Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Friday, January 24, 2014

FIRST

 

Alhamdulillah, I am finally back here again after my very last post on my birthday on November last year!!! Ohhh myyy blog!

Why is my blog IS lack of post? You will know later after you finish reading this entry.

Bismillahirrahmanirrahim. Before we proceed to 2014, I wanted to capture my achievement and best moment in 2013. Do not worry it will be very very brief.

Early 2013 – January

My very first HERBALIFE SPECTACULAR. Baru ku tahu Herbalife is this big. MasyaAllah.

March – International World Team member RECOGNITION.
This is one of the thing i love about HERBALIFE, the recognition you get after all the hard work.

June – FIRST TIME pergi luar negara. BANGKOK. my best moment, the biggest meeting I have ever had –Herbalife Asia Pacific Country Gathering and meeting.

July – FIRST TIME PUASA sebagai ISTRI, Thank You Allah. It was challenging yet exciting. Macam adventure MOVIE.

August – FIRST TIME hari raya bersama SUAMI siok perasaannya. Bulan yang sama harijadi suami. Bulan yang sama ULANGTAHUN PERTAMA perkahwinan, tapi pada hari anniversary tu kami attend HERBALIFE ZERO TO HERO KOTA KINABALU untuk belajar, yang bestnya aku di pentas untuk jadi MC. Antara pengorbanan terbesar tahun 2013 la itu tidak menyambut anniversary dengan HAVOC, bersusah-susah dahulu supaya boleh bersenang-senang kemudian. Sebenarnya kami sudah booking private suite di KRABI siap bayar lagi. Tapi cancel holiday untuk attend ZTH, because the most important event is the event that you missed. Lepas tu proses refund balik duit booking u memang makan masa k bye. Tapiiii naik pentas ZTH KK pula tu dapat terima anugerah SABAH TOP 10 RECRUITER wewwwooo!!

September – Move in to new place. Exciting. Dengan barang rumah yang tak lengkap, yang penting pindah dulu baru rasa hidup suami istri yang benar-benar macam di rumah. In fact, sampai sekarang pun barang rumah belum lengkap. Tapi masih juga excited. Siok bah macam sudah besar gitu rasanya. Main isteri-isteri. Main masak-masak, hias hias, kemas kemas.

On Sept juga layak Herbalife Dream Team Retreat, my first DTR. Which is di Melaka. Dapat belajar dari Nutritionist Herbalife Malaysia .

 

October – Bulan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Macam roller coaster, naaaaaiiiikkkkkkk tinggiiii (walaupun sekejap) pastuuu turunnn tanpa graviti. It was crazy. Tidak mengapa, Allah sayang, Allah uji, hopefully aku pass. Alhamdulillah ada amazing Mommy sama Daddy. Yang selalu wat lek wat peace je hahaha. Dan ada amazing husband. Syukur juga tahun 2013 ni banyak balik Sandakan lawat Mom n Dad.

Pastu, sekitar masa-masa ini juga lah, perubahan paling besar dalam hidup, BERTUKAR KERJA. Daripada seorang Engineer yang tak berapa terer sangat di company kontraktor swasta terkemuka negeri Sabahhahahaha, kepada seorang FULLTIMER SURIRUMAH HERBALIFE! (Selepas 1tahun 5 bulan buat bisnes Herbalife part time – ada banyak sebab maybe aku akan share nanti di entry berlainan)
Alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan. Kalau satu bahagian kita kurang, Allah bagi lebih di bahagian lain. Minta ja doa banyak-banyak, kalau sudah tekad, no turning back. Aku sudah bakar jambatan tu, tiada lagi boss. Sendiri yang BOSS.
Nahh ini lah sebabnya tiada entry Nov and Dec, bila sudah tidak kerja makan gaji, kurang masa duduk depan laptop, maka kuranglah berblogging, tiada banyak masa depan laptop. kerja sendiri kena lebih disiplin.
Sebab kalau kerja, ada lah income lebih.tak kerja, tak ada lah. Tapiii kegembiraan tu jelas terserlah di wajahku setiap kali aku tengok cermin buahahahaha.

Kemudian pada Harijadi 1 Nov, suami masih lagi bikin surprise small birthday party. Hehehe. Berkaca-kaca mataku. Terima Kasih Allah bagi pinjam suami yang bikin saya strong.

November juga mark our best moment in our HERBALIFE JOURNEY to be RECOGNIZED as No.4 TOP VOLUME PRODUCER in SABAH. Dan juga layak VIP masa ZERO TO HERO KK NOV.

Pastu di sekitar last quarter 2013 ni, sempat reunion dengan kawan-kawan masa Ainul datang sini. Bestnyaaa. One of my best moment at the end of 2013.

Tu saja kot, maybe banyak yang aku tak tulis sini I wrote it in my personal journal.

2014? I pray for the best, I will do my very best. Tidak kira lah dari segi CAREER, HEALTH, FINANCIAL, SPIRITUAL, FAMILY.  Minta sama Allah banyak-banyak. Allah is big. Anything is possible. Sudah pun aku and Jay buat dream kami lekat di dinding rumah supaya kami boleh liihat hari-hari dan jadi tidak malas. banyak kena buat bikin kasi tinggal sama family, bikin tolong orang, dan bikin bawa bekal di sana nanti. InsaAllah.

let’s rock 2014 !

Friday, January 4, 2013

The Best Way to Predict Your Future is to CREATE It

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Masuk sudah hari ke 4 di tahun 2013. How was your new year so far? Saya dan suami malam new year sahaja sudah di rumah. Baring depan tv ya begitu santai sekali. Kemudian hari pertama sudah diuji bila tiada bekalan air di area kami. Kah kah kah. Jay cakap “Rilek sayang, baru 1 nikmat ditarik sementara saja” Dang!

Lewat ini saya asyik terfikirkan, rancangan 2013 saya. Sedangkan HR department pun sudah edar borang “ANNUAL LEAVE PLAN” biasalah awal tahun kena plan cuti, walaupun itu bukanlah yang confirm, but still requirement dari HR, kita kena submit early January.

Semua perkara pun kena ada plan, plan itu wujud dari goals yang kita mahu achieve. Kalau tak, macam living for nothing, live day to day waiting for nothing. Saya pun suka ada sesuatu yang ditunggu, that makes me excited every day.

Contohnya, order barang baju ka tudung ka online hari RABU/KHAMIS, should be by FRIDAY posmen sudah reached office kan. Bila posmen tak datang office hantar on FRIDAY, saya sudah mula “mahu complain!” tapi Jay cakap

“tidak apa lah sayang, atleast you have something to wait on Monday, something to be excited of”

Well, it is somewhat true. Kann?

Jadi to be excited every day, to be someone that I always wish when I was young, asyik cakap “nanti aku mahu jadi someone” lols. Someone yang apa? Tak cukup spesifik! WHY kena spesifik? Sebab bila kita spesifik, bila kita clear dengan apa yang kita mahu, senang kita mahu mulakan langkahnya mulakan rancangannya, senang kita mahu berdoa minta kepadaNya. Kalau kita sendiri tak tahu apa kita mahu, what would that be? Takkan kita mahu another 365 days wasted like previous year, or previous previous year. Sekurangnya buat sesuatu yang kita ada improvement dari tahun sebelumnya, untuk diri sendiri, untuk keluarga, orang sekeliling.

Kata orang, alah cliché, tak perlu new year, bila-bila pun boleh pasang cita-cita. TRUE!
Tapi new year somewhat boleh menjadi garisan permulaan. Kan. Pun true!
Tiada yang salah. Tiada masalah.

Tahun-tahun sebelum ini aku juga punya goals, ada yang accomplished, ada yang tidak, feel free to click my previous new year resolutions.
2008 – di friendster blog, unfortunately friendster dah tak wujud.
2009 – ada yang accomplish ada yang tak
2010 – pun sama
2011 – TAK BERAPA NAK ADA AZAM SANGAT
and 2012 how stupid not to have a resolutions kah kah kah

time will pass

 

 

Jadi ini goal Sri Noor Astika Mala Kassim untuk tahun 2013:-

  1. Of course to be better than last year, physically, mentally, agama, rohani, jasmani, semua lah. Siapa tak mahu lebih baik kan kan kan. Next!
  2. Baca Quran seminimum 1 mukasurat sehari. Including tafsir. Jaga waktu solat.
  3. Jadi super-wife. Jadi lebih rajin. Sangat kompleks and subjektif ni (panjang sangat nak explain) Minta maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur. Sebenarnya sudah start buat, tapi kadang-kadang terlupa. Hopefully tahun 2013 ni ia akan menjadi habit.
  4. Baca sekurang-kurangnya dua (2) buku sebulan. To build my own mini library.
  5. To build a home.
  6. Untuk memperoleh income minimum sebulan RM10,000.00. Bersih. Selepas selesai hutang.
  7. Mahu bagi Mommy & Daddy, Ibu mertua & Ayah mertua lebih banyak dari tahun sudah. Dari segi bagi WANG supaya income lebih berkat, walaupun diorang tak minta, keberkatan yang dicari, dari segi masa, bantuan fizikal, etc.
  8. Umrah sebelum December.
  9. Bangkok, Jakarta, Melbourne.
  10. Rekod 6bulan dalam 2012 berjaya membuang hampir 150kg lemak (customer). Jadi tahun ini TARGET kena bantu orang buang minimum 300kg lemak. Dan bantu lagi ramai orang untuk sihat. Dan kongsi peluang dengan lebih ramai orang. I want to build a strong team in HERBALIFE!
  11. To attend all HERBALIFE event and training. To learn more.
  12. Bersyukur setiap hari, bersyukur dengan cara ucapan, atau tindakan bersyukur. Banyak.
  13. Bersenam sekurangnya 3 kali seminggu.
  14. Banyak puasa sunat
  15. Better time management. For Allah. For family. For work. For customer. For friends. For myself.
  16. Improve writing skills, especially in technical engineering report and minutes of meeting.

*Goals di atas adalah not in order, means, No 1 tidak semestinya lebih penting dari nombor 12.

Itu lah goal ku. target aku. Yang perlu aku capai untuk tahun ini. Yang perlu aku kerjakan, yang perlu aku minta banyak-banyak dengan Allah s.w.t. Sebenarnya dalam buku aku tulis, aku ada 50 goals in life. Ini cuma pecahan kecilnya.

 

523620_10151071168913460_770744680_n

Aku percaya everything start with a decision.
start with one small single step. Masalahnya bagi rata-rata orang ialah untuk MULA itu.

1st step

Aku percaya bila kita tahu apa kita mahu, hati kita tetap untuk berdoa.
Aku percaya sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Aku percaya apa-apa pun possible selagi Allah menginginkannya

Aku percaya Allah IS BIG! So I want to DREAM BIG.follow your dreams

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. okayy. Let’s rock 2013!!!
Realize how blessed we are for what we have.

 

Love,

Cinoi Kassim

Wednesday, January 2, 2013

Goodbye 2012.

 

Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum saya mula, feel free to click my previous years story below.

Recap 2008
Recap 2009
Recap 2010
Recap 2011

The major value in life is not what you get. The major value in life is what you become.

Entry pertama 2013 dimulakan dengan melihat pencapaian sepanjang tahun 2012. Fuhhhh.

January – Sibuk berjalan. 1st day in 2012 Manukan. Then, round Sandakan, first time visit tempat-tempat menarik di Sandakan, lepas tu pergi Simpang Mengayau Tip Of Borneo di Kudat pula. Pre-wed photoshoot part 1 di Sandakan. Girls day out juga with BFF and bloggers.

February – Nothing much happened. Beli BB bold 9900 yang masih pakai sampai sekarang, and bawa Germany friends jalan KK. Not much.

March – Bawa kereta ke Labuan, pergi semula ke tempat di mana saya dan suami berkenalan Kolej Matrikulasi Labuan. Sebenarnya memang tak ingat macam mana pertama kenal tersebut, seriously tak ingat. Kalau aku tahu aku kan kahwin dengan dia, confirm aku sudah rekodkan perkenalan tersebut. Dush! Dan dalam bulan March juga permulaan perniagaan Premium Beautiful saya. Alhamdulillah in 2012, berjaya jual semua korset yang saya purchase sebagai modal itu.

April – Family Day company di Kundasang. Celebrate birthday Mommy. Dapat 1st BONUS dari Premium Beautiful Hai-0 RM4500! Paling penting in April 2012, MAJLIS NAIK DUIT (MAJLIS HANTARAN) saya dan Jay. Dan pada bulan ini juga SIGN UP HERBALIFE! Dan beli stok Herbalife surprise buat Jay untuk pertama kalinya.

May – Nothing much. pergi 1 day trip to Kundasang with Kak Lyne and Bro Kay and Qays, masa tu Qays kecil lagi.

June – Nisham kahwin

July – Perniagaan Herbalife mula berkembang. Sudah mula bantu orang lose weight. Beli TANITA!!!

August – Part 2 pre-wedding photoshoot.  Birthday suami tapi berjauhan masa tu dekat nak kahwin sudah. KAHWINNNN!! perkara paling besar dan paling bermakna dalam hidup saya. Alhamdulillah

September – 1 September majlis sebelah lelaki. Cuti kahwin berakhir. Hijrah. Dah mula pakai tudung weeeeee. Dan mengakhiri bulan dengan complete requirement untuk jadi Supervisor in Herbalife. 1st time jumpa Uncle Hj Allen Peter, salah seorang president team Herbalife. Yes, ramai dah President Team Herbalife ni di Malaysia, bukan sorang-sorang kaya.

October – Bulan pertama dengan title Supervisor Herbalife. Musim kahwin berakhir hihi, dan semakin menumpukan kepada perniagaan.

November – Sambutan harijadi sederhana bermakna oleh Suami, tq! Imanxander lahir awal bulan, nasib baik tak sama birthday dengan Aunty Noi. 10 days travelling with dearest husband. Alhamdulillah. Kl-Johor-Kl-Genting-Kuantan-Gambang.

December – Just work hard to achieve target in business. Mom datang KK and jalan-jalan spent time with Mom.

Alhamdulillah. Perkara pahit-pahit 2012 ditindas oleh perkara manis-manis. Marilah kita fokus pada yang manis, tapi tetap yang pahit itu jadi lesson buat kita, make sure pahitnya walaupun tidak lah sebanyak mana, tidak sia-sia, lesson learnt!
2012 banyak masa membina keluarga, membina kehidupan, improve dari yang kurang baik kepada yang lebih baik, banyak yang berjaya dicapai, dari segi kesihatan, kewangan, kehidupan Alhamdulillah for what I have been through. 2012 bertemu jodoh dengan suami. 2012 bertemu jodoh dengan Herbalife. 2012, kenal lebih ramai orang/kawan baru. Apa yang kita lalui hari-hari semuanya pelajaran baru. Syukur lah berjaya ku turunkan ego, untuk sentiasa menerima pelajaran baru, sentiasa belajar and still learning, belajar ini tiada habisnya.

Yang penting jyeahhh!!! *angkat sebelah tangan tinggi-tinggi* bye-bye 2012.

Love,

Cinoi xo

Chupp!! jangan lupaa!!! Tulis “2013” banyak-banyak dalam kertas supaya tidak salah menulis tahun pada tarikh! welcome 2013.

You cannot change your destination overnight, but you can change your direction overnight.

Monday, December 31, 2012

Goals

 

Akhirnya hari terakhir di tahun 2012. Begitu cepat masa berterbangan.

Adakah azam tahun 2012 sudah tercapai? Adakah sudah ada azam yang baru.

Well, I have few in mind, I will write down here next year Winking smile

So, here is a guide for us, in making new resolutions.

 

This is from Brian Tracy :-

Clarity accounts for probably 80% of success and happiness.

Lack of clarity is more responsible for frustration and underachievement than any other single factor. That’s why we say that "Success is goals and all else is commentary."

People with clear, written goals, accomplish far more in a shorter period of time than people without them could ever imagine. This is true everywhere and under all circumstances.

You could even say that the three keys to high achievement are, "Clarity, Clarity, Clarity," with regard to your goals. Your success in life will be largely determined by how clear you are about what it is you really, really want.

 

photo (1)

 

 

happy new year!!! *bunga api*

Sunday, January 15, 2012

New Year Getaway

Selepas setengah bulan di tahun 2012, baru aku ada kesempatan update pasal new year celebration. Seperti yang aku pernah tweetkan, aku tidak mahu party hard on new year eve, like previous new year, kalau boleh tidak mahu partying la sudah, mau masukkan dalam azam, tapi takut gebang lebih, buatnya tidak, so just go with the flow saja la, see how things work this year. In fact, since after new year sampai sekarang, I managed to avoid 2 (two) party invitations. And I made it. Yes, I went for a party on new year eve. Tapi banyak duduk dan tengok orang sahaja, ada sedikit boring walaupun suasana hingar bingar. Buktinya, I managed to get up early, like very early for a first-day-of-the-year, untuk Pulau Manukan Winking smileManukan 1

Aku janji dengan friends who worked same project with me, and 1 other group of friends, geng Nisham dari tawau. Because of kami lambat sedikit, sebab breakfast la apa la, friends from work aku gerak dulu naik boat. Dan rugi tak taunggu aku. I managed to get cheaper price for the tambang and all.

Price

Jesselton Point – Manukan, Return boat : RM23 per pax, I managed to get RM17.50 per pax for 8 of us

Snorkeling set : RM10, I managed to get RM5

Life jacket rental : RM10, managed to get Rm5

Terminal Fees: RM7.30, fix

Island Entrance: RM3, fix

My friend main parasailing, RM180 per couple. Kalau mau main banana boat, RM40 per pax.

Tapi aku tidak lah main semua tu. Main-main air saja, sama eksen-eksen snorkeling, konon.

Enjoy the pixes.

Manukan 2Manukan 3Manukan 4Echan, me and tunang. Both budak kecik is not Echan’s anak pun. He babysit them while their parents pergi main parasailing.

Manukan 5

Manukan 6

Gambar atas ni di hujung jeti where papan tempat berpijak tu searas dengan air laut. Syok la berdiri situ boleh tengok ikan lebih dekat lagi. Siap ada ikan terlompat lagi atas kayu tu okey, cuma aku tidak sempat ambil gambar, ikan melompat aku lari, takut digigit ikan bahahaha.

Manukan 7Kasian Jay kena bawa beg bunga-bunga.

Manukan 8Bye bye Manukan. Next target is Mabul. Who’s in??

Saya tinggalkan kamu dengan gambar tuan rumah dan penaja utama. happy new year!!

Manukan 9

Love,

Cinoi xo

Friday, January 7, 2011

Happy New Year 2011 [Part 3]

klik sini untuk [Part 1]

klik sini untuk [Part 2]

26 my first movie this year is THE TOURIST , watched on 1/1/11 with Jay, Nisham & Hardey. kami bergerak sedikit lambat pada hari pertama 2011 itu kerana kami masing-masing sakit badan dan perlu tidur lebih. merujuk kepada gambar di bawah juga, semasa hendak masuk ke hall movie pun mereka masih bersenam lagi.23the movie was slow i thought at first. but at the end i figured out that, that is the pattern of that movie, slow and steady. nice one. nasib baik aku tidak tertidur while watching the movie, sudah la sakit-sakit badan hasil senaman semasa New Year Eve malam sebelumnya iskk.

i know HE is Alexander Pierce when he lighted his cigarette, the real cigarette, when he was going to the bowl wearing white suit. the movie was awesome, the plot, and the players was great too, i like Angel Joe & Johnny Depp awww.

siapa-siapa yang belum tengok tu, pergi la tengok. ada sedikit sebanyak lucu juga, i like.

lepas tu, untuk minum petang, kami membaham Hot Roll my all time favourite. Chicken & Cheese Paratha RM4.50 only. 24 nyum nyum nyum . My firt Chicken & Cheese paratha hot roll in 2011!!!27lepas tu, kami balik, sambung tidur, malamnya kami dinner di our fav place UPPERSTAR di KK Town punya branch. Upperstar ni memang tempat favourite kami untuk lepak dan dinner, kalau tengok di FOURSQUARE saya, memang banyak kali check in di Upperstar dalam seminggu (kalau time banyak duit ho ho ho meri krismass..erkk mengarutt). dan my first Black Pepper Lamb Chop in 2011, our all time fav juga ni, dengan harga RM14.90 sangat besar dan penuh pinggannya, ada dua (2) keping daging kambing bersaiz besar, coleslaw, fries yang banyak. yummeh. *aduh sendiri terliur time menaip ni* huhuhu lapar.com !!!28 well, that is how my first day in 2011 went.

entry ini habis di sini. bye.

Love,

Cinoi xo

Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011 [Part 2]

mula-mula sekali kita review balik azam saya haritu http://cinoibeetlesv.blogspot.com/2010/01/letter-to-twenty-ten.html

lepas tu kita tengok mana yang accomplished. wahhh! 1 saja, ultimate punya accomplished la memang, yang No.7 i quit my job twice this year yahoooDOTcom. tapi banyak lagi yang tidak accomplished, itu tidak termasuk azam yang tahun-tahun lepas punya tahun lepas yang baki bawa kehadapan punya azam. adoi~~~

pada tahun ini saya telah

  1. quit my job dan bertukar kerja selama 2kali, itu pengalaman yang awesome,
  2. pengalaman jobless yang awesome,
  3. mula proses peng’clash’an dengan Syauqi pada bulan May kot :’(
  4. hanya pergi terbang ke Semenanjung sebanyak 2kali iaitu bulan Februari dan November,
  5. kami sekeluarga berpindah ke rumah baru Teratak Bonda namanya,
  6. pertama kali photoshoot wedding ceremony sebanyak 2kali, dan sesi photoshoot mini konvokesyen sekolah-sekolah tadika seluruh kk (wah ini macam accomplished No.3 http://cinoibeetlesv.blogspot.com/2010/01/letter-to-twenty-ten.html )
  7. best friend saya kahwin (Mimi Fiona), dan kakak saya kahwin (eh eh ini pencapaian siapa sebenarnya)
  8. yang lain boleh la baca blog saya sepanjang tahun 2011 (sebab saya pun rujuk blog juga), rata-rata perkara yang penting-penting semua ada direkodkan. tapi nampak sangat tahun nothing much i accomplished based on kuantiti blog post berbanding tahun-tahun sebelumnya.

oleh yang demikian, azam saya tahun ini ialah tidak mahu membina atau membuat mahupun mengcreate apa-apa azam! jyeahh! sebab, bagi saya tidak perlu tunggu tahun baru untuk sesuatu, kalau mahu, terus buat, it is now or never aisehmen. i got fucking 365 days mann why wait for new year, cewahhh apa aku merepek ni. tapi aku akan ada wishlist juga la untuk tahun 2011, tapi bukan azam ya. tapi taktau juga la, tengok lah tahun depan nanti macam mana. i just really hope for the best in everything, who doesn’t. kan? hmmmmm.

anyway, Happy New Year everyone, sambut di mana?? sambut dengan siapa??

Love,

Cinoiqilavigne xo

[This is an auto-published scheduled entry]

Wednesday, December 29, 2010

Happy New Year 2011 [Part 1]

sempena new year, marilah kita sama-sama lihat, apa yang mereka google kan sehingga sampai ke sini. ok. bunyi macam tiada kaitan pun New Year dengan ini kan. ah. itu memang sengaja cari alasan untuk memulakan entry ini. sempena new year konon. please dong cinoi. ya lah, sudah 29haribulan ni, harus ambil semangat-semangat New Year tu sedikit demi sedikit.

this is recently

this one from nuffnangnuffthis one bukan dari Nuffnang, dari statcounterstat

this is all time;-

yang ni dari blogger sendiriblogger 

what i noticed from my feedjit everyday, akan ada orang google Cinoi. dan juga yang paling top, orang google SAD dan sampai di blog ini owh please dong ma, blog ini sepatutnya jadi blog gembira. bukan blog sad. setiap hari ada google Sad, Sad Picture la, aduh emo sungguh bunyinya yang mana blog ini sepatutnya blog gembira. gembira. gembira. happy. happy. happy. hah ambik kau taip banyak-banyak supaya orang google Happy pun boleh sampai ke sini.

anyway, thanks untuk yang meng’Google Cinoi sepanjang tahun 2011 ini. apa kamu cari saya pun taktau. sepatutnya kamu google Haniz Zalikha ka, Tun Dr Mahathir ka, Datuk K ka, Siti Nurhaliza ka, kemalangan bas ngeri melibatkan pelancong Thailand, atau kes rasuah si polan dan si polan,atau “Avril lavigne akan keluar single terbaru tak lama lagi What The Hell”,  atau “gosip artis kekwat”, atau, “pancaran laser”, atau “Malaysia vs Indonesia”, atau “Serangan Coli Laser Julia Perez” whatttt??? apa tuh? hahaha. don’t you guys read, si Julia Perez ini kononnya mau berpakaian seksi malam ni, sewaktu Malaysia menentang Indonesia kononnya mau mendistract pemain Malaysia dengan laser ciptaannya sendiri. laser la memang. hahaha. opsss. sibuk saja i bergosip. mari balik ke tajuk asal.

ok. keyword yang di atas semuanya logik-logik belaka, except “Ciuman Suami” apa tuhh, i never blog apa-apa pun tentang Ciuman Suami atau Isteri, atau Ciuman Suami Isteri, bercumbu mungkin pernah di blog kan oleh aku hahahaha. lagi satu “Baju Tari Melayu”??? tiada-tiada! tiada jual sini, cari tempat lain ya. yang mengeSearch Mimi Fiona tu, url blog dia fionadeadlylove.blogspot, dia sibuk tu sekarang prepare untuk kedatangan si April babynya ok.

thanks everyone. Tahun depan jangan lupa google lagi dan datang lagi ya (ceh sebut perkataan Tahun Depan supaya konon ada kaitan la entry ni dengan New Year)

anyway, (ok dah 2kali guna perkataan ANYWAY untuk memulakan perenggan, lemah betul), i sudah pernah blog kan tentang keyword ini di sini http://cinoibeetlesv.blogspot.com/2010/04/youve-got-to-embrace-chaos-that-way.html 

New Year is around the corner bebeh!

Love,

CinoiLavigne xo

p/s:- sampai 2kali update blog hari ni, ala biasa la, festive season kan ;p hihikss (takda kaitan) http://cinoibeetlesv.blogspot.com/2010/12/school-holiday-almost-over.html

Thursday, February 4, 2010

apa aku pada waktu itu. apa aku pada waktu ini.

hari pertama 2010. aku raikan di situ dengan begitu.1

tanpa mengetahui apa yang sudah ditulis untukku. tanpa memikirkan apa bakalan menunggu di hadapan. semasa ambil gambar ini, aku tak pernah terfikir pun apa akan terjadi pada hari-hari dan minggu seterusnya. tanpa tahu apa ada di sana depan. aku menikmati ini.3

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak tepikir aku akan sendirian tidak keluar pada weekend seterusnya.

-tiada gambar sebab di rumah saja-

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak pernah terpikir akan berjumpa mereka ini. pada hujung minggu yang seterusnya.9

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak pernah terpikir akan berada di sini untuk makan tengaharinya bersama mereka, pada hujung minggu seterusnya (hujung minggu selepas gambar di atas)4 dan berhasilkan ini5

dan hari pertama semasa raikan itu, aku tidak pernah terpikir akan berada di sini untuk makanmalamnya bersama mereka, pada hujung minggu seterusnya (hujung minggu selepas gambar di atas)6 dan bergembira bersama kamu, kamu, kamu10

iya. semuanya di atas adalah setiap hujung minggu ku pada bulan pertama di tahun ini.

semuanya tidak aku terpikirkan semasa aku nikmati ini2 *ini gambar aku ambil sendiri pada 01.01.2010 (haha tiba-tiba bagitahu)

tidak pernah terfikirkan mu kan. aku pun! semasa bergambar bersama api-kerja di atas itu, aku tak pernah terfikir pun aku akan menaip ini di sini sekarang ini.

in the twist of fate we met each other. fate. Alhamdulillah. semua ada hikmahnya. tidak sabar lihat itu, atau mungkin juga tanpa sedar sekarang sedang menjalaninya; hikmah terjadinya perkara-perkara dia atas. Terima Kasih Tuhan untuk nikmat semua ini. dengan itu saya ucapkan selamat menyambut bulan kedua di tahun 2010! hehehehehe. bye.

Love,

Cinoi xo

Thursday, January 7, 2010

a letter to TWENTY TEN

hey twenty ten, its been 7 days you are here. i want you to know that in you year, i want to :-

  1. buy speed light for Chiqi.1

    * Chiqi yang the one in my hand. the speed light on Chiqi wasn’t mine, it was borrowed from my bro-in-law.
  2. go road trip with friends. in borneo and peninsular malaysia. untitled
  3. learn photography
  4. upgrade my wardrobe and new laptop (i just don’t know why these 2 stuff comes together)
  5. attend all my friends’ wedding ceremony (i heard that many are going to get married this year)
  6. buy new car, using my own money.
  7. quit my job

yes. all these 7 things. i am serious. so, as you are now well aware of my you resolutions, i wish and want you to cooperate and be nice. be good because i will rock you and create history in you. lets! (ok. history sangat lah saya. hahaha. layan saja ok)

and remember, you will be a good year, tell me you will. somebody tell me she will! okay. (oh, TWENTY TEN is a she. aha)

its me,

Cinoi.

Tuesday, January 5, 2010

that was fast 2009.

betul-betul la kan. tiada entry penutup tahun 2009. lepas tu entry pembuka 2010 pun tiada. hal lal lah. haiya. sebab mungkin tiada banyak achievement di tahun 2009. terlalu cepat berlalu. sangat-sangat. perkara pada tahun baru 2009 masih lagi segar, iya aku boleh ceritakan satu-satu yang terjadi pada malam new year 2009, dan apa yang terjadi pada 01.01.2009. seriously. itu lah i cakap, cepat betul masa berlalu.

lagipun aku sudah review separuh masa pertama 2009 di sini http://cinoibeetlesv.blogspot.com/2009/07/kenaikan-dan-kejatuhan.html so separuh masa kedua tiada banyak yang terjadi. perkara-peraka yang menyeronokkan

  1. pergi wedding Ihsan plus mini reunion plus beraya haji dengan kawan-kawan lama hal lal lah haiya best betul.
  2. beli camera yang diidamkan Nikon D3000 seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri selepas 10 bulan mengidamkannya
  3. tahun 2009 sangat banyak warna. im happy with that.
  4. yang lain nanti lah aku sambung. tiba-tiba blur.

bye. minggu ni mesti pergi potong rambut. mungkin dapat kurangkan blur. bye bye.

Thursday, January 8, 2009

resolusi 2009


selamat tahun baru (masih tidak kelewatan kan).
selamat tinggal 2008.

jangan risau ya 2008, sesungguhnya memori itu masih ada.cuma kamu perlu ditinggalkan.kalau tidak mahu pun tetap sudah kamu dibelakang.kami harus terus.

seperti dijanjikan, saya akan menghupdate resolusi saya bagi tahun 2009.
sebelum itu, mari lihat jika resolusi tahun 2008 saya tercapai.
klik di sini
//
ok.yang paling tercapai untuk resolusi 2008 itu adalah gain weight.
berjaya menambahkan berat sebanyak 6.8kg itu walaupun dalam masa hanya beberapa bulan bertahan.
dan yang paling tidak tercapai adalah save money.uh.agak mengecewakan.
//

mari lihat apa yang boleh dibuat terhadap resolusi 2009 pula.

mengelakkan azam yang berat-berat.kerana memang mudah untuk digembar gemburkan, tapi mudah juga untuk tidak di usahakan.
  1. berdoa semoga resolusi / azam tahun baru 2009 rakan-rakan tercapai. (agak murni di situ)
  2. ingin melihat hasil titik peluh.hasil yang lebih besar selain daripada baju baru setiap bulan. (eg:- car, etc)
  3. mengusahakan resolusi 2008 yang kurang tercapai (azam bawa ke hadapan)
  4. meng-up-kan level kehidupan dari yang sebelumnya. (banyak pecahan kecil lagi ni)

itu sahaja resolusi.

yang sedang-sedang saja.

dan, sangat gembira.
kerana di awal tahun sebegini telah menukar dari prepaid ke postpaid, memotong rambut sependek gila, dan sedang memakai phone baru. sambutan tahun baru yang agak relevan kan.anda bagaimana?

*muka serius terhadap azam tahun baru*

Wednesday, December 31, 2008

perjalanan 2008

seperti biasa.
akan merekodkan perjalanan 2008.
sepertimana 2007 dulu.
sila rujuk di sini.

Januari - (damn!aku sudah tidak ingat) maybe masa ni busy KOREK TANAH. untuk buat final year project. subjek Geoteknik. pastu.ehe.start bercinta dengan syauqi.yeeuww.so hot!

Februari - masih lagi sebok dengan tanah.

March - masih juga di lab Geoteknik. sibuk menguli tanah.

April - masih lagi berulang alik ke Lab dan ke bilik penyelia sampai lah ke rumah penyelia. lepas tu busy final exam and cari tempat untuk latihan industri.

May - ffuuhh.present final year projek. then start praktikal di kuantan. damn.i miss parit raja batu pahat johor damn much. cuti praktikal sekejap untuk ke UMS Sabah untuk NEtball MASUM tournament dan untuk menghadiri perkahwinan adik lelaki saya.

Jun - busy berpraktikal di kuantan. berulang alik kuantan - jb.

July - masih lagi busy di kuantan. berulang alik kuantan - jb untuk bercinta.

August - berulang alik lagi Kuantan- jb - parit raja. setelkan hal konvo. 25th konvo. then terus di heret balik ke sabah oleh kedua ibu bapa. tidak sempat menghadiri konsert avril lavigne. tiket penerbangan yang sepatutnya bulan September pun burn begitu sahaja, kerana balik ke sabah terlebih awal.

September - berlepak di rumah.dan berpuasa.sungguh seronok.rindu berpuasa di parit raja. tapi berpuasa di Sabah agak seronok kerana berbuka seawal pukul 6 petang.

October - Selamat Hari Raya Puasa. sekejap sahaja di sandakan.kemudian berpindah ke KK untuk bekerjaya. mencari rezeki. merancang party hari lahir kejutan jarak jauh buat syauqi d Jb.

November - dimulakan dengan harijadi saya dan party hari jadi yang surprise. Selamat Hari Lahir Saya. busy kerja dan melepak setiap hujung minggu.

December - kerja dan terus kerja.aduh.


dan yang aku tahu, sepanjang suku ke3 dan ke4 2008, aku hanya merindukan kehidupan di rumah sewa parit raja, batu pahat, johor. damn!

dan antara nama-nama dalam 2008 ku- Syauqi, Shiro, Sara, Matwe (mana kau pergi), Syakir, Nije, Ali, Step, Marya, Isma, Fiona, Azmin, Jiran tetangga di Taman Pintas Jaya, Parit Raja, Batu Pahat Johor, 2008 tahun terakhir aku menjadi ketua kampung di situ.rakan sekelas, Nisham, Lisa, Pamela, Step, Shahrul , Najib, Martin and banyak lagi.

rakan alam maya yang terbaik - hajime, shaf, nieja, totin, azie, wansajidah, dan ...

and sangat banyak nama sampai aku xtau nak taip. semua aku SAYANG.

banyak sangat lagu yang aku ingat.

i am sorry :(


sampai sekarang pun masih rindu.

tapi terpaksa tinggalkan juga.

2009,
aku pasti datang menjemputmu.
tepati janji yang sempat terhenti.


hurmm..counting to 2009. where should i celebrate the new year?

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....