Friday, March 25, 2011

Cinoi-Style Spaghetti

Atau spaghetti style Cinoi.

Tumis bawang besar dan sedikit bawang putih yang dicincang halus, tumis guna butter (separuh). Tapi kalau mau pakai minyak pun boleh. Itu tidak menjadi satu masalah yang besar!spageti 1

Sudah agak-agak kuning emas tu bawang besar, masukkan daging cincang, boleh juga digantikan dengan daging burger yang  di blender sekejap saja, jangan lama blendernya ok! Nanti kalau lama, daging tu akan hancur sangat, kurang menendang la rasanya. Masukkan sekali bebola daging, kalau kamu mahu.spageti 2

Lepas tu kacau daging terus menerus. Di sinilah kekuatan tangan kita diuji. Agak berat juga tu daging, sampai agak-agak dia half cook, masukkan Susu! Jyeahh!! Susu full cream atau low fat mana-mana pun boleh!! Sebanyak yang kamu agak-agak cukup dengan kuantiti daging tu. Lebih kurang 2 cawan. MAsak ni semua main agak-agak, sebab ikut instinct, dan ikut orang tu la rasanya mau macam mana. Kalau mau daging tu betul-betul rasa lemak berkrim yang amat, letak la banyak susu.

Kacau daging sampai semua susu meresap.

Masukkan puri tomato. Air. Dan sos tomato. Sebanyak yang kamu mahu. Selalu aku pakai 1 packet daging burger, bersamaan dengan 1 tin puri tomato. Sos tomato tu back up la. Masukkan air juga!spageti 3

Kacau sehingga gembira dan kasih sayang meresap masuk semuanya. Lepas tu masukkan lah garam, gula, aji. Eh jap, perlukah masuk aji? Terpulang la, tapi cuba elakkan.

Last sekali masukkan OREGANO secukup rasa!!

Untuk spaghetti nya pula, saya suka angel hair spaghetti, vermicelli,  sebab dia lebih kurus.

Rebus dalam air yang dituang dengan sedikit olive oil dan garam. Mesti rebus selama minimum 11minit, jangan sekejap saja rebus ya! Kasi sampai 15minit ka ok juga tuh!

spageti 4

Tadaaa!!

Maaf tiada gambar cadangan hidangan. Masa spaghetti tu siap langsung terus memasukkan ke mulut. Tiada gambar yang sempat diambil. Untuk lebih sedap hidangkan bersama cheese! Bukan cheese cake ya! Cheese spread!

And yeah, in case you didn’t heard, I actually cook! Although i am not a cook type of person, i don’t look like one i know, and i don’t really have a good relationship with the kitchen, but i do cook. Sometimes.

Bye love.

 

Cinoi xo

p/s: Entry ni terlambat sedikit dari Fiona’s today’s blog post, sebab entry ini ada gambar!

p/s/s: Aci got something to say. Cekidaut here.

9 comments:

FionaHafiz said...

typo on my name.

nampak sangat kau terkejar-kejar. hahahaha.

eh. sudah lama kita tidak berdinner-an di rumah kan. ala. macam dulu-dulu. masa kita ada 'malam nur kasih'. T_T rindu pula.

CinoiLavigne said...

Terhuruf besar ba tu i jadi I.

Ya, bagaimana la mau berdinneran di rumah sekarang. Time bujang-bujang boleh la.
Gila kah tidak rindu =_='

Eh, nanti masak ya ni spageti!

FionaHafiz said...

iya. nanti aku masak. beliur sudah neh. ngam lagi semua bahan tu ada.

beaty said...

wah sedap la cinio..

CinoiLavigne said...

FIona,
Nah ngam the baby pop out. Nanti ku tolong

Beaty,
haruss~~~

Pink Diva said...

wah!! boleh lah ni buat guide tok masak later ..:)

:::SaJiDah::: said...

huiyooooooooo cinoi masa..leh amik resepi nie!!!

tiefazatie said...

nice la sis!ifa pun suka masak spageti nie...hihi

btw..cte Rango itu best..funny yg cumil nie..hee

Cik Shiqa said...

wahh semangat mau tgok yg dh siap sekali xda pula.hehe neway, rajin masak?bgus.hehe

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....