since balik KK ni. baru 1 rumah saja beraya. ya. SATUmalaysia. keshiannn. terima kasih RUMAH TERBUKA NO.18 TAMAN KHIDMAT. terima kasih Mimi Una.
*thanks to Chiqi for the nice pic*
xoxo,
Cinoiqilavigne
since balik KK ni. baru 1 rumah saja beraya. ya. SATUmalaysia. keshiannn. terima kasih RUMAH TERBUKA NO.18 TAMAN KHIDMAT. terima kasih Mimi Una.
*thanks to Chiqi for the nice pic*
xoxo,
Cinoiqilavigne
tips : gerakkan saja mulut dan bibir walaupun tak hafal lirik. bilang miming (eh gitu ka eja maiming)
actress: Miss i-can-always-answer-ur-call-even-tho-iam-recording-my-dancing & Miss i-dont-giv-a-damn-of-peeps-around-like-im-alone-in-d-crowd.
video di atas cubaan pertama. macam gila.
video di atas ni pun macam haram juga, seperti 2ekor yang berada di bilik berasingan disatukan gambar mereka. kau kau la. aku aku. siap llew jawab fon, aku bleh teruskan beraksi. mcm har betul.
video di atas ialah cubaan terakhir pada malam tersebut. lady gaga konon. mulut time intro takleh blah. walaupun ada suara-suara orang di seat belakang yang sedang bergayut di tepon, itu tidak menghalang kami. sepertinya tiada orang langsung di situ kami kerjakan. kebolehan namanya. memang sudah penat, mata pun mengantuk. di nimi 03:29 sampai 03:35 aku sangat suka, itu ialah aksi otromen fire musuhnya (in case kamu tidak faham)
ok la. bye
xoxo,
Cinoiqilavigne
weeehooo… (wah, intro yang agak semangat di situ)
sudah lama tidak mereview movie kan, bukan sebab tidak menonton (agak tidak la juga sebenarnya, sudah jarang menonton wayang minggu-minggu), sebab malas. ececeh. malas. alasan. padahal selalu bukan mereview sangat pun, cuma ucap sepatah dua kata tentang movie yang sudah di tonton.
so sekarang ingin ucap sepatah dua kata tentang THE UGLY TRUTH yang ditonton minggu lepas. kelambatan kan? biar lambat asal selamat. biarlah lambat dari tak sempat. cepat tak semestinya bagus, lambat pun tak semestinya bagus.
ok. berbalik kepada tujuan asal, THE UGLY TRUTH. Dr. Colin (watak yang dimain oleh eric winter) dalam cerita ini ialah sangat hot dog. saya ialah drooling dan sempat mengupdate status fb semasa menontonnya. aiya. kemunculan pertamanya dalam movie ini semasa dia di skodeng oleh jirannya (siapa nama perempuan watak utama dalam movie ni aku pun sudah lupa) sangat sweet cerita mengorat jiran. ya! saya memang suka cerita kejiranan. bukan sebab apa-apa. cerita semangat kejiranan yang utuh memang saya minat dan amat bagus sekali untuk pembangunan masyarakat. betul. bukan sebab saya dan Syauqi dulu adalah jiran yang jatuh cinta. bukan. bukan. haish, pergi lah kamu tonton!
dan Mike Chadway (watak yang dimain oleh Gerard Butler) ialah seperti Abg Jr. siapa Abg Jr? beliau ialah bassist band SIREN. sila google sendiri, atau pergi ke sidebar atas sekali (sebelah kiri blog ini) kemudian klik dan register di situ di web tersebut, dan kemudian lihat di web tersebut band SIREN, anda akan mendapati bassist nya ialah seakan-akan Mike Chadway (Gerard Butler) dalam cerita ini. Jr, i dont know, but if u are reading this, please don’t be mad, memang Gerard Butler ialah gemuk di situ, but you are too kan? gemuk after raya.hahahariraya.. maaf zahir batin.
(ok, perenggan di atas ni berbaur iklan sedikit, maaf)
apapun, siapa yang belum (macam aku saorang saja yang baru tonton cerita ni, padahal aku yang ketinggalan dan kelambatan) tonton, sila lah tonton cerita komedi romantik lucah yang bodoh ini kerana ia akan membuat hari kamu. ya. membuat hari kamu. saya ketawa sungguh-sungguh betul masa ni. kapel yang pergi tonton bersama kapel mereka tu pasti malu-malu kucing macam cipan berak kapur barus, macam kapel di belakang saya. saya ketawa macam saya seorang saja yang ada di situ. macam sot. ish. gila betul ini cerita.
triple xoxo
Cinoiqilavigne
raya 1
pagi-pagi siap-siap, pakai baju chantek-chantek, mekap kuat-kuat, bersalam berhambur. iya. tak tersusun. asalkan salam semua orang, bagi duit raya 7orang anak buah, 1orang adik, dan 2orang ibu dan bapa. tiada gambar yang proper, tiada gambar yang semua, sebab semua sebok bercakap. then pergi beraya di rumah-rumah wajib-pergi-beraya-pada-raya-pertama.
raya 2
duduk di rumah tunggu tetamu, nasib baik tak ramai. budak-budak yang datang semua aku bagi skrip yang sama “kami mau keluar dah ni dik” . oke kejam aku tahu. lepas itu petang sedikit aku kesian dengan satu kumpulan budak (7orang), so dorang yang lucky sebab aku bagi masuk and bagi duit raya, tapi tak meghargai keluckyan dorang dengan mensepah hamburkan tandas. yuckss!! mungkin karma.
malam pergi rumah Auntie Las untuk kenduri arwah hari ke-14. berkumpul dengan semua ahli kerluarga sebelah Mummy. memang belum biasa lagi Uncle Mat sudah tiada. kesian Auntie Las. feels like he was still around.
raya 3
buat masak-masak di rumah. tidak besar-besaran pun. tapi cukup untuk mematahkan pinggangku dengan tetamu yang non stop datang silih berganti dan cukup untuk dimarah daddy kerana memotong ketupat sambil bergayut di telefon dengan syauqi. rilek-rilek sudeh!
malam kawan-kawan lama datang beraya. Azura, Santi, Ain, Dj, Anastasia, Wani, Budi, Aji. lepas tu pergi join beraya dengan mereka.
raya 4
aku tak berapa ingat aku buat apa. skipped.
raya 5
kemarin. hurmmm. buat apa ya. lepak di rumah tunggu tetamu. petang pergi BSN, Sis Lyne minta ambik gambar dia dan staf lain. malam pergi tahlil di rumah auntie. lepas tu singgah rumah Kak nani untuk jenguk Naim. and layan anak-anak buah yang super nakal kalau bulan-bulan raya mau tak bengkok aku. tapi seronok.
raya 6
sudah di tempat kerja!!! god it hurts.
apapun, my new baby, Chiqi, work hard this raya. betul tak tipu. cekout thousands pictures me and my sis upload di facebook. HAHAHAHA. muntah la kamu.
http://www.facebook.com/album.php?aid=112794&id=742162915&l=95e422b037
http://www.facebook.com/album.php?aid=112125&id=742162915&l=be8334e260
Salam Saya-belum-puas-beraya
Cinoiqilavigne
tinggal sehari lagi ramadan. sayunya. siapa tahu ini ramadan terakhir kita, kedua terakhir, ketiga terakhir, dapat ka lagi rasa ramadan tahun depan. saya. kamu. dia. mereka. kau. aku. tahu?
sayunya rasa sekarang. tidak sabar sekali balik kampung esok, semoga semuanya baik-baik saja. raya ni i gembira campur sedih. hari raya kan, siapa yang tidak excited macam budak-budak. tapi harus reaksi bagaimana terhadap Aunt yang baru kehilangan suaminya minggu lepas (Uncle saya). harus berdepan bagaimana dengan cousin-cousin (anak-anaknya). harus raikan raya bagaimana? memang mudah untuk orang cakap “let go laa..let go” tapi bagaimana, perginya baru sekejapan cuma. terus-terus aidilfitri. dapat kau tanggung sebaknya? dapatkah?
pengajaran buat kita semua. hargai apa yang ada sekarang. siapa tahu tahun lain kali sempat lagi ka tidak. yang jauh baliklah ke orang tua mu. yang betul-betul tidak dapat jumpa orang tua kerana tanggungjawab harus redha. ya kan itu tanggungjawab. contohnya para doktor di luar sana. sebak ni rasa sekarang, harus terus ke ucapan.
dengan ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semuanya. kawan-kawan sekolah, kawan-kawan U, kawan-kawan blog, kawan-kawan semuanya. Syauqi, emak Syauqi, abah syauqi, semuanya Syauqi. selamat hari raya ya semuanya. yang membaca ini, kalau ada salah silap harap maafkan. kita mula balik dari KOSONG. kumpul-kumpul sampai tahun depan lama-lama jadi bukit, minta maaf lagi raya depan dan begitulah seterusnya selagi mana kita diberi sempat. semoaga raya ini lebih bermakna. pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang. ya Syauqi, kalau balik Johor malam ni pandu cermat!
selamat lah aku InsyaAllah pada raya ini julung-julung kalinya menghulur duit raya! yeay! kegembiraan dikongsi bersama! bersama la memang. bersamamu.
Eid Mubarak
Cinoiqilavigne
hope u enjoy reading and do come again
daa....