Selamat Hari Raya ke-9. *sila baca entry ini sambil mendengar lagu raya, baru ada feeeel*
Adalah mementingkan diri sendiri tidak mengupdate blog selama beberapa lama yang agak lama juga untuk cinoi.com yang agak frequent updatenya.
Kamu tahu, sibuk cuti raya. Saya mendapati ramai blogger lain juga begitu, ehem untuk blogger yang dalam list sidebar saya, sila la update ya. Agar kita boleh makan agar-agar saya boleh mendapatkan bahan bacaan setiap hari seperti biasa.
Bukan niat saya mengabaikan cinoi.com, tapi ini peluang setahun satu kali, berkumpul ramai-ramai dengan anggota yang complete. Hometown di Sandakan, 1st sister’s family di KK, 3rd sister’s family in Pahang, 4th sister in Labuan husband in KL, I am in KK, dan adik ipar saya mendapat cuti pada raya pertama (setelah tahun-tahun lepas berkerja pada 1 Syawal). Jadi peluang semua hadir ini jarang-jarang berlaku, jadi saya perlu fokus dari segi pembahagian duit raya, anak buah dan sebagainya.
Apapun minta maaf jika terkasar bahasa selama menulis blog ni (ececeh), mari kita jangan berhenti beraya dulu buat sementara.
Saya tinggalkan kamu dengan gambar family saya, yang besar dan yang saya fokus sampai tiada lah update di cinoi.com ni. (ada geng oren, geng coklat, geng purple, geng merah dan pelbagai warna lain lagi)
Dan juga gambar owner cinoi.com sendiri (nahh ini peluang pun jarang-jarang berlaku dapat bertemu penulis sebenar cinoi.com, akhirnya kamu dapat melihat diahahaahah)

Yang sudah semakin adult sebab tidak lagi menangis bila raya pertama sudah ke petang dan almost berakhir dan semakin bertemu ke 2 Syawal. Ya, saya dengan mudah let go Raya Pertama tahun ni, anak buah pun sudah 8.
Selamat hari raya semuaaa!! Yeayyy!!!