Thursday, March 24, 2011

Jangan Baca Kalau Kamu Sedang Makan!

Tiada cerita pasal persiapan perkahwinan, sebab aku belum bermula lagi. Tiada cerita pasal suami dan alam perkahwinan, sebab aku belum kahwin. Tiada cerita pasal mengandung dan scan bayi, sebab belum kahwin juga, belum lah mengandung. Tiada juga cerita pasal nama anak, pasal bayi baru lahir mahupun anak yang sedang membesar dan sel-sel otaknya berhubung dan segala tindakannya membuat kita kagum, sebab belum kahwin->belum mengandung-> equals to belum ada anak, melainkan anak saudara semata-mata seramai 7 orang. Kesemua cerita itu tadi kamu boleh dapatkan di blog list yang tertera di sidebar blog ni *wink

Yang ada cumalah kehidupan seorang bujang meniti perjalanan hidup seharian. Cewahhhh. Eh, serius sikit. Ehem. Hah. Yang ada cuma cerita tandas, yang mungkin dianggap remeh oleh orang sekeliling, tapi sebenarnya besar impaknya terhadap masyarakat pembersih. *baca dengan nada serius*


Itu, lagu tandas.

Here few tips untuk pilih dan guna tandas awam, kalau kamu suka and setuju, ok. Kalau tidak setuju, tidak mengapa, ini khas untuk aku yang cerewet.

  1. Mestilah tandas yang bersih. Tiada taik, tisu, atau air berwarna kuning di dalam lubang tandas.
  2. Ada toilet paper, kalau tiada, aku bawa sendiri biasanya.
  3. Pastikan pintunya boleh kunci dengan selamat dan ada tempat gantung barang atau letak beg.
  4. Pastikan ada air, dan hos/paip, senang mau cuci, pastikan dulu ada air, hos tidak koyak atau bocor, tandas boleh flush, sebab nanti sudah kau buang taik situ mampos tidak boleh flush.
  5. Sebelum duduk di mangkuk tandas, siram dan lap dulu pakai tisu sekeliling mangkuk tandas tersebut. Kadang-kadang flush dulu sebelum guna.
  6. Bilas hos yang akan dipegang untuk membasuh nanti, lepas tu kalau ada toilet paper yang banyak, pegang hos pakai toilet paper tersebut.
  7. Lepas guna pastikan flush dan tengok sampai flush tu selesai kerjanya manatau ada baki tertinggal, kesian pengguna selepas itu. Pastikan hos yang diguna disangkut di tempat yang betul semula, jangan ampai saja di lantai.
Cerita 1
Kemarin aku pergi tandas awam yang bersih di Tanjung Aru, cuma tiada toilet paper. Tidak mengapa. Aku sudah ready semua tu. Bila time mau guna tu hos, kasi on la pipe, aiyaakkkk, terus basah seluarku, sebab hos tu bocor, terkoyak siringnya sepanjang beberapa sentimeter menyebabkan air bertetesan. Demmit. Nasib baik di luar tandas ada pancaran cahaya matahari yang kuat, so aku berdiri di situ sebentar. keringkan seluar.

Cerita 2
Minggu lalu, aku pergi tandas VIP di 1Borneo, Rm1 saja pun. Sebab bersih dan selesa semuanya menepati ciri-ciri tandas yang aku mau. Sampailah turn aku masuk selepas seorang ibu dan anak perempuannya yang lebih kurang 5 tahun umurnya. Sebab mau cepat, aku masuk cepat-cepat before tu cleaner (suppose the cleaner want to enter the toilet fisrt tapi gua sudah tidak tahan tuuu) Aku masuk denagn semangat cuma untuk dikecewakan sahaja. Hos di ampai di lantai, lantai tandas VIP yang selalunya kering tu basah kuyup dengan hos di lantai tu pun basah, tisu lap tangan yang keras tu bertaburan di atas sink. !@#$%^&*() Helloooo~~~~~

Cerita 3
Kamu pernah kah dengar cerita atau mengalami, masuk tandas ada taik di lubang tandas. Lepas tu kamu pun tarik la flush supaya kamu boleh guna tandas tu dengan selesa. Tapi lepas kamu selesai, air dalam tangki flush tu tidak juga pandai penuh-penuh. Mungkin itu juga nasib pengguna tandas sebelum kamu tu kan. Sebab tu ada kesan tidak di flush dalam mangkuk tandas. Hahahahaha.

Jangan la bah pemihir betul. Bye.

Tandas Bersih, Tandas Berkualiti!

Love,
Cinoi xo


4 comments:

eLeY khAzRyn said...

sgt stuju cinoi....aq plng benci lau situasi cam yg kau paparkan 2 blaku...:(

Aretikz said...

err.. jangan jadi pemihir.. itulah yang terbaik.. haha.. nasib xda ku makan ni lai.. ahakz.. tandas kat rumah aku juga yg berkualiti.. ahakz..

Entri Lelatest
Memilih Itu Perlu, Bukan Terlalu

-ilyannur- said...

selalu aku tahan ja kalau mo tekencing waktu keluar. mcm takut2 aku mo msk public toilet ni tau.. sanggup lah aku menahan, d rumah baru buang. nasib juga x kena batu karang

beaty said...

wakaka lama suda sa tidak dengar pemihir tu...hik hik..

ala sama la sa pun tia suka tau kalo p toilet public...eee geli gelaman bh ni...

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....