Saturday, January 24, 2015

AJL, Dato Vida, Qu Puteh




Assalamualaikum. Lamaaaa tak mengupdate cinoi.com so ini update pertama 2015 la kan? Muehehehehe.

Anyway, aku terpanggil niii menulis pasal ni sebab rasa berat di dada ecewah. Last week Spectacular 2015 habis hari Ahad petang, pastu pergi lepak makan with my team di Taman Warisan putrajaya tu. Balik rumah mertua kakak di cheras sudah penat memang tak larat mahu tengok ajl. Cuma sempat tengok Calliph Buskers then iklan sekejap, sebelum iklan ada Dato Vida promote Qu Puteh. Then aku naik bilik, tidurrr krohhh krohhhh krohhhhh.

The thing is few days after AJL, tak habis habis lalu di Timeline newsfeed facebook pasal kuputeh barulah puteh ni. Sampai di group group whatsapp banyak receive troll picture ku puteh.

See, aku tak pakai any of qu puteh whitening products. Juga aku tak menyokong kalau hanya putih tu cantik sebab kulit aku sawo matang. Hahah aku memperjuangkan hak semua warna kulit deserve to glow. Yes right takkan nak ubah warna kulit ye dok. Memang orang kulit putih ni cantik, tapi cuba ko imagine orang yang kulit putih ni dengan muka dia macam tu tapi dia hitam/gelap, cantik takk? 

Aku percaya orang yang cantik ni dalam apa warna pun dia tetap cantik, imagine ko ikut run ka hiking bukit kaa panas matahari pastu sunburn, kau still cantik tak? 

Tapiii aku tak setuju lahh orang dok kutuk Dato Vida kan. Sebab I admire her you know. Few weeks (kalau taksilap haribulan) aku ada tengok dokumentari pasal Dato Vida ni. How she grew her business and herself, how she lost two kids in a fire, sekarang dia ada rumah besar dia, dia ada range rover evoque and dia dah pergi haji. Kau ingat senang ka nak dapat semua tu kerja siang malam oiiii. Which semua pun aku belum lalui (mudahan part hilang anak tu aku tak lalui sebab taktahu lagi aku mampu ke tak hadapi, tapiii ya memang Allah menguji tidak di luar kemampuan kita kan) 

Masa tu aku tengok dokumentari dengan husband aku yang sudah turun berat 22kg dulu obesiti sekarang sudah slim tu, then kami pun ada google lahh nak cari about her and all you know she was a school teacher before kalau tak silap, dan she starts from bawah juga. Husband aku siap cakap kalau dapat 1-2 hours sit down dengan dia belanja makan just to listen to her stories ni cool juga. Yeahh Jim Rohn cakap spend some of your money to treat a successful person to a lunch or dinner and suck all their stories out of them. She is such an inspiration. And I accept dia punya minat ke arah fesyen blink blink (kalau aku tak accept pon ko ingat ada dia kesahahahahah)

Pastu dalam dokumentari dia tu ada sorang staff dia yang cantik and comel ni menangis bila bercakap pasal Dato Vida, see there must be something in her yang tahap staf dia menangis bila bercakap pasal dia. Kauu haderrr ke staf ko nak menangis bila cakap pasal kauuu? 


Yang asyik mengutuk dia qu puteh qu puteh ni banyak masa pula kan. Cuba ambil masa tu untuk kita grow diri kita, well aku pun tengah belajar. 

Kalau you feel annoyed pun dengan iklan tu small matter la for me, either u can change the tv channel, or just let it pass by. Kenapa mesti REACT to that iklan that you watch. Aku ada baca buku ni sebab aku pun tengah belajar improve diri, dia kata biarlah kita punya respond ni dipengaruhi oleh our inner self, don't let the outside defines what you feel. 

Jadi, barulah orang buat iklan bertalu talu, dah kau annoyed tahap apa, chill lah. While korang ni troll dia, she is still making lots of money and she will also still growing by overcoming those challenges. Dan apapun semakin ramai orang mengenali jenamanya termasuk aku haaaaa, the power of marketing and advertisment katakau.

Ok sayang semuaa. Apa pun setiap orang ada pendapat masing masing. Anda semua berhak bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya. Yang tak bersetuju dijemput abaikan sahaja tulisan kecil saya, saya hanya orang kecil yang tersangkut di tengah kekusutan media sosial.


Love, 
Cinoi
cinoi17@yahoo.com

- Posted using BlogPress from my iPad

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....