Showing posts with label BFF. Show all posts
Showing posts with label BFF. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Triple Celebration

 

18 August is harijadi suami ku bukan jururawat.

I cakap dengan dia, mahu buat makan-makan kecil on 19th, jemput few people sempena raya. Ya la mau rasa raya di rumah di sini KK kan. Jemput sikit ja sebab rumah kita tak muat reramai orang, condo apartment katanya kan. Kakakku satu family, adik-adik Jay, kawan terdekat and coach Herbalife. Aku jemput juga kawan sama universiti dulu si Herizal sebab kesian dia berjauhan dengan istri dan anak di semenanjung muehehehe.

jamuan raya coach herbalife kota kinabalu

 

Little that my husband know that istrinya plan sekali kejutan harijadinya dan sekali harung la sambut rasa kesyukuran untuk ulangtahun perkahwinan ke dua tahun (25 August). Mihmihmih.

kek harijadi kakkiahcakehouse kotakinabalu*jatuh tergolek pula dumbell ni hah*

 

jamuan raya coach herbalife kota kinabalu 2

Makanan pun separuh jenis ja aku masak, yang lain order, macam kolupis and satay tu aku order orang ja. Kek aku order kakkiahcakehouse.

 

Alhamdulillah. InsyaAllah raya haji aku buat lagi makan makan kecil, jemput orang yang tak datang haritu pula. Ha ha ha ganti-ganti giteww.

Aku tinggalkan kamu dengan gambar tuan tanah. Mudahan tilljannah. Dan dikurniakan kesihatan yang baik dan anak ramai. Amin.

ulangtahun perkahwinan coach herbalife kota kinabalu

 

MARRIAGE IS GETTING TO HAVE A SLEEP OVER WITH YOUR BESTFRIEND, EVERY SINGLE NIGHT OF THE WEEK

 

Love,

Cinoi xo

Thursday, March 27, 2014

Spectacular 2014 !!!

 

Officially haritu Spectacular Herbalife Malaysia 10-12th January. Tapi aku berada di Kuala Lumpur from 8th – 14th January, biasa lah aku mesti overrr giteww. Spectacular ni acara tahunan Herbalife Malaysida serta 91 negara lain yang ada Herbalife, buat lah di negara masing-masing ye. Event ni, dia bagi higher training on the products and marketing plan, and sharing stories and testimonials product and business ramai orang. 8000 juga orang yang hadir.IMG_7443

Alhamdulillah, tahun ini aku suami isteri bawa bersama 8 orang team d bawah kami. Berbanding last year – 1 orang.

Training yang best dari Hemang Pandit from India, suda lebih 12 tahun in the business, asalnya orang biasa sahaja. IMG_7465Dapat training dari Edgar Balbas from Venezuela, yang hensem sangat awww. Sudah lebih 20 tahun in the business, latar belakang Electrical Engineering.IMG_7489 Dan dapat training nutrition dari salah seorang Doctor dari HERBALIFE ADVISORY BOARD – Dr. Medina Rocio, a very powerful teacher in nutrition, IMG_7804Alhamdulillah dapat peluang berguru dengan dia, she lead by example, badan masih fit kulit cantik dan buat triathlon di usia lebih 40 tahun, aku mahu macam tu la nanti, fit sahaja lebih mudah beribadah.IMG_7803

 

Kenangan manis SPECTACULAR 2014 #1
Graduation of FRESHMAN CLASS OF 2014

IMG_7514Bestnya konvo sama suami. Stayaq kata Atiqah.

 

Kenangan manis SPECTACULAR 2014 #2
Jalan kaki dengan my baby team dari hotel ke MIECC
heheh dekat je sebnaqnya, kereta kakak pun ai ada bawa tapi hari tu spesel, kereta tinggal park di hotel, jalan kaki untuk pengalaman dan kenangan #bonding katanya

IMG_7605

Kenangan manis SPECTACULAR 2014 #3
Huha dalam dewan dengan our team, membawa 8 orang kali ini, sweet sangat. Semoga mereka semua beroleh manfaat dan pengalaman baru dari event ini.

IMG_7622IMG_7718

Susah sebenarnya dapatkan satu gambar yang semua orang hadir di dalamnya.

IMG_8016

 

Kenangan manis SPECTACULAR 2014 #4

Naik pentas spectacular untuk recognition penerima jam tangan edisi terhad (limited edition) Herbalife. Dapat bunga yuuuu wuuuwuwuwuwu.

IMG_8023

 

 

Ramai sangat orang kami jumpa selama tiga haari tu, Herbalifers seluruh Malaysia termasuk la President Team Eric Depp ni suami Nurul Wahab.IMG_7675

Yang ini President Team Arcelona dari Indonesia. GenH juga ni (umur bawah 30) pernah juga aku cerita pasal dia d entry yang sebelum-sebelum ini

IMG_7491

IMG_7642IMG_7518IMG_7975

Jumpa lagi di SPECTACULAR tahun depan.

 

*******Alhamdulillah we’ve been educate about Herbalife from the right people.

*******We’ve met people who has been using Herbalife for more than 20 and 30 years, I’ll have my confidence of the roof top InsyaAllah. That is why it is important to Qualify and Attend events such as this, because you will have the chance to meet the legend.

Benda jadi simple kalau kita ada ilmu. Bukan ilmu internet semata-mata. Tapi ilmu yang kia dig live dengan usaha, mata, telinga dan tubuh yang minum shake. (Amalina Peter, 2013)

 

May Allah bless us all.

Thursday, June 14, 2012

Dewi Remaja Sisters

 

Eh? Ha, yes. last month, macam 23rd May 2012, I’ve met my long-time-no-see friend, who is once a Dewi remaja finalist too. Dia lah the DewiRemaja obviously not me HA HA. Batch Scha Al-Yahya. Ismawati.

dewi remaja sisters batch scha al yahya 4From left: DK, Cinoi, Isma, (the baby girl on my lap is Hana, Isma’s daughter)

Picture below, from left: DK, Isma, Me (di Open Netball USM Penang)sports 2

Last berjumpa rasanya masa konvo tahun 2008 kot. Lama gila. Isma kahwin di Kuching pun aku tak attend, masa tu tahun 2008 kot, baru bertapak, duit pun tabanyak untuk fly sana sini. (Heh, macam la sekarang duit banyak sangat). Then bila jumpa lagi dia ada dua anak, Hana, and 1 lagi coming, dalam perut masih. How awesome kan.

Si DK ni memang orang KK, dulu dia sempat kerja di Cotton On 1Borneo, dan masa tu lah aku banyak buat pemborongan, dan pemborosandewi remaja sisters batch scha al yahyadewi remaja sisters batch scha al yahya 2dewi remaja sisters batch scha al yahya 3Masa jumpa dia rasa nak menangis wa cakap lu. Tapi kami masih bising seperti biasa. Walaupun sekejap sahaja berjumpa hari tu, banyak isu berjaya kami kupaskan, dan sempat mengenang memori lama dan mentertawakan diri masing-masing. Aku sempat juga tumpang glamour dia sikit-sikit, time issue majalah Remaja turn dia, ada gambar aktiviti seharian dewi, adalah kami photoshoot main bola jaring dan masuk majalah, nampak lah juga sikit bahagian bontot dan tangan aku pegang bolahahaha.

Aku tinggalkan kamu dengan gambar zaman U kami. Masa muda-muda dolu. Ah rindunyaaaa.

sports 5 sports 1 sports 3 sports 4

Oklah Bai. Sorry tiada cerita tentang the so called DewiRemajaSisters yang bergaduh tu hahahaha. Maafkan saya penunggu gua.

Bye lah bye.

 

Love,

Cinoi xo

KLIK DI SINI UNTUK DAPATKAN TAWARAN HEBAT PREMIUM BEAUTIFUL KORSET DARI cinoi.com

Monday, June 11, 2012

Nisham & Mira Wedding Reception 9/6/12, Tawau

 

Jadi haritu on the 9th of June, Saturday I was in Tawau attending bestfriend wedding reception. Yang bestnya masa tu rasa macam reunion, jumpa balik kawan-kawan yang lama tajumpa. Yang tabestnya is masih ramai yang tasempat berbual mesra dan panjang, too bad. And Mona pun tadapat attend sebab jaga anakbuah nya yang kena admit di hospital. Mari tengok sedikit sebanyak gegambar yang aku ada.

Nah aku kasi gambar Llew and Joyah untuk mengubat kerinduan kamu. Joyah due dalam end of July katanya. Berseri seri muka mama ni kan.nisham wedding reception 1Baju beli di Karamunsing, black lace dress only RM39 after less. Mix and match seja dengan kain batik. Kain batik sarong tu belong to my sister. Rantai bentuk reben baru beli di Eastern Tawau. Di dalamnya of course lah aku pakai KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Below is cinoi.com with Aisyah, our former class mate masa di UTHM, she was also pengapit Mira masa majlis di Kuching. Last jumpa dia 2008 kot masa final year. Kurus dah kitak eh.nisham wedding reception 2

Yang lain-lain gegambar tiada dalam camera ai lah. Llew ada banyak gambar. Sebok berbual seja aku sampai tak ter snap snap camera. Rasa-rasanya kalau ke mana-mana macam perlu saja bawa personal photographer (uuu over youuuu)

Below is sedikit suasana dewan yang dapat aku capture.nisham wedding reception 6

Despite all the chinese wordings here and there (it is a dewan cina after all), I still love the dewan sebab nampak cantik dan elegant. Pintu kaca and the lighting bikin cun! Like like!

Gambar seterusnya ialah seperti biasa, group photonisham wedding reception 3

From left is Mohan and girlfriend, next is Rosman and gf (mohan & rosman is our kawan matrik and UTHM), sebelah kanan Jay is Pele, kiri is Taqeem semua lama tajumpa. Red kemeja is Sabri yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama yang baru lahir on the very day, tapi dia masih sempat attend, next to him is Shamree.

Sebelah kanan, atas, red shirt is Emmo yang sekarang polis lamanya tajumpa, bawahnya purple kemeja Jusri yang datang bersama gf (tiada dalam gambar), bawah lagi Llew, next to her is Amy Melissa & husband & son. Tengah tu si Po siapalah takenal. Congrats Po sebab akhirnya memilih Herbalife, good luck!

Lupa gambar hadiah dari Cinoi and Jay (heh, sebok je) sebab i like sangat-sangat wrapper yang Jay pilih, sweet!, and sempat bagi kiriman solo dari my parents and Jay parents, tapi lupa bagi hadiah dari Kak Nani. Sorrylah rushing rushing. Hadiah tu nanti di pass.

Selamat pengantin baru Mira and Nisham. Good luck!! HAHAAHAHAH. Hingga akhir hayat ya.

Who’s next?

nisham wedding reception 4

 

  Gambar dorang di banting tu ialah semasa majlis nikah haritu. Laju je kan siap bunting tu.nisham wedding reception 5 

Gambar di atas tajelas kan rantai baru tu. Nah gambar lagi satu, after the wedding, after cuci mekap dan mengembalikan semula fringe yang entahapahapa tu ke kedudukan asal, nanti malam aku gunting sendiri tu, kena repair sikit lah sebab orang tu buat buruk je lempang kang! Tunjuk rantai sebenarnya. Heh. la bai. Assalamualaikum.

253279_10150873570132916_32041313_n

Love,

Cinoi xo


Tuesday, January 17, 2012

Di Setiap Gambar Ada Lagu

Cerita serupa sudah di diceritakan di sini

Kamu tahu apa yang bikin seronok berkaraoke with your old friends.

Lagu baru datang dan pergi, tapi tetap ada satu lagu yang tidak akan bertumbuh tua. There is one song that will never grow old walau macam mana pun. Dan bila menyanyi lagu itu seperti ada suatu aura, macam tiba-tiba datang superpower. Macam teruja yang something. Astaghfirullah.
Ketika nyanyi lagu yang satu itu, mesti ada kebolehan melompat sambil menyanyi, sambil menunjuk sambil menjerti untuk share mic.

Lagu itu ialah Melompat Lebih Tinggibff3Bersama kita bagai hutan dan hujan, Aku ada kerna kau tetap setiaaa, aaa, aaa

Percayalah itu lirik lagu yang sedang berkumandang dalam gambar di atas.

bff5

Kamu nampak kebolehan menunjuk sambil menyanyi di atas. See see, aku terpaksa letak watermark di muka untuk cover how excited we are, it shows.

I hope our friendship will be as strong as this song. And will never grow old, just grow mature. Cewah.

bff1bff6

Aku tinggalkan kamu dengan gambar favourite aku dalam banyak-banyak gambar malam tu. Ona cakap macam gambar budak-budak baru mau up!

bff4

Cuba bayangkan, 5 tahun dari sekarang, di belakang 4 orang di atas tu, ada 5 orang budak kecil berlari-lari. Masing-masing bawa sorang anak, Ona bawa dua. InsyaAllah.

OKBYE.

Love,

Cinoi xo

Sunday, January 8, 2012

Girls Day Out!

 

 

And so it happened. Kebetulan Sheila balik KK with Ariana (yang tutup muka dalam gambar tu), kami planned a meet-up yang santai-santai sahaja. Bulan tua.

girls day out 1

Sheila and Aza first time jumpa Azmah, while Azmah sudah 2nd time jumpa aku & Aci. dan Ona telah jumpa kesemua di atas berkali-kali. Eh aku pun tidak tahu apa motif aku tulis kesemua di atas. Tapi begitulah lebih kurang kami connected with each other. Walaupun kita tidak berjumpa setiap hari, tapi dengan adanya internet di hujung jari, aku rasa macam kami sama-sama setiap hari, dari waktu kerja ke waktu shopping, dan waktu-waktu lainnya, we share. Thanks twitter!!

Meet-up adalah dalam masa yang singkat, tapi sungguh bermakna. Ecewah. We should do this more, in the future. Dan mungkin dengan aktiviti yang lebih berat lagi.

1

Itu sejalah. Ehhe. Hilang tune blogging bah lama tidak update. Till next entry!

 

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Aku nda tau lah, Aza memang suka bergambar sambil tutup mata. Ada sesuatu kah di anak mata mu?

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Day 7

 

Salam and good morning hello poeple!

Masa puasa ke 7 haritu, pertama iftar besar-besaran dengan kawan-kawan. Eh sebenarnya minggu lepas ada juga berbuka dengan kawan-kawan di luar iaitu Puan Mimi dan suami, tapi tiada pun dia belog kan. Dia ada ambil gambar lauk pauk kami yang berbagai jenis untuk dihabiskan ;) Kalau berbuka dengan Tunang ni tapayah cakap, hari-hari pun =_=

Ahad, puasa ke 7, kami berbuka di Windbell Seafood Restaurant Tg. Aru. Biarlah gambar bercerita banyak ya.DSC_0011

Muka eksaited mahu sungkai!DSC_0016

Sudah mula telan liur DSC_0019Windbell Seafood KKMakanan yang aku dan tunang ambil, baru 1st round ni.

Part yang best makan steamboat ni ialah part berebut dan berlanggar-langgar siku, makin tambah selera aku! Cuma yang tidak best steamboat Windbell ni, dia tiada tempat untuk bakar-bakar di sekelilingnya. huhu. Kalau tidak, confirm aku ambil kambing duluan! Air bandung adalah provided dan boleh refill sampai pukul 7 sahaja.Windbell Seafood KK 8

Itu dia muka-muka kekenyangan setelah selesai semua. Aku seperti biasa (rujuk gambar), sentiasa ada sesuatu untuk dicakapkan. I wonder, apa lah aku cuba cakap semasa gambar ni di snap. Windbell Seafood KK 6

 

Akhir sekali, saya tinggalkan kamu dengan gambar cinoi.com dan tunang ;)

Aku suka gambar ni ;) spot the ring! spot the ring!DSC_0076 Tapi oleh kerana Encik Tunang dalam keadaan tidak bersedia (selalu pun dia gitu), supaya adil dan saksama, aku bagi lagi 1 gambar lain okey.

DSC_0050Nahh paling azab ni gambar. Lengan ku paling menang la lemaknya. Siap ada kerang ternganga lagi depanku. 

Anyway, makan di tempat di atas cuma around RM25 per pax. Pergi lah cuba.

*More pictures will be uploaded to FB soon.

Ok. Kamu? Di mana berbuka? Share la tempat best berbuka okeyy!

 

Love,

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....