Monday, March 7, 2011

Bite me!


Hello everyone how are you. Aku agak sedikit bosan di office sebab my task for today sudah agak siap (Biasalah hidup semua main agak) Duduk melangu mendengar bunyi aircond semata-mata di department ni memang bukan pilihan, selalunya aku akan isi masa terluang untuk mendownload dan menonton tv series kegemaran aku dan terus tengok. Tapi most of my fav tv series lambat lagi mau keluar the next episode, so aku cuma klik sana sini untuk tambah bunyi selain bunyi aircond isi masa lapang, when suddenly terfikir tentang vampire. Sebab i watch 2 tv series yang vampire punya cerita which is The Vampire Diaries & True Blood. Dan aku amati terdapat perbezaan perangai vampire di antara dua cerita ni, plus The Twilight series juga. Let's see the funny vampire facts between those tv series okay. Aku guna ayat mudah la ok, supaya yang tidak mengikuti jalan cerita ni pun boleh faham.

 

#1 Vampire tidak boleh keluar siang hari di bawah sinaran matahari

TheVampireDiaries: Vampire boleh keluar di siang hari jikalau memakai cincin sakti, boleh jalan-jalan siang-siang macam manusia biasa, no one knows they are vampires

TrueBlood: Tiada cerita atau isu tentang cincin sakti, maka siang hari berkurung di basement. Vampire kalau keluar di siang hari akan terbakar sedikit demi sedikit, tapi tidak sekaligus, boleh recover dengan menanam diri di dalam tanah plus meminum darah manusia.

Twilight: Boleh keluar di siang hari di kawasan yang cuacanya hujan sepajang tahun, kalau terkena sinaran matahari, bling-bling terus badannya akan berkilau-kilau macam di bedazzled

 

 

#2 Vampire dan manusia tidak boleh 'tidur bersama ehem-ehem' (have sex la!) sebab nanti vampire tu hisap darah sampai habis

TheVampireDiaries: Vampire dan girlfriend manusia nya boleh tidur bersama dan ehem-ehem dan tiada sesiapa cedera.

TrueBlood: Vampire dan girlfriend manusianya boleh tidur bersama dan ehem-ehem tapi dia tetap akan gigit dan hisap darah girlfriendnya cuma tidak sampai mati la. Berulang kali.

Twilight: Vampire dan girlfriendnya konon mahu tidur bersama tapi tidak ehem-ehem sebab dikhuatiri si Vampire yang sangat kuat dan ganas akan mencedarakan pasangan manusianya, tapi sebenarnya di buku terakhir mereka tidur bersama cuma si Bella lebam di sana sini keesokan harinya (bukan sebab digigit) dan mengandung anak vampire. Hihihi. Weirdo.

 

 

#3 Selalunya watak utama male vampire akan bercinta dengan female manusia dan magic power yang dimiliki vampire tersebut tidak dapat digunakan ke atas girlfriendnya

TheVampireDiaries:Elena tidak dapat diglamoured (pukau) oleh Stephen sebab dia memakai rantai sakti. Elena ada kuasa juga iaitu darahnya dari keturunannya diperlukan oleh vampire jahat.

TrueBlood: Sookie boleh baca fikiran orang tapi tidak boleh baca fikiran Bill, manakala Sookie tidak boleh dipukau oleh mana-mana vampire sebab dia ada power sendiri, hebat!

Twilight: si Bella tiada apa-apa power, dia antara girlfriend vampire yang paling lemah (berbanding Elena dan Sookie yang bijak, kuat dan pandai melawan dan tidak blur), tapi si Edward Cullen tidak boleh membaca fikiran Bella sepertimana dia membaca fikiran orang lain. Bella cuma mejadi kuat dan ada power setelah dia jadi vampire (di akhir buku nanti).

 

4# Mula-mula watak utama yang handsome dan hebat, tapi selepas beberapa episod, akan bertukar fikiran

TheVampireDiaries: Awal-awal memang Stefen yang handsome dan semua la, tapi lama-lama aku tengok, si Damon yang lebih handsome dan hot!

TrueBlood: Dari mula lagi aku tak suka Bill jadi watak utama sebab tidak hensem dan sepertinya dia tua, aku suka si Eric, sheriff area 9! hahaha. Walaupun mulanya dia muncul sebagai vampire jahat

Twilight: Si Edward awal-awal saja memukau, lama-lama tumpas oleh Jacob, who wants a boyfriend that white?? And shining. Habis la bb cream ku yang glitter kalau begitu hahahah.

 

 

#5 Identiti rahsia

TheVampireDiaries:Orang awam yang tiada kaitan, bukan antara watak utama atau watak pembantu tidak tahu kewujudan vampire, kerajaan pun tidak tahu

TrueBlood: Semua orang tahu kewujudan vampire, siap kerajaan pun tahu, ada akta untuk melindungi kepentingan mereka, siap dibuatkan synthetic blood lagi untuk keperluan vampire

Twilight: Kerajaan dan orang awam tidak tahu, cuma Bella dan geng werewolves sahaja yang tahu kewujudan vampire.

 

 

Cukuplah 5. Nanti kalau aku teringat semula tiba-tiba, aku tambah laju-laju lagi okay! Kotak memori otakku sekarang berada dalam keadaan paling lemahnya kerana di bawah pngaruh penghawa dingin. Sesiapa mau tambah, tinggalkan komen di ruangan komen!

 

Don't bite me just yet,

Cinoi xo

 

p/s: sekarang if bayar bill broadband, boleh dapat point BonusLink eyhh. Here. Broadband Digi sajor laaa

9 comments:

Anonymous said...

nama saya ehem3..sy meminati blog awak..

cerita kali ni sgt siok hingga menjilat2 bila membacanya..bite me..i bite u back..hahahaha

Chii said...

1. antara banyak2 cerita vampire, twilight la yg plg boring dan terlalu diOTT oleh penulisnya (manada vampire berkilat2 badannya sungguh tidak original). dan teda spesel apa pun selain kisah cinta yang "tragic"??? (mulanya aku agak obses jg la tp last2 wtf jg)

2. bella ialah watak heroin cerita vampire yg plg aku benci

3. nasib baik xda twilight series

hehe.

CinoiLavigne said...

Anon @ ehem3,
thanks for liking but i won't bite you, neither do you ;p

Chii,
aku tau suda kau mesti ada mau tambah. aha. Ya twilight memang x best compare to this two series

cik chinta said...

halahaiii....bru bergumbira mo p bayar brodbeng..skali ayat akhir memusnah tol...digi sajorrr....elelee

p[A]n[A]d[O]L said...

biasa la tue..
nama pun wayang..
tp walopun karut2, stil jgk jd ksukaan ramai..
pelik aku..

hahha

p[A]n[A]d[O]L said...

biasa la tue..
nama pun wayang..
tp walopun karut2, stil jgk jd ksukaan ramai..
pelik aku..

hahha

p[A]n[A]d[O]L said...

biasa la tue..
nama pun wayang..
tp walopun karut2, stil jgk jd ksukaan ramai..
pelik aku..

hahha

Lina said...

masa pregnant anak pertama dlu sy nda penah miss tingu trueblood, smpai suda sakit mo besalin pun sy smpat kasi abis final season one..haha..pastu br pigi ospital, smpai ospital nda payah tunggu lama2, rupanya trus mo branak..hahaha

CinoiLavigne said...

Cik CHinta,
ya ni promosi utk digi.

Panadol,
Biasa la tu apa maksud ko?

LIna,
wah anak true blood hahaha. sy baru jak layan ni , tp sudah hbs tingu la 3 season

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....