Showing posts with label pink. Show all posts
Showing posts with label pink. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

I miss you Pink!

 

acc 2*Abaikan perkataan 30an to hokayyy ggrrrrr* Paper 20July2014

Selepas kejadian dua tahun lepas (refer HERE) , sekali lagi kami alamai pengalaman yang sama , tapi lebih teruk sedikit . Also in JULY. Whats with JULY or No 7 anyway zzzzz.

18 July – Masa tu on the way sepatutnya ke rumah my coachee, for SHAKE PARTY , satu keluarga dia mahu timbang. Then petang ada apppointment tukar ke empat-empat tayar si Pink.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Kami di lorong laju sebelah kanan, Jay drive, aku duduk di pasenger seat depan sebelah kiri tengah tengok phone. Tiba-tiba phone ku terbang dari tangan ku (imagine dengan gaya slowmotion ok) pastu dari anak mataku aku nampak sesuatu benda-benda kecil terbang di kiri, dan bunyi sorotan dari pintu belakang ke pintu depan ( sebelah kiri) sampai la ke lampu kiri bumper kiri depan.

Kami ternaik ala-ala terbang atas pembahagi jalan, then aku nampak taxi tu drift bulatan dua kali (selepas melanggar kami) lalu melanggar guard rail di kiri dan terhenti.
Barang-barang dalam kereta semua terbang ke depan bahagian kaki kami. Dengan produk SKIN ku bertebaran semua la semua hambur. Terus aku menangis tersedu sedan, maybe sebab SHOCKED, dan sebab bersyukur TERSELAMAT. Dan the rest is history. History la sangat. Zzzzz . Nasib baik lah belum pergi tukar tayar.

acc 3

Tiada adegan STERING LOCK okay. HAhahaha, aku tiada bercakap pun dengan pemandu taxi tu. Accident happens, I believe dia pun tidak mahu juga kejadian tu berlaku, cuma pertimbangan dia time tu ja la salah, dia mengelak kereta lain tapi tidak tengok kanan lalu terlanggar la kami. Zzzzzzzzz

acc 1Paper 19July 2014

 

Rancangan 19July drive ke Sandakan puasa sana dan kemudian 21 july drive Sandakan ke Lahad Datu CANCEL! TRETTTTTTT. Potong stim betulllahh. Ada hiccups kan. Kami ambil masa satu hari satu malam untuk bertenang, langsung tidak buat apa-apa, tidak urus kereta, tidak plan macam mana mau balik puasa di kampung etc. Appointment semua cancel.

 

Yang best nya, lepas accident tu, buat report di Balai Polis bandar kk. Kami laki bini di tengahari panas di bulan puasa berjalan kaki, pergi bank then pergi Suria Sabah. Masuk suria duduk tercongok ambil aircond kunun.
Pastu dari Suria jalan kaki ke bus station di bandaran mau balik rumah, sempat singgah bazar Ramadhan di dekat DBKK. Best lahh pengalaman berjalan kaki dengan suami ke bazar pastu balik naik public transport (read: BUS YANG AIRCOND NYA MATI SEGAN HIDUP TAK MAHU BUAHAHAAH) . Dalam bas kami TIDUR MATI. Pastu amazed “Cepat juga sampai naik bas kan nda sekat-sekat di jammed”, sebab bas kan main cilok di kiri lane seja. Siap ada roadblock tahan tu bas polis cek ic semua passenger bas hahaha. Nikmat bejalan kaki dan naik bas dapat pengalaman baru and and tengok gelagat orang (sebelum kami tertidur)

Turun bas lintas jalan jalan kaki balik rumah 5.30 petang. Tunggu waktu berbuka, minum air dan makan kuih dua biji sahaja. (SHAKE pon tak buattt , blurrrr sangat) pastu tiada makan apa sampai malam sampai tidur. Drama kannnnzzzz.

 

Dan disebabkan kejadian ni juga merasa la aku dan suami pada 21hbJuly MALAM naik bas ekspress Kota Kinabalu – Lahad Datu, first time bersama-sama. Bas 8pm sampai Lahad Datu 2am. Siokk, aku tidak pening, tidak mabuk, ada husband di sebelah, kami tidak perlu drive, boleh tidur-tidur (walaupun nervous dan takut naik bas di jalan Kundasang Ranau)

Sekarang mari kita sama-sama berdoa semoga kereta kami si Pink cepat siap di workshop sana. Amin!

*Rindu gilaaa dengan si Pink sob sob sob

Friday, March 30, 2012

Bawa Pink Naik Feri Ke Labuan

 

Eee lamanya sudah kan ke Labuan, baru lah sekarang-sekarang ada masa update. i ‘ve been meaning to share this, so biarlah lambat, yang penting ada, bikin rujukan sama semua-semua.

Menumbok – Labuan
From Kota Kinabalu, kalau mahu bawa kereta ke Labuan, kena drive ke Menumbok that took approximately 2 hours drive. KK-Putatan-Kinarut-Papar-Kimanis-Bongawan-Simpang Limbawang-Kuala Penyu-dan akhirnya sampai lah Menumbuk.

Then terus cari parking untuk queue masuk feri okay. Masa tu my sis sudah belikan tiket di Labuan (masa beli tiket feri untuk kereta dia akan tanya terus nama pemandu), so kami just jalan kaki masuk dalam pagar tu sikit (kalau kamu di Menumbuk kamu akan nampak pagar tu), minta print Boarding Pass untuk kereta, dan tiket untuk penumpang (tiket penumpang Rm5 per pax, untuk kereta depends on jenis, Pink cost RM40), rujuk gambar di bawah.Feri ke Labuan

Lepas dari kaunter tu, kena jalan kaki ke epan sikit jabatan laut kalau taksilap untuk bayar Landing Fees (RM14 for Pink, and RM1.50 per pax, which RM1.50 ni aku tatahu kenapa kena bayar lagi sedangkan dah bayar tiket di atas tu), dan Landing Fees ni sekali saja lah bayar, from Labuan to KK later tiada bayar landing fees. Refer below picture.Feri ke Labuan 03

Kalau kamu follow my twitter mungkin kamu akan perasan aku membebel pasal sistem feri yang tunggang langgang. I mean, kamu ada feri bawa angkut kereta, bawa-bawa lah di atur di luar stesen feri ni, sebab jalan yang sama untuk kereta masuk ke dalam feri juga adalah jalan yang sama untuk kereta yang keluar dari feri, belum masuk bas bas besar yang parking di siring-siring lagi, hectic! Dan aku memang culture shocked di situ. Somebody must do something about this. Bukan lagi tak sistematik keadaan di luar gate masuk, malah memang tiada sistem, masing-masing hantam sajalah.Feri ke Labuan 04Tengok anak panah merah tu, di situ lah pagar masuk tu. Yang aku mention tadi di atas.

Walaupun nampak macam panjang gila jem, bila masuk, Pink dapat park bahagian depan-depan juga, tapi still di bawah yang beratap lah. Dan masa perjalanan dari daratan naik ke feri tu aku memang berkobar-kobar dan excited sungguh like a G6 like a G6~~Feri ke Labuan 06

Lepas tu apalagi camwhore la atas feri. Ini first time seumur hidup aku 26 tahun untuk naik feri. Dulu masa study di matrik, Daddy memang tak bagi aku naik feri. So jakun-jakun lah ni. Pagi-pagi sebelum gerak tu pun aku memang pumped up kicks lah sampai check in di semua tempat kami lalui aku rasa.Feri ke Labuan 07

Yang ni gambaran scene feri kereta dari atas, Pink must be right below me Winking smile

Feri ke Labuan 08

Lepas tu aku masuk lah dalam di tempat penumpang-penumpang. Tempat duduk keadaan macam dalam bus, cuma lebih banyak kerusi dan ada TV yang sedang pasang cerita Mr.Bean, which aku tak comfortable langsung. 1, pasal the seat, is very old. Is this the only feri KK-labuan-kk? Sebab if it is the only one, they should put more effort to take care of this feri. Kerusi koyak rabak, ada yang macam mau roboh sudah. 2, sebab bau. Busuk yang amat, mungkin aku bad luck haritu, dapat yang busuk-busuk. Masuk dengan budak-budak menangis lagi. Aku takut mabuk.

Sebelum mabuk, aku bawa Tunang lepak di luar. Yang makin lama kami penat lepak luar, so kami decide tidur saja dalam kereta. Gambar di bawah ni adalah keadaan yang aku lihat sebelum tidur.Feri ke Labuan 09

Sesampai di Labuan, keadaan adalah much better dari di Menumbok, sebab keluar dari feri terus ke kanan, dan kereta yang akan masuk ke feri berada di sebelah kiri, yang mana di tengah-tengah antaranya ada bangunan, kamu faham kah ni. MEans taklah jalan lane yang sama macam keadaan di Menumbok. Winking smile

 

Labuan – Menumbok
Ok, ini pun my sis sekali beli tiket awal-awal dengan tiket di atas tadi, so aku cuma pergi kaunter, minta print Boarding Pass for Pink, dan bayar tambang untuk penumpang.

Feri ke Labuan 02

 

Kalau kamu follow twitter aku juga kamu akan tahu masa tu aku jadi trafik feri labuan tak berbayar. haha. Tengok gambar di bawah, itu pandangan dari site mirror passenger seat kereta aku, means di belakang ialah jem yang panjang. Mulanya kami pun stuck di jem tu lama gila, so aku keluar dari kereta, dan tengok banyak lagi ruang di depan tu, cuma hairan kenapa pemandu di depan-depan kami ni tak maju. So aku keluar dan bagi arahan maju, dan tolong susun atur kereta yang lintang pukang di situ. Tunang kagum sekejap sebab lepas aku keluar dari kerta baru ada traffic movement di situ, yes I know I make u proud, don’t say. HahahaFeri ke Labuan 10

 

So we ended up here, di depan-depan, dekat lah dengan kereta my sis.Feri ke Labuan 11

So bye bye Labuan. Till we meet again. I’ll never be the same, if we ever meet again~~

Feri ke Labuan 12.

 

Gambar terakhir aku bagi gambaran (untuk yang tatahu, sakai macam aku) macam mana rapat dorang susun kereta di dalam feri.Feri ke Labuan 13

 

Jadi, anything I missed? Cukupkah informasi untuk macam mana bawa kereta naik feri dari KK ke Labuan? Ahha, kalau ada yang tacukup tanya jak ah. Hope this helps.

Ktnhxbye.

 

Love,

Cinoi xo

Wednesday, July 13, 2011

Selepas 2 Tahun

 

Pagi tadi isu di Hot FM pasal driving class kan? Pasal ambil lesen lah lebih kurang. 2 tahun lepas aku ambil lesen, prosesnya sekejap. Table test tu aku habiskan tidak sampai 10minit, semua soalan baca laju-laju dan pilih laju-laju. aku kan mau cepat saja orangnya. Class 8 jam pun aku ambil 4 jam sahaja, sebab aku sudah memang boleh drive masa tu. Dan dapat lah lesen P, yeay!IMG01912-20110706-1216

terus angan-angan, mau beli kereta INI!!

Selepas 2 tahun, finally on the July 5th, lesen P aku habis, yeay! Tapi baru last Monday aku ada masa pergi renew lesen.

IMG01999-20110711-1718 *Pakai gambar last year. Agagagagaga

Ehe, tapi sticker P di Miss Pink tidak akan saya cabut dulu, sebab ada orang lain yang drive Miss Pink selalu masih berlesen P! Ehehehehe *waving*

Sebenarnya, sebelum ada lesen lagi dulu aku sudah start memandu sendiri, ssshhhhh jangan bagitau orang. Teeeheeeee.

Pandu cermat jiwa selamat. Ada pemandu lagi bagus. Agagagagaga

Bye.

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Join the RACE with me!

Friday, June 17, 2011

Tips Untuk Rak Kasut Bergerak

 

Nah. Apa tu rak kasut bergerak?

Aku percaya standard la setiap perempuan mesti taru kasut spare dalam kereta kan kan kan?

Aku juga begitu. Maaflah kalau tiada sesiapa begitu dan sangkaan aku silap kan. Kalau aku salah, mungkin aku saja satu-satunya yang begitu, letak kasut spare dalam kereta.

Ok tipu. Bukan setakat kasut spare. Lebih lagi dari itu, kasut spare, heels spare, sandal spare. Miss Pink umpama rak kasut bergerak yang redha. Mula-mula aku letak sepasang. Lepas tu mau tukar kasut lagi, agenda lain dan outfit lain kan, tambah lagi another pair taru di dalam  Miss Pink. Sekarang sudah ada few pairs di sana. Makin banyak, aku letak dalam bonet Miss Pink.

Tapi tetap juga ada sepasang spare di bawah kerusi, di hujung kaki.

Tipsnya: Pastikan apabila kamu keluar kereta, kasut/selipar yang kamu pakai adalah pasangan yang betul ya. Pasangan yang betul tu, bukan pasangan songsang ya. Iaitu sebelah kiri sama dengan sebelah kanan or vice versa.

Ya, saya dapati itu kesilapan yang mungkin berlaku. Sebab saya ialah mengalaminya semalam.

Situasi : Pergi lepak kedai mamak, masuk – masuk saja semua orang pandang baik punya. Ah, confirm sebab aku cun tinggi kan.

Tapi aku silap, rupanya bukan saja sebab aku tinggi, tapi sebab aku tinggi sebelah. Sethan! Macam mana gua tidak perasan. Lepas habis makan minum apa semua, baru gua tengok kaki, nice! Sebelah terompah nude colour, sebelah lagi heels hitam pergi kerja.

Kecewa dengan pencapaian diri sendiri.

Sunday, April 27, 2008

princess in pink

loookk!!! wut i've found during the room cleaning session...huhh..ade lg rupenye die...dis is a pressie from my cuzzie few years ago..my very the handsome cuzzie hardy daniel a.k.a adik....la..la..la..

lalu sarra pon jadikan bahan bacaan dia skrg..maklum la..dia kan jobless..hahaha..msti sentap kn ko cik sarra....jgn marah ya cik sarra...satu2 nya job die skrg slain baca buku ni is my room manager..yeah...haha..so xde la jobless sgt..boleh2 la...hahaha...doink doink..


how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....