Wednesday, August 21, 2013

Siapa mahu buat tempahan kuih raya?

 

Boleh lah tempah dengan saya. Ecewahhhhh.

Dah habis raya berani la cakap. Padahal baru buat tiga (3) jenis kuih yang paling senang in the history of perkuihan.

Tiba-tiba sahaja ni, tiada rancangan awal. Awal-awal aku sudah tempah 3 jenis kuih sama Aunty, 2set for each kuih, untuk Teratak bonda sama untuk mertua.
Tiba-tiba bikin lagi 3 jenis, jadi kuih ku semua 6 jenis. Macik kayo kuih.

Aku bikin:-
jeng jeng jeng….

paling senang di dunia

Kornflakes madu, Batang Buruk (boleh sudah kamu ketawa sekarang), dann Chocolate Cookies ala-ala famous amos la sangat.

IMG_9169

Kornflakes madu di Teratak Bonda dapat dihidang sikit jak, yang lain habis oleh anak-anak buah ku. Suka pula dorang – feeling excited

Tapi sebenarnya famous amos ni aku ikut ja resipi dari internet plus ditolong oleh adik si Jay yang memang terer masak. Sebab kalau first time buat chocolate cookies ni, kau akan rasa adunan mu salah, melekit-lekit bah, jelek rupanya. Tapi rasaaaanyaaa, yums! (Sorry ah habis suda)

IMG_9208

Kami bkin kuih malam, sekali ja buat siang time puasa tak dapat rasa. Malam tu tahan ja la mengantuk. Senang pun.

Dan dibantu lagi oleh husband ku yang emsem rajin dan slim lagi, mudahan berkekalan hingga ke tahun-tahun yang seterusnya (tahun ini kan raya pertama kami dengan ikatan yang sahahahaha, ececeh lempang sebijik kang!)

IMG_9167IMG_9188

Dan setiap jenis kuih di atas, dibikin dua set container, macam biasa untuk rumah Mommy and rumah mertua. Sebab dari aku kecil aku biasa tengok kakak-kakak ku semua order kuih dua set, rumah dorang and rumah mertua, jadi benda tu jadi auto mode pula sama aku, mesti buat duaIMG_9197Gambar: Sebahagian dari kuih yang ada

Jadi total 12 balang kuih (6 order, 6 bikin). Bangga la aku dengan pencapaian comel ini, being me, im not this typed of person dulu. HAHA. Ada kemajuan banding raya tahun lepas.  Alhamdulillah tercapai juga niat ku mau bikin kuih.

Semua ketiga-tiga kuih sedap and I like! K. Bye. Tempah la tahun depan.

 

Love,

Cinoi xo.

 

*Makan kuih banyak, minum ALOE dan TEAMIX HERBALIFE banyak juga, kasi detox and cleansing segala butter oil gula etc. Call 0177000171 untuk mengorder.

Monday, August 19, 2013

Long distance drive, thank you husband!

 

Assalamualaikum hey hey!

Masih lagi mood Hari Raya tapi pekerjaan tetap la diteruskan.
Perjalanan raya harus tetaplah direkodkan bagi rujukan masa hadapan gitew.

Initial plan – Balik Sandakan MALAM RAYA sebab, aku tiada CUTI.
Tapi kita hanya merancang, Allah yang menentukan rancangan yang lebih hebat.

6th August 2013
pergi kerja jalan lengang, 15minit sudah sampai office. Buka laptop dengan mata berkaca-kaca, attend meeting, pukul11 pergi klinik, jumpa doctor muda (27thn) yang cantik (yeah that sounds gay). Dia bagi MC dua (2) hari. Aku tak menipu, she diagnosed me with something, siap bagi surat rujukan suruh refer hospital, and bagi aku MC dua hari. Jadi MC aku bukan MC tipu ok. (Tapi kemudian aku tak pergi hospital pun, sampai Sandakan sakit itu sudah tak serius dan beransur pulih Alhamdulillah)

Balik rumah tengahari dengan suami, siap buat batang buruk, packing barang, 9.30 PM gerak balik SANDAKAN, Alhamdulillah perjalanan ok, jalan tak banyak kereta, memotong pun senang, pukul 2.20 AM sampai SANDAKAN, dapat lah buat SURPRISE sama family and bersahur sama untuk hari terakhir Ramadhan tahun ini. SURPRISE sebab kalau bagitau awal-awal , nanti ibubapa kami tidak benarkan drive malam.

IMG_9227Sempat Subuh berjemaah sama family, sedih tak sempat cuti untuk join tarawih di Teratak Bonda.

7th August 2013 – puasa di Sandakan
8th August 2013 – beraya di Sandakan
9th August 2013 – gerak ke Lahad Datu hometown suami beraya bersama keluarga in law (FIL katenye)
11th August 2013 – Balik Sandakan semula
14th August 2013 – Drive balik Kota Kinabalu

IMG_9554*sebelum gerak balik KK, anak-anak buah hantar ke kereta*

IMG_9563

15-16th Aug 2013 – KERJA HAHA. (suami cuti pun, basuh baju and kemas rumah rajinnyeeee makasihh)

16th August 2013 – 10:00 PM gerak balik Sandakan (sempat pergi open house macik ona), 3:00 AM sampai SANDAKAN, menyelinap masuk dalam bilik, kunci tidur. Pagi-pagi semua orang hairan siapa dalam bilik ni terkunci. HAHA. nasib baik masa dorang buka pintu, aku dan suami tidur sopan gitewww, HAHA gara-gara takut dimarah DRIVING MALAM DARI KK.

18th August 2013 – Balik ke KK semula dengan menangis teresak-esak selama 7minit.

*****************************



Alhamdulillah, perjalanan kami pergi balik pergi balik KK – Sandakan – Lahad Datu – Sandakan – KK – Sandakan – KK lancar dan selamat. Semuanya dengan izin Allah. Aku tengok status kawan semenanjung memohon “Highway kedua” , senyum aku. Di SABAH itu sahaja jalan yang ada, tak ada highway, orang yang tak biasa drive jauh akan fikir panjang sebab akan banyak guna tenaga fizikal dan mental (sebab kena fokus and kena memotong dalam keadaan single lane)

Orang bertanya tak penat ka asyik travelling by road sana sini, siap drive malam tidak mengantuk kah. Alhamdulillah Allah pertemukan sama HERBALIFE, apart from husband yang memang suka drive malam sebab lebih senang memotong, tahu la kan di Sabah ni jalan satu satunya itu single lane, HERBALIFE product memang banyak membantu.

Tak mengantuk, bawa bekalan TEAMIX (the gembira) , sama NRG (teh tenaga) . Tiada RNR untuk senang-senang stop kencing, jadi kami memang rancang, tempat berhenti Petronas Batu 32 Sandakan, Telupid – restoran bugis yang tandasnya banyak dan bersih guna air bukit , Ranau- Banyak lahh tandas petrol station atau kedai makan macam KFC. Alhamdulillah, tiada masalah mau kencing tepi jalan HAHAHAHA.

Masa on the way tengah malam tiba-tiba lapar, tapi tiada kedai buka, bancuh SHAKE saja dalam kereta. Badan penat travelling pun otot-otot sakit, minum SHAKE saja untuk repair muscle dan sel-sel badan. Along the way, kalau tidak pasang lagu , kami pasang ayat suci Al-Quran sebagai peneman supaya sentiasa beringat. Jadi Alhamdulillah Allah mengizinkan.

IMG_9259Yang ini di  dapur Teratak Bonda, stok Herbalife my parents, and my sister. Sampai ja Sandakan, aku memang buat kerja melabel stok. HAHA. Alhamdulillah, Allah bagi kesihatan sama keluarga.

 

Di dapur kamu belum ada SHAKE HERBALIFE? Minat mahu cuba atau rasa-rasa ada ahli keluarga yang rasanya perlu, mahu improve kesihatan dan sebagainya? aku boleh bagi free sample, rasa dulu.
Mahu cuba terus, mahu coaching ka tips whatever, boleh terus contact
0177000171 atau email cinoi17@yahoo.com
Yes, money back guarantee (terms and condition apply)

Tuesday, August 6, 2013

Persiapan Raya Suami Isteri

 

Assalamualaikummm. Esok last day Ramadhan!!

Semangat raya tahun ni sebab PERTAMA RAYA sebagai suami isteri! *dancing in the dark*

Persiapan banyak, kuih, diri. Tapi harini sharing more to BAJU. Dan sebenarnya, memang sepasang sahaja baju melayu raya kami suami isteri, dan suami pilih warna emerald GREEN! Last minit.

Haha as a wife patut aku sudah plan awal, beli kain hantar tailor etc, amazingly I didn’t do it. HA HA HA. Being me, semangat raya sampai 6 bulan awal beli kain prepare bagai dan sebagainya itu tiada dalam option, oh belum. Jadi, READY MADE it is.

Isteri.
Memula tengok butik sana sini. Lepas tu terfikir mahu tengok baju raya di ZALORA MALAYSIA  . Yes, siap save a few pictures of baju kurung yang colour GREEN, upload di satu album private di facebook untuk suami tengok mana yang best.
Sampai satu malam, tiba-tiba ja malas fikir banyak lagi terus purchase. And ingat kan sampai 4-5hari kemudian.
Tapi tak sampai 2 hari sudah arrived di office KOTAK BESAR waaaa lagi excited makkkk. Lepas tu size pula memang ngam molek di badan ku heh! XS. XS okay.

zalora malaysia

 

Suami.
Pun beli READY MADE Syukurlahhh suami sekarang sudah slim gituuu, senang sangat cari size baju dia, dapat pula baju raya yang betul-betul ngam di badannya seolah-olah memang dijahit untuk dia. Harganya, samaaa ja dengan harga baju raya aku dari ZALORA. Tak apalah, sebab suami cakap sudah 7 tahun dia tak jahit/beli  baju melayu untuk raya, jadi berbaloi la dengan harga baju melayu dia itew kannn.

Baju-baju lain atau kasut handbag bagai, memang kami tak ada shopping. Semalam after work baru pergi mall, tu pun sebab aku insist beli kemeja and kasut suami. Aku takkk, kasut aku banyak lagi baru pakai SEKALI, handbag pun tidak selera beli. Macam lagi seronok shoppingkan untuk suami. Tapi suamiku bukan jenis excited jalan mall shopping ni, gitu-gitu la melayan aku jak dia ni. Semalam dia cakap  “ZALORA ada baju lelaki kan? Lain kali click click ja la senang” HAHA pandai sudah si kawan.

Jadi di sini kami suami isteri mohon maaf zahir batin, jika ada terlanjur kata terkasar bahasa. Selamat Hari Raya, semoga raya kali ini lebih bermakna, semoga kita ada improvement dari apa-apa juga segi berbanding Ramadhan and Syawal tahun lepas.

Dannnn, Yang penting harini pergi HQ Herbalife, ambil stok TEAMIX dan ALOE HERBAL untuk PERSIAPAN RAYA, bestfriend masa raya ni sebab mau makan banyak-banyak aneka jenis masakan, ini dua barang must have item for detox and cleansing plus tenaga mau beraya and drive jauh. InshaAllah dapat lah elak kenaikan berat badan atau kedatangan alergi dan pening, bloated, gastrik, sakit perut, tak hadam tak lawas dan sebagainya boleh makan raya dengan senang hati. Cepat place your order, before 2:00pm todayy yaaa! 0177000171

Thursday, July 25, 2013

Raya Promotion

raya promo

*Boleh pilih perisa:-

  1. Dutch Chocolate
  2. French Vanilla
  3. Tropical Fruit
  4. Strawberry
  5. Cappuccino

Wednesday, July 24, 2013

wordless wednesday katanye

 

herbalife general managerIMG_5271

Tuesday, July 23, 2013

Rutin

 

Alhamdulillah hari ini Ramadhan ke empat belas. Woot woot!! Separuh masa pertama, how are you doing?

Here is a bit sharing tentang rutin makan kami semasa puasa. Sharing is caring kan katanya.

Sahur.
Dalam 14 hari puasa ini baru sekali terlepas sahur. Dang!

Menu Sahur kami suami isteri
- Aloe Herbal (supaya penyerapan nutrien lebih baik oleh usus, dan supaya elak GASTRIK)
- Shake + oat
- Kurma
- Air
- Buah (kalau rajin)
- Telur separuh masak (kalau rajin je)


Aku set ALARM setiap hari 3.45 AM. Imsak around 4.35 AM macam tu kan. Kadang bangun terus, kadang plus minus SNOOZE alarm dan bermalasan, 4.15 baru bangun benar. Tuang aloe, minum , sambil letak blender, cedok shake formula 1, tuang air , susu, etc. SIAP! Minum tak sampai 10minit. Lepas tu segar bugar. Paling best untuk orang yang malas sahur.

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Rujuk SINI

Bugar sampai petang. HAHA tipu lah kalau tak lapar, rasa lapar tu ada datang, seminit dua lepas tu berlalu pergi. GASTRIK MEMANG BABAI, tak ada Alhamdulillah. Tenaga tu tidak lah macam orang puasa teruk sangat, macam biasa lagi boleh cuci kain overhaul rumah, atau jalan-jalan kaki sebelah petang, joging pun boleh sesangat. InshaAllah tidak ada masalah lesu atau kurang aktif dan gastrik mengantuk pening. Bisa menjalankan aktiviti harian seperti biasa, puasa bukannya penghalang kita bekerja.

Macam mana itu berlaku? Bersahur SHAKE ni low carb, low sugar, high protein, gula dalam darah stabil, projection tenaga lebih panjang. imageBerbanding bersahur dengan makanan bergoreng, tinggi karbohidrat, jadi awal pagi gula dalam badan tinggi, insulin pun dirembeskan segera, lalu gula tu drop, nah di situlah kita mula rasa lemah dan lapar. Gula dalam darah tak stabilimage

JADI SIAPA MAHU KEBUGARAN BERPANJANGAN, DAN SAHUR YANG MUDAH  SESIMPLE 123? Bawa-bawalah mencari coach seperti saya sendiri 0177000171

shakes
*Gambar kiri atas customer aku send

Setiap sel di dalam tubuh anda memerlukan nutrien yang berbeza untuk bertumbuh sihat, sudahkah anda menunaikan hak badan anda hari ini?

khasiat formula 1

Menu Berbuka kami suami istri
- Kurma
- Aloe (aloe ni bantu meneutralkan perut kita yang berasid, masalah pelawasan, makanan tak hadam)
-Teamix / NRG Tea
- Shake + Buah (blend together)


“asek-asek shake, tak boleh ah, nak juga nasi baru kenyang” kata orang yang tak pernah rasa. Hehehe tak cuba tak tahu rasanya. Berbuka puasa, kenyang tapi masih segar. Masih ada tenaga sama tidak mengantuk untuk bangun bediri duduk rukuk sujud. Nak baca Quran in between Maghrib and Isyak, lebih fokus (sebab teamix/NRG tea)
Siapa minat nak rasa dulu rasanya macam mana boleh lah whatsapp/text ai okey, yang tak minat tak apa, kita cari orang yang mahu cuba mahu ubah.

majlis berbuka puasa HERBALIFE*During Majlis Berbuka HERBALIFE



Tak bosan lagi setakat ini, sebab Formula 1 Herbalife sahaja ada 5 perisa di Malaysia ni (French Vanilla / Dutch Chocolate / Tropical Fruit / Strawberry / Cappuccino) , belum campur perisa Cookies n Cream yang kami dapat dari Taiwanese. Jus pun banyak jenis, susu pun banyak. Tapi paling best BANCUH FORMULA 1 DENGAN AIR SEJUK AND AIS SAHAJA punn mantap.

Buah yang kami setakat ini ada dalam fridge pun banyak pilihan di kedai, yang aku sudah cuba bulan Ramadhan ni buah Kiwi, Blueberry, Apple, Anggur, Pisang, Avocado, Mangga, Betik, Tembikai, Oren. Dari buah mahal sampailah buah murah. Jadi pilihan pun di tangan anda ecewahhahaha sangat.

fruits

Sudah setel Isyak/Tarawih, barulah kita makan malam. Part ini best! Setakat 14 hari puasa ni, baru sekali beli makanan di bazar, selebihnya aku masak, ada makan malam di luar sekali dua.  (sebenarnya masa makan malam ni TAK LAPAR pun, cuma sebab takmahu skip meal, so kena la makan)

Antara lauk yang kami makan malam
- Nasi kuning (suami masak)
- Ikan merah goreng tepung kuah sos (suami masak)
- Ayam kicap
- Ayam halia
- Sayur-sayuran (sama ada steam atau tumis/goreng)
- Ikan masak lemak cili padi
- Ikan steam
- etc etc

Sedikit sebanyak enhance la juga cooking skill aku, macam aku enhance Shake skill. Ada yang menu aku baru first time masak. Jadik la juga kan Alhamdulillah

Dan saya juga masih belajar menyediakan makanan sihat, yang pelbagai. Salmon kadang2, susah mau dpt. Biasa masak ikan/ayam segar, sayur. Sudah tak masak nugget/sosej/fries/maggie, elak-elakkan.

lauk

Super jimattttt lah sahur and buka shake, lepas tu masa dinner di rumah. BERBANDING Dulu (tahun 2011), gaya kami ke bazar, masa tu tunang lagi. Style “kita round dulu satu round sampai habis, second round baru beli” punya style. Pastu boleh pergi dua bazar sehari. Lepas tu tahap tangan biru, biru sebab plastik berat sangat. Saitan sangat. Hasutan saitan 11 bulan tu, mampu mempengaruhi kita juga di sebulan yang saitan di ikat kan. Nauzubillah.

 

IMG_8368*Senang dalam kereta pun boleh berbuka! Yang penting ada KURMA

 

Jadi, saya mencari ssesiapa yang minat/mahu tukar style pigi macam kami, kami bersedia memberikan COACHING SERVICE yang terbaik InshaAllah

image

Boleh lah contact saya 017-7000171. Jangan risau, pilihan masih di tangan anda.


Yang minat sahaja okay, atau rasa-rasanya ada kawan/keluarga kamu yang kamu rasa perlu, WHY NOT.

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk/kurang itu datang dari diri saya sendiri.
Wassalam.

Monday, July 15, 2013

I Am A Happy Coach!!

 

Alhamdulillah. I am so excited!!!

Dan susah lah hati saya kalau tidak berkongsi perkara yang best best kan, I know ramai di luar sana masih memerlukan!

Sila la menjamu mata dengan testimoni customer saya sepanjang minggu lepas sahaja.

herbalife july testimoni 1herbalife july testimoni 2

Atas ni customer dari Sarawak.                                     Yang SzaSza and mommy dia Papar.

herbalife july testimoni 3herbalife july testimoni 4

                                                                                 Yang atas ni pun tinggal Sarawak.

herbalife july testimoni 5herbalife july testimoni 6

Yang kakak aku ni dekat Kuantan.                                      Yang last ni pula dekat Johor.

 

This is the right time to start with Herbalife!

Siapa?

  1. Yang malas sahur.
  2. Yang kurang tenaga, yang cepat lapar, yang gastrik
  3. Yang mahu shape up body sebelum Aidilfitri
  4. Yang mahu improve health.
  5. YOU!

Contact me 0177000171 for COACHING or for BUSINESS OPPORTUNITY too!

Smile

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....