Showing posts with label stupid people. Show all posts
Showing posts with label stupid people. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Melanggar & Menampar

 

Assalamualaikum and morning my lovely readers.

Pagi ni dalam perjalanan ke tempat kerja, telah witnessed satu kemalangan. Actually I didn’t really saw it, Jay saw it, I was busy doing my makeup.

Lepas dengar bunyi seretan dan jatuhan, baru saya angkat kepala, tengok ada motosikal dan penunggangnya jatuh, dan seorang pejalan kaki baru bangun dari jatuh. It was on the emergency lane at the left okay. Tunang said, the motorist yang langgar the pedestrian, a kid, maybe belasan tahun.

Tapiiii, bangun saja the motorist dari kejatuhannya, dia terus menuju ke arah pejalan kaki yang dia langgar tadi, dan menampar bertubi-tubi. Saya tengok dari side mirror, kami sudah agak jauh pun, masih lagi dia menampar.

Sangat horror. I was shocked, seriously shocked and scared sampai bergegar-gegar saya tengok. We passed by slowly, sebab jammed sedikit kan. Sangat menakutkan. Sampai saya tidak terfikir untuk ambil gambar. Lupa pula kan. Huhuhu/ Motorist tu yang salah, dia langgar pejalan kaki yang berjalan di emergency lane. Lepas tu dia pula yang pergi tampar orang yang dia langgar tu.

Sudah lah melanggar, menampar lagi! Sangat tidak patut, tidak civilised punya tindakan. I wish I can do something but, I do nothing. I was still shocked sampai office. Pagi-pagi sudah tengok benda yang stupid dan negatif.

Apa lah dunia sekarang. Penuh pancaroba, sekali lagi.

Sunday, August 21, 2011

Adakah ini trend atau apa?

 

 

simbah asid

  1. Adakah ini trend? Dan mereka rasa sangat in kalau buat benda simbah asid ni. Kamon lah.
  2. Adakah ini random, atau penjahat tersebut memang aim mangsanya ni atas sebab dendam or anything?
  3. Kalau ini random, kita/saya patut rasa takut
  4. How to avoid benda macam ni, kalau tiba-tiba di mana-mana orang boleh buat, tidak kan kita berkurung dalam rumah, even dalam kereta sendiri pun bahaya sebab lepas sampai destination mesti lah kita kena keluar juga dari kereta
  5. Apa lah dunia sekarang ni, menakutkan di mana-mana
  6. The least we can do is, berjaga-jaga, atau jangan bersendirian, sentiasa berdua atau bersama kawan, atau lagi selamat sikit, lelaki la. Macam aku sekarang ke mana-mana bersama tunang. So kurang rasa takut sikit. Haih sampai bila untuk hidup dengan rasa takut begini. We need a peaceful world.
  7. Aku pernah tunggu tunang, dalam kereta, dia pergi kedai. Tiba-tiba ada orang cuba buka pintu driver seat. Aku tarik dari dalam, dia tarik balik. Aku sekuat hati tarik pintu sampai tertutup rapat then kunci laju-laju dengan degupan jantung yang deras sampai mau tercabut jantungku. Lepas tu aku sentiasa ingat LOCK pintu kereta kalau seorang diri. Scarryyyyyy~~ Sad smile
  8. Atau kawan aku cakap, kita sedia alkali, untuk meneutralkan (it’s a joke), tanya dulu tu penjahat “Ehh berapa Ph asid kau guna tu”
  9. Kalau tertangkap orang tu, denda atau penjara macam tidak cukup. Lebih bagus simbah dia dengan asid balik, then tanya “Apa kau rasa? Oren?”
  10. Orang-orang bah, jangan bah jahat sama orang lain. Jahat bah kamu nehhh
  11. Berhati-hati la kita, dunia sekarang semakin penuh pancaroba.

 

Love,

Cinoi xo

Saturday, August 6, 2011

HB2U

 

Nahh apa tu HB2U??

Mesti ramai yang tahu kan, dan mungkin juga ramai yang baru tahu macam aku,  ini maknanya Happy Birthday To You! Aku jumpa ni few times already di Facebook, di wall orang yang sedang harijadi.

Agak-agak la kan kalau mau short form tu. Ni kan kau wish orang. Agak-agak la weh. Apa susah nak taip Happy Birthday To You untuk seseorang, setahun sekali saja kau kena taip tu untuk orang tu.

Aku bagitau awal-awal, nanti harijadi aku bulan November, 1hb, (cewah ni sebenarnya nak bagitau harijadi ka apa ni?) kalau mau wish HB2U, tidak perlu lah wish terus ok, senang cerita. Tidak malu kah wish macam tu (HB2U) dekat orang? NBLSMDOW!!! (hah kau teka lah apa aku cakap tu short form tu pakai huruf depan saja tu!)

Kalau setakat short form pada text messages di phone, untuk perbualan biasa, itu aku boleh diterima. Ini wish harijadi orang kot, agak-agak la kalau nak short form pon. Apalah susahnya taip penuh untuk wish. Apalah kedekutnya haish. Pemurah la sikit. Sikit je sikit je. SIkit sikit lama lama jadi bukit.

Tu saja. CUba fikir lah hokay? Anyway, Aku bosan ni kerja hari Sabtu. Entah apa yang aku sumbangkan. Aku cuba juga la sumbangkan sesuatu iaitu dengan menaip entri ni agagagagagagaga.

K.Bai.

 

Anti short form forever,

Cinoi xo

 

*Anyway, mau cuba sesuatu yang baru, dan pergi beli harini. Hopefully sesuai la dengan aku.

Wednesday, July 27, 2011

Di mana posmen kamu sesat?? Poslaju ka poslembap?

 

These few days aku memang bengang sangat dengan poslaju. Ok, aku order barang, dan di pos pada hari Jumaat lepas. Aku tahu Sabtu mesti sampai processing centre, Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. Tapi aku saja takmau cek, diorang hantar Monday pun tidak apa.

On Monday, aku cek, item arrived at processing centre pukul 07:31.poslajuMeans the same day (Monday) mesti sampai la kan. Office aku di Sembulan, tidak jauh pun dari pusat bandaraya KK. Aku tunggu sampai pukul 5 petang on Monday, tapi tiada.

Yesterday (Tuesday, July 26th), I decided to collect it myself. During lunch hour aku pergi Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. The person in-charge said item aku sampai since Saturday lagi (July 23rd). Nahh means sistem lambat update atau menipu? tidak tau la kan. Sebab yang aku cek Monday July 25th baru sampai. Sepatutnya kalau Sabtu lagi suda ada di sana, by Monday, latest afternoon, item supposed to be arrive di office saya. Dan dia cakap status penghantaran on Monday tu GAGAL.

“Ha?? Gagal kenapa??” aku mula mau marah

Ohh mungkin dia tidak sempat tu kemarin, sekarang pun item kau dibawa keluar lagi, tiada di sini” lelaki tu cakap sambil senyum-senyum.

Aku pun keluar dari pejabat pos tu. Balik office aku tunggu sampai pukul 2.30 petang, aku call 088-231297. Jawapan yang sama aku dapat

“Item sudah dibawa keluar posmen, tunggu saja” perempuan tu jawab

“Yaaa dari kemarin saya tunggu. Harini selasa sudah, tidak kan la tidak sampai-sampai lagi. Bukan jauhh pun pejabat pos kamu dengan Sembulan ni!” haishhh panas sudah aku, nasib baik on the phone.

Aku tunggu sampai pukul 4.30 petang. Aku call lagi, lelaki pula yang jawab

“Eh? Posmen kami belum sampai sana lagi? Nanti saya call dia dulu”

“Yaaa belumm lagiii laa. Nanti kalau tiada juga, saya call kamu balik, kamu bagi saya nombor telefon posmen tu!”

Lepas letak phone tu. I wonder mana la posmen ni 2 hari tidak sampai ke Sembulan! 7minit driving pun aku boleh sampai tauuu! Aku tunggu 5 minit saja bagi dia masa call posmen dia, then aku cuba call balik, berkali-kali gagal. Engage terus phone dorang!! Sampai lah tepat pukul 5 petang baru dapat get tru, tapi TIDAK DIJAWAB. Sebab sudah pukul 5 kan. Habis kerja.

Just now saya cek lagi online, sudah tukar pula! Mention there item arrived processing centre just today! 27th July 2011!!!  Stooopiddd pentipu gila!

poslaju 2

Sekarang jam menunjukkan 9:55 AM. Pun belum sampai lagi barang gua ni. Aku siap pesan dengan receptionist office aku, kalau posmen datang hantar barang aku, panggil aku, aku mau cakap dengan dia. Macam mana kamu buat kerja ni. Sue me but still i wanna tell you that poslaju sucks all time! Eh, poslembap.

**************************

Pos Malaysia,

Sepatutnya sejak kebelakangan ini ketika perniagaan online semakin meningkat naik, kamu sepatutnya sudah mempunyai keuntungan besar di mana terdapat pelanggan tetap di mana-mana serata tempat, malah semakin ramai lagi. Dengan peningkatan permintaan tadi sepatutnya ada penambahbaikan pada servis kamu. Tapi ternyata kamu membuktikan kamu rakyat yang tipikal, tiada daya saing, dan susah untuk maju, kalau perangai kamu ini macam, memang sungguh memalukan. Kamu memang sucks all time. Sucks all time. Lebih baik kamu tukar nama daripada Poslaju kepada Postpone.

**************************

*Update (10.45 AM today)

I called 088-231297,  a guy answered, dia cakap posmen area sini bercuti kemarin wadehel. Itu masalah siapa posmen kau cuti. So harini baru dia ada. Aku tanya bila paling cepat aku boleh dapat, dia kata before tengahari, so we wait and see la. I ask for his name (the guy who answered the phone) and the postman’s name, but he refuse to give. Fine. I still buat complaint di talian 1300300300.

 

Unsatisfied customer,

Cinoi xo

 

p/s: Sepatutnya harini aku mau blog pasal Apex (Khairul Fahmi) yang dikhabarkan (rumors tauu nyahhh, u’ols jangan terus percaya tau, no no no no) ada skandal. Semalam busy timeline twitter makk, pasal skandal apex ni nyahh oi. Dan blog tunangnya, Jejari Runcing, macam semacam saja. Tapi nanti la u’ols kita gosip-gosip ok. Mak tengah hangin dengan posmalaysia ni.

Tuesday, April 12, 2011

EDUCATION is IMPORTANT

Why?

Because without education, these happensnon-edu peeps Fuck Sabah group?? Yes. Ianya seperti yang anda lihat ;)

I stumble into an article about this while browsing at www.wsbmania.com.

As a concern citizen of Malaysia, especially Sabah, I reported this group, so should you.

This is how.

  1. Go to Fuck Sabah group
  2. At the very bottom of the page click Report Groupreport group on facebook
  3. Click on Contains hate speech or attacks an individual > Targets a race or ethnicity.report this group
  4. Done! You are now proven a concern Malaysian and Sabahan citizen!

*Message to the angry pissed off Sabahan people (and non-Sabahan but educated people too):

I know you guys are angry, so am I. Tapi kita tidak harus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada group ini atau sesiapa yang melakukan ini (in fact we didn’t even know who the hell did this). WE WON’T and DON’T argue with an idiot, because they will drag us down to their level.

We are educated, we have our standard, pride. We will act like one. And we will keep it that way. No more harsh and mean words please, we will just report it as said above. The more people reported it, the more chances for Facebook to remove the group. Okay? Are we cool?

*************************************

*And message to the person or people who did this:

EDUCATION IS IMPORTANT.

Spread the love people! Spread the love.

Love,

Cinoi xo


p/s: Apa yang kamu tidak tahu tentang Maybankard. Klik sini.

Thursday, March 31, 2011

Jasmine Slalu Hepi

 

Which I think is not true. A happy person would not do this kind of shit. Sepatutnya dia tukar nama dia kepada “Jasmine Slalu Kurang Kasih Sayang”

Jasmine Slalu Hepi

Lepas tu ada pula Part II. Jasmine Slalu Hepi minta maaf?? Jasmine Slalu Hepi Part II

Semua ini provokasi cuma. Tengok lah siap ada Part II dan wall nya tidak di private kan, siapa-siapa pun boleh komen. Saya yakin ini fake profile.

Kita tidak diajar untuk menghina agama lain. Sekarang dia ini sendiri pun sudah confuse mahu hina siapa.

Ramai yang di luar sana marah dengan orang ni. Tapi jangan kita melenting dan memaki hamun. Sebab kalau kita maki hamun, nampaknya si Jasmine Hepi Slalu ni sudah berjaya mem’ provoke kita. Itu yang dia mahu sebenarnya, provokasi dan lihat kamu ter’ provoke dan melenting. Ok! We just keep cool dan ignore orang sebegini. Kita memang marah sangat, tapi kita tidak akan jadi sebodoh dia ya, ok.

Sungguh kesian. Ada juga orang begini pathetic ya.

Semoga kita ambil pengajaran. Mari kita bagi-bagi kasih sayang. Jangan kita sampai jadi begini kurang kasih sayang.

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, March 24, 2011

Jangan Baca Kalau Kamu Sedang Makan!

Tiada cerita pasal persiapan perkahwinan, sebab aku belum bermula lagi. Tiada cerita pasal suami dan alam perkahwinan, sebab aku belum kahwin. Tiada cerita pasal mengandung dan scan bayi, sebab belum kahwin juga, belum lah mengandung. Tiada juga cerita pasal nama anak, pasal bayi baru lahir mahupun anak yang sedang membesar dan sel-sel otaknya berhubung dan segala tindakannya membuat kita kagum, sebab belum kahwin->belum mengandung-> equals to belum ada anak, melainkan anak saudara semata-mata seramai 7 orang. Kesemua cerita itu tadi kamu boleh dapatkan di blog list yang tertera di sidebar blog ni *wink

Yang ada cumalah kehidupan seorang bujang meniti perjalanan hidup seharian. Cewahhhh. Eh, serius sikit. Ehem. Hah. Yang ada cuma cerita tandas, yang mungkin dianggap remeh oleh orang sekeliling, tapi sebenarnya besar impaknya terhadap masyarakat pembersih. *baca dengan nada serius*


Itu, lagu tandas.

Here few tips untuk pilih dan guna tandas awam, kalau kamu suka and setuju, ok. Kalau tidak setuju, tidak mengapa, ini khas untuk aku yang cerewet.

  1. Mestilah tandas yang bersih. Tiada taik, tisu, atau air berwarna kuning di dalam lubang tandas.
  2. Ada toilet paper, kalau tiada, aku bawa sendiri biasanya.
  3. Pastikan pintunya boleh kunci dengan selamat dan ada tempat gantung barang atau letak beg.
  4. Pastikan ada air, dan hos/paip, senang mau cuci, pastikan dulu ada air, hos tidak koyak atau bocor, tandas boleh flush, sebab nanti sudah kau buang taik situ mampos tidak boleh flush.
  5. Sebelum duduk di mangkuk tandas, siram dan lap dulu pakai tisu sekeliling mangkuk tandas tersebut. Kadang-kadang flush dulu sebelum guna.
  6. Bilas hos yang akan dipegang untuk membasuh nanti, lepas tu kalau ada toilet paper yang banyak, pegang hos pakai toilet paper tersebut.
  7. Lepas guna pastikan flush dan tengok sampai flush tu selesai kerjanya manatau ada baki tertinggal, kesian pengguna selepas itu. Pastikan hos yang diguna disangkut di tempat yang betul semula, jangan ampai saja di lantai.
Cerita 1
Kemarin aku pergi tandas awam yang bersih di Tanjung Aru, cuma tiada toilet paper. Tidak mengapa. Aku sudah ready semua tu. Bila time mau guna tu hos, kasi on la pipe, aiyaakkkk, terus basah seluarku, sebab hos tu bocor, terkoyak siringnya sepanjang beberapa sentimeter menyebabkan air bertetesan. Demmit. Nasib baik di luar tandas ada pancaran cahaya matahari yang kuat, so aku berdiri di situ sebentar. keringkan seluar.

Cerita 2
Minggu lalu, aku pergi tandas VIP di 1Borneo, Rm1 saja pun. Sebab bersih dan selesa semuanya menepati ciri-ciri tandas yang aku mau. Sampailah turn aku masuk selepas seorang ibu dan anak perempuannya yang lebih kurang 5 tahun umurnya. Sebab mau cepat, aku masuk cepat-cepat before tu cleaner (suppose the cleaner want to enter the toilet fisrt tapi gua sudah tidak tahan tuuu) Aku masuk denagn semangat cuma untuk dikecewakan sahaja. Hos di ampai di lantai, lantai tandas VIP yang selalunya kering tu basah kuyup dengan hos di lantai tu pun basah, tisu lap tangan yang keras tu bertaburan di atas sink. !@#$%^&*() Helloooo~~~~~

Cerita 3
Kamu pernah kah dengar cerita atau mengalami, masuk tandas ada taik di lubang tandas. Lepas tu kamu pun tarik la flush supaya kamu boleh guna tandas tu dengan selesa. Tapi lepas kamu selesai, air dalam tangki flush tu tidak juga pandai penuh-penuh. Mungkin itu juga nasib pengguna tandas sebelum kamu tu kan. Sebab tu ada kesan tidak di flush dalam mangkuk tandas. Hahahahaha.

Jangan la bah pemihir betul. Bye.

Tandas Bersih, Tandas Berkualiti!

Love,
Cinoi xo


Wednesday, March 23, 2011

Mansyarakat Penchuri

Kemalangan lori treller, bawa beras.
Orang ramai yang lalu lalang sibuk kutip beras.
Kesian tiada beras di rumah dorang.
Pemandu treller dan kelindannya dibiarkan lepak tepi jalan layan cedera dulu.

4-wheel drive kemalangan, bawa RM70,000 duit syiling
Lebuhraya Utara Selatan dekat exit Pedas
Masyarakat kita yang lalu lalang situ sibuk kutip syiling. Naisss!!

Van kemalangan, bawa minuman yogurt.
Lebuhraya Utara Selatan dekat Bukit Tagar.
Ramai kereta stop. Untuk kutip container yogurt. Haih~~

Naikkan la bah sedikit standard tu. Apa barang bah neh mengutip-ngutip neh! Penchuri!
Tidak emsem dan tidak chantek la begitu.

Kalau time aku bawa duit 1 beg besar lepas tu accident bertaburan duit tuh, harap-harap aku diselamatkan dulu!
Tapi jangan risau, mana mungkin aku bawa duit 1 beg besar, 1 beg dompet mungkin lah.

Pesanan taman khidmat masyarakat ini di bawa oleh,
Cinoi xo
(bukan tinggal di Taman Khidmat)

p/s: Reload Digi

Wednesday, March 16, 2011

Cerita Dongeng

Di suatu bandar besar yang maju pada masa kini (ini cerita tentang sekarang), ada sepasang pasangan yang berpasangan. Aku namakan lelaki ni Danish (bukan mama sebenar) dan Siti (bukan nama sebenar). Perjalanan mereka menuju cinta sangat laju, Siti bagi number phone, Danish terima, few dates, then there you go, a sweet loving couple.

Danish ni pernah bekerja, lalu berhenti untuk mengikuti kursus. Sekarang sedang mencari kerja yang lebih hebat. Kita terus ke titik la ok. Danish ni punya diploma. Ya, sekarang siapa-siapa pun boleh punya Diploma kan. Danish juga berpengalaman kerja selama beberapa tahun. Keluarga Siti mengharapkan lelaki yang ada degree buat Siti, yang dirasa layak buat Siti, sebab Siti ada degree, point nya aku tidak pasti, mungkin untuk menjamin masa depan anak dorang si Siti ni, haruslah kann.

Which is (my personal opinion and it might be bias), kenapa kelayakan jadi menantu kena ada degree. itu kan tidak menjanjikan apa-apa. Sudah terbukti, kawan aku sekarang bahagia dan hampir melahirkan anak pun bersama suami yang sederhana orangnya, lebih dari cukup makan dan lebih lagi, masih bahagia dan gembira lagi. Memang la zaman sekarang degree tu basic thing kena ada, but tidak la semestinya kan. Tak semestinya tiada degree seseorang person itu tidak boleh berjaya dalam hidup.

Sampai tahap ketika merisik, pihak keluarga Siti bertanya Danish perihal pointernya semasa belajar dulu! Ha ha. Sila ketawa sekarang. Pointer ya tuan-tuan dan puan-puan, ditanya semasa merisik. Ada juga orang begini zaman sekarang. Atas dasar apa?? Sedangkan si Siti bukan lulusan Doktor pun, mahupun kursus-kursus kritikal yang lain. Dia bekerja di syarikat pelaburan swasta. Kalau aku jadi Danish pasti malu ditanya pointer semasa merisik. Tapi tidak mengapa, anggap itu sebagai cabaran untuk mendapatkan hidup yang lebih baik dan bermaruah. Bonda Danish pastinya berasa anaknya harus diletak di tempat yang lebih tinggi maruahnya, Bonda Danish minta Danish mempertimbangkan semula pilihannya. Yang mana, apapun tetap juga disokongnya.

Ya, barangkali jikalau Danish datang sebagai Directing Manager (yang tiada degree), atau bos besar atau seorang yang sudah punya kestabilan kewangan yang hebat, dan bukannya berkereta kura-kura yang kuat bunyinya dan tidak selesa yang Siti tidak berkenan dengan ride nya, adakah keluarga Siti akan terus menerimanya dengan senang??

Ya, kenapa Danish merisik sedangkan sudah ditahu degree yang dimahu. Permintaan Siti, untuk pasukan risikan datang, dan minta dihebahkan ke teman-teman. Juga dituruti Danish, sebab, sayang barangkali.

Yang tiba-tibanya sekarang Siti berhenti. Berhenti sayang. Sama ada tidak sanggup menunggu Danish mendapatkan degree, ka apa? Juga tidak pasti. Menurut Danish, Danish banyak kekurangan ciri-ciri yang diperlukan Siti sampai mereka terpaksa berhenti berkasih lalu Siti mendapat ganti dengan instant sekali.

Haih, jadi Siti, kamu kan sudah tahu sedari awal Danish tidak punya degree, kenapa dipaksakan pasukan risikan datang? Dan dihebahkan ke teman-teman. Kan sudah tidak jadi begini. Di mana malu Danish ditapuk. Di mana cinta Danish dibuang. Sayang Danish disiakan. (cewah macam novel kan, trip trip menulis novel plakkk si Cinoi nii aiyakkk)

  1. Pelajaran sentiasa ditimba dari semasa ke semasa, bukan diukur melalui degree semata. Orang yang tiada degree tidak semestinya tidak boleh berjaya dalam hidup.
  2. Kenapa dipaksakan cinta, kan cinta itu datang sendiri, you dont choose love, love chooses you.
  3. Perihal begini tidak harus dihebahkan terlebih dahulu, kan semasa kahwin nanti boleh kecoh sekampung. Jadi jika sudah putus begini, tidakkah mengaibkan. Atau malu.
  4. Ada lagi orang begini zaman sekarang eyhh???

Perihal ini diceritakan kepada kita oleh kawan Danish, Melody. Yang mana Danish sudah mengadu ke Melody perihal ini dan Melody rasa panas hati sahabatnya diperlakukan begini. Kerana Melody menganggap cinta Siti sampai ke langit. Ya manakan tidak, Melody sampai diwarning Siti untuk tidak menulis di wall fb Danish. Tapi tengok sekarang siapa yang give up cintanya? Sedangkan Melody mean no harm to anybody. Dalam masa yang sangat singkat, anything can happen.

Kita yang merancang, Tuhan yang menentukan. Bukan kuasa kita untuk menunjuk siapa salah. Tapi, sahabat Danish sudah tentu menyalahkan Siti, sebab, mestilah backup member kan?? Dan pasti kawan Siti pula menyalahkan Danish, backup member la katakan. Normal.

But everything happen for a reason. Mungkin ada perempuan yang lagi hebat di luar sana buat Danish. Alah, ikut kata hati jahatku, apa la juga Siti tu. Bukan Siti Nurhaliza pun! Gagagagagaga.

Bye kawan-kawan. Siapa baca sehingga akhirnya memang batu! (rock!)

Love,
Cinoi xo


p/s: Get an iPHone here


Saturday, August 28, 2010

bye bintulu.hai KK.

hari ini adalah antara hari yang terberat aku pernah hadapi. semalaman tak tidur langsung semalam, seawal pagi sudah mandi dan menyiapkan bagasi-bagasi. aku nak ambil gambar bagasi-bagasi aku,tapi malasla pula menambahkan kenangan.

sendiri-sendiri di rumah lagi sudah menangis. salam housemate dan nangis. P sampai, bawa masuk bagasi dalam kereta- aku nangis lagi tengok barang-barang aku suma masuk dalam kereta.

nekad singgah di rumah dia, S,untuk berjumpa sekejap pun tidak mengapa,untuk lihat dia salam dia dan peluk dia.baru sampai rumah dia airmata aku dah jadi deras macam ala-ala air terjun gunung ledang.

lepas tu terus ke airport Bintulu,airmata tak berhenti mencurah-curah le ladang gandum pipi.

MH 3240 0910hrs aku tiba-tiba bertindak tak nak masuk pintu departure hahahahhambekkau P tekejut! P mestilah terkejut dengan tindakan aku yang luarbiasa ini, amat baru bagi dia,mungkin pertama kali dia jumpa manusia pelik macam aku. Sudah lah awal-awal pagi tak pasal-pasal menangis,tengok bagasi masuk dalam kereta pun nangis.astaga Cinoi bawa-bawak la mengucap, culture shock orang tengok.

aku nak abmil gambar boarding pass,gambar awan dari pandangan tingkap kapal terbang, gambar airport,tapi semua niat mengambil gambar aku batalkan, sebab tak mahu simpan banyak sangat kenangan.

otak aku serabut sangat.sudah take-off masih lagi memikirkan perkara yang ditinggalkan di belakang. suara tangisan bayi dalam flight lebih tenang rasanya daripada keserabutan otak aku.aku harap baby tu tak berhenti menangis, supaya aku lupa sekejap apa yang ada  dalam otak aku.

Untuk semuanya, aku anggap ia part of the journey of my life. aku cuba bawa bertenang saja. untuk orang yang kacau aku walaupun aku tidak kacau dia,jaga tepi kain aku walhal dia langsung tak kenal aku,hanya tahu CINOI saja,bercakap dengan aku pun tak pernah tapi dia yang lebih-lebih jaga tepi kain aku, untuk semuanya yang berlaku, bagi aku it was part of the journey of my life.mulut manusia tak dapat la aku tutup,mulut tempayan boleh la tutup. kamu ingat kamu mampu mempengaruhi hidup aku? hehe.penat saja mulut kamu,ada aku kesah.aku akan fikir yang ke depan dan seterusnya sahaja.mungkin la aku kesah sikit yalah mengata aku walhal tak kenal pun,tapi tetap juga tidak dapat menghalang aku,sorry to say.  bawa la mulut macam mana pun, cinoi tetap cinoi. harap bertahan dan kebal saja la mulut kamu tu ya,usaha lebih sikit kalau nak mempengaruhi hidup aku.

goodbye Bintulu for now. hai KK, Cinoi is back.

sekarang saya harus mula mencari cebisan Cinoi yang hilang akibat pencemaran mulut tempayan dan penjagaan tepi kain Cinoi yang berlebihan oleh orang-orang yang kurang perhatian dan kurang aktiviti hidup selain menjaga tepi kain orang.

di mana Cinoi?

 

di KK la! and in needing of her happy gas.

 

Love,

Cinoi xo

friend is someone that walks in when the rest of the world walks out

Don't judge, you never know what a person's story is. Leave that to God –“Julie Vimal Panicker FB”

d last thing i want in dis world is to hav people misjudged me. but i never bother explain things ive done or wud hav done. why bother? just shrugged it off. yeah, im bad. sue me - “Daeng Andi Galuh FB”

Thursday, May 27, 2010

tolong la civilize sikit.

civilize (also civilise)

(aku tak reti sangat baca kamus, tapi ini yang dia bagi..so taktau mahu pakai civilise atau civilize hehe)

civilize (also civilise)
· v.
1 [usu. as adj. civilized] bring to an advanced stage of social development.
2 [as adj. civilized] polite and good-mannered.
– DERIVATIVES civilizable adj. civilizer n.

 

ok. begini ceritanya. tadi lunch d McD Shell Likas. lepas lunch, mau balik office, mau masuk dalam kereta, kaki sebelah sudah melangkah masuk, rupanya sudah terpijak CHEWING GUM.

dan bila kaki sebelah sudah terangkat, dan kaki sebelah lagi menyusuli maka kedua-dua kaki adalah berdekatan antara satu sama lain, dan CHEWING GAM yang terpijak oleh kaki kanan, melekat di seluar kaki kiri. seluar jeans levi’s saya ya tuan tuan dan puan puan, yang mana saya bukannya banyak duit mau beli levi’s sebulan sekali!!! hanya sekali sekala sahaja!!  lekatan chewing gum yang terpijak adalah banyak, tebal, panjang, dan melingkar di sekeliling seluar!

memang !#$%%^+0-&*() . (eh??napa tak boleh maki ni)

ok saya cuba sekali lagi. memang !)(`*&^%$#!~ la orang yang buang merata tuh (ehh asal nak maki je tak boleh)

takpalah tak dapat maki sini, actually tadi saya sudah maki on the spot di tempat kejadian, boleh rujuk dengan Nisham ya makian tersebut, sebab Nisham ada di tempat kejadian bersama saya.

ok. macam ni wa ajar lu.

CARA-CARA MAKAN CHEWING GUM

kalau kau makan Chewing Gum, kulit dia, i mean pembalut dia tu, kau letak dalam poket kau kah, beg kau kah. lepas habis kau kunyah-kunyah tuuu, kau ambil tu pembalut tadi, buang dalam tu, bungkus kemas-kemas dan buang ke dalam tong sampah! palui!

aku harap orang yang buang Chewing Gum di McD Shell Likas, tengahari tadi, di antara pagi hingga 2:00 PM, di parking belakang, betul-betul dekat kaunter drive tru McD tu, adalah akan terbaca blog ini. aku harap kau baca ni palui!

bye!

semoga kau cepat sedar dari kepaluian mu.

 

mangsa-chewing-gum

Cinoi

Wednesday, March 17, 2010

enter a post title

hahaha.

(ok gila sendiri intro ketawa sendiri)

kemarin Cinoi ada blogging dekat wordpress dia.

http://cinoiqilavigne.wordpress.com/

yang pasal apa terjadi sejak 22January 2010, pasal kekecohan yang ditimbulkan orang-orang yang tidak bertanggungjawab. soo kalau mahu passwordnya, boleh terus minta dengan Cinoi sendiri, ym atau fb atau SMS atau apa-apa la. okey??

and urm kalau ada sesiapa ingin minta maaf, bukan melalui chatbox blog ini ok. i want u guys to blog it out in your blog, minta maaf secara terbuka, kalau tak reti sangat nanti aku bagi format meminta maaf. hahahahaha. and tak payah la nak suruh aku cool ka chill ka, tak payah nak ajar aku la, kau uruskan diri kau sendiri, kau nak mitna maaf ka, nak mengaku semua apa yang kau buat ka, tapi jangan nak campur pasal aku, tak payah nak suruh-suruh aku. rude gila kau.

and urm kalau ada yang tertanya-tanya, kenapa entry di blogspot ni ada juga di wordpress tu, sebab wordpress tu untuk backup. i pernah dengar ura-ura mengatakan blogspot ni pandai jadi bengong hilang entry kau semua adoiii sayangnya kalau begitu. so i open a wordpress blog, and i import semua isi blog dari sini. just in case ;p tapi macam agak redundant kan. layan jak la.

tu saja la. bye sayang.

Love,

Cinoi xo

Friday, February 26, 2010

Better remain silent, better not even think, if you are not prepared to act

heyyy..haii hahahaha (am excited about something)

kamu penat tak? penat?

ok kita terus ke tujuan asal.begini situasinya ok, kalau Cinoi diam, bukan bermakna Cinoi takut.
ok la, random fact pasal Cinoi, dia takut Tuhan, dan seterusnya dia takut daddy dia saja.
so lain-lain jangan berangan nak ditakuti oleh Cinoi. boleh dapatkan testimonial daripada kawan-kawan cinoi yang sudah bersama lebih 12tahun, ataupun yang baru bersama, kurang dari 4 tahun. kalau yang setakat kenal begitu-gitu saja, jangan cakap kau nak kenal Cinoi, you knows nothing! nothing.

kemungkinan sebab-sebab Cinoi diam:-

  1. diam mungkin jawapan terbaik untuk orang bodoh. yalah kalau Cinoi cakap pun, orang bodoh tak mungkin faham. baik Cinoi diam.
  2. diam ialah sumber kekuatan yang hebat (Lao Tzu yang cakap)
  3. Cinoi tak tahu nak menjawab atau melayan perkara bodoh macam tu, sebab terlalu rendah untuk Cinoi capai di bawah tu. rendah sangat akal nya.
  4. Cinoi sangat busy dengan life nya yang happening, sangat-sangat busy, banyak perkara yang perlu dilayankan, difokuskan, dikerjakan, dienjoykan berbanding dengan perkara bodoh kamu yang hari-hari kamu serang bertubi-tubi kamu tiada life ke weyh. serius Cinoi busy, betul-betul tiada masa terluang untuk semua bodoh kamu tu. sekarang mungkin masanya.
  5. atau yang paling penting untuk kau take note, Cinoi mungkin ada rancangan yang lebih hebat lagi, kau ingat Cinoi nak diam kalau orang kacau dia. treetttt!! you are wrong ;)

wise men are not always silent, but they know when to be.

kau cakap Cinoi terkedu?? hakhakhak. ok itu sedikit kelakar sebab kelihatannya kau bersungguh-sungguh sangat untuk Cinoi. Cinoi hanya akan terkedu kalau ada lelaki yang kacak kata "hey beautiful, i like u a lot" dekat dia. awwwww. ahh. terkedu saya. dan mencair seperti coklat cair. seperti M&M cair di mulut bukan di tangan. sepeti terbang di awang-awangan. flying high. hahaha. ok dah keluar topik sangat.

ok berbalik ke cerita asal.

macam ini la senang cerita.

kalau nak komen dekat blog Cinoi, jangan la anonymous, pakai nama sendiri la, kalau ada nama la, buruk-buruk pon nama kau, tetap ada nama kan, kalau kau berani la nak pakai nama kau seberani kau berkurang ajar (sebab kau cakap Cinoi takut sangat kan, jadi kalau kau berani pakai nama dan profile sendiri ogeyyy)

kalau nak komen, jangan kurang ajar, kalau boleh jangan keluar topik, sebab aku blog pasal lain, pasal lain pula kau komen, kalau kau tu geng-geng aku, BFF aku yang biasa bergurau senda tidak mengapalah, kes sebegitu dibenarkan keluar topik, tapi kau, ntah la, sangat kesian sebab aku tak tahu kau komen apa, kau nak cakap apa hah. yang aku tahu itu kurang ajar untuk dibuat di blog untuk orang kau tidak kenali, dan tidak kenal kau pun. sangat pathetic kau kesian. get a life la weyhh!

oleh itu macam ni la, aku bagi peluang, meminta maaf, dan memperkenalkan diri secara elok, sama ada secara terbuka dalam blog ni di mana-mana ruangan komen, atau (kalau kau dah malu sangat) boleh terus emailkan ke email Cinoi. aku bagi masa sampai malam ini. sebab kau sudah keterlaluan sangat. and sebab hari ini Maulidur Rasul, mungkin Cinoi agak mudah memberi kemaafan kalau kau nak minta maaf hari ini.

tapi Cinoi tidak memaksa. kalau kamu enggan, tidak mengapa ;)

kau nak main kasar sangat kan. jom! (sebenarnya Cinoi malas dah kecoh-kecoh begini, so yesterday ok, tapi tak kan la orang buang tahi dekat rumah kita diam-diam saja kan. big NO)

lets gaga!

ingat ya, sampai malam ini ;) lepas tu Cinoi mahu ber ra ra ra ra ra ramma ma ma ah ga ga uh la laa~

Love,

Cinoi xo

Sunday, January 31, 2010

pending updates

i’ve been busy lately, with works, family, facebook, love[s], and friends, sounds like everything except this blog. yaaa. sorry for those who have been waiting eagerly for updates here *wink wink. but still you guys get updates from me in facebook and twitter aite? iam going to list down the pending updates here (it will work as a checklist for me), some of’em are in d drafts. ok. lets see.

  1. Acen & Qid n d geng visited KK (ok this was 2weeks ago hahaha nampak sangat malas update, tapi saya mesti akan update pasal ini, mesti, janji janji)
  2. Mimi and me and the wedding preparation, the project and the everything-about-wedding. (haha yon mesti kau terus nervous kan?kan?)
  3. Congratulation post to Po (kesinambungan pemergian Po ke kl yang ini –> http://cinoibeetlesv.blogspot.com/2010/01/hot-water.html )
  4. How iam worry if my friends doesn’t update their facebook status (hahaha i drafted this)
  5. itu saja mungkin.

hehe. i tot banyak gila kot nak update, bila list down itu saja rupanya. ok. (itu saja konon, itu saja pon belum lagi update update uu) feels like so many things in my head, so have to sort out everything. itu saja kot. kalau ikut nak cerita semua, satu hari 2kali update kot, my life is full of colours and love kan,unlike some people, full of hatred. bye bye.

p/s- mekaseh sume sebab memeriahkan rumah saya.

p/s – nice try but too bad, i dont give a damn of what people say like u give a damn what i say/write. thanks for giving a damn.

p/s/s – do i have to label “sarcasm” at every line of mine if im being sarcastic? because some people just don’t understand and even speculate.

p/s/s/s – yes sekarang perlu habiskan tonton leverage and one tree hill. ala aza, please give the copy of GLEE to Po, nanti dia datang balik sini kan. ai mau la sayang. thanks.

p/s/s/s/s - aku selalu meyakinkan diri sendiri bahawa manusia itu indah. tolong jangan rosakkan itu.

Love,

Cinoi

Friday, January 22, 2010

sebab aku tak cool macam kau

notakakitangan: sila baca dengan intonasi lemah lembut dan sedikit gelak-gelak sinis. sebab saya menulis dalam keadaan tersebut. hahahaha

saya tahu. saya tidak se’cool engkau. saya tidak cantik, saya hitam, muka saya banyak flaw. saya juga kurus dan panjang pula. saya tiada baju cantik-cantik macam engkau, harta macam engkau. saya tidak putih macam engkau. muka saya pun tidak artis macam engkau. saya biasa-biasa saja.

tengok lah, blog saya pun tiada hias-hias cantik sangat macam blog engkau. takda ramai orang datang sangat macam blog engkau. engkaukan cakap engkau terlalu cool untuk..ermm..untuk..erm sudah lupa. tapi kau memang pernah mention kan engkau terlalu cool untuk sesuatu itu. tapi kenapa engkau masih datang sini juga. saya tidak se’cool engkau.

saya tahu tempat ni public, tapi saya tidak tahu kenapa saya tidak suka engkau datang sini, mahupun konco-konco engkau. saya tidak suka. ya, saya jenis orang yang tidak kisah. tapi saya tidak suka engkau atau konco-konco engkau datang sini lihat-lihat. mungkin sebab saya tidak cool. ya, saya tidak cukup cool untuk menyukai kedatangan engkau ke sini. so jangan datang lagi sini. dan buat-buat macam engkau kenal saya sangat. maaf engkau dan konco-konco silap kalau kamu rasa kamu kenal saya atau kawan saya, kehidupan kami lebih besar dari yang engkau lihat di blog kami. penuh cinta dan kasih sayang. kau dan konco-konco kau, jangan datang sini lagi. dan blog kawan saya juga! jangan ya. bye.

oh ya, dan lagi satu, jangan suka jadi pentiru. poser. dan sebenarnya ok saja kalau lihat gambar engkau yang bertudung tu, tapi bila sudah tahu apa yang keluar dari mulut engkau, penulisan engkau, gambar engkau bertudung tu terus saya lihat bertukar menjadi sesuatu yang sangat tiada seri. pathetic.

ingat ya, blog kawan saya juga, jangan engkau ganggu. sekarang engkau sudah jadi seperti orang yang tiada jiwa. jiwa sendri. hehe. tapi kadang –kadang engkau juga boleh jadi sangat lucu. tergeletek hati kami. hihihih.

bye!

dari kami yang hatinya tergeletek.

C & S

Wednesday, January 20, 2010

hai stalker ;)

having fun in here, do ya?

ihik. kihkihkih. haish. lalalala

Yang Benar,

Cinoi

Monday, December 21, 2009

cakap la dengan saya. ada beran?

me haha

hai. hehe. sengaja tepek muka saya besar-besar di sini. biar kamu nampak saya. lama sudah tidak letak gambar sendiri di sini (oh biasa, saya memang self obsessed)

oh oh previous post saya pasal facebook kan. tak habis-habis pun lagi saya buat cleaning (untuk yang sudah ter-approved) and yang masih pending friends request meningkat kepada 90. (entry ini mungkin sedikit ada bersangkut paut dengan previous entry ya)

sekarang berkenaan blog. iya. hari tu (tak ingat bila lama sudah kot) saya cek TRAFFIC cinoibeetlesv. and someone arrived from this one link (which i won’t mention the link here) in my blog. which means, terdapat url blog saya di link kan dari blog tersebut kan.

tapi seingat saya, no one from the blog say hai to me, to tell me she/he link my blog in her/his blog. i do not know who is the owner of the blog who linked my url. daaa. i know my blog status is PUBLIC, but please, give some respect. atleast say hai ke apa ke, just to tell me that u wanted to put my blog url on your blog. simple saja maaa. i was about to sound direct dekat orang tu, when a week later she said “hai” in my chatbox. ok, dah tak jadi marah, walaupun dia lambat cakap hai dekat chatbox. ok enough pasal tu.

as mentioned in previous post, banyak facebook friend request yang saya tidak approved kan. well, lucky me iam doing the right thing. because i just happened to know that someone wanted to add me in their facebook friend list just to get near my friend and hurt my friend. well done. dekat kawan aku kau boleh la buat kan, sebab dia lembut, senang kau nak perkotak-katikkan, senang kau nak sentuh jiwa dia, dan rosakkan. cakap dengan aku la kalau berani. aku memang sudah agak dari awal lagi since kawan aku cakap dekat aku. walaupun aku tidak setuju dengan tindakan kawan aku, tapi itu keputusan dia, aku respect, tapi dengan mudah kau nak ganggu. apa niat kau sebenarnya?

sekarang aku sudah tidak pasti seseorang memang ikhlas nak berkawan ke tak add dekat facebook tu. aku juga tak berapa pasti sesorang betul-betul suka baca blog aku atau pun sebab nak dekat dengan territory aku saja. hati orang tiada siapa tahu. mungkin niat dia bagus. bagus untuk diri dia, tapi kerosakan untuk orang lain. tapi mungkin ada hikmahnya juga tindakan tu (aku harap-harap la ada hikmahnya, and baik untuk semua) memang susah untuk trust orang sekarang ni. ssah mau cari yang benar-benar ikhlas.

aku tidak marah pun. aku just hendak tahu, sejauh mana dia ingin pergi. apa niat/tujuan dia sebenarnya, nak berbuat baik? tiba-tiba? kalau aku jadi member aku tu memang aku bolayan saja. macam ni “aku tanak dengar apa-apa la dari kau. cakap la apa saja kau nak cakap pun. i dont give a damn, u can have what u want” aku harap kalau lah begitu mudah untuk kawan aku kan. sebab dari awal niat dia macam dah tak betul saja. kalau nak cakap ka apa ka, tapayahla nak add semua segala bagai, send saja message. tak susah pun. banyak cara selain berpura-pura ingin jadi kawan. haish. dia sudah mencemarkan perkataan KAWAN itu sendiri.

and untuk member aku tu, if there any word i can utter to ease ur pain. 1 thing for sure, when u’re crying, i’ll be there crying together with you. and untuk orang yang buat taik dengan member aku, try la cakap dengan aku kalau kamu ada berani. mudah kan.

sekarang sudah mahu habis 2009, ramai yang sedang melihat apa pencapaian sepanjang 2009 ni. mari la kita lihat sama-sama sebelum beranjak ke 2010. manatau ada yang boleh dijadikan panduan, jadikan sempadan, jadikan kebanggaan, apa-apa pun.

(haha.perenggan terakhir di atas tiba-tiba off topic whatever)

p/s: eh by the way, kalau kamu baca ni, my friend said she've moved on! kalo kau tak faham, maksudnya she don't give a damn anymore.

Love,

CInoiqilavigne

Saturday, September 5, 2009

siapa kau nak tentukan perayaan apa aku sambut, seolah-olah menentukan apa agama aku (kwn2, ask me for password,saya akan terus bagi)

kisah seorang isteri orang yang mensebok di page fb ex-bf nya.
klik bawah ini

Friday, July 3, 2009

skill SALAH NUMBER sudah lapuk la wei. cant believe some people still using the old lame trick/skill.

kemarin, fon aku didatangi panggilan bodoh.
ada 2 cerita.2 stranger yang call.

stranger 1. lelaki.
kononnya dia nak kol kawan dia, and lupa number kawan dia 012 or 017 (number aku 017).
so, dah aku jawab, and aku bukan kawan dia, means dia salah number la kan. tapi tak sudah sudah lagi dia becakap. ni part of the conversation.

lelaki bodoh: ni kat mana?
aku: sabah.
lelaki bodoh: sabah?jauhnya.tipu la, macam kat KB je ni.

ha ha ha. macam mana dia tau bunyi suara aku macam di KB?? kota bharu?? apa bikin aku di sana oh. dah aku cakap bukan tu, bukan la. lagi mau tanya. (slang cakap dia macam ala2 pantai timur ok)

aku : sekarang ni siapa yang mau tnya ni, aku ka ko? kalo ko rasa ni di KB, ko xyah la tnya ni kat mana!
lelaki bodoh: oh. sory.mungkin saya salah number.
aku: memang pon ko salah number! aku dh cakap tadi kan!

hours later, dia kol lagi. aku tak jawab. few hours later, dia kol lagi. aku jawab.

lelaki bodoh: ni siapa?
aku: huh??ko tu siapa?ko salah number la.aku tak kenal ko.
lelaki bodoh: kalau camtu, jom la kita bekenalan.

!#$%^&* it was so lame ok!

aku: saya takmau berkenalan. bye!
lelaki bodoh: awak ni sombong la. bekenalan pun takmau ke.
aku: suka hati aku la apa aku mau, apa aku tak mau. eeeeee. aku banyak kerja la ni, bukan macam ko, takda kerja
lelaki bodoh: ala......

terus tak dengar suara dia lepas tu, sebab aku hang up d fon.
then dia kol lagi like few hundred times, aku tak jawab.then datang text message

"bagi la saya bercakap dgn awak"

ha ha ha!! bodoh! lawak of the day.
by the way, kawan-kawan, ni number fon dia
013 - 767 ****
(aku rasa macam nak bagi je full number dia, if ada request, tell me ok! i bagi u all his stupid number)

*****************************************

stranger 2. perempuan.

fon aku bunyi. number yang terpapar di skrin
012-700 ****

aku: hello
perempuan itu: sory. salah number.

n dia terus hang up d fon.
peliknya! macam mana dia tau dia salah number dengan hanya mendengar HELLO aku. aku terus suspicious ok.
1 saja kemungkinan, maybe dia nak kol lelaki, suara aku perempuan (obviously) hahaha, so dia hang up the fon. but what if dia betol, i mean, what if i yang tolong jawabkan fon lelaki itu, how can she be sure? she should atleast ask anything. n now, aku memang yakin, ada sesuatu. tapi apa? aku pun taktau.ha ha. tapi im sure its not a normal salah-number punya situasi. weird!

*****************************************
hmm. macam-macam la orang sekarang ni. ikutkan hati baran aku, mau aku maki saja lelaki bodoh di atas. tapi konon aku ingin bertindak bijak dan cool, no maki2. ha ha ha. baik sangat la aku konon. dah la kemarin, hari memang panas di luar. sangat-sangat. benci. dalam panas, luar panas. earth is not suppose to be hotter than i am! bye! *wink wink*

xoxo,
cinoiqilavigne


how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....