Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Ribut di KK (Amaran oleh Jabatan Meteorologi)

 

Semalam, lepas kerja, mau dinner awal. Pusing-pusing cari tempat makan, teurs terfikir TLC. Tanjung Lipat. Tapi masa tu tengok pokok bergoyang semacam, jadi aku pun tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang.Betul-betul kuat angin, dapat dengar dari dalam kereta. So tidak berani la makan tepi laut di TLC tu mataii kita karang. So pergi tempat yang jauh sikit dari laut.

Malam, hujan sudah mula dari renyai-renyai ke lebat. Tidur pun agak awal. Tiba-tiba terjaga sebab macam ada orang ambil gambar aku time tidur. Rupanya kilat sabung menyabung. Blackout pula! Cuma nampak cahaya-cahaya bertalu-talu dari luar tingkat, dengan hujan lebat. Macam scene dalam cerita hantu supaya penonton rasa takut. Paksa sambung tidur walaupun takut dengan kilat, confirm lepas kilat ada guruh berdentum yang kuat. Tapi semalam kurang pula guruh, kilat saja lebih.Sambung tidur saja. Walaupun blackout, aircond kipas mati, tapi tidak rasa panas sangat sebab hujan lebat di luar.

Tapii pagi-pagi bangun awal sambil risau, sebab belum iron baju!! Bekalan elektrik masih putus. Terus tweet-tweet whining pasal bekalan elektrik. Macam didengar saja keluh kesah mak esah, berapa minit kemudian around 6.20AM terus ada balik bekalan elektrik. Laju-laju iron baju dan bersiap, 7.13AM gerak!

Jem tapi tidak terlalu jem. Mungkin sebab

  1. Ramai orang terlajak tidur sebab cuaca yang nyaman dan tiada lampu
  2. Ramai orang stuck di jalan-jalan kecil sebab banyak pokok tumbang

Sampai dekat KK baru nampak kesan ribut semalam. Daun-daun pokok banyak berjatuhan bersama dahannya. Ada yang jatuh dengan pokoknya sekali. Di certain tempat ada yang tiang letrik sekali tumbang.

IMG02752-20110927-0737  Ini di depan bangunan office saya.

 

Dasyat kan. Harini pun tweet semua cerita ribut orang-orang KK. Infor from #KKCity tweet, Jika terdapat pokok tumbang di kawasan anda, sila hubungi DBKK di 088-521800.

 

*************************************************************************************

 

Sebenarnya, beberapa amaran sudah pun dikeluarkan.

Amaran Ribut Petir dan Hujan Lebat

Dikeluarkan pada: 05:15am pada 27 September 2011

A) Dikeluarkan pada 5:15 pagi; 27 September 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sabah; Bahagian Pedalaman (Daerah Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Daerah Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Daerah Kudat dan Kota Marudu) dan WP Labuan dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011.
Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.

B) Dikemaskini pada 5:15 pagi; 27 September 2011

KEMASKINI AMARAN

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Perak (Daerah Kerian, Larut Matang Selama dan Manjung), P.Pinang (Daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Prai ) dan Kedah (Daerah Kulim, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Selasa 27 September 2011. Keadaan cuaca yang sama dijangka di negeri Perak (Daerah Kuala Kangsar, Kinta dan Perak Tengah).

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Source

 

*************************************************************************************

Nasihat Taufan
Di keluarkan pada  09:10AM 27 September 2011

  1. Taufan "Nesat" (20W) dikesan berada di Latitud 16.4 Utara dan Longitud 121.5 Timur, kira-kira 210 km ke Utara-Timur Laut, Manila, Filipina pada jam 8.00 pagi, 27 September 2011. Taufan ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj.  Taufan ini berada kira-kira 1172 km ke Utara-Timur Laut Kudat dan 1227 km Utara-Timur Laut Sandakan, Sabah.
  2. Ribut Tropika "Haitang" (21W) dikesan berada di Latitud 16.6 Utara dan Longitud 107.5 Timur, kira-kira 199 km ke Utara-Barat Laut Quang Ngai, Vietnam pada jam 8:00 pagi, 27 September 2011. Ribut Tropika ini telah bergerak ke arah Barat dengan kelajuan 20 kmsj. Ribut tropika ini berada kira-kira 1481 km ke Barat Laut Kudat dan 1510 km ke Barat Laut Kota Kinabalu, Sabah.

Source

 

*************************************************************************************

Dikeluarkan pada pukul 09:32AM, 27 September 2011

AMARAN KATEGORI KEDUA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan daripada amaran yang dikeluarkan pada pukul 4.47 petang, 22 September 2011

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA) - Kemaskini

Angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri) dan Sabah (Sandakan) dijangka akan berterusan sehingga Sabtu, 1 Oktober 2011.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH- Kemaskini

Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat), Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu dijangka akan berterusan sehingga tengahari, Selasa 27 September 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Source

*************************************************************************************

 

Stay safe people. Cek ramalan kajicuaca dulu sebelum plan ke mana-mana, atau bercuti ke mana-mana.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, August 8, 2011

Ada orang yang lebih susah dari kita

 

Salam Ramadhan ke 8 my fellow readers yang cute dan rajin gila sebab datang sini dan sedang membaca ini sekarang. *wink

Hari tu, actually lama sudah, saya dan tunang pergi Maybank Alamesra. saya tunggu di kereta, Jay pergi bank, saya nampak ada budak pakai songkok bercakap dengan Jay, depan bank.

So, aku tanya Jay “Apa budak tu mau?”

“Ohh budak tu jual barang untuk minta derma, sort of”

“Ohh kesiannyaaa”

Jay bagi budak tu sejumlah duit ,tidak banyak pun sikit saja dia bagi, asal ada sebab tidak sampai hati tengok budak tu situ, tapi Jay tidak ambil pun barang yang budak tu jual. Sepatutnya Jay pesan sama budak tu “Ini duit untuk kau ya, bukan untuk institusi yang suru kau berdiri di sini ber jam-jam cari customer” Ada kah badan kebajikan sepatutnya suruh budak-budak ni berdiri di depan bank dan kedai-kedai untuk berjualan atau minta sedekah?

Bukankah sepatutnya budak-budak ni berada di sekolah? Terus rasa bersyukur sangat dengan apa yang dimiliki dan keluarga. Jay pun marah-marah, sebab kenapa budak-budak ramai disuruh kutip derma atau jual barang instead of berada di sekolah ambil PMR, SPM, masuk U. Kesian dorang. Sekolah entah ke mana, sibuk berdiri depan bank tunggu orang lalu-lalang yang kadang-kadang tidak pandang dorang pun. Nahh sekarang kamu semua tu, berhenti lah mengeluh di FB sana, ada yang lagi kesian, tidak dapat sekolah tapi terpaksa berdiri ber jam-jam mengutip derma.

Parti yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan to these children by making them go around asking for donations under the names of unknown schools or orphanage. That is wrong and abnormal.

Based on Daily express last week, perbuatan ini adalah di bawah Child Act 2001. Boleh didenda hingga Rm5,000 atau 2 tahun penjara ok. So kalau kita nampak tu, prihatin la sikit, tanya where are they come from, which institution. So boleh kita buat report ka apa, atleast terbela juga nasib dorang.

Sudah lah tidak pergi sekolah, entah keluarga dorang tahu ka tidak, especially yang anak yatim piatu tu. So kamu kamu kamu dan saya, sila bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang!

Ok. Itu saja. Spread the love people!

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, May 25, 2011

Terlupa anak

 

Meninggalkan anak di dalam kereta tanpa pengawasan adalah BAHAYA. PANAS lagi, tiada ventilation kalau enjin ditutup (maknanya aircond ditutup) dan tingkap tidak dibuka, tertutup rapat.

Kamon la, bolehnya lupa anak di dalam kereta. Sebab rushing ke pengebumian seorang saudara, seorang lelaki terlupa anaknya yang berumur 3 tahun tidur dalam kereta.

Sampai, terus park di bawah panas matahari, kunci kereta dan blah. Punyalahh~~~

Bila sudah teringat, anak sedang menangis kepanasan dan baju habis basah. Meninggal dunia dalam perjalanan ke klinik. Al-Fatihah to Nor Izyan Natasya Ishak :((

Semoga kita semua beringat. Kecuaian yang nampak mudah ni boleh meninggalkan kesan yang besar.

Tetapi adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang bapa untuk melupakan anak yang berumur 3 tahun di backseat kamu. Takkanlah sepanjang memandu tiada jenguk-jenguk dia to check out how she’s doing back there. Careless!!

Berita lanjut ada di sini

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....