Thursday, September 19, 2013

Brunei Trip By Road

 

dan by feri comel.

Sebelum aku lupa, in fact, aku sudah lupa sedikit, sebab haritu tak bawa travel journal. Jadi aku blog kan saja apa yang aku ingat. Sila betulkan kalau ada salah.

Last weekend 14-16th my company buat road trip to brunei, kami 6 kereta begitu driving ke Brunei, initially I plan to drive Pink, but we cancel sebab malas, so naik vigo share dengan dua orang bujang staf company I.

IMG_0386

Kami berkumpul d servay putatan lepas subuh, around 5.30 begitu gerak sudah. Putatan- Papar – Beaufort – Sipitang – Sindumin.

Sindumin ni daerah terakhir Sabah, keluar Sindumin masuk Merapok (Sarawak), jadi di situ cop passport dua kali (Sebab masuk Sarawak mesti pakai passport), keluar Sindumin, masuk Merapok. (correct me if Im wrong ok)

IMG_1032IMG_1033

Dari Merapok terussss saja ke Lawas, limpas sahaja. Dari Lawas akan masuk ke Labu (daerah brunei), di situ border Mengkalap-Labu cop passport dan isi borang pass kereta, nanti dia cop. Kena bawa salinan car registration document.

Dari Labu teruss drive sampai feri Limbang, feri ni comel sebab jarak dekat maju undur sahaja, bayar RM8 atau $4 dollar brunei. IMG_1037

Lepas dari feri ni , pergi imigresen cop passport keluar Labu(brunei) dan masuk balik Sarawak (Limbang)  nama area Pendaruan .

Dari Pendaruan straight ke Limbang drive ja terus ke brunei, cop passport masuk di Tedungan-Kuala Lurah, kalau tidak silap jumpa area Kuala Lurah dulu. nah Kuala Lurah tu Brunei la sudah, mahu jalan ke mana ikut signboard sahaja. IMG_1068

 

Sampai lah juga ke Brunei, ada juga experience jalan by road ke sana, jauh perjalanan luas pemandangan. Walaupun di sana tiada apa-apa kata orang. Tapi dapat juga new experience, dapat jumpa orang baru, dalam perjalanan itu kita dapat melihat keindahan serta kekuasaan Allah s.w.t. dan menginsafi akan kekerdilan diri sebagai manusia. Dan yang paling penting, doa orang bermusafir ni mustajab di sisi Allah, jadi dalam jalan jauh banyak-banyak doa okayy.

3 comments:

Unknown said...

bestnya.. belum ada pengalaman roadtrip ke brunei.. tapi ada angan2 mo road trip ke sabah-sarawak.. tapi rasanya cuti nda bulih alang2..

Unknown said...

mesti penat kan dlm kreta lama2 tu..tpi best.. teringin juga road trip ni.

Nor Adzwaty Rokkafella said...

best tu...dtg la ke brunei...p melawat bandar seri begawan...sy pn baru 3 mggu berpindah ke limbang dari sandakan...pindah atas urusan kerja...brunei - limbang mmg sy sdh biasa sbb selalu melawat kakak ipar yg menetap di brunei...

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....