Thursday, August 14, 2014

I miss you Pink!

 

acc 2*Abaikan perkataan 30an to hokayyy ggrrrrr* Paper 20July2014

Selepas kejadian dua tahun lepas (refer HERE) , sekali lagi kami alamai pengalaman yang sama , tapi lebih teruk sedikit . Also in JULY. Whats with JULY or No 7 anyway zzzzz.

18 July – Masa tu on the way sepatutnya ke rumah my coachee, for SHAKE PARTY , satu keluarga dia mahu timbang. Then petang ada apppointment tukar ke empat-empat tayar si Pink.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Kami di lorong laju sebelah kanan, Jay drive, aku duduk di pasenger seat depan sebelah kiri tengah tengok phone. Tiba-tiba phone ku terbang dari tangan ku (imagine dengan gaya slowmotion ok) pastu dari anak mataku aku nampak sesuatu benda-benda kecil terbang di kiri, dan bunyi sorotan dari pintu belakang ke pintu depan ( sebelah kiri) sampai la ke lampu kiri bumper kiri depan.

Kami ternaik ala-ala terbang atas pembahagi jalan, then aku nampak taxi tu drift bulatan dua kali (selepas melanggar kami) lalu melanggar guard rail di kiri dan terhenti.
Barang-barang dalam kereta semua terbang ke depan bahagian kaki kami. Dengan produk SKIN ku bertebaran semua la semua hambur. Terus aku menangis tersedu sedan, maybe sebab SHOCKED, dan sebab bersyukur TERSELAMAT. Dan the rest is history. History la sangat. Zzzzz . Nasib baik lah belum pergi tukar tayar.

acc 3

Tiada adegan STERING LOCK okay. HAhahaha, aku tiada bercakap pun dengan pemandu taxi tu. Accident happens, I believe dia pun tidak mahu juga kejadian tu berlaku, cuma pertimbangan dia time tu ja la salah, dia mengelak kereta lain tapi tidak tengok kanan lalu terlanggar la kami. Zzzzzzzzz

acc 1Paper 19July 2014

 

Rancangan 19July drive ke Sandakan puasa sana dan kemudian 21 july drive Sandakan ke Lahad Datu CANCEL! TRETTTTTTT. Potong stim betulllahh. Ada hiccups kan. Kami ambil masa satu hari satu malam untuk bertenang, langsung tidak buat apa-apa, tidak urus kereta, tidak plan macam mana mau balik puasa di kampung etc. Appointment semua cancel.

 

Yang best nya, lepas accident tu, buat report di Balai Polis bandar kk. Kami laki bini di tengahari panas di bulan puasa berjalan kaki, pergi bank then pergi Suria Sabah. Masuk suria duduk tercongok ambil aircond kunun.
Pastu dari Suria jalan kaki ke bus station di bandaran mau balik rumah, sempat singgah bazar Ramadhan di dekat DBKK. Best lahh pengalaman berjalan kaki dengan suami ke bazar pastu balik naik public transport (read: BUS YANG AIRCOND NYA MATI SEGAN HIDUP TAK MAHU BUAHAHAAH) . Dalam bas kami TIDUR MATI. Pastu amazed “Cepat juga sampai naik bas kan nda sekat-sekat di jammed”, sebab bas kan main cilok di kiri lane seja. Siap ada roadblock tahan tu bas polis cek ic semua passenger bas hahaha. Nikmat bejalan kaki dan naik bas dapat pengalaman baru and and tengok gelagat orang (sebelum kami tertidur)

Turun bas lintas jalan jalan kaki balik rumah 5.30 petang. Tunggu waktu berbuka, minum air dan makan kuih dua biji sahaja. (SHAKE pon tak buattt , blurrrr sangat) pastu tiada makan apa sampai malam sampai tidur. Drama kannnnzzzz.

 

Dan disebabkan kejadian ni juga merasa la aku dan suami pada 21hbJuly MALAM naik bas ekspress Kota Kinabalu – Lahad Datu, first time bersama-sama. Bas 8pm sampai Lahad Datu 2am. Siokk, aku tidak pening, tidak mabuk, ada husband di sebelah, kami tidak perlu drive, boleh tidur-tidur (walaupun nervous dan takut naik bas di jalan Kundasang Ranau)

Sekarang mari kita sama-sama berdoa semoga kereta kami si Pink cepat siap di workshop sana. Amin!

*Rindu gilaaa dengan si Pink sob sob sob

1 comment:

Michelle Sung said...

Kalau pasal accident ni sya phobia sdh...syukurlah kamu x apa2 kan..x apa la psl kereta tu pelan2 boleh buat, klu badan kita yg ada apa2, susah2 mau dibuat tu kikiki

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....