Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Syawal 2014

Haa kau habis syawal baru ada update syawal 2014.

 

Tahun ni beraya sebelah suamiku bukan jururawat, Jay hahaha. and family in law aku pula tidak beraya di Lahad Datu hometown mereka, tapi beraya di kampung ayah mertua ku RANAU. Merasalah aku 1 Syawal di Ranau yang sejuk siok siok.

DSC_0513

 

Beraya di kampung Marakau di rumah ja. lepas tu lawat kubur. Balik dari kubur melantak la makan makan raya. Pastu sesi bergambar. Lepas tu tidur. Then bangun makan lagi.

Petangnya kami bergerak ke KK, sebab ibu mertua pula mahu beraya bersama keluarganya di KK.

Raya kedua masak-masak bersama my family in law di KK. Malamnya tu open house then pergi beraya di rumah makcik di Karambunai.

Raya ketiga fly balik sandakan weuhouuu. Siap pakai baju kurung and baju melayu kekonon fefeeling balek kampong dalam flight.

 

IMG_5007

Sampai SANDAKAN kau jangan tanyahahaha. BERAYA SAKAN. Makan pun SAKAN. Allahurobbi. Pasal raya di Sandakan nanti lain update sahaja okay. Mau 6 hari juga aku di Sandakan beraya. Nasib la muscle mass sahaja yang naik, body fat tak naik maintain saja gitewww. Coach kan kena la jaga. Chehh, padahal melantak jugok. Sarapan saja yang penting Herbalife dihatiku. Yang lain lain rendang kolupis kari etc etc di mulutku.

Ok bye. Semoga panjang umur beraya lagi tahun depan. Aamiin.

*Jangan lupa ganti puasa

 

Love,

Cinoi xoxo

Thursday, August 22, 2013

Raya Belum Habis

 

Heh. Mau kongsi gambar raya laki bini (sebenarnya more to gambar ku sendiri). Aku lupa mau bergambar sama Mommy and Daddy and sama Ibu n Ayah mertua, sekarang aku mau menangis memikirkan kelalaian itu. Lepas tu aku lupa DSLR dalam beg pack suami. Beraya pakai iphone5 punya kamera. Punya laaa~~~

 

IMG_9328

Raya pertama: 1st raya bersama in EMERALD GREEN katenye. Baju baru dua dua. Bajuku online, syukurlah sizenya memang macam dijahit untuk aku. Baju melayu suami pun ready made aaron aziz, size memang macam dijahit untuk dia, syukur, kalau badannya yang dulu 100 lebih kilo ntah camna mahu cari size. Kasut ku kasut lama (baru pakai sekali dinner in January 2013), tak jadi beli kasut raya sebab tiba-tiba teringat kewujudan kasut yang tinggi ini. Clutch pun pernah pakai sekali. heh. Husband kasut baru. Pastu siap letak aksesori daun Herbalife kaler gold di songkok.
Tudung merah tu tidak sampai 10minit, masuk kedai, nampak macam cantik terus angkat, last minit tu few days before raya, di 1borneo depan giant,selesa dan senang dipakai.

 

IMG_9350Raya kedua: Baju recycle suami isteri hehe. Suami siap pakai seluar pendek.

 

IMG_9394Raya ketiga: Baju kurung peplom pernah pakai sekali time orang kahwin. Tudung baru glitter kain lycra beli di 1borneo, kedainya di basement siring pintu exit.

 

IMG_9432Raya keempat: Jubah maxi dress. Beli online facebook, ala-ala edz, tapi lebih murah dari edz. Kain cotton sejuk sedappppp tak jarang. Highly recommended. tudung kemarin.

 

 

IMG_9483Raya keenam: baju skirt tudung recycle habis.

 

Selamat hari raya. Aku suka scroll instagram and facebook time raya, seronok bah te3ngok warna warni style baju orang. Bikin siuk.

Maaf zahir batin. Bye.

Wednesday, August 21, 2013

Siapa mahu buat tempahan kuih raya?

 

Boleh lah tempah dengan saya. Ecewahhhhh.

Dah habis raya berani la cakap. Padahal baru buat tiga (3) jenis kuih yang paling senang in the history of perkuihan.

Tiba-tiba sahaja ni, tiada rancangan awal. Awal-awal aku sudah tempah 3 jenis kuih sama Aunty, 2set for each kuih, untuk Teratak bonda sama untuk mertua.
Tiba-tiba bikin lagi 3 jenis, jadi kuih ku semua 6 jenis. Macik kayo kuih.

Aku bikin:-
jeng jeng jeng….

paling senang di dunia

Kornflakes madu, Batang Buruk (boleh sudah kamu ketawa sekarang), dann Chocolate Cookies ala-ala famous amos la sangat.

IMG_9169

Kornflakes madu di Teratak Bonda dapat dihidang sikit jak, yang lain habis oleh anak-anak buah ku. Suka pula dorang – feeling excited

Tapi sebenarnya famous amos ni aku ikut ja resipi dari internet plus ditolong oleh adik si Jay yang memang terer masak. Sebab kalau first time buat chocolate cookies ni, kau akan rasa adunan mu salah, melekit-lekit bah, jelek rupanya. Tapi rasaaaanyaaa, yums! (Sorry ah habis suda)

IMG_9208

Kami bkin kuih malam, sekali ja buat siang time puasa tak dapat rasa. Malam tu tahan ja la mengantuk. Senang pun.

Dan dibantu lagi oleh husband ku yang emsem rajin dan slim lagi, mudahan berkekalan hingga ke tahun-tahun yang seterusnya (tahun ini kan raya pertama kami dengan ikatan yang sahahahaha, ececeh lempang sebijik kang!)

IMG_9167IMG_9188

Dan setiap jenis kuih di atas, dibikin dua set container, macam biasa untuk rumah Mommy and rumah mertua. Sebab dari aku kecil aku biasa tengok kakak-kakak ku semua order kuih dua set, rumah dorang and rumah mertua, jadi benda tu jadi auto mode pula sama aku, mesti buat duaIMG_9197Gambar: Sebahagian dari kuih yang ada

Jadi total 12 balang kuih (6 order, 6 bikin). Bangga la aku dengan pencapaian comel ini, being me, im not this typed of person dulu. HAHA. Ada kemajuan banding raya tahun lepas.  Alhamdulillah tercapai juga niat ku mau bikin kuih.

Semua ketiga-tiga kuih sedap and I like! K. Bye. Tempah la tahun depan.

 

Love,

Cinoi xo.

 

*Makan kuih banyak, minum ALOE dan TEAMIX HERBALIFE banyak juga, kasi detox and cleansing segala butter oil gula etc. Call 0177000171 untuk mengorder.

Monday, August 19, 2013

Long distance drive, thank you husband!

 

Assalamualaikum hey hey!

Masih lagi mood Hari Raya tapi pekerjaan tetap la diteruskan.
Perjalanan raya harus tetaplah direkodkan bagi rujukan masa hadapan gitew.

Initial plan – Balik Sandakan MALAM RAYA sebab, aku tiada CUTI.
Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan rancangan yang lebih hebat.

6th August 2013
pergi kerja jalan lengang, 15minit sudah sampai office. Buka laptop dengan mata berkaca-kaca, attend meeting, pukul11 pergi klinik, jumpa doctor muda (27thn) yang cantik (yeah that sounds gay). Dia bagi MC dua (2) hari. Aku tak menipu, she diagnosed me with something, siap bagi surat rujukan suruh refer hospital, and bagi aku MC dua hari. Jadi MC aku bukan MC tipu ok. (Tapi kemudian aku tak pergi hospital pun, sampai Sandakan sakit itu sudah tak serius dan beransur pulih Alhamdulillah)

Balik rumah tengahari dengan suami, siap buat batang buruk, packing barang, 9.30 PM gerak balik SANDAKAN, Alhamdulillah perjalanan ok, jalan tak banyak kereta, memotong pun senang, pukul 2.20 AM sampai SANDAKAN, dapat lah buat SURPRISE sama family and bersahur sama untuk hari terakhir Ramadhan tahun ini. SURPRISE sebab kalau bagitau awal-awal , nanti ibubapa kami tidak benarkan drive malam.

IMG_9227Sempat Subuh berjemaah sama family, sedih tak sempat cuti untuk join tarawih di Teratak Bonda.

7th August 2013 – puasa di Sandakan
8th August 2013 – beraya di Sandakan
9th August 2013 – gerak ke Lahad Datu hometown suami beraya bersama keluarga in law (FIL katenye)
11th August 2013 – Balik Sandakan semula
14th August 2013 – Drive balik Kota Kinabalu

IMG_9554*sebelum gerak balik KK, anak-anak buah hantar ke kereta*

IMG_9563

15-16th Aug 2013 – KERJA HAHA. (suami cuti pun, basuh baju and kemas rumah rajinnyeeee makasihh)

16th August 2013 – 10:00 PM gerak balik Sandakan (sempat pergi open house macik ona), 3:00 AM sampai SANDAKAN, menyelinap masuk dalam bilik, kunci tidur. Pagi-pagi semua orang hairan siapa dalam bilik ni terkunci. HAHA. nasib baik masa dorang buka pintu, aku dan suami tidur sopan gitewww, HAHA gara-gara takut dimarah DRIVING MALAM DARI KK.

18th August 2013 – Balik ke KK semula dengan menangis teresak-esak selama 7minit.

*****************************



Alhamdulillah, perjalanan kami pergi balik pergi balik KK – Sandakan – Lahad Datu – Sandakan – KK – Sandakan – KK lancar dan selamat. Semuanya dengan izin Allah. Aku tengok status kawan semenanjung memohon “Highway kedua” , senyum aku. Di SABAH itu sahaja jalan yang ada, tak ada highway, orang yang tak biasa drive jauh akan fikir panjang sebab akan banyak guna tenaga fizikal dan mental (sebab kena fokus and kena memotong dalam keadaan single lane)

Orang bertanya tak penat ka asyik travelling by road sana sini, siap drive malam tidak mengantuk kah. Alhamdulillah Allah pertemukan sama HERBALIFE, apart from husband yang memang suka drive malam sebab lebih senang memotong, tahu la kan di Sabah ni jalan satu satunya itu single lane, HERBALIFE product memang banyak membantu.

Tak mengantuk, bawa bekalan TEAMIX (the gembira) , sama NRG (teh tenaga) . Tiada RNR untuk senang-senang stop kencing, jadi kami memang rancang, tempat berhenti Petronas Batu 32 Sandakan, Telupid – restoran bugis yang tandasnya banyak dan bersih guna air bukit , Ranau- Banyak lahh tandas petrol station atau kedai makan macam KFC. Alhamdulillah, tiada masalah mau kencing tepi jalan HAHAHAHA.

Masa on the way tengah malam tiba-tiba lapar, tapi tiada kedai buka, bancuh SHAKE saja dalam kereta. Badan penat travelling pun otot-otot sakit, minum SHAKE saja untuk repair muscle dan sel-sel badan. Along the way, kalau tidak pasang lagu , kami pasang ayat suci Al-Quran sebagai peneman supaya sentiasa beringat. Jadi Alhamdulillah Allah mengizinkan.

IMG_9259Yang ini di  dapur Teratak Bonda, stok Herbalife my parents, and my sister. Sampai ja Sandakan, aku memang buat kerja melabel stok. HAHA. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan sama keluarga.

 

Di dapur kamu belum ada SHAKE HERBALIFE? Minat mahu cuba atau rasa-rasa ada ahli keluarga yang rasanya perlu, mahu improve kesihatan dan sebagainya? aku boleh bagi free sample, rasa dulu.
Mahu cuba terus, mahu coaching ka tips whatever, boleh terus contact
0177000171 atau email cinoi17@yahoo.com
Yes, money back guarantee (terms and condition apply)

Tuesday, August 6, 2013

Persiapan Raya Suami Isteri

 

Assalamualaikummm. Esok last day Ramadhan!!

Semangat raya tahun ni sebab PERTAMA RAYA sebagai suami isteri! *dancing in the dark*

Persiapan banyak, kuih, diri. Tapi harini sharing more to BAJU. Dan sebenarnya, memang sepasang sahaja baju melayu raya kami suami isteri, dan suami pilih warna emerald GREEN! Last minit.

Haha as a wife patut aku sudah plan awal, beli kain hantar tailor etc, amazingly I didn’t do it. HA HA HA. Being me, semangat raya sampai 6 bulan awal beli kain prepare bagai dan sebagainya itu tiada dalam option, oh belum. Jadi, READY MADE it is.

Isteri.
Memula tengok butik sana sini. Lepas tu terfikir mahu tengok baju raya di ZALORA MALAYSIA  . Yes, siap save a few pictures of baju kurung yang colour GREEN, upload di satu album private di facebook untuk suami tengok mana yang best.
Sampai satu malam, tiba-tiba ja malas fikir banyak lagi terus purchase. And ingat kan sampai 4-5hari kemudian.
Tapi tak sampai 2 hari sudah arrived di office KOTAK BESAR waaaa lagi excited makkkk. Lepas tu size pula memang ngam molek di badan ku heh! XS. XS okay.

zalora malaysia

 

Suami.
Pun beli READY MADE Syukurlahhh suami sekarang sudah slim gituuu, senang sangat cari size baju dia, dapat pula baju raya yang betul-betul ngam di badannya seolah-olah memang dijahit untuk dia. Harganya, samaaa ja dengan harga baju raya aku dari ZALORA. Tak apalah, sebab suami cakap sudah 7 tahun dia tak jahit/beli  baju melayu untuk raya, jadi berbaloi la dengan harga baju melayu dia itew kannn.

Baju-baju lain atau kasut handbag bagai, memang kami tak ada shopping. Semalam after work baru pergi mall, tu pun sebab aku insist beli kemeja and kasut suami. Aku takkk, kasut aku banyak lagi baru pakai SEKALI, handbag pun tidak selera beli. Macam lagi seronok shoppingkan untuk suami. Tapi suamiku bukan jenis excited jalan mall shopping ni, gitu-gitu la melayan aku jak dia ni. Semalam dia cakap  “ZALORA ada baju lelaki kan? Lain kali click click ja la senang” HAHA pandai sudah si kawan.

Jadi di sini kami suami isteri mohon maaf zahir batin, jika ada terlanjur kata terkasar bahasa. Selamat Hari Raya, semoga raya kali ini lebih bermakna, semoga kita ada improvement dari apa-apa juga segi berbanding Ramadhan and Syawal tahun lepas.

Dannnn, Yang penting harini pergi HQ Herbalife, ambil stok TEAMIX dan ALOE HERBAL untuk PERSIAPAN RAYA, bestfriend masa raya ni sebab mau makan banyak-banyak aneka jenis masakan, ini dua barang must have item for detox and cleansing plus tenaga mau beraya and drive jauh. InshaAllah dapat lah elak kenaikan berat badan atau kedatangan alergi dan pening, bloated, gastrik, sakit perut, tak hadam tak lawas dan sebagainya boleh makan raya dengan senang hati. Cepat place your order, before 2:00pm todayy yaaa! 0177000171

Friday, September 9, 2011

Handbag Raya Sebenar

 

Ingat lagikah anda entry berkenaan handbag di SINI.

Ya. Saya kembali semula ke butik itu. Dan handbag itu masih ada lagi ngehehehehe.

Tapi saya berubah fikiran. Saya tidak beli pun beg tu. Awwww. yes. Sebab saya terpandang beg lain yang dengan instant menchuri hati saya. Bersama dengannya promosi hebat lagi. Iaitu sepasang beg berserta seutas jam dengan 1 harga yang menawan hati.

Tapi untuk promosi itu, kena swipe kredit/debit card Maybank. Mesti Maybank. Last minit juga aku beli beg+jamtangan tu. Sebab aku tiada kad kredit Maybank (tiba-tiba memikirkan kan convenient kalau ada kredit kad maybank hehe), jadi harus tunggu sampai duit dalam akaun Maybank berisi, baru boleh swipe Maybank debit card.

3 hari sebelum raya baru masuk gaji. Jadi barulah dapat beli. Finally.

Apa yang menchuri hati aku ialah warna, dan ala-ala keychain bentuk love blink-blink yang tersangkut di beg tu.

Hal lal lahhh, macam twisties!

Irresistible.

beg guess

dan jam tangannya pun ada blink-blink yang tidak keterlaluan.

jam guess *kualiti gamabr cap ayam, pakai camera phone saja.

Setahun, hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini. Terima kasih Tuhan atas rezekiMu.

 

Love,

Cinoi

Wednesday, September 7, 2011

Hari Raya Belum Habis

 

Selamat Hari Raya ke-9. *sila baca entry ini sambil mendengar lagu raya, baru ada feeeel*

Adalah mementingkan diri sendiri tidak mengupdate blog selama beberapa lama yang agak lama juga untuk cinoi.com yang agak frequent updatenya.

Kamu tahu, sibuk cuti raya. Saya mendapati ramai blogger lain juga begitu, ehem untuk blogger yang dalam list sidebar saya, sila la update ya. Agar kita boleh makan agar-agar saya boleh mendapatkan bahan bacaan setiap hari seperti biasa.

Bukan niat saya mengabaikan cinoi.com, tapi ini peluang setahun satu kali, berkumpul ramai-ramai dengan anggota yang complete. Hometown di Sandakan, 1st sister’s family di KK, 3rd sister’s family in Pahang, 4th sister in Labuan husband in KL, I am in KK, dan adik ipar saya mendapat cuti pada raya pertama (setelah tahun-tahun lepas berkerja pada 1 Syawal). Jadi peluang semua hadir ini jarang-jarang berlaku, jadi saya perlu fokus dari segi pembahagian duit raya, anak buah dan sebagainya.

Apapun minta maaf jika terkasar bahasa selama menulis blog ni (ececeh), mari kita jangan berhenti beraya dulu buat sementara.

Saya tinggalkan kamu dengan gambar family saya, yang besar dan yang saya fokus sampai tiada lah update di cinoi.com ni. (ada geng oren, geng coklat, geng purple, geng merah dan pelbagai warna lain lagi)family raya

Dan juga gambar owner cinoi.com sendiri (nahh ini peluang pun jarang-jarang berlaku dapat bertemu penulis sebenar cinoi.com, akhirnya kamu dapat melihat diahahaahah)

raya 1

Yang sudah semakin adult sebab tidak lagi menangis bila raya pertama sudah ke petang dan almost berakhir dan semakin bertemu ke 2 Syawal. Ya, saya dengan mudah let go Raya Pertama tahun ni, anak buah pun sudah 8.

Selamat hari raya semuaaa!! Yeayyy!!!

Tuesday, September 6, 2011

Cuti Aidilfitri 2011 Menjanjikan Kenangan Manis

Cewahhh~~~ Tajuk biar gempak.


Update ringkas!

28/08/2011 Sunday - Off to Sandakan from Kota Kinabalu

30/08/2011 Tuesday - Raya pertama bersama keluarga di Sandakan

31/08/2011 Wednesday - Raya Kedua 7pm Off to Ranau, kampung tunang.

01/09/2011 Thursday - Raya Ketiga 9pm Off back to Sandakan, with tunang.

02/09/2011 Friday - Raya Keempat sembelih sapi (akikah)

03/09/2011 Saturday - Kenduri akikah, bergunting (cukur jambul Putra Harith Wafiy my nephew), plus open house, went to a friend's wedding, Anastasia A. Ramos

04/09/2011 Sunday - Raya Keenam , 6pm Off to Kota Kinabalu :(( dengan airmata meninggalkan Sandakan


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin to all cinoi.com readers. Apa pun, raya sebulan.

Nah sekarang saya sudah di KK, barangsiapa ada menganjurkan rumah terbuka di mana-mana, jangan segan-segan, buat macam rumah sendiri, jemputlah saya! Saya tidak mahu meninggalkan suasana raya terlalu awal.

Dam dam dum. Bunyi mercun!


Friday, October 2, 2009

raya tak puas

since balik KK ni. baru 1 rumah saja beraya. ya. SATUmalaysia. keshiannn. terima kasih RUMAH TERBUKA NO.18 TAMAN KHIDMAT. terima kasih Mimi Una.

DSC_0562 *thanks to Chiqi for the nice pic*

xoxo,

Cinoiqilavigne

Friday, September 25, 2009

laporan raya 2009

raya 1

pagi-pagi siap-siap, pakai baju chantek-chantek, mekap kuat-kuat, bersalam berhambur. iya. tak tersusun. asalkan salam semua orang, bagi duit raya 7orang anak buah, 1orang adik, dan 2orang ibu dan bapa. tiada gambar yang proper, tiada gambar yang semua, sebab semua sebok bercakap. then pergi beraya di rumah-rumah wajib-pergi-beraya-pada-raya-pertama.

1ry me with kakaks

raya 2

duduk di rumah tunggu tetamu, nasib baik tak ramai. budak-budak yang datang semua aku bagi skrip yang sama “kami mau keluar dah ni dik” . oke kejam aku tahu. lepas itu petang sedikit aku kesian dengan satu kumpulan budak (7orang), so dorang yang lucky sebab aku bagi masuk and bagi duit raya, tapi tak meghargai keluckyan dorang dengan mensepah hamburkan tandas. yuckss!! mungkin karma.

malam pergi rumah Auntie Las untuk kenduri arwah hari ke-14. berkumpul dengan semua ahli kerluarga sebelah Mummy. memang belum biasa lagi Uncle Mat sudah tiada. kesian Auntie Las. feels like he was still around.

raya 3

buat masak-masak di rumah. tidak besar-besaran pun. tapi cukup untuk mematahkan pinggangku dengan tetamu yang non stop datang silih berganti dan cukup untuk dimarah daddy kerana memotong ketupat sambil bergayut di telefon dengan syauqi. rilek-rilek sudeh!

malam kawan-kawan lama datang beraya. Azura, Santi, Ain, Dj, Anastasia, Wani, Budi, Aji. lepas tu pergi join beraya dengan mereka.

raya 4

aku tak berapa ingat aku buat apa. skipped.

raya 5

kemarin. hurmmm. buat apa ya. lepak di rumah tunggu tetamu. petang pergi BSN, Sis Lyne minta ambik gambar dia dan staf lain. malam pergi tahlil di rumah auntie. lepas tu singgah rumah Kak nani untuk jenguk Naim. and layan anak-anak buah yang super nakal kalau bulan-bulan raya mau tak bengkok aku. tapi seronok.

raya 6

sudah di tempat kerja!!! god it hurts.

apapun, my new baby, Chiqi, work hard this raya. betul tak tipu. cekout thousands pictures me and my sis upload di facebook. HAHAHAHA. muntah la kamu.

http://www.facebook.com/album.php?aid=112794&id=742162915&l=95e422b037

http://www.facebook.com/album.php?aid=112125&id=742162915&l=be8334e260

Salam Saya-belum-puas-beraya

Cinoiqilavigne

Saturday, September 19, 2009

tragedi malam raya

today balik sandakan from KK by car. but since the car was FULL, with kuih raya, my housemate's stuff and all, so my luggage terpaksa naik bus express (it was a kind or postage here in Sabah where u can kirim your barang via bus express). i sehelai sepinggang naik kereta with my housemate. the only my stuff with me is handbag, makeup bag, Chiqi (my nikon..weeee, yes, yes, i have new nikon dslr). that's all.

my luggage with all my baju including baju raya inside, underwears, toiletries (salah eja ni i tidak tau eja toiletries). and so the bus express with my luggage full of my raya stuff inside supposed to arrived Sandakan at 7.30pm.

BUT, yes there is a but. the bus arrived earlier than scheduled. EARLY i repeat. my sis arrived at the bus station to pick up the luggage at 7.30 and they said the office was already CLOSE. yes, CLOSE. and my luggage was already been kept inside their office, in huge kontena full with other kiriman-kiriman orang maybe. the office was close with my luggage full of baju raya inside. perfect!

i never thought such things as this will happen to me. i was picked randomly by the bad luck at malam raya!

whyyy meeeeee????? (sambil melutut di tengah-tengah padang dalam hujan lebat)

Cinoiqilavigne

Friday, September 18, 2009

salam raya

tinggal sehari lagi ramadan. sayunya. siapa tahu ini ramadan terakhir kita, kedua terakhir, ketiga terakhir, dapat ka lagi rasa ramadan tahun depan. saya. kamu. dia. mereka. kau. aku. tahu?

sayunya rasa sekarang. tidak sabar sekali balik kampung esok, semoga semuanya baik-baik saja. raya ni i gembira campur sedih. hari raya kan, siapa yang tidak excited macam budak-budak. tapi harus reaksi bagaimana terhadap Aunt yang baru kehilangan suaminya minggu lepas (Uncle saya). harus berdepan bagaimana dengan cousin-cousin (anak-anaknya). harus raikan raya bagaimana? memang mudah untuk orang cakap “let go laa..let go” tapi bagaimana, perginya baru sekejapan cuma. terus-terus aidilfitri. dapat kau tanggung sebaknya? dapatkah?

pengajaran buat kita semua. hargai apa yang ada sekarang. siapa tahu tahun lain kali sempat lagi ka tidak. yang jauh baliklah ke orang tua mu. yang betul-betul tidak dapat jumpa orang tua kerana tanggungjawab harus redha. ya kan itu tanggungjawab. contohnya para doktor di luar sana. sebak ni rasa sekarang, harus terus ke ucapan.

dengan ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semuanya. kawan-kawan sekolah, kawan-kawan U, kawan-kawan blog, kawan-kawan semuanya. Syauqi, emak Syauqi, abah syauqi, semuanya Syauqi. selamat hari raya ya semuanya. yang membaca ini, kalau ada salah silap harap maafkan. kita mula balik dari KOSONG. kumpul-kumpul sampai tahun depan lama-lama jadi bukit, minta maaf lagi raya depan dan begitulah seterusnya selagi mana kita diberi sempat. semoaga raya ini lebih bermakna. pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang. ya Syauqi, kalau balik Johor malam ni pandu cermat!

selamat lah aku InsyaAllah pada raya ini julung-julung kalinya menghulur duit raya! yeay! kegembiraan dikongsi bersama! bersama la memang. bersamamu.

Eid Mubarak

Cinoiqilavigne

Tuesday, October 7, 2008

raya ke-7

this is my 1st hari raya with my blog...tapi tiada pun entry raya...

my hari raya went well...tapi duit raya dapat sikit jak...tu pon nasib bek dapat...dari 4org kakak n daddy..uncle2 n aunty2 dah x bagi dah...

n 1 lagi, semua adik beradik berkumpul di raya pertama, kecuali my younger-bro yang be raya di kampung wife dia.......

di pagi raya, selepas sembahyang raya (which i didnt go), selepas bacaan doa d rumah, n selepas bersalaman........



daddy panggil cucu-cucu "mari sini semua..cucu atok.."

hikhik...aku pon masuk dalam barisan ..belakang sekali...sebab aku ni aunty kepada cucu-cucu daddy...

bila daddy terpandang aku di barisan belakang sekali,

daddy pon cakap kt mummy "hmm..pegila ambik satu lagi sampul kat atas..untuk noi"

wah...mekaseh...

lepas daddy bagi, aku pon terus la gi kat 4 org kakakku....dapat jugak...yeay!!!

oleh kerana ini tahun terakhir aku dapat duit raya, sehingga hari ini duit raya tu masih lagi dalam sampul raya tersebut..sayang...sepp....

p/s-sory..entry ni langsung tiada kaitan dengan tajuk "RAYA KE-7" tu....raya ke-7 aku di ofis...







how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....