Friday, November 18, 2011

Bukan PJJ



Membacakan entry si Aima yang ini, aku terpanggil juga untuk menulis juga tentang sesuatu yang berkaitan hubungan jarak jauh dan juga sedikit sebanyak yang tidak berkaitan (biasalah aku raja off-topic).

Ini bukan pengalamanku pun. Tapi kakak ku. Oleh sebab dia tiada blog. Aku mau kongsikan lah sedikit ceritanya.
Selepas berkahwin, dia dapt surat transfer untuk ke KL, lebih dekat dengan suaminya, mulai January 2011. Tapi rezeki itu Allah yang tentukan. RM1 dalam poket kita pun belum tentu kita yang punya akhirnya. Tiba-tiba sebelum berakhir 2010, dia dapat surat tawaran yang lebih baik dari institusi lain, tapi di Labuan, bukan di KL. Situ lah mula dugaannya. Memang ditakdirkan berjauh pada awal perkahwinan. Pada awal tahun pula, ada rezeki, dia mengandung. Dengan di Labuan tanpa family, suami pun jauh, cuma ada housemate, dia tinggal di Labuan dengan berjalan kaki ke pejabat (mungkin cuma melintas jalan yang besar) setiap hari dengan perut bulatnya. kalau aku di tempatnya, mesti hari-hari aku nangis. Dengan kaki cramp malam-malam lagi. Pergi klinik sendiri-sendiri. Ah!

Dan ada lagi 1 orang kawan aku, long distance relationship juga. Masalah rindu. Mau arrange cuti untuk holiday, duit untuk air-ticket. Berjumpa setahun cuma few times. But they rock it!

Ah, 3 contoh di atas buat aku rasa bersyukur sangat. Sebab dekat sama Tunang.
Nah biarlah aku share pula pengalaman aku.

Everytime we are in a fight, aku akan menjadi saitan. Style hambur jak semua kemarahan ku. Tapi cepat tehambur, cepat juak cool tidak sampai sehari pun, macam "eh sekejapnya, kenapa aku rasa ok sudah? alaaaa sekejapnya gaduh kalau begini" Memang paling menang lah sudah tu sampai merah padam muka, entah mau jadi apa suda, lepas sudah cool down baru fikir balik "astaga aku kah juga tadi tu?" orang lain entah begini ka tidak kalau marah. Adakah ini normal?

Kalau gaduh yang lagi besar, aku akan cuba melatih diri dengan memikirkan, orang lain berjauhan susah-susah mau jumpa, aku yang dekat mau bergaduh-gaduh pula. terus pelan-pelan cuba cool down. Cuba seja la, berjaya atau tidak, percent nya biarlah rahsia. Ada usaha yang penting.

Tapi kalau ada gaduh pun best juga, sebab lepas bergaduh mesti lagi bagus dari yang sebelumnya. kalau happy seja terus tu macam ada something wrong pula. Macam mana mau hargai masa gembira jika tiada masa sedihnya. Macam perbezaan suhu la buat kita rasa sejuk atau panas. Kalau tiada perbezaan suhu, mana ada rasa sejuk atau panas tu, sama saja.

Paling lama pun, kalau kami both ada di KK, jangkamasa tidak berjumpa adalah 2 hari maksimum. Lebih dari itu, tidak pernah lah since bertunang ni. Kadang-kadang aku cakap sama tunang "jum bah kita try tidak berjumpa seminggu" tapi tidak sampai 2 hari, terus alasan "eh kita kan ada mau pegi sini beli itu, beli ini, eh kita kan ada urusan, eh jum makan di sana tu beliur sudah aku" dan sebagainya punya alasan berjumpa.

Aku bersyukur sama Tuhan sangat-sangat sebab kami tidak lah berjauhan mana. Hari itu pun dia out station, kalau ikut kan, aku rilek saja, Ala 4 hari saja, apa ada hal, ini lah masanya membujangg yihaaaa!!! (hehe, Jay jangan marah ah ah ah). Tapi hari itu emosi disebabkan time tu harijadi ku time tu la juga sibuk out station, dan yang paling jauh pula tu, KL, 4 hari pula tu, uinah joo bikin panas. Patah seribu aku di situ. Sampai ibunya call suruh aku jangan bersedih bukan juga lama tu, ibu pun dulu time mengandungkan Jayjay ayah tiada dekat, entah apa la yang dikasitaunya sama ibunya. Memang sekejap, tapi harijadiku 1 hari seja. Ah ah ah, sebab itu aku isytihar harijadiku sepanjang November (ceh tiba-tiba cakap pasal harijadi pula memang raja off-topic bah aku ni)

Jauh lagi perjalananku. Orang cakap time bertunang ni lah banyak dugaannya. Untuk kami yang bukan jarak jauh ni, aku rasa dugaan dari luar tu kurang sedikit. Ada la. Ada tidak terlampau banyak gila. Tapi yang banyak adalah dugaan dari dalam diri sendiri. Haha.

Contohnya aku suka menyakat dia. Time aku masuk dalam kereta, aku tiba-tiba cakap

"Eh kenapa kedudukan kerusi ni lain ah, baring juga betul" atau "Tegak juga betul, semalam aku duduk sini, bukan begini ni kerusi"
"Siapa bah kau bawa tadi, kasitau bah aku, siapa" sambil buat muka sedih. Ah ah ah. Dan banyak lagi lah perangai gila ku.

Tapi aku percaya di setiap stage hubungan pun ada dugaan yang berbeza-beza. Sama-sama kita belajar. Ceh, bawa-bawa orang plak.

Oklabye. Hehe. Tiba-tiba jak menaip panjang. Tiba-tiba kick!

Till then.

Love,
Cinoi

7 comments:

Sheila said...

Ayah selalu masuk kem bah tu sama mcm bapakku. tu lah ibu berkawan sama mama ku tu. dekat lagi rumah. sama-sama lagi pregnant. (aku sama jay dalam perut time tu).

Nurul Aima Hj Kaim said...

ini ka yg ko draft draft td noi ga ga ga ga..tp jauh ka dekat lainlain jg tu cabaran dia...yg penting soal hati bah tu..marilah kita menyayangi pasangan kita

Chii said...

for ldr couples, klu masa bsama2 tu la yg plg treasure skali. aku ni pun kira btuah jg sbb biarpun jauh, dugaan tu x brapa banyak. gaduh pun jrg (mcm x pernah). merajuk2 jak banyak (part aku la tu!)

p/s: bila sama2, henpon ntah pi mana. hahaha. tp bila bjauh. henpon tu la kawan. eh mcm mo buat entry plak.

beaty said...

erm so far tada lh kunun kami berjauh ni noi..he he ..tapi part pasal gaduh2 wah sia number 1...kici punya pasal mcm mau marah2 suda ni..tapi kijap ja lah inda samapi 1 hari cool suda ni..he he

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

wan dah 2tahun 6bulan 1minggu dan 6 hari kawin.....n selamat tu jgklah wan duk jauh dgn enHubby..alhamdulillah bahagia... ;) yg penting T R U S T!

Cinoi said...

Sheila,
Hebak kamu mmg bekawan lamagila oh. dr dalam perut lagiii kannn.

Chii,
been there juga tu ldr tu dulu2 kan ahahahaha. skrg ni nasib lah dkt. ada pro n cons bahh, tp itu terpulang dgn d way we handle n accept it la

Beaty,
biasa!


Wan,
wan mmg yg paling strong ah!

misya mialen said...

noi, aku senyum2 ni baca entri ni masa part yg last pasal kerusi tu.klu ada perubahan kerusi dlm kereta husband aku tiap kali dia balik jmpa aku, cepat jak tu mulut aku tnya, eh, napa kedudukan kerusi ni lain? terus dia jwb, budak2 ba ikut aku. muahahahha

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....