Monday, January 10, 2011

twenty seven

selamat harijadi Faiz Reza Haluan Kiri (10 JANUARY) jyeahhh, atau nama lainnya Encik Panjang. tahniah kerana telah berjaya tidak mati selama 27 tahun oyeahhh!!!!

sedikit fakta tentang saya dan faiz, kami berkawan baik semasa di zaman universiti, kami tinggal di sebuah kampung yang tak berapa nak seronok dan aman damai tapi kami tetap seronok tinggal di situ sebab rasa seronok kami ada masing-masing kawan yang hebat-hebat (hah ambek kau ada 3 perkataaan SERONOK dekat situ), kampung yang bernama Parit Raja. kami suka makan roti canai sekeping, teh o segelas dan duduk berjam-jam di sebuah kedai mamak yang terpaksa saya rahsiakan namanya di sini (cehh apasal plak tiba-tiba nak rahsiakan nama kedai mamak,; jawapan: suka hati aku la, saja je nak buat macam suspen) pada masa itu kami tak pernah terfikir untuk menjadi seperti sekarang ini, dan saya yakin Faiz pun tidak pernah terfikir yang dia akan menjadi haluan kiri yang berjaya dan dicemburui ramai pada masa kini hahah sampai ramai gila orang add dia dekat facebook glamour sial.

gambar di bawah ini adalah satu-satunya gambar lama saya bersama dia dan kawan-kawan lain yang saya berjaya jumpa, gambar lain taktau pergi mana, dan mungkin juga tiada hahah sebab masa tu kami belum ada nikon. oh, untuk pengetahuan kamu, Maher Din pun ada dalam gambar di bawah, masa tu rambut dia pendek lagi macam budak skema nak pergi konvo. Faiz pun sangat hemsemboi masa tu sebab rambut dia pendek juga, terbalik dengan saya yang pada masa itu rambut panjang, sekarang sudah pendek pula.

Faiz, terima kasih kerana telefon saya setiap kali birthday saya setiap tahun walaupun jauh, kalau dekat mesti Faiz dah belikan Sri kek secret recipe dan bunga kan. Sorry sebab tak call Faiz masa harijadi Faiz kali ni sebab saya belum bayar bil telefon, nanti esok-esok saya dah bayar saya call Faiz ok.

1_869121245l

kali terakhir kami (saya dan Faiz) kelihatan bersama adalah pada 22 November 2010 di LCCT (rujuk gambar di bawah). terima kasih sebab berjaya melepaskan diri dari jammed tepat pada masanya masa tu dan drive laju-laju supaya saya dapat kencing di tandas, dan bukan dalam kereta Encik Saiful Ian Hadi, ikon lelaki tu!

faiz1walaupun Faiz hanya kawan kepada Ikon Lelaki tu, saya tetap anggap Faiz Ikon Lelaki Yang Hampir TErbaik kerana menjadi kawan saya yang baik selama beberapa tahun kebelakangan ini. saya ingat lagi pertama kali jumpa faiz nampak gemuk, sekarang dah kurang sikit, masa tu Faiz pakai sweater kaler kelabu macam eminem punya, bawak KAX, ingat tak KAX? hahahah. apapun selamat harijadi, semoga semua yang diimpi tercapai. sepatutnya tajuk karangan ini ialah “Sahabat Karib Saya” atau “saya sayang kawan saya, nama dia faiz reza” cehh macam pantun pulak bunyinya. semoga kamu cepat bertemu jodoh, jadi ada alasan saya untuk pergi terbang ke sana menghadiri perkahwinan kamu ha ha ha ha. bye!

Love,

Cinoi xo

No comments:

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....