Assalamualaikum , hello good morning!!!!
Have you had your shake today???
Weeee. Excited lah harini, kerana semalam pertama tidur di tempat baru. Woohoooo!!
Macam ini ceritanya. Bersempena ulangtahun 1 tahun kami menjadi halal bersama (ecewah ayattt nakk belagu irama bagai kan) , kami tiada candle light dinner, hadiah pun tiada, kami sama-sama menghadiahi hubungan kami dengan berpindah ke rumah baru wooot!! Lagipun muahasabah diri, adakah kita hari ini masih sama dengan kita tahun lalu, 3 tahun lalu, 5 tahun lalu? Hmm? Hmm? Dush.
Selama dari mula kahwin, kami tinggal di rumah bersama dua orang adik Jay. Which is no problem. It is just, sudah setahun berkahwin, ini masanya bina keluarga, dan rumah yang lebih homey begitu.
Jadi sebenarnya we’ve been trying to move since last 2 weeks, tapi hampeh la kan, weekdays kerja, weekend ada saja event. Cuma packing benda kecil-kecil macam baju, barang-barang kecil etc. Last weekend cuma sempat membersih and memasang langsir serta angkat barang-barang kecil yang muat di myvi.
Jadi semalam, suami arrange lori dengan kazennya, 6 anggota yaa angkat barang kami. kesian tengok dorang, I hidangkan teamix sejuk for energy sebelum bermula kerja. Pindah malam-malam. Gila betul. Semalam Jay actually ada dinner kementerian dia, jadi kami sampai hidangan kedua ja, just hadir untuk memenuhi invitation, lepas tu kami cabut lari, mau angkat almari, katil, esbok, rak kasut, benda yang besar-besar. Alhamdulillah setel barang besar semalam.
Total 7 beg baju, plus 3 lagi basket besar baju sebab beg tidak muat, kasut 3 bag besar. Huhu. handbag 1 basket and 1 plastik besar. Barang-barang macam dokuments, books, yang kecil-kecil tu dalam 3 kotak. Yaa pengsan sangat ok. Itu pun ada lagi few things tinggal masih di rumah lama, macam computer, baju tv astro peralatan dapur.
Semalam di tempat baru kami cuma kemas katil, pasang cadar. Azan pukul 2.45am!! Barang-barang masih dalam kotak. Pagi-pagi membongkar la memang.
I plan buat housewarming, tapi mungkin lama lagi, hujung tahun atau awal tahun depan, kasi can kami kasi siap-siap mekap rumah kecil kami dahulu ok. Semangat bah mau menghias rumah , hiasan yang sesuai and comel untuk rumah kecil.
Alhamdulillah, another new things to write on my “Thank-You Journal”