Friday, January 4, 2013

The Best Way to Predict Your Future is to CREATE It

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Masuk sudah hari ke 4 di tahun 2013. How was your new year so far? Saya dan suami malam new year sahaja sudah di rumah. Baring depan tv ya begitu santai sekali. Kemudian hari pertama sudah diuji bila tiada bekalan air di area kami. Kah kah kah. Jay cakap “Rilek sayang, baru 1 nikmat ditarik sementara saja” Dang!

Lewat ini saya asyik terfikirkan, rancangan 2013 saya. Sedangkan HR department pun sudah edar borang “ANNUAL LEAVE PLAN” biasalah awal tahun kena plan cuti, walaupun itu bukanlah yang confirm, but still requirement dari HR, kita kena submit early January.

Semua perkara pun kena ada plan, plan itu wujud dari goals yang kita mahu achieve. Kalau tak, macam living for nothing, live day to day waiting for nothing. Saya pun suka ada sesuatu yang ditunggu, that makes me excited every day.

Contohnya, order barang baju ka tudung ka online hari RABU/KHAMIS, should be by FRIDAY posmen sudah reached office kan. Bila posmen tak datang office hantar on FRIDAY, saya sudah mula “mahu complain!” tapi Jay cakap

“tidak apa lah sayang, atleast you have something to wait on Monday, something to be excited of”

Well, it is somewhat true. Kann?

Jadi to be excited every day, to be someone that I always wish when I was young, asyik cakap “nanti aku mahu jadi someone” lols. Someone yang apa? Tak cukup spesifik! WHY kena spesifik? Sebab bila kita spesifik, bila kita clear dengan apa yang kita mahu, senang kita mahu mulakan langkahnya mulakan rancangannya, senang kita mahu berdoa minta kepadaNya. Kalau kita sendiri tak tahu apa kita mahu, what would that be? Takkan kita mahu another 365 days wasted like previous year, or previous previous year. Sekurangnya buat sesuatu yang kita ada improvement dari tahun sebelumnya, untuk diri sendiri, untuk keluarga, orang sekeliling.

Kata orang, alah cliché, tak perlu new year, bila-bila pun boleh pasang cita-cita. TRUE!
Tapi new year somewhat boleh menjadi garisan permulaan. Kan. Pun true!
Tiada yang salah. Tiada masalah.

Tahun-tahun sebelum ini aku juga punya goals, ada yang accomplished, ada yang tidak, feel free to click my previous new year resolutions.
2008 – di friendster blog, unfortunately friendster dah tak wujud.
2009 – ada yang accomplish ada yang tak
2010 – pun sama
2011 – TAK BERAPA NAK ADA AZAM SANGAT
and 2012 how stupid not to have a resolutions kah kah kah

time will pass

 

 

Jadi ini goal Sri Noor Astika Mala Kassim untuk tahun 2013:-

  1. Of course to be better than last year, physically, mentally, agama, rohani, jasmani, semua lah. Siapa tak mahu lebih baik kan kan kan. Next!
  2. Baca Quran seminimum 1 mukasurat sehari. Including tafsir. Jaga waktu solat.
  3. Jadi super-wife. Jadi lebih rajin. Sangat kompleks and subjektif ni (panjang sangat nak explain) Minta maaf dengan suami setiap malam sebelum tidur. Sebenarnya sudah start buat, tapi kadang-kadang terlupa. Hopefully tahun 2013 ni ia akan menjadi habit.
  4. Baca sekurang-kurangnya dua (2) buku sebulan. To build my own mini library.
  5. To build a home.
  6. Untuk memperoleh income minimum sebulan RM10,000.00. Bersih. Selepas selesai hutang.
  7. Mahu bagi Mommy & Daddy, Ibu mertua & Ayah mertua lebih banyak dari tahun sudah. Dari segi bagi WANG supaya income lebih berkat, walaupun diorang tak minta, keberkatan yang dicari, dari segi masa, bantuan fizikal, etc.
  8. Umrah sebelum December.
  9. Bangkok, Jakarta, Melbourne.
  10. Rekod 6bulan dalam 2012 berjaya membuang hampir 150kg lemak (customer). Jadi tahun ini TARGET kena bantu orang buang minimum 300kg lemak. Dan bantu lagi ramai orang untuk sihat. Dan kongsi peluang dengan lebih ramai orang. I want to build a strong team in HERBALIFE!
  11. To attend all HERBALIFE event and training. To learn more.
  12. Bersyukur setiap hari, bersyukur dengan cara ucapan, atau tindakan bersyukur. Banyak.
  13. Bersenam sekurangnya 3 kali seminggu.
  14. Banyak puasa sunat
  15. Better time management. For Allah. For family. For work. For customer. For friends. For myself.
  16. Improve writing skills, especially in technical engineering report and minutes of meeting.

*Goals di atas adalah not in order, means, No 1 tidak semestinya lebih penting dari nombor 12.

Itu lah goal ku. target aku. Yang perlu aku capai untuk tahun ini. Yang perlu aku kerjakan, yang perlu aku minta banyak-banyak dengan Allah s.w.t. Sebenarnya dalam buku aku tulis, aku ada 50 goals in life. Ini cuma pecahan kecilnya.

 

523620_10151071168913460_770744680_n

Aku percaya everything start with a decision.
start with one small single step. Masalahnya bagi rata-rata orang ialah untuk MULA itu.

1st step

Aku percaya bila kita tahu apa kita mahu, hati kita tetap untuk berdoa.
Aku percaya sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Aku percaya apa-apa pun possible selagi Allah menginginkannya

Aku percaya Allah IS BIG! So I want to DREAM BIG.follow your dreams

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. okayy. Let’s rock 2013!!!
Realize how blessed we are for what we have.

 

Love,

Cinoi Kassim

3 comments:

N.Aima K said...

aminnnnn...sebenarnya bnyk bah goal kan? everyday pn ada goal tp mau tulis terus blank ga ga ga

Cinoi said...

Aima,
Iya everyday aku tulis di buku, everyday punya goals ni is more to to-do-list. Mana yg sudah aku buat aku tick.

Syarifah Nornazrah Al Yahya said...

semangat tahun baru tu cinoi. tahun ni naz low sket, cam tak tau tujuan and goal. tapi 1st skali...nk try cari better job than my current. Semoga cinoi trus success ^^

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....