Thursday, July 28, 2011
Kita Yang Merancang, Tuhan Yang Menentukan
Harini saya bercuti sebab akan pulang ke hometown dan akan berada di sana sehingga hujung minggu.
Seperti yang semua sedia maklum di facebook, kemarin petang saya mengalami kecelakaan. Pink telah dilanggar lori treller dekat traffic light wawasan plaza, berdepan bus station.
Masa tu ada saya, Encik Jay dan anak buah saya Yaya. Nangis-nangis bukan sebab cedera, saya langsung tidak cedera, tapi hati saya cedera tengok keadaan Pink (sila rujuk gambar yang saya kepilkan, saya tidak pandai setting alignment gambar kalau blogging pakai blackberry Rara ni)
Tapi Alhamdulillah, kami bertiga selamat. Cuma rancangan untuk road trip harini balik ke hometown yang sudah dirancangkan berminggu lamanya terpaksa dibatalkan. Saya balik juga ke hometown, tapi air trip, baru semalam juga beli flight ticket.
Mungkin ada hikmahnya. Daripada kecelakaan semasa jalan jauh KK-Sandakan kan. Baik lah di kawasan bandar di Kk juga.
Sekarang saya sedang menguruskan Pink untuk dibawa ke workshop, claim insurans la semuanya. Sebab kami sudah tanya, perbelanjaan untuk repair semuanya mungkin cecah RM4k.
Saya stress. Penat. Tapi tidak apa lah. Bulan mulia tinggal berapa hari lagi. Perkara baik bakal berlaku, InsyaAllah.
Thanks to family and friends yang call dan sms, mahupun whatsapp atau bbm.
Love, Cinoi xo
Sent via BlackBerry from Maxis
Wednesday, July 27, 2011
Di mana posmen kamu sesat?? Poslaju ka poslembap?
These few days aku memang bengang sangat dengan poslaju. Ok, aku order barang, dan di pos pada hari Jumaat lepas. Aku tahu Sabtu mesti sampai processing centre, Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. Tapi aku saja takmau cek, diorang hantar Monday pun tidak apa.
On Monday, aku cek, item arrived at processing centre pukul 07:31.Means the same day (Monday) mesti sampai la kan. Office aku di Sembulan, tidak jauh pun dari pusat bandaraya KK. Aku tunggu sampai pukul 5 petang on Monday, tapi tiada.
Yesterday (Tuesday, July 26th), I decided to collect it myself. During lunch hour aku pergi Pejabat Pos Besar Kota Kinabalu. The person in-charge said item aku sampai since Saturday lagi (July 23rd). Nahh means sistem lambat update atau menipu? tidak tau la kan. Sebab yang aku cek Monday July 25th baru sampai. Sepatutnya kalau Sabtu lagi suda ada di sana, by Monday, latest afternoon, item supposed to be arrive di office saya. Dan dia cakap status penghantaran on Monday tu GAGAL.
“Ha?? Gagal kenapa??” aku mula mau marah
“Ohh mungkin dia tidak sempat tu kemarin, sekarang pun item kau dibawa keluar lagi, tiada di sini” lelaki tu cakap sambil senyum-senyum.
Aku pun keluar dari pejabat pos tu. Balik office aku tunggu sampai pukul 2.30 petang, aku call 088-231297. Jawapan yang sama aku dapat
“Item sudah dibawa keluar posmen, tunggu saja” perempuan tu jawab
“Yaaa dari kemarin saya tunggu. Harini selasa sudah, tidak kan la tidak sampai-sampai lagi. Bukan jauhh pun pejabat pos kamu dengan Sembulan ni!” haishhh panas sudah aku, nasib baik on the phone.
Aku tunggu sampai pukul 4.30 petang. Aku call lagi, lelaki pula yang jawab
“Eh? Posmen kami belum sampai sana lagi? Nanti saya call dia dulu”
“Yaaa belumm lagiii laa. Nanti kalau tiada juga, saya call kamu balik, kamu bagi saya nombor telefon posmen tu!”
Lepas letak phone tu. I wonder mana la posmen ni 2 hari tidak sampai ke Sembulan! 7minit driving pun aku boleh sampai tauuu! Aku tunggu 5 minit saja bagi dia masa call posmen dia, then aku cuba call balik, berkali-kali gagal. Engage terus phone dorang!! Sampai lah tepat pukul 5 petang baru dapat get tru, tapi TIDAK DIJAWAB. Sebab sudah pukul 5 kan. Habis kerja.
Just now saya cek lagi online, sudah tukar pula! Mention there item arrived processing centre just today! 27th July 2011!!! Stooopiddd pentipu gila!
Sekarang jam menunjukkan 9:55 AM. Pun belum sampai lagi barang gua ni. Aku siap pesan dengan receptionist office aku, kalau posmen datang hantar barang aku, panggil aku, aku mau cakap dengan dia. Macam mana kamu buat kerja ni. Sue me but still i wanna tell you that poslaju sucks all time! Eh, poslembap.
**************************
Pos Malaysia,
Sepatutnya sejak kebelakangan ini ketika perniagaan online semakin meningkat naik, kamu sepatutnya sudah mempunyai keuntungan besar di mana terdapat pelanggan tetap di mana-mana serata tempat, malah semakin ramai lagi. Dengan peningkatan permintaan tadi sepatutnya ada penambahbaikan pada servis kamu. Tapi ternyata kamu membuktikan kamu rakyat yang tipikal, tiada daya saing, dan susah untuk maju, kalau perangai kamu ini macam, memang sungguh memalukan. Kamu memang sucks all time. Sucks all time. Lebih baik kamu tukar nama daripada Poslaju kepada Postpone.
**************************
*Update (10.45 AM today)
I called 088-231297, a guy answered, dia cakap posmen area sini bercuti kemarin wadehel. Itu masalah siapa posmen kau cuti. So harini baru dia ada. Aku tanya bila paling cepat aku boleh dapat, dia kata before tengahari, so we wait and see la. I ask for his name (the guy who answered the phone) and the postman’s name, but he refuse to give. Fine. I still buat complaint di talian 1300300300.
Unsatisfied customer,
Cinoi xo
p/s: Sepatutnya harini aku mau blog pasal Apex (Khairul Fahmi) yang dikhabarkan (rumors tauu nyahhh, u’ols jangan terus percaya tau, no no no no) ada skandal. Semalam busy timeline twitter makk, pasal skandal apex ni nyahh oi. Dan blog tunangnya, Jejari Runcing, macam semacam saja. Tapi nanti la u’ols kita gosip-gosip ok. Mak tengah hangin dengan posmalaysia ni.
Tuesday, July 26, 2011
Handbag Raya
Melihatkan blog Sheila, entri Raya Preparation, aku juga tiada preparation raya.
Beli kain juga pun tiada. As usual aku beli ready made saja la mungkin nanti. Tapiii aku sudah jumpa handbag, yang sesuai dipakai secara kasual, mahupun berbaju kurung pink mahupun jubah kaftan paddle pop colour!
Tapi. Ya ada tapi. Tapi aku belum beli lagi =_=’ Handbag tu masih ada sana lagi di kadai. Itu kan Guess tu kan suda 40% SALE pun harganya masih lagi RM236. Huhaihuhaihuhai
Mari lah kita sama-sama berdoa supaya beg tersebut masih ada di situ pada bulan hadapan. Bulan ni tidak boleh bah. Uhuk.
Nahh sengaja aku taru gambar, supaya kamu boleh save’kan rupa beg ni di memori kamu, supaya mana la tau kan ada siapa-siapa mau hadiahkan aku handbag sempena apa-apa kah boleh juga ni cadangan hiasan hadiah. Hadiah birthday in advance pun boleh, digalakkan!
*Nahh kamu tidak kesian ka tengok muka orang ni. Teeeheeee
Until then. Bye shopaholic!
Love,
Cinoi xo
Monday, July 25, 2011
Ohhh Nephewww!! Phewww!
Kemarin, on Sunday masa keluar jalan my nephew mau ikut. So bawa la, no hal, besar sudah di senang lagi dijaga.
Funny thing is, 1st saya memang mau pergi Sinsuran (KK), sebab ada mau beli barang di sana. Muka si Osh ni buruk betul. (Kadang-kadang panggil dia Osh, kadang-kdang E’em). Buruk mukanya serta tiada mood nya dia jalan di Sinsuran.
Lepas dari Sinsuran, masuk dalam kereta, haus, mau menyusu. Kesian baring, Miss Pink tiada bantal.
Lepas dari Sinsuran, kami ke Suria Sabah mall. Masa on the way mau masuk parking, tiba-tiba si Osh bersuara “Yeay, alan situ, suk lalam” (Yeay, jalan situ, masuk dalam) Amboi, semangatnya kau ke shopping mall.
*Sepatutnya pic ni macam paparazzi shoot. Tapi begegarrr pula. Camera telefon cuma! Tapi patut oke bah, ntah la ni orang begegar ambil gambar saya. Orang bah, jangan la bh begegar lagi kalau ambil gambar. Lainkali kita bawa jak tu DSLR lahhh kalau begini.
Punya lah dia berlari-lari di dalam suria. Kurang asam punya budak, padai memilih tempat kau ya.
Ada satu butik baju kids di dalam Suria ni, aku mau belikan dia baju di situ. Haritu sudah tengok. Tapi bila bagi dia try, besarrr plak tu baju dan tiada size. Biasalah aku, kalau sudah mau macam yang aku imagine, susah hatiku mau berubah pilih yang lain. Aku cari juga sipi-sipi macam yang baju 1st tadi yang besar tu, macam imaginasi ku.
Pastu cari di Metrojaya, nampak saja besar tempatnya, tapi pilihan tidak ramai pun. Sekalinya termasuk pula ke toys section. Ayuh kita tengok gayanya!
*Dia tunjuk bajunya tu, dia cari Thomas and Friends punya toys, macam di baju tu
*Nahh jumpa sudah. Tapi aku tidak berkenan. Harganya mahal macam tidak berbaloi dengan toys nya. Sampai rumah binasa jua. Aunty Noi suka lagi belikan baju. Boleh dipakai jalan.
Lagipun Naim Firdaus mahu ni transformer cuma sebab terpengaruh dengan movie Transformer yang dia tengok di cinema hari tu. Minatnya sebenarnya kepada music. Ada drum, gitar dan toys music yang lain di rumah yang diguna lama. Kalau toys robot begini, sekejap saja hayatnya.
So memang aku tidak bagi la mainan tu. Bagusnya si Naim Firdaus ni, mudah dipujuk. Tiada teriakan tangisan atau melalak, dia faham juga auntynya banyak belanja bulan ni. Nahh aku belikan juga toys dari situ tapi yang murah dan kechil sikit. Kesian dia. Sabar saja la dengan Aunty nya ni. Tapi dia cool seja. Dia yang buat toys tu macam besar. DIa main bersungguh-sungguh juga. Love yuu la E’em. *terharu*
Lain kali kita jalan-jalan lagi! Aunty Noi belikan toys besar sikit. Ehhe.
Love,
Aunty Noi
p/s: harini 2kali update blog. Scroll down untuk entry harini yang terdahulu.
Selamat Pagi Kota Kinabalu
Salam dan selamat pagi isnin semua *love love*
Pagi-pagi lagi sebelum pukul 7 hantar Kak Lini pergi airport, KKIA, terus tapau McD breakfast i love! Sebenarnya mau tapau Set No.6 ada 2 hotcake, dan 1 daging tu kan. Tapi oleh kerana kipassusahmati No.7, aku tersebut pula No.7! Masa ambil tapau tu baru perasan, aik kenapa hotcake saja yang ada? Dagingnya mana? Rupanya aku sendiri yang sebut nombor 7 tadi (baru sedar~)
Yang bestnya di KKIA Terminal 1 pagi-pagi ialah melihat tinggi-tinggi gunung kinabalu tinggi lagi sayang sama kamu. Tersergam indah betul-betul di hadapan menghadap KKIA. Subhanallah indahnya.
Lepas tu terus sampai office belum pun pukul8. Paling semangat!
2 sebab kenapa sampai office awal
- Kena hantar Kak Lini ke KKIA pukul 7. So aku bangun awal.
- Minggu lepas hari Sabtu aku tidak datang kerja, ponteng berMC, so harini tableh lambat datang office. Kena la cover balik kan. Teeeheee. Begini lah perangai orang mau berhenti kerja sudah. Sukahati dot com. Sila jangan contohiihihih.
Bye. Jangan layan monday blues sangat, nanti memakan diri sendiri ;)
Love,
Cinoi xo
Friday, July 22, 2011
Baju Kahwin RM7.2 Juta
*shocked*
Gila lah. Bukan alang-alang. Barang kemas Rafflesia sponsor (itu dibagi terus kah atau kasi pinjam time kahwin ja eh?) Kasut Datuk Jimmy Choo. Plus baju 2 persalinan bagai semuanya RM7.2 Juta. Kalau cerai juga nanti tidak tau la kan. Ehhe. Jahatnya aku kan. Semoga berpanjangan. Dapat reward mengambil suami dan ayah orang. Daa~~
Wedding of the year dinilai dari harga bajunya?
Eh lupa bagitau, ni Memey punya wedding ya. Ahha. Memey Suhaiza bah. Yang Norman Hakim tu.
Tunggu la 24 September untuk tengok semua tu ya. Dunia dunia.
Source nya beautifulnara .
Sebaik-baiknya besederhana la ya.
Ok la bye.
Love,
Cinoi xo
Thursday, July 21, 2011
Entri Untuk Perempuan : Lindungi Ehem Anda ;)
Lelaki boleh saja baca, untuk knowledge.
Kamu tahu apa itu V-Zone, atau ada orang panggil dengan nama Cik V.
“Eh Cik V aku gatal la” tiba-tiba member kamu cakap macam tu. Ehhe ehhe.
Is you V Zone in the pink of health?
Banyak cara nak jaga V Zone kamu. Selain membasuh dengan cara yang betul (jangan menggunakan pencuci peribadi terlalu kerap), pastikan juga keringkan selepas basuh jangan terus pakai seluar heypp! Di situ lah gunanya toilet paper ok puan-puan.
Selain itu, pantiliners juga penting, untuk menjaga memastikan kekeringan, mengawal bau, untuk menyerap peluh keringat, kurangkan keputihan dan untuk masa akhir-akhir period, takkanlah kamu pakai pad yang tebal lagi tu kan. Ada jenis pantiliner yang wide and long, untuk penghujung period. Aku setiap hari pakai pantiliners, kalau tidak memang rasa tidak selesa mau keluar. Kurang yakin.
Kotex ada semua tu.
Fresh Liners Kini Dengan Wajah Baru
Sekarang dengan packaging baru lagi, semua HIJAU. So kalau beli, baca jenis dia betul-betul. Jangan tersalah beli sampai rumah baru nak kecewa (macam selalu jadi dekat aku).
Ok. Selamat mencuba!
how addicted i am to blogging
thank you for dropping by
hope u enjoy reading and do come again
daa....