Thursday, November 3, 2011

Di Antara Garisan Halus

Seorang professor ingin menyeberangi sungai yang besar dan dalam. Selepas menaiki bot, professor bertanya kepada pemandu bot (eh orang yang bawa bot tu namanya apa? Pemandu bot bah kan?)

"Adakah engkau pandai membaca"

Pemandu bot jawab "Tidak. Aku tidak pernah bersekolah"

"Sesungguhnya separuh hidupmu sudah hilang"

Sampai suku perjalanan, professor bertanya lagi
"Adakah kamu ada menabung?"

Pemandu bot jawab "Oh, saya tiada tabungan, cuma kais pagi makan pagi"

Professor lantas menjawab "Sesungguhnya separuh hidupmu telah hilang, betapa ruginya engkau"

Di separuh perjalanan, bot pecah dan berlubang, sudah mula karam.
Pemandu bot bertanya kepada professor
"Adakah engkau pandai berenang?"

"Tidak!"

Lalu pemandu bot berkata "Sesungguhnya seluruh hidupmu akan hilang" ah ah ah
(Ah ah ah tu aku yang tambah)

Lalu pengajarannya apa tuan-tuan dan puan-puan pembaca sekalian?? Ah, saya tinggalkan kamu untuk mempelajari pengajaran ceritanya sendiri,masing-masing punya intrepetasi yang berbeza.

Janganlah kamu memandang enteng terhadap orang lain kerana setiap orang punya jalan hidup yang tidak kita ketahui awalan dan akhiran, punya sebab masing-masing. Kalau mau judge, cukup di dalam hati. Judgemental we are. Judgemental.

Okbye.

Love,
Cinoi xo
Sent via BlackBerry from Maxis

8 comments:

Chii said...

aku nda tau pengajarannya apa tapi lucu la, lucu.

Joanne Juend said...

bagus ini post. 2 dalam 1, sy suka.. baru tau itu professor :D

cik chinta said...

tu r...jgn pandang sbela mata je...

.ainulafidah. said...

ya pengajarannya jgn pndng rendah ngan org lain. semua org ada kelebihan msg2. ada jalan cerita idup yg berbeza. dan semua org ada rezeki msg2.

Sheila said...

aku pun mc maci mula2 tadi xtau apa pengajaran sebalik cerita ni..tapi lucu lah.. padan muka si professor.

tuLank RusuQue said...

pengajarannya..pandai berenang la kamu sebelum kamu dilemaskan ah ha ha aha

beaty said...

nah noi sa tau....ermmm...tinggi2 mana pun ada jua dia punya kelemahan..buruk2 mana pun ada juag kelebihan dia..

so semua org gifted bah

Diary oF Mine said...

hahaha.. padan muka prof itu.. bangga diri sgt.. :D

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....