger brother Abang + wife + kids Putra and Putri, and the youngest Adik. And my dear fiance.

So kami-kami sajalah. Pagi tu aku bergegas, pergi beli hadiah, pergi Secret Recipe beli kek, pergi KFC beli ayam then pergi Fajar, beli satay. Semua tu setel ngam masa Maghrib.

After Maghrib, Daddy pun ajak baca doa selamat sempena birthday Mommy Winking smile

Moms Bday Simple Celebration

Lepas baca doa selamat, diteruskan dengan acara potong kek Mango apa ntah.DSC_0055

Semestinya yang paling semangat ialah cucu-cucu Mommy, Putri (best friend Mommy ni) and Chempaka. nasib baik Putra masih kecil, so masih bertindak cool terhadap kek harijadi

Moms Bday Simple Celebration2Moms Bday Simple Celebration3Moms Bday Simple Celebration4

Sebelum makan-makan satay and KFC, penyampaian hadiah dari aku untuk Mommy yeay! tahun ni aku sudah tidak bagi handbag lagi, bosan sudah idea tu.

Moms Bday Simple Celebration5

Hadiah tahun ini ialah earing emas yeay. Alhamdulillah sempat juga aku belikan mommy earing ni. Di kedai emas cina di Bandar Sandakan, tiada Tomei mahupun Habib di Sandakan. hehoh. Yang lawaknya, resit belian tu terkantoi oleh Mom and Dad pula tertinggal dalam sampul yang aku hulur tu. potong betul. Memang tak berapa best ah kalau orang yang kita bagi sesuatu tu tahu harganya. huhuhuhuh

photo

Selamat harijadi yang ke 59 Mommy ku ( 10 April 1953), semoga sihat dan panjang umur, dan murah rezeki. I love you so much. Jangan marah-marah selalu. Terima kasih untuk segalanya sampai bila pun tidak lah terbalas banyaknya.

Love,

Cinoi xo

 

*Entry hutang aku sudah langsaikan di http://jaycinoi.blogspot.com/

1. Majlis Hantaran (Mekap dan Baju)

2. Majlis Hantaran (Dulang Hantaran)

Ok. So tinggal beberapa lagi entry hutang yang aku rasa tasenang bikin blog aku begitu. Thanks for reading beautiful!

 

Love,

Cinoi xo

Tuesday, January 17, 2012

Di Setiap Gambar Ada Lagu

Cerita serupa sudah di diceritakan di sini

Kamu tahu apa yang bikin seronok berkaraoke with your old friends.

Lagu baru datang dan pergi, tapi tetap ada satu lagu yang tidak akan bertumbuh tua. There is one song that will never grow old walau macam mana pun. Dan bila menyanyi lagu itu seperti ada suatu aura, macam tiba-tiba datang superpower. Macam teruja yang something. Astaghfirullah.
Ketika nyanyi lagu yang satu itu, mesti ada kebolehan melompat sambil menyanyi, sambil menunjuk sambil menjerti untuk share mic.

Lagu itu ialah Melompat Lebih Tinggibff3Bersama kita bagai hutan dan hujan, Aku ada kerna kau tetap setiaaa, aaa, aaa

Percayalah itu lirik lagu yang sedang berkumandang dalam gambar di atas.

bff5

Kamu nampak kebolehan menunjuk sambil menyanyi di atas. See see, aku terpaksa letak watermark di muka untuk cover how excited we are, it shows.

I hope our friendship will be as strong as this song. And will never grow old, just grow mature. Cewah.

bff1bff6

Aku tinggalkan kamu dengan gambar favourite aku dalam banyak-banyak gambar malam tu. Ona cakap macam gambar budak-budak baru mau up!

bff4

Cuba bayangkan, 5 tahun dari sekarang, di belakang 4 orang di atas tu, ada 5 orang budak kecil berlari-lari. Masing-masing bawa sorang anak, Ona bawa dua. InsyaAllah.

OKBYE.

Love,

Cinoi xo

Sunday, October 23, 2011

Good News vs Bad News

 

 

Good news:

Haritu kami ada buat projek video pendek macam iklan gitu, pertandingan untuk LHDN seluruh Malaysia. Pelakon iklan tu ialah kakak saya, tunang, dan saya sendiri ah ah ah. Pengarah video is my abang ipar. Few days ago, Kakak dapat surat suruh pergi KL untuk penyampaian hadiah sebab video tersebut dapat top 3, tapi tidak tahu lagi No.1 ka 2 ka 3 kah. Aku mau share tu video di sini tapi malu pula tengok muka sendiri, lagipun belum boleh share. Penyampaian hadiah tu in on my birthday!! So hope we are lucky, kakak is going alone.

 

Bad news:

Tunang akan outstation ke jauhgila (semenanjung) on my birthday Sad smileTerus sedih-sedih lah aku. Sebab last year pun mana ada kami celebrate apa-apa. Eh, lagipun masa tu kami belum official lagi ehhe. Kami lepak makan seja. Baru seja gembira-gembira mau sambut birthday dengan tunang, tapi dia kena fly pula. Terus sedih-sedih sendiri aku. Nda apa lah. Biasa juga tiada party-party. Tahun depan, ndak sudah kami celebrate birthday sebagai tunang. Cewah.

 

Ok lah itu seja. Aku blogwalking dulu lah di hari minggu ni, sebab ini seja masa aku ada, rindu aku baca blog kawan-kawan. Macam katak jak aku rasa. Katak yang cantik sikit lah. Ehhe.

 

Love,

Cinoi

Thursday, August 18, 2011

It’s His Birthday

 

It’s Mr.Fiancé's birthday today. I always wanted to organize  a big event for his birthday. After all these years (even though we’ve been friends since 2003, it was such a long story I tell you), this is his first birthday with me, I mean, us, an item. I even forgot his birthday last year, he called to remind me anyway ;) We were just BFF at that time though. But still, I forgot his birthday.

fiance 2 My best friend for life \m/

So I want to make it up to him this year. Aku selalu impikan mengadakan party harijadi untuk tunang dengan sunyi sepi tiba-tiba kejutan dengan teriakan kawan-kawan HAPPYY BIRTHHDAYYY, belon, dan semua pakai topi party dan cermin mata kertas party (bet you can imagine), big cake, blowing candles, loads of foods, colourful candies and macarons, friends, music, party, you know. Walaupun tidak as I imagine tapi close to it pun boleh la. Tapi nampaknya tidak akan terjadi lah. I want it to be surprise, tapi you know Pink masih di workshop Perodua, macam mana mau gerak sendiri tanpa kereta. Tidak kan lah aku suruh tunang drive untuk buat persiapan party harijadi terkejut dia. Sungguh lame. I don’t want to be a lame fiancée.

But, as much as i thought about it, I came to think that, a birthday party wasn’t the most important thing. What is important is him, he’s there for me Alhamdulillah, and me, how I thank Allah so much for Tunang was born.

The best gift I can give him is to be present (menjadi hadiah ikat badan dengan reben ah comelnya) NO! Tolong serius semula. I want to be present anywhere anytime beside him, tru thick and thin.

 

I want to fly with him

fiance 4 *Gambar semasa flight balik ke Sandakan untuk pertunangan, 2 hari sebelum majlis.

 

I want to be with him

 

Dari konsert

fiance 3*Gambar semasa konsert Aizat, 1 week before the engagement

 

Hingga ke taman buaya

fiance 1 

*Gambar di taman buaya, 1 day after the engagement

 

 

Begitulah lebih kurang, maksudnya, di mana-mana lah keberadaannya yang mana dia memerlukan aku, maka aku mahu di sebelah. InsyaAllah.

Anyway, entry panjang-panjang ni cuma mahu wish Encik Mohd Farid Madi also known as Encik Jay,

 

Happy 26th Birthday Tunang!!!

18.08.85

Mari menjadi tua bersama-sama

fiance 5Terima kasih kerana telah menjumpai saya di crossroad.

 

 

Tunang awak,

Cinoi.

 

*p/s: aku sudah cuba sedaya upaya supaya entry ini sependek boleh. Tapi gagal. Maafkan saya penunggu gua. bagilah saya peluang sekali sekala (one je one je), sudah sekian lama saya tidak tulis entry lovey-dovey begini. Kbye.

Sunday, March 6, 2011

What are words If you really don't mean them when you say them



Hari ini saya:-

Lawat Cousin saya di hospital
My cousin, Kent, got into an accident last Thursday (malam) di Labuan. Currently di Hospital Queen Elizabeth II KK. Selasa ni baru lah dia akan menjalani pembedahan, InsyaAllah.
Injury here and there, I guess that's normal for every motorcyclist, bukan la maksud saya semua motorcyclist harus mengalami kemalangan, tapi biasa la tu kan accident, seperti itu pengalaman yang biasanya di rasa oleh setiap motorsyclist tegar, kan?Atleast most of my friends are.
Semoga semuanya akan baik-baik saja untuk my cousin and family. Don't worry, I am sure everything and everyone will be fine! Amin (kuat-kuat)

Shopping dengan kakak saya
atau ayat yang sebenarnya saya window shopping tengok-tengok saja, Sis K saja yang shopping, saya temankan dan sarankan cuma. Lepas dari hospital tadi, kami terus ke mall. Dia shopping dari kemarin tanpa henti, sungguh bertenaga betul. Esok Sis K and husband and daughter are going back to hometown, they are here to visit my cousin yang admitted to the hospital.
Aku memang suka masuk fitting room try-try baju seriously. Tidak pernah aku malas mau tukar-tukar baju untuk try. Ada satu baju tu aku memang berkenan gila dan sangat cun tapi lepas keluar dari fitting aku bagi balik dekat salesgirl tu "x muat la. besar" padahal ok saja cuma aku belum gaji lagi! Harapan aku agar masa aku gaji nanti baju tu masih ada di situ. Lepas tu ada lagi 1 baju kaler biru aku suka, aku harap juga baju tu tidak lari ke mana-mana buat sementara waktu ni. Hopefully i have a good night sleep tonight. Anyway, is it acceptable that our payday is around 10th to 15th every month??

Jumpa Nisham
and lepak cofffe bean. Lepas outing and shopping with my sis, saya jumpa Nisham. Dia baru sampai dari Korea -> Kl -> terus ke KK. Lepas tu flight balik Tawau pula, esok start kerja di Lahad Datu. Dapat baju dari Korea yeay thanks buddy! Kesian demam, biasa la orang Melayu jumpa salji.

Hampir menangis lagi di kereta
sebab dengar lagu What Are Words by Chris Medina. Sangat touching lagu tu 1st time saya tengok video dia di blog si Archii my friend, terus banjir! Haish. Lagu tu best sebab dia nyanyi from his heart. And it is real, the person, the feeling, we all saw it. I wish, ada la someone yang sayang aku begitu, or i can love that someone seperti itu.

Tengok Mentor
Lepas hantar Nisham ke airport balik tawau, tertengok tv yang kebetulannya sedang Mentor. Sungguh drama betul Sharifah Aini dan peminat setia dia anak-beranak yang nyanyi bersama tu. Big LOL. Erra sangat cantikgilaseperti biasa.

Basuh Naim
Lepas tu balik rumah, terus my 2years old nephew memilih saya untuk membasuh dia yang sudah berak di pampersnya. Peliknya setiap kali ditanya sama dia, siapa yang dimahunya membasuh, Aunty Noi mesti menjadi yang terpilih. Good job Aunty Noi!

Blogging
My last post was on last Wednesday, because besides busy with work, I was busy with blog hoping, I just wonder how people like Ben Ashaari goes to that top so instant, I mean like the content of the entry was very light-light punya story not that interesting to read (atleast for me), I love lidah-lidah.blogspot.com more! Funny me ha? But im sure he has his own way to attract visitor to his blog, good trafficking tactic perhaps. Anyway, as usual who read my writing till the end is such an amazing poeple, kamu memang hebat ;) (atleast my friend does, kan Sheila Marie?) Ini pun saya blogging di penghujung hari.

Wish birthday Reza Akmal
Hari ini saya wish birthday Reza sebab hari ni birthday dia la. Takkan birthday saya pula. Anyway, happy birthday buddy! Every birthday of yours I wil say "This is your year!!" Good luck in interview coming (Singapore welcome you), in life, in relationship and in everything. But it is just weird that I do not think that you need luck, because you are great yourself that you does not need a cert to prove how great you are as a person, biar i je bagi cop SIRIM ha ha. So do not let people's words let you down. Just be great yourself! Be great superstar! And I know u will have such a great wonderful birthday today.

Itu "Hari ini saya.." punya cerita.

"Hari ini kamu.." pula? Feel free to share.

at the meantime,

I hate plastic people.

Bye.

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't

Love,
Cinoi xo





Monday, January 10, 2011

twenty seven

selamat harijadi Faiz Reza Haluan Kiri (10 JANUARY) jyeahhh, atau nama lainnya Encik Panjang. tahniah kerana telah berjaya tidak mati selama 27 tahun oyeahhh!!!!

sedikit fakta tentang saya dan faiz, kami berkawan baik semasa di zaman universiti, kami tinggal di sebuah kampung yang tak berapa nak seronok dan aman damai tapi kami tetap seronok tinggal di situ sebab rasa seronok kami ada masing-masing kawan yang hebat-hebat (hah ambek kau ada 3 perkataaan SERONOK dekat situ), kampung yang bernama Parit Raja. kami suka makan roti canai sekeping, teh o segelas dan duduk berjam-jam di sebuah kedai mamak yang terpaksa saya rahsiakan namanya di sini (cehh apasal plak tiba-tiba nak rahsiakan nama kedai mamak,; jawapan: suka hati aku la, saja je nak buat macam suspen) pada masa itu kami tak pernah terfikir untuk menjadi seperti sekarang ini, dan saya yakin Faiz pun tidak pernah terfikir yang dia akan menjadi haluan kiri yang berjaya dan dicemburui ramai pada masa kini hahah sampai ramai gila orang add dia dekat facebook glamour sial.

gambar di bawah ini adalah satu-satunya gambar lama saya bersama dia dan kawan-kawan lain yang saya berjaya jumpa, gambar lain taktau pergi mana, dan mungkin juga tiada hahah sebab masa tu kami belum ada nikon. oh, untuk pengetahuan kamu, Maher Din pun ada dalam gambar di bawah, masa tu rambut dia pendek lagi macam budak skema nak pergi konvo. Faiz pun sangat hemsemboi masa tu sebab rambut dia pendek juga, terbalik dengan saya yang pada masa itu rambut panjang, sekarang sudah pendek pula.

Faiz, terima kasih kerana telefon saya setiap kali birthday saya setiap tahun walaupun jauh, kalau dekat mesti Faiz dah belikan Sri kek secret recipe dan bunga kan. Sorry sebab tak call Faiz masa harijadi Faiz kali ni sebab saya belum bayar bil telefon, nanti esok-esok saya dah bayar saya call Faiz ok.

1_869121245l

kali terakhir kami (saya dan Faiz) kelihatan bersama adalah pada 22 November 2010 di LCCT (rujuk gambar di bawah). terima kasih sebab berjaya melepaskan diri dari jammed tepat pada masanya masa tu dan drive laju-laju supaya saya dapat kencing di tandas, dan bukan dalam kereta Encik Saiful Ian Hadi, ikon lelaki tu!

faiz1walaupun Faiz hanya kawan kepada Ikon Lelaki tu, saya tetap anggap Faiz Ikon Lelaki Yang Hampir TErbaik kerana menjadi kawan saya yang baik selama beberapa tahun kebelakangan ini. saya ingat lagi pertama kali jumpa faiz nampak gemuk, sekarang dah kurang sikit, masa tu Faiz pakai sweater kaler kelabu macam eminem punya, bawak KAX, ingat tak KAX? hahahah. apapun selamat harijadi, semoga semua yang diimpi tercapai. sepatutnya tajuk karangan ini ialah “Sahabat Karib Saya” atau “saya sayang kawan saya, nama dia faiz reza” cehh macam pantun pulak bunyinya. semoga kamu cepat bertemu jodoh, jadi ada alasan saya untuk pergi terbang ke sana menghadiri perkahwinan kamu ha ha ha ha. bye!

Love,

Cinoi xo

Wednesday, October 6, 2010

PERINGATAN!!


sementelaah aku jarang berada di sini kebelakangan ini, jangan kamu pura-pura lupa.
atau pura-pura gila. lupa aku.

ingat! aku masih wujud. *wink

dan kalau Tuhan izinkan, aku sempat. dan akan menghantui kamu.

kamu semua siap sedia ya, apa yang patut, tinggal 25 hari saja lagi.

25 hari saja lagi aku akan menjadi 25! hihiks..


Love,

Cinoi

Tuesday, May 18, 2010

many many happy returns of the day

tiup lilinnya, tiup lilinnya, tiup lilinnya sekarang juga! sekarang juga!~ sekarang jugaaaa….~~

potong kue’nya potong kue’nya potong kue’nya sekarang juga sekarang juga!!

 

  AINUL AFIDAH

(http://ceritera-hidupku.blogspot.com/)

17 MAY

I've been counting these day with you for 13 years. and more years to come! ILY!!

enol

 

 

OPENG

18 MAY

The coolest neighbour on earth, awesome 3 years in Parit Raja. Happy Birthday Dude. sudah ada cahaya mata kah??

 openg

 

Love,

Cinoi xo

Tuesday, May 4, 2010

30th april babies at upperstar

1NOT! bukan yang ini okayy. bukan. bukan. tersalah gambar pulak. yang ini 1st November baby, ingat ya!!

30th April babies yang sebenarnya :157 hah! yang ini baru betul! from left Jessica @ Girl, Genevieve@ Achii, Orbeno @ Beno.

happy 25th birthday darlings!!!IMG00294-20100430-2123

the audience, the loves, the gas-gembira:107 142 ya, mereka-mereka yang dalam gambar yang di atas ni lah gas-gas gembira saya. and we are so in love okayy! hahahaha

dan gambar di bawah ni konon saya mahu bergambar dengan birthday girls n boy, tapiiiii terkeluar imej hantu pula! isk isk. gambar tidak jadi! biarlahhh!!!

158

hmm. hmmm. tidak tahu la mau tulis apa lagi. ermm. oh banyak lagi gambar di facebook saya, cekidaut!!

itu saja. biarlah gambar yang menyampaikan kata-kata yang tidak terluah ni.

sayang kamu! thanks for making it real. satu lagi kisah klasik untuk masa depan.

Love,

Cinoi xo

Tuesday, April 20, 2010

and it’s her birthday

17 APRIL 1985

Sarah Hayati

Me & Cinoi *Gambar zaman batu

hahaha. ini adalah gambar first date Cinoi dengan Sara. hahaha. tahun bila entah ni. gambar zaman batu ni. kurus lagi. rambut panjang lagi. ah tengok sendiri. aku suka gambar ni, sebab PERUT aku flat lagi, sebab masa ni aktif sport lagi, sekarang?? azabnyaaa oi. Sara pon samaahahahaha.

*di sini saya kepilkan gambar-gambar lama Cinoi+Sara. gambar baru tak payah kepilkan!eh ada la kepilkan gamabr baru, dua sahaja. hahaha

 P1090100P1090129P1080915 P1090293dulu1 DSC_0112 (Medium)  1 2 

i love u Sara. Happy miracle birthday. ko tau aku selalu doakan, harapkan dan usahakan yang baik-baik untuk kau. aku tak boleh cakap banyak. nanti nanges. ko tau je sume bende yang aku nak cakap. hhahahahaha. muah! happy birthday.

http://amesarra.blogspot.com/2010/04/selamat-hari-lahir-sarah.html

dah 2 tahun tak celebrate birthday kau sama-sama.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, April 14, 2010

oh april birthday wishes.

rindu blog.rindu blog.rindu blog.

akan mengupdate dengan kencang bermula hari ni. im few days behind sudah ni, gara-gara demam, malah mood memblog pun hilang.

ok. mula dengan birthday wishes.

 

HAPPY BIRTHDAY TO:-

Mommy, JUMIRA JUMINGAN SASTRO

10 APRIL 1953mom

*oke thats my mom and my sis. haha i tiada gambar bersama mommy. pelik kan. cari-cari tak jumpa juga.

 mommy1

pengcoveran dan pembackupan terbaik tu ialah, pengcoveran dari Daddy, kalau i ada membuat hal, atau ada buat salah, atau tak salah pun, biasanya Mom akan cover dari Daddy, sebab daddy ialah seorang yang GARANG amat. heheheeeee. sebenarnya Daddy sporting juga, cuma ada time-time yang tidak ngan timing gitu. hohohoh. lepas tu kalau Daddy bising apa-apa, confirm la Mom akan backup. thanks mom. kalau mau apa-apa dari Daddy pun, cakap dengan Mom, nanti Mom sampaikan dengan Daddy oh senangnya.

ya. kalau ada masalah cinta, hati sedang sayu bermuram durja jiwa lara, cakap saja dengan mommy, confirm ada penyelesaian terhebat abad ini. lepas cakap dengan mommy rasa mahu ketawa. last few weeks, when i went back to hometown, ada sedikit mengadu dengan mommy, mom hanya menjawab

tidak apa. banyak lagi menunggu. ramai lagi yang queue mahu isi borang

hahahah seronoknya jawapan Mommy niee adoi la…i love you mom! so much! happy birthday!!

ok. next.

my niece,CHEMPAKA EMALYN

13 APRILchem 

happy birthday chem!! jangan nakal-nakal. nanti ajar Aunty Noi speaking mandarin okeyy!

dan yang terakhir sekali, HAHAHAAHAH, 1 APRIL  gagagagagaga

1apr yup. they shared the same birthday. kebetulan kan. i date Shahrul from 2000 to 2002, and then Syahid for few months in early 2004 if im not mistaken, barely remember. anyway, happy birthday dude. lalalalala.

bye.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, March 29, 2010

birthday combo

 

HAPPY BIRTHDAY TO:-

 

Adik ipar Cinoi, Roshamimah 25 March1

from left: adik saya – Abang |Cinoi | isteri Abang-Roshamimah

 

Adik (adik bongsu) 26 March

3

 

 

Nephew-Muhd Iqhwan Idi 28 MArch

iwan 

 

birthday Adik dan Roshamimah adalah disambut serentak pada Sabtu malam yang lepas, sekali dengan majlis pertunangan tersebut ;) Muka kedua-dua adik lelaki saya (Abang dan Adik) agak berbeza kan? Saya tak tahu kenapa Adik boleh jadi hitam gelap selepas membesar ni, dulu, Adik la yang paling comel, kalau tengok balik gambar Adik masa kecil, ya rabbi tidak  percaya dan tidak mahu percaya. Berbeza sangat-sangat seperti kalau Adik mengaku sekarang yang itu gambar dia masa kecil, bisa polis heret pergi balai sebab cobaan menipu. hahaha. sanggat berbeza yang amat. oh ya, Cinoi tiada adik perempuan :) tiba-tiba mahu bagitahu. ah biarlah. yang penting saya tiada adik perempuan. kakak yang ramai saya ada ;)

2

Iwan tidak dapat celebrate birthday dia sekali sebab currently mereka dekat negeri orang. Kesian Kakak Hazline dan husband dan anak-anak tidak berkesempatan balik hometown sama-sama meraikan.

Apapun Happy birthday Adik, Ummi (Roshamimah), and Iwan, may God bless all of you, semoga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang baik. hmm hmm. tu saja. entry ini berakhir di sini. adios.

 

Love,

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....