Friday, April 8, 2011

Mimpi Gempa Bumi

Dalam satu malam, bermimpi dua mimpi yang sangat pelik. Mimpi yang jelas dan pelik. Mana yang kamu percaya, mimpi mainan tidur atau mimpi bawa sesuatu makna atau hint? Wallahualam.

Ok. Mimpi pertama saya.

Lupa.

Kita terus ke mimpi kedua. Saya mimpi gempa bumi.

Saya bersama ahli keluarga sedang tidur di sebuah hotel apartment bertingkat-tingkat. Saya terbangun sebab ada pergerakan yang sangat kuat dan memeningkan, Kak Misah jenguk keluar tingkap, kedudukan hotel apartment sudah berubah sedikit, nampak dengan jelas! Tapi dia diam lagi. Aku terus jerit “Keluar sekarang!!” Dalam kelam kabut aku ingat sempat tarik handbag kuning yang ada purse. Sampai bawah semua ahli keluarga aku sudah ada bersama penghuni lain di kondo tu, lepak tepi jalan. (Eh apa ni sekejap hotel apartment, sekejap kondo, maaflah tidak dinyatakan dengan jelas dalam mimpi tu)  Suasana sangat suram dan mentakutkan juge pun.

Lepas tu. Eh jap. Mimpi tu macam skip-skip. Oh, aku baru ingat kawan aku, Jay, tinggal di apartment berdekatan. Aku call dia, dan macam biasalah seperti di real life juga, dia tidak bangun! Naiss! Sudah la gempa bumi, tidur mati pula. So aku call adik dia, jelas gila nama adik dia di skrin phone ‘Natasha’ dia jawab dalam keadaan mamai sekali, aku siap jerit-jerit suruh bangun dan gerak semua orang. Lepas aku letak phone, Jay call aku balik “Eh kenapa semua bersepah sana sini ni”. Aku jawab “gempa bumi la! bangun! keluar dari situ sekarang gila!” (Satu lagi persamaan mimpi dan real life, Jay, real life dan mimpi dua-dua sama, gila.)

Lepas tu semua orang tunggu bantuan, aku berniat naik balik ke bilik family aku (sebab bangunan tu tidak runtuh lagi, cuma sebahagian di belakang bangunan yang ada sedikit runtuhan, lagipun dalam mimpi ni aku macam hero la dalam family aku)  tengok ada barang yang aku boleh ambil. Sweater untuk anak-anak buah aku, dan aku tarik cadar putih di katil untuk aku selimutkan badan sambil jalan-jalan sekeliling tunggu bantuan. Masa tu naik lif takut, so i took the stairs. Tapi banyak tangga yang sudah tersasar kedudukannya dan mau-mau runtuh.

Lepas tu ada jambatan yang menghubungkan dua bangunan runtuh dan jatuh di depan mata kami semua. Gila mentakutkan.

Lepas tu,Jay pun datang dengan kereta, aku naik kereta dan ajak dia jalan-jalan tengok keadaan, lepas tu balik semula lepak dengan family aku.

Lepas tu jalan lagi naik kereta dengan Jay, dia boleh parking di bawah satu lagi jambatan concrete, bahaya betul! Nanti berulang lagi macam jambatan concrete yang pertama tadi. So aku jerit kuat-kuat dengan dia “Jangannnn!”

Jeritan tu betul-betul keluar di mulut aku haha. Aku pun terbangun akibat jeritan sendiri. Lalu menggigil ketakutan macam mau nangis. Mau nangis akibat mimpi pertama (yang aku sudah lupa tiba-tiba) dan mimpi gempa bumi ni.

Aku terus call Jay, dan yang luarbiasanya, dia jawab, tapi dalam mamai.

Aku: Oi kau tidur kah? Kau ok?

Jay: Ya. Ok. asdf hhmm mm nyum niuasdfh kadhv ka (aku tidak tau apa dia bebel macam mamai gila)

Aku: Woi bangun lah, aku mimpi mentakutkan tadi. Gempa bumi. Bla bla bla (ceritakan mimpi tadi dengan detail)

Jay: Oh, bagus lah tu. Bagus mimpi gempa bumi ni.

Aku: !#$%^&*()+

Mimpi gempa bumi ialah mimpi bagus?? Terus aku letak phone!

Susah mau lelap dan berfikir-fikir seorang diri sambil membaca pelbagai doa dengan panik, mungkin doa makan pun terselit sekali.

Hasilnya sekarang aku di office mengantuk gila tahap mau bershuffle jak rasa. Dan tiba-tiba aku macam faham hint mimpi semalam, iaitu, hari ni aku patut take half day off supaya aku boleh tidur *wink

What do you think?

 

Love,

Cinoi xo

p/s: Minggu ni adalah minggu yang paling terduga sekali :( tapi aku percaya Allah s.w.t tidak menguji di luar kemampuan kita. Untuk menyembuh, biarlah masa membuat kerjanya (let time do the work). Yang pergi  akan tetap sentiasa disayangi, dan yang masih di sini akan meneruskan hidup dengan lebih kuat lagi. Dugaan yang hebat ini sudah pasti dijanjikan ganjaran yang hebat sekali. Allah Maha Mengetahui.

p/s/s: Anyway kemarin Achii invite aku untuk join this one site, get rewarded tru sharing juga. Tapi saya belum explore habis lagi, so mari la kita cuba dan explore bersama di sini ya registernya. Sini.

4 comments:

Chii said...

aku pun ada mimpi pelik semalam. mimpi aku mencuri. apakah?

Anne Nurain said...

<--slalu mimpi jadi hero.. ops, heroin.. ahaha...

CinoiLavigne said...

Chii,
mana mau cari tutafsiran mimpi??

anne nurain
hahahaha boleh lah berangan

Chii said...

ala..google jak dream interpretor. aku slalu cari d sini: http://www.dreammoods.com/

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....