Thursday, November 10, 2011

Orang Besi

Ada di mana-mana. Ya, orang besi ada di mana-mana. Contoh terdekat, di tempat aku selalu memandu, di KK.

Rilek seja lintas jalan perlahan-lahan. Tidak takut terhadap kenderaan. Malahan kenderaan lagi takut sama ni orang besi.

1) Lintas jalan malam hari. Jalan perlahan-lahan, tidak berlari terus bila clear. Atau main hentam saja lintas even kereta sudah dekat. Kamu fikir pemandu nampak kah. Aku dulu fikir begitu "ah ada lampu kereta durang tu ndak kan tidak nampak aku". Trettt! Salah! Memang tidak nampak. Lampu kereta tu, dekat sudah baru nampak ada orang melintas ya.

2) Lintas jalan then berenti tengah-tengah garisan antara 2 lane. Kalau aku atau pemandu lain tiba-tiba tukar lane macam mana?

3) Jalan di tepi jalan tapi tidak cukup tepi. Di luar kaki 5, iaitu di kaki 6, 7, 8 dan seterusnya. Pastu bila aku mau limpas, ditengok aku berabiss uinaa jo, salah tempat kau mau tunjuk samseng. Kau yang salah. Especially berlaku di UA, ramai pejalan kaki tepi-tepi jalan ramai-ramai sampai ke tengah. Camna mau elak kalau ada kereta dari arah bertentangan, jalan muat-muat 1 kereta saja. Jadi ikut la aku slow-slow di belakang kamu kan.

4) Yang melintas jalan time lampu trafik pejalan kaki merah. Berlaku especially dekat Wawasan Plaza, dorang mau melintas kw arah stesen bas. Nahh, itu lah masanya aku guna hon, bila lagi kan, jarang-jarang diguna bah tu hon. Ramai-ramai lagi dorang lintas, time merah, untuk kereta yang hijau. Hon teruss, bila lagi AHAHAHA

5) Yang melintas laju-laju time kereta baru mau limpas. Jarak antara bontot kereta dengan dorang ialah 1inci. Paling style. Laju-laju kunun dia limpas jak kereta terus lintas. Kalau aku tiba-tiba break macam mana? Melekat lah kau di tingkap kereta ku kan.

Itulah antara orang-orang besi yang pernah aku jumpa. Hati-hati bah kalau melintas ya, kita tidak tahu pergerakan orang macam mana. Sama-sama kita hati-hati, ingat bah orang tersayang ya.

Till then.

Love,
Cinoi


Sent via BlackBerry from Maxis

10 comments:

Chii said...

aku slalu tu yg no. 2. haha. d zaman xda kreta dulu la.

Nurul Aima Hj Kaim said...

uish aku ada dlm beberapa kategori ini ah ah ah... salahkan kerajaan sbb tida bg jejantas..

Sheila said...

uish..melekat di tingkap! ahahahaha

Joanne Juend said...
This comment has been removed by the author.
Joanne Juend said...

hati-hati, nanti kereta kita kemek.

p/s: slalu sy tunjuk samseng, kasi turun itu cermin sambil teriak "oii! ini kereta, bukan KEK!" lepas tu blah.

hhhnnss hhnnss..

floyd said...

Yg no.1 tu selalu ku jumpa/kena, adoi berang tul dgn gaya dorang melintas camtu. Sudah di bagi chance melintas berlenggang-kangkung la plak mcm buat pertunjukan fesyen di jln raya. Klu malam bukan kah naya tu ndak kenampakan.

Yen said...

haha..mesti geng pilak ni kan, klu antar semua p kl confirm mati kena langgar tu.

Dayz J said...

Cinoi, di CP juga selalu begitu bah. geram aku tengok dorang jalan bertrip macam ada bayar roadtax kunun. Kita yang kena tunggu dorang habis limpas. Pfft.

beaty said...

cinoi...dei kadang2 kan sa pun begitu juga..kalau melintas jalan kan p kelura lunch..bikin takut..

tapi paling sa takut kan kalau lintas jalan kalau malam..

bah hati2 kita ah

Anne Nurain said...

hahaha.. tkena aku yg no 4 tu tau.. tp kdg2 jak la, lau rmai yg mlntas time lampu merah bru aku join.. huhu..

p/s: lma x sggah cni.. :)

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....