Saturday, May 2, 2009

selsema b**i (malu aku nak sebut jenis selsema ni, takda jenis lain ka?)

....
kemarin aku sudah mula bingung. seperti masa aku direbut-rebut, rancangan untuk meraikan LABOUR DAY dengan bershopping sedikit tertunda ke petang. aku pasrah. semuanya kerana itu.

....
hari ini terpaksa kerja. aku heran kenapa bos berkira sengat dengan setengah hari ini. bagi cuti sudah la. setengah hari jek. semalam dah cuti. sambung saja terus hari ini.

tapi tidak.
aku pasrah. bangun kul7.30, cek telefon bimbit, ambil towel dan buangkan baju tidur. bermandikan air panas yang bila kita tutup, badan masih terasa sejuk, lepas tu main-main dengan Naim sekejap.

sengaja aku bersiap-siap lambat. masuk kerja 8.30am (sepatutnya)
tapi 8.30 aku masih di rumah, menikmati sarapan.

sengaja aku datang lambat. biar bos menonton kelambatan ku.
aku sengaja lambat sebab nak buktikan pada bos betapa tidak sepatutnya kerja pada hari Sabtu.

aku mahu bos sedar dia sedang membuat silap. keputusan bos untuk hari Sabtu adalah hari bekerja adalah silap. aku datang lambat untuk membuktikan itu pada dia.

sekarang 11.04am. aku sudah lama sampai di office. tapi bos aku tak sampai-sampai lagi.
@#$%^&*() macam mana dia nak nampak aku datang lambat?

mungkin dia tidak akan datang pun hari ni. mungkin selsema. selsema babi.

xoxo,

cinoiqilavigne

3 comments:

nieja said...

sbtu pon keje
sian u..

slsema babi?
hahaha..

IEYNA said...

hahhahaha....slsema babi...najis tu beb...


bos ko ada blog tak ??? hehehhehehe

Syefa Amanina said...

malu nak sebut la konon..tu kan favourite words ko..huahuahua

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....