Friday, January 22, 2010

sebab aku tak cool macam kau

notakakitangan: sila baca dengan intonasi lemah lembut dan sedikit gelak-gelak sinis. sebab saya menulis dalam keadaan tersebut. hahahaha

saya tahu. saya tidak se’cool engkau. saya tidak cantik, saya hitam, muka saya banyak flaw. saya juga kurus dan panjang pula. saya tiada baju cantik-cantik macam engkau, harta macam engkau. saya tidak putih macam engkau. muka saya pun tidak artis macam engkau. saya biasa-biasa saja.

tengok lah, blog saya pun tiada hias-hias cantik sangat macam blog engkau. takda ramai orang datang sangat macam blog engkau. engkaukan cakap engkau terlalu cool untuk..ermm..untuk..erm sudah lupa. tapi kau memang pernah mention kan engkau terlalu cool untuk sesuatu itu. tapi kenapa engkau masih datang sini juga. saya tidak se’cool engkau.

saya tahu tempat ni public, tapi saya tidak tahu kenapa saya tidak suka engkau datang sini, mahupun konco-konco engkau. saya tidak suka. ya, saya jenis orang yang tidak kisah. tapi saya tidak suka engkau atau konco-konco engkau datang sini lihat-lihat. mungkin sebab saya tidak cool. ya, saya tidak cukup cool untuk menyukai kedatangan engkau ke sini. so jangan datang lagi sini. dan buat-buat macam engkau kenal saya sangat. maaf engkau dan konco-konco silap kalau kamu rasa kamu kenal saya atau kawan saya, kehidupan kami lebih besar dari yang engkau lihat di blog kami. penuh cinta dan kasih sayang. kau dan konco-konco kau, jangan datang sini lagi. dan blog kawan saya juga! jangan ya. bye.

oh ya, dan lagi satu, jangan suka jadi pentiru. poser. dan sebenarnya ok saja kalau lihat gambar engkau yang bertudung tu, tapi bila sudah tahu apa yang keluar dari mulut engkau, penulisan engkau, gambar engkau bertudung tu terus saya lihat bertukar menjadi sesuatu yang sangat tiada seri. pathetic.

ingat ya, blog kawan saya juga, jangan engkau ganggu. sekarang engkau sudah jadi seperti orang yang tiada jiwa. jiwa sendri. hehe. tapi kadang –kadang engkau juga boleh jadi sangat lucu. tergeletek hati kami. hihihih.

bye!

dari kami yang hatinya tergeletek.

C & S

19 comments:

Norafifi Izuan said...

jgn marah2..love urself keyh..=)

Qi_Cinoi.Lavigne said...

oh myy..dont get me wrong..hehehe
ini mana ada marah2..
and maybe u just dont know me, i love myself more than anything in d world..nobody tells me what to do ok.
oh by the way, u are?

Joanne Jose said...

saya telah menjadi salah satu stalker terang-terangan. haha. saya tidak cool :) boleh ba kan?

Qi_Cinoi.Lavigne said...

hahaha joanne saya pun tidak cool.
sama la kita..hahaha..saya pun slalu stalk kau jugahahaahha

aizax said...

apakah?? bilakah?? mengapakah?? hehehe... perlu kah menjadi cool?? perlu kah menyata diri sendiri "tidak " cool?? cam akal yahudi jer nak cool or rendah diri sebab x cool nie.. xde pendirian.. maaf cakap.. tp sebagai org yg lebih muda gase nyer cam shit jer bertekak tentang cool or x.. hahaha... belajar tinggi2 pun jd cam lalang.. "kosong kat dalam".. putih?? hitam?? tinggi?? panjang?? cam x bersyukur jer atas kejadian kurniaan tuhan?? maaf cakap.. 1 lagi citer hebat leh dapat award.. hahaha...

wanie said...

"sila baca dengan intonasi lemah lembut dan sedikit gelak-gelak sinis. sebab saya menulis dalam keadaan tersebut. hahahaha"

owh, kau baru saja beraksi sama cool atau lebih hebat drpd org yg kau mksudkan itu masa menulis entri ni. hipokrit.

"tengok lah, blog saya pun tiada hias-hias cantik sangat macam blog engkau. takda ramai orang datang sangat macam blog engkau."

kau memang tak cool. tak cool sampai tahap tak ramai orang yg nak dtg ke blog kau bukan sbb blog kau tak cantik. jgn berfikiran cetek beb.

psssst. maybe one day kau perlu jd cool dan dalam masa yg sama terpaksa tarik balik kata2 kau.

ludah jilat balik.

adegan ludah jilat balik ada potential rangkul award aksi terhebat barangkali. kau berminat?

aizax said...

cool?? ekeke.. seperti kebudak-budakkan.. untuk pujian?? perhatian?? ekekee.. sama saje mcm nak bangga diri.. leh jadi riak.. hehehe.. syokkan gitu?? mesti best.. ludah jilat blek.. nape ko x kahak jer.. ekeke.. award?? hehehe.. aku x layak.. sebab award hanya layak bg org yg bleh karang ayat2 yg indah cam ko.. ekekeke.. congrat..

Anonymous said...

cool atau tidak adalah perkara subjektif. kedua-dua komentar di atas tampak begitu terasa dgn penulisan si blogger. seronok melihat budak2 yg "lebih muda" berkata-kata. gaya seperti ilmu penuh di dada padahal cetek pemikiran secetek swimming pool kanak-kanak. LMAO

Qi_Cinoi.Lavigne said...

mr/ms anonymous,
let them be ;)

aizax said...

biar berlagak bagai ilmu penuh didada.. janji ada keyakinan untuk berkata-kata... hehehe.. kalau umur dah tua tpi perangai macam budak2 pun 1 masalah jugak kan?? kalau mcm tue nak dikatakan ape yer?? akal sedalam 7 lautan?? atau c tua yang xsedar diri?? ader betul?? best ar lepak blog nie.. ekeke.. maklum lah.. saya nie adik2 baru belaja..x penah pon men blog2 nie.. kalau salah tolong lah tegur yer.. wakakaka..

aizax said...

biar berlagak bagai ilmu penuh didada.. janji ada keyakinan untuk berkata-kata... hehehe.. kalau umur dah tua tpi perangai macam budak2 pun 1 masalah jugak kan?? kalau mcm tue nak dikatakan ape yer?? akal sedalam 7 lautan?? atau c tua yang xsedar diri?? ader betul?? best ar lepak blog nie.. ekeke.. maklum lah.. saya nie adik2 baru belaja..x penah pon men blog2 nie.. kalau salah tolong lah tegur yer.. wakakaka..

wanie said...

kau nampak sangat cool bedasarkan 'post script' pada entri latest kau.

aku dah kata. kau akan beraksi cool jugak walaupun kau dapat komen yang kononnya 'seronok' dan 'sanggat membina' dalam entri ni.

dan...

dalam masa yang sama kau dah buktikan kau terpaksa jilat balik ludah kau.

dah terbukti pada entri latest kau kan?

cinoi...
sekarang award untuk aksi terhebat
iaitu ludah jilat balik dah dalam genggaman kau.

siap terpateri kemas nama kau lagi kat award tu. dah tak boleh padam langsung sebab 'dah terang lagi bersuluh' yang kau juga beraksi cool n barangkali lebih hebat mcm orang yg kau maksudkan dalam entri ni.

aizax said...

yeah babe.. gogogo... fire in hole.. TERRORIST WIN!!!

Anonymous said...

anonymous, sy sangat setuju. yes, let them be. kerana the "the empty vessels made the loudest noise" right?? :) cheer up lady!

C@Rr0tSu$U said...

:)

Anonymous said...

si anonymous bersetuju dgn anonymous :D terima kasih!

Anonymous said...

aizax, nape nak jadik batu api? adakah anda tergolong dalam org yang tidak di jemput ke sini?

wanie, wow. such a nice words u used. tingkatkan lagi kreativiti anda :D

"Jilat ludah balik?"

ehem, penulis blog belum membuat atau berkata apa-apa pun?

love, 'anonymous 3'

Anonymous said...

haha~
korang hanya baca pada entri blog ini..
cerita sebenar masih tertanya-tanya..
siapa yang dikatakan cool itu?
siapa pula yang tidak cool..
si penulis sendiri hanya mendengar dari mulut..mungkin.. berdasarkan apa yang saya baca di entri ini..
dan kamu semua tidak nampak siapa sekarang ini yang berlagak 'cool'..
haha~komen kamu semua sangat mencuit hati..

AkuDanBlog said...

membodohkan diri sendiri bila seseorang beri komen tanpa usul periksa..

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....