Saturday, April 18, 2009

happy birthday!!

17 april 1985

happy 24th birthday sarra

last year surprise birthday party kat umah aku, aku cari-cari gambar tu kat laptop aku ni, takda la, taktau mana pergi la gambar surprise party ko last year tu.so ini je la aku ada. gambar.

apa yang kita usaha. bukan saja gembira.

semoga semuanya akan baik-baik saja.

happy birthday.

panjang umur. murah rezeki. love yaaa. yes we do!

xoxo,

cinoiqilavigne

Sunday, April 12, 2009

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

aku memang sedang bosan. seharian bersendirian di rumah. ini aku buat live depan tv, sama macam AF semalam.tiada kerja, ini la hasilnya.mungkin bole jadi bahan rujukan kamu.cekidaut!

Persembahan pembukaan.
Anita Sarawak - Akhirnya Kini Pasti
Stacy - Gagap persembahan yang tidak gagap, bertenaga, i like Stacy. memang power.

(Ayu Raudhah + Rozita + Saidah + Saerah)
Pengacara TV Lelaki Popular
- Aznil Hj Nawawi
(betul!)
Pengacara TV Perempuan Popular - Fara Fauzana

(Lisdawati + Fauzi Nawawi)
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail (aku taip nama FBI b4 diumumkan, maka tekaan aku betul!)
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana (betul lagi aku teka!)

Aizat - Hanya Kau Yang Mampu kurus

(Mawi + Ekin) - apsal rambut Mawi gitu? alim juga rupa baju Ekin.
Artis Nasyid Popular - Rabbani

(Lisa Surihani + Farid Kamil + Fizo Omar) - cantiknya Lisa n bajunya. i like!
Artis Komedi Lelaki - Nabil (aku tak teka pun, tapi memang sudah dijangka)
Artis Komedi Wanita - Nur Khiriah

Farah Asyikin - Hello

(AG + Nazatul + Kieran)
Artis Baru Lelaki - Nabil
Artis Baru Wanita - Stacy. (yeah.im so betull.i like.cantiknya kau stacy, cantik baju mu, terlebih sudahhh!)

Kristal + L Ramli - Ayahku Kahwin Lagi???
+ Jeffry Din - Kenanganku
+ Dato' A Rahman Hassan - Tak Mengapa (A Rahman Hassan i like yoouuu.rilek jek die nyanyi yoo.wahaha.)

(Zizie Ezette + Nora Danish) - sangat cantik dan comel laaa kau Nora Danish.
Pelakon TV Lelaki -Rosyam Nor
Pelakon TV Wanita - Dynas (nasib baik Dynas yang menang, kalo si FSundet tu, matai la)

Hujannnn - Dugaanku (adakah dengan meletakkan lebihan huruf N di situ menandakan aku kipas susah mati hujan?lu pikir la sendiri! ok.taknak pk.xpe.bye)

(Que Haidar + Linda Jasmin)
Penyanyi Berkumpulan/Duo - Meet Uncle Hussain

Siti Nurhaliza - Di Taman Teman tapi mesra (comelnya tarian Siti time muzik tnet net tet tuuu.hebat memang)

(Maya Karin + Eizlan Yusof + Umie Aida)
Penyanyi Lelaki - Mawi (ok.aku ada banyak mau komen, tapi Syauqi texted me "haha,jawa menang,jgn jeles,jgn tulis bukan2 ek dlm blog.yuhui" ok.fine)
Penyanyi Wanita - Siti Nurhaliza (adedeh senyuman Dato' K tu bah, rilek bah dato')

(Amy Mastura + Norish Karman)
Pelakon Filem Lelaki - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita - Maya Karin (Maya, i like ur dress, i like the shining2 inner tube in ur dress)

Diddy - Azura Sirri
Ayu - Perjalananku
Siti Sarah - Kekasih Awal dan Akhir
Jamal Abdillah - Sandarkan Pada Kenangan (aku suka gila lagu ni, i shed tears, teringat zaman2 karoke aku di parit raja, batu pahat, dem!!dem!dem! :'( ...)
- Kehebatan Cinta
- Nasib Diriku

-alamak ada aku tertinggal, tengok CSI plak-

tiba-tiba.
glemernye abg pos!!!ahahah

Bintang Paling Popular - Nabil.

persembahan last - Faizalllllll Tahirrrrrr i like so musho mucho
Bencinta rawkss....
apa yang kau tunggu..untuk aku..untuk kamuu..
..aku mahu kau tahu, aku cinta padamu, benci padamu (mcm perasaan ku sama faizal tahir la)
..tetapi lihat ku berlalu..pasti itu yang terbaik untukku..
..apa lagi kau tunggu..mahu aku buka baju...

*ni aku capture tv aku.hmm.apsal rambut faizal tahir macam rambut aku ah??

sekian laporan.


xoxo,

cinoiqilavigne

Saturday, April 11, 2009

mari meng’AF di konsert ke 5

Lucky (lagu ramai-ramai)

semua out of tuneeee. itu adalah lagu kegemaran saya ya. tapi.sangat.mengecewakan.

pergerakan Sidi sangat undescribe-able.pelik la pergerakan Sidi.macam watak Jason dalam movie Friday The 13th (tadi aku tengok movie ni, nanti aku review ya). Aril pula, sumbang mambang putih mambang biru dahh. takpala, hiburan minggu ini aku. Astro memang berjaya buat aku duduk depan tv walaupun Zizi sudah terkeluar.

Isma (+suami) Mawarku

aku suka.nampak cantik.baju cantik.mekap cantik. dan sangat best berduet ngn suami.adorable. i knew it.mesti laki dia datang nyanyi.sedap lagi suara zul.sangat romantik mereka.meremanggg bulu roma akuu..meremang weii..nanges saja belum lagi. (tengok apiz aku nangis kot)

+++++++

Akim (+Farah) Jika Kau Tiada

aku benci tak suka kau. so-so saja persembahan. Farah aku suka.cantik. AKim tenggelam timbul. terlalu control samapai tiada feeling.

+++++++

Qhaud (+Heliza) DiBius CInta  -->the worst performance of all.

Heliza – something wrong kalau kau bermekap.macam watak Jie dalam Shinjuku Incident (aku tengok wayang ni semalam, nanti aku review).oh heliza, mentang-mentang sekarang study week, menyanyi kau sana ah. jeans yang Heliza pakai macam jeans dolu-dolu laa, macam tidak kena loo.maaf, terlupa ada Qhaud di situ. ok, aku sedang gelak sekarang selepas Qhaud jerit “aku di bius cintaaaaa~~~”. Qhaud seluarmu pun. aku rasa mungkin ini perenggan terpanjang dalam entry ni.yang baca satu-satu perkataan ku tu, thanx ya. ini la pair yang pair memang.

+++++++

Hafiz (+Mila) Terlanjur CInta - aku sangat sukaaa Hafiz, napa la Mila berduet dengan dia, tidak suka laaaaa)

intro Mila macam apa la. Bertahan Hafiz (persembahan Hafiz sedang berlangsung secara langsung semasa aku menaip ni).Tergoda aku tengok Hafiz ni, berdebar-debar, sampai mau keluar airmataku….(tergamam sekejap tengok hafiz)…..ahh..keluar airmata ku memang. kerna sekali cinta, aku tetap cinta..aaaa. Hafizz i loikeeeeeee…aku mau jumpa kau. comelll.

+++++++

Claudia (+Vince) Kau Musik DiHatiku

hebat la bah Vince kan. leng chai hebat ah. best. performance yang tidak nampak macam amatur pun. bagus claudia menyerap kepoweran vince.

+++++++

Aishah (+Alif Aziz uwaaaaa jambunyaaaaaa) Dua Hati Menjadi Satu

Aishah nyanyi..hmm…ntah aku tak pasti

ona: alif aziz..buat aku lupa apiz selama 3 minit

cinoi: aku lupa syauqi sekejap jak.

ok.aku tak tau persembahan aishah macam mana. aku tak prasan la. sori. aku nampak alif aziz saja.

+++++++

Yazid (+Yazer)

woooaaaahhhh…..gerak tari pelik tapi hebat! itu la klimaksnya.

+++++++

Aril (+Marsha) Aku dan Dirimu

treettttt.salah! kau sepatutnya pilih teddy bear.bukan bantal peluk.

+++++++

Sidi (+ Zahid) Cinta Yang Sempurna

rambut macam rumah teres.tahniah. oh. rambut zahid pun sama. anda dinasihatkan dengar saja persembahan Sidi, jangan lihat, pergerakan dia azab wei.

+++++++

Menuju Puncak – sangat bias camera, sebab asyik fokus si awok tu saja, tiada zoom si Hafizz pun.uwaaaa..zoom la bah c Hafiz.

+++++++

Sidi terkeluar. ini aku memang tunggu dari minggu lalu lagi. sepatutnya dia terkeluar sebelum Zizi. tapi sedih juga la tengok Sidi keluar, sebab tengok semua orang menangis kan. sedih aku nanges seperti semasa menonton cerita Shinjuku Incident semalam. bagus kamu tengok cerita Shinjuku Incident tu, sangat mengesankan.

ok.AF baru selesai. saya publish sekarang ya.

//review malam ini dicetuskan oleh saya sendiri bersama pengkritik jemputan saya pada malam ini, mimi fiona, yang sedang baring sambil mengkritik di depan bukan tv dia, tv saya//

xoxo,

cinoiqilavigne

p/s- aku tidak sabar la dorang ni dapat nyanyi lagu english.

Friday, April 10, 2009

happy birthday mom.semoga panjang umur.murah rezeki

happy birthday to beloved mummy

10 april 1953

i loveee uuuu

1_402279442l

Wednesday, April 8, 2009

budak-budak sekolah tidak matang

balik kerja semalam aku dapat news. adik (adik bongsu aku) telah di kroyok oleh beberapa orang pelajar sekolahnya diketuai oleh seorang budak lelaki yang sedang sakit hati. adik cedera di kepala.

faktor di kroyok : awek lelaki-sakit-hati tersebut mohon clash dengan lelaki sakit-hati tersebut kerana faktor ada hati dengan adik  yang sangat tidak hensem muka biasa-biasa saja, so lelaki tu pun sakit hati and ambil keputusan bodoh, iaitu “mari pukul” . tapi kan, adik sudah ada gf. hmmm

tempat di kroyok : kawasan sekolah. tapi adik bangang lari gi luar sekolah.

senjata : adik nampak mereka bawa besi and pisau.

kejadian: mereka datang beramai, pukul adik, adik lawan balik, lelaki-sakit-hati tersebut cedera di muka, adik lari pergi rumah kawan dia yang paling dekat dengan sekolah, bapa kawan dia bawa semula ke sekolah dan laporkan pada cikgu.

aku pelik : cikgu cakap tak boleh lapor polis sebab adik pun ada masalah di sekolah. memang sebelum ini, adik selalu ponteng sekolah, cuma kebelakangan ini sudah sedikit ok. jadi makanya kalau orang yang selalu ponteng sekolah adalah layak di kroyok?? pelik bukan. tiada kaitan langsung.

penyelesaian cikgu: adik akan di atur untuk bersekolah di sekolah lain, pedalaman, sekolah yang ada asrama, iaitu di daerah Beluran, supaya konon budak-budak sakit hati tersebut tidak mengacau adik lagi, lebih selamat adik berada di tempat lain.

adik menangis.bukan sebab dipukul.tapi sebab perlu ke jauh untuk bersekolah. asrama.

aku masi pelik. pendapat kalian gimana?

pendapat aku:

1. report polis saja.senang cerita.

2. pergi balik ke budak yang pukul tu, bagi dorang lawan 1 on 1, tanpa senjata atau bantuan orang lain. apa barang kroyok. aku memang sokong kalau adik lawan balik. takkan la orang pukul kita diam saja. lawan yo.

3. aku atau daddy (heheheeh)  pergi pukul saja budak tu, n cakap kat budak tu “kalau betol ko hebat, ko mesti la dapat awek baru sebelum luka ko ni sembuh” adeh. pasal perempuan pun mau bawa besi pisau segala. jauh lagi perjalananmu la. itu baru hujung-hujung kuku punya hal, trus mau kroyok2 apa kes. dasar budak tidak matang.

4. apa sebenarnya prosedur terbaik? lapor polis?jabatan pelajaran? apa ya?

5. semoga adik learn his lesson. walaupun aku rasa adik tidak salah dalam hal ini, tapi adik sudah banyak silap dalam hal-hal lain seperti ponteng sekolah, etc. semoga jadi lebih baik lagi setelah tinggal di asrama nanti. semoga. amin. tapi macam x sesuai saja adik tinggal di asrama. kesiannya. cikgu jahat.

xoxo,

cinoiqilavigne

Sunday, April 5, 2009

cerita gembira saya

04042009622 yeay.im so happy.why?

1st – im blogging from my very own lappy, Chyvila Comot. my last blog post from Comot was in Mei 2008, in my i-miss-so-much-room. Comot went sick in October 2008, and just managed to recover by last week. “welcome home Chyvila Comot”

P1080867*Comot di dalam bilik saya di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, bilik yang saya rindu sangat gilak. 

2nd – ive watched FAST n FURIOUS 4 yesterday. sangat seronok. nanti saya review di entry yang lain ya. Braga.

3rd – i attended the 2nd interview for the lecturer post, di kolej yayasan sabah, last thursday. (ini berkenaan entry itu)

4th – ive started started teaching night tuition since last thursday. (berkenaan entry itu juga )

5th – ive pass the computer test for my driving licence application (46/50) in 9min n 51second.

sekian. saya akhiri cerita gembira saya dengan gambar gembira saya ya tuan-tuan dan puan-puan.04042009624 xoxo,

cinoiqilavigne

Wednesday, April 1, 2009

dua panggilan tidak misteri

i received two phone calls just now.the 2nd phone call is less 15minutes after the 1st phone call.both from different place n people.one is about the thing here , if u guys still remember.

haha. i am sooo excited right now. both phone calls make me so damn excited. mungkin mimpi semalam - menaiki kapal terbang persendirian yang dipandu oleh abg ipar dan disertai oleh semua ahli keluarga adalah petanda kepada berita baik hari ini. who knows. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Tuhan.

wah. baru saja hari ni lancarkan mogok

“katakan tidak kepada meng’sms Syauqi”

konon mau merajuk, tapi tiba-tiba pula datang benda excited mau di share dengan dia. good news selalu datang time masa-masa aku sangat ingin merajuk and tidak mau contact dia. setiap kali aku lancarkan mogok “Jangan Contact Boyfriend” , setiap kali juga la benda excited datang menghalang aku mogok.

sebab aku memang mau kongsi perkara seronok aku dengan dia. itu satu keperluan saya. kalau tidak, akan jadi tidak excited pula.

share joy, double the joy,

share sorrow, half the sorrow

chewah.ahaha.ok.bye.mau share dengan Syauqi segera.sekarang.

xoxo,

cinoiqilavigne

- terus pergi cari handfon.

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....