Thursday, October 11, 2012

Pendedahan! Jeng jeng Jeng!

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama sudah ni aku mahu tulis, tapi banyaklah alasan kan. Means aku memang tak mahu lagi tulis. Bila aku taip sudah means aku mahu lah. Tiada alasan.

Malu aku mahu cakap, tapi yang semua sedia maklum, aku mula sudah belajar pakai tudung, hehe. Ramai yang bertanya

“Wah kenapa tiba-tiba”
“Laki kau suruh bertudung?”
”Apa terjadi? Dapat hidayah?”

Iya. Kick kan soalan-soalan tersebut. Tak adalah tunggu dapat hidayah baru pakai kan, kalau begitu memang tak dapat lah kan. Mula-mula sebenarnya semasa menaip entry INI pada bulan July, aku mahu pakai tudung suda. Ada mahu-mahu la, tapi aku cakap nantilah, baju kahwin sudah tempah yang tak sesuai kalau bertudung hahaha, and tiada bajet pula ni mahu beli tudung seriously hahaha excuses kan, means aku ternyata tak mahu lagi lah. Cuma first time terdetik pasal isu aku pakai tudung. Selalunya aku prefer untuk tidak fikirkan, heissshh jahat betul.

Lepas kahwin pun, aku masih tak tutup rambut. Sampai lah habis cuti kahwin, masuk kerja. Aku cakap esok mahu pakai tudung pergi kerja, ayuh beli tudung. Aku beli tudung instant. Aku ada shawl sudah time tu aku memang beli lama sudah, tapi macam tak pandai kot, jadi pakai tudung instant lah. So 1st day kerja lepas balik cuti kahwin aku tutup lah rambut pakai tudung instant.

Kenapa? Tak tahu lah tiba-tiba saja. It’s time kot.

Suami siap ada bertanya, I know memang lah dia tahu wajib kan, he just curious how I made that decision.

“Kenapa sayang?”

Ecewah penuh kasih sayang ka kamu baca tu?

Aku jawab

“Haritu sayang mimpi, tempat tu gelap, tiba-tiba ada api dan kemudian seekor ular men..”

“Deyyyy. Hahahaha sayang ingat sayang artis ka. Betul-betul bah jawab jangan main-main”

Hmmm aku pun tidak ingat lah jawapan ku. Yang aku tahu perasaan mahu tutup rambut tu tiba-tiba membuak-buak dan sudah tidak dapat tahan lagi. Mahu cepat-cepat biarlah kelengkapan belum cukup, tiada inner bagai segala, brooch pun tidak ada. First day pakai tudung dalam macam time sekolah tu dengan tudung instant.

Dulu, kalau fikir pasal pakai tudung, aku cuma fikir dalam hati. Alaaa, banyaknya lah baju-baju aku tidak dapat pakai lagi, sayangnya, ala camna kalau pergi holiday, tidak dapat lah stylo-stylo nanti kalau aku pakai tudung, banyak baju aku tidak dapat pakai. Ya, itulah yang aku selalu fikir dulu, aku memang begini dan aku risau banyak baju aku suka tidak dapat dipakai. Dan yang paling selalunya, aku tidak fikir pun perihal menutup rambut hahahaha. Saitan betul.

Tapi bila yang aku cakap tadi tu lah, perasaan membuak-buak mahu pakai tu, aku sudah tiada fikir tak dapat pakai baju ka apa kah, semua aku tiada fikir. Tiada dalam fikiran. Magik juga aku rasa.

Dan suami pun bilang, semuanya bermula dengan keterpaksaan. Jika ada yang memang awal-awal tak terpaksa syukur Alhamdulillah, kamu memang bagus. Benda benda seperti peraturan ini semuanya bermula dari terpaksa sebab memang peraturannya begitu dan menjadi amalan seharian. Faham kan kamu apa aku cakap ni? HAhahahaha. Lama-lama jadi kebiasaan, dan ikhlas atau tidak itu antara aku/kita dengan Tuhan. Kan kan kan.

Mommy tanya “Mommy dengar kau pakai tudung sekarang?”

Iya mom. puas sudah aku pendek,rambut macam lelaki, panjang rambut, lurus rambut keriting rambut, warna warni sudah rambut ku, apa lagi aku mau. Bosan sudah aku dengan rambut sendiri, jadi aku mahu tutup lah. Aku takjumpa juga apa aku cari dalam isu rambut ni heh.

Hahaha iya itu jawapan ku sama mom.

Ibu mertua tanya “Ok juga? Selesa?”

“Cantik ka aku bu?”

Hahahahaha. Tipulah kan kalau aku cakap selesa setiap hari, ada sampai tahap sakit kepala rimas kepanasan, 10 kali ke tandas buka tudung pakai balik. Tapi tidak lah selalu. Ada juga bad-tudung-day. Ada juga yang rilek sahaja macam hari-hari biasa tiada apa berlaku.

But so far I think I’m doing good. I love how I look walaupun kadang-kadang nampak macam babu bibik tudung senget. Tapi comel lah kalau tengok cermin tudung tu buat pipiku macam bulat tak lagi cengkung, rasa nak cubit pipi tahu!

Jadi itulah sedikit sebanyak ceritaku. Berita gembira tadi pun Jay sudah bagi green light beli lagi tudung banyak-banyak sebab dia cakap itu ituuuu jak tudung bininya. HAHAHAAHAHAHA. Terimakasih suami.

Habis. Esok cerita Herbalife pula ok.

 

Love,

Cinoi xo

6 comments:

Wan Sajidah Ahmad Saburi said...

like! :)

Anne Nurain said...

congrats sis.. plan2,lama2 biasa la tu.. peduli jak apa org cakap.. hehe.. napa teda gmbar? mo tgk jgk.. hihihi..

beaty said...

noi ok la bh tu kan noi..satu perubahan positif lepas kawin kan..

Sheila said...

And im sooo happy for you n aku ingat lagi kau whatsapp aku, org kedai x layan kau time kau mau beli tudung. Hahaha..
Btw, tunggu bah aku kalau mau beli tudung. Pigi Tamma kita. Ahad ni aku balik KK :)

Cinoi said...

Sheila iya kan lupa pula aku include cerita itew di sini, tq kerana mengcompletekannya BAHAHAHA. Berapa hari kau d KK. Hari apa kita ke Tammak?

N.Aima K said...

lucuk bah... tp pelik juga soalan2 yg kau highlight tu.."kenapa tiba-tiba"? adededede soalan ka lg tu..?

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....