Monday, August 31, 2009

kisah ramadan saya [part 2: perutku menari shuffle]

well, memang terbukti puasa di rumah sendiri tiada tandingannya. cewah, ayat nak overr youuu.
tadi berbuka, gila banyak aku makan (ya lo, tipikal things when u puasa at home).

minum teh (panas), then ABC (sejuk) then cendol (sejuk) then makan mihun soto campur kicap abc yang sedap n kaki ayam yang tidak tertanding (pedas dan panas) then popia, bebola ayam goreng, nugget, kuih, muih, omaigod.

awww. macam-macam campur makan. panas, sejuk, panas, sejuk, pedas, panas..menari shuffle perutku!

sakit woo setengah jam selepas berbuka. ah, apa kira, puasa di rumah memang best. makan banyak-banyak agar tidak teringat-ingat di siang harinya. oh, saya juga ada mengambil gambar menunya, tapi berkeputusan untuk tidak upload di sini kerana hanya akan menimbulkan tahap salivating yang tinggi apabila melihat blog sendiri di siang hari.

err..sebenarnya nak tulis banyak lagi..tapiiii..ermm... harus lariiiii (ke tandas). perutku be-shuffle non-stop.argh.

Love,
Cinoiqilavigne

Friday, August 28, 2009

update [7 ramadan]

housemate went balik Sandakan already this morning.i can't follow them because of work. leceh kan working ni. jadi student lagi best!

so tonight iam gonna be all alone.
wait, before that, today going to berbuka with super friends from Tawau+Lahad Datu. yes! they are in town. we are suppose to have a meeting tomorrow, regarding our trip end of this year (Nov+Dec). but i cannot join tomorrow, am going back to Sandakan after work tomorrow (yeah, stupid kan Saturday have to work half day. ).yeay! Sandakan here i come!mom here i come! sila masak sedap-sedap for me.hoho.

cannot wait to berbuka.(now: less than 3hours to berbuka). my perut is singing merdeka song already.

xoxo,
Cinoiqilavigne

tolong..tolong..

my hands are trembling.
why?
because i already received my paycheck!
woahh! someone please save my money from my trembling hands...aaaaa!!!

Thursday, August 27, 2009

KISAH RAMADAN SAYA [Part 1: Sahur]

selamat pagi semua. yaaaa, rasa sungguh segar sesegar darlie hari ni (huhu, darlie saja yang segar kah?) maybe sebab masih pagi lagi di sini, and i don’t really know the weather outside, but, dalam ofis ni its 18 degree celcius okey. sejuk gila.so maybe segar sebab sejuk. lagipun mungkin saya segar sebab hari ni 1st day saya puasa. haha. iya, 1st day. tadi sahur last hour, so setakat pukul10 ni memang belum bernyanyi lagi perut i.tapi mata tak segar woo, mengantuk bangat nii.

menu sahur is udang goreng, ikan goreng, sayur kobis, buah orange, kurma. saya bangun semuanya sudah tersedia di atas meja, sangat heaven ok, thanx to Kak Nani. senang-senang saja di rumah kan, semuanya tersedia.

teringat masa belajar tinggal sendiri. kalau dulu semasa belajar, sebelum tidur pikir-pikir lagi sahur harus beli di mana. tapi saya ingat lagi, sahur terakhir saya di sana (2007), pun semua tersedia. sebab masa tu ada Syauqi n Shiro, (jiran terhebat saya) oh ya, semasa itu saya dengan Syauqi belum bercinta lagi (that story will be up in another post). tapi saya sememangnya sahur bersama mereka, kalau bukan housemate mereka memasak dan saya join sekali makan, tapau di luar pun mereka akan tapaukan sekali. mereka hanya perlu kejutkan saya dari tidur sahaja, caranya dengan tidak mengunci tingkap bilik, supaya senang mereka ketuk and kejutkan saya. yang penting, saya bangun saja, sudah ada tapau makanan buat saya.

walaupun tidak sesedap di rumah punya makanan, saya rasa heaven juga. sahur sama-sama, ramai-ramai dengan mereka, buat satu bulatan yang besar di ruang tamu. haha. ya. bulatan BESAR oke. selepas sahur, beramai-ramai layan asap, lepas tu kami akan main daun terup sampai pagi (selain sembahyang Subuh). haha. serius. sungguh tidak beriman perlakuan tersebut kan. kami main daun terup dan biasanya akan pergi tidur balik selepas pukul8. begitulah rutin sahur saya dan mereka. heaven juga bukan.

tahun lepas saya berpuasa di rumah. setiap kali sahur, teringat balik perlakuan-perlakuan yang heaven pada tahun 2007 tersebut, sampai tahap batu tersekat di dada, sebak oke, rindu gila! tak sangka 2tahun sudah berlalu, semuanya masih segar, rasanya semua yang terlibat masa tu kini di arah masing-masing,jelas lah ramadan tersebut mengeratkan silaturahim kami, yang saya pasti Shiro masih di sana, di tempat kejadian.dan walaupun kami yang lain tidak lagi di sana di tempat kejadian, saya pasti saya sendiri, dan Syauqi juga masih rasa segar tentang itu di hati kami. bugar. baik hentikan sekarang sebelum berlaku pertumpahan airmata. bye!

Love,

CInoiqilavigne

Wednesday, August 26, 2009

yeay.daddy is coming back to mummy. daddy wont have to puasa alone anymore.got mummy to take care of him.

6.52 am
I just informed that Dad is not well.
if u guys remember, dad went to KL to look after my uncle (by the way, my uncle shows a positive signs of recovery, thank God, Alhamdulillah).
so, daddy said, he wants to go back to Sandakan as soon as possible. that soon is today.huhu.
Hopefully daddy dapat flight balik for today.

9.30 am
Dad's flight ticket back to Sandakan was succesfully purchased just now. His flight will be at 5.30pm today.

the thing is, no one can send dad to the airport. He said he will just take a cab. But im worry, Dad is sick, and alone. .. huhu..but anyway, Iam happy daddy can finally go back to Sandakan.

Tuesday, August 25, 2009

my brother from another mother

25.08.09

gambar ini ditangkap lentoq on the very same date as today, a year ago (25.08.08). hari tersebut hari graduasi kami. kami sama-sama graduasi, walaupun yang tengah-tengah itu mula belajar lebih awal dari yang kiri itu, walaupun yang kiri itu mula belajar awal dari yang kanan itu (aku), kami tetap sama-sama graduasi. maknanya apa? haha. oh ya, yang tengah-tengah tu namanya Shiro. hehe. jangan ketawa. kamu ketawa kan dengar nama dia?atau kamu ketawa sebab kami sama-sama graduasi?  atau kamu tidak ketawa langsung?aku pasti Shiro ketawa ni semasa membaca pernyataan yang tersebut di atas. hehe. aku pun ketawa ni.hahaha. sudah. sudah. Shiro nama dia ok. Wan Mohd Yuzairie. hamik ko nama dia sedap sebenarnya.

shiro1

tahun lalu pada hari graduasi tersebut, 2 perkara yang kami raikan pada tarikh tersebut:_

  1. graduasi
  2. harijadi. ya. Shiro lahir pada tarikh ini lebih 20 tahun yang lalu (umur sebenar terpaksa dirahsiakan)

maknanya apa?

ya!! pandai pun! maknanya hari ini ialah hari jadi Shiro. memang readers aku ni pandai-pandai semua kann. lalala.

 

* gambar pada tahun 2007. apsal buruk noo rambut aku (cewah, macam la sekarang cun sangat) aku cilok pic ni dari fs Shiro.

shiro3

 

aku actually tidak tau mana nak mula tentang Shiro ni. terlalu banyak, sampai aku bingung yang mana harus cerita dulu. yang mana kemudian. yang mana penting. yang mana tidak. sebab semuanya hebat-hebat belaka. ya, perempuan-perempuan single di luar sana, perkara perihal Shiro ni semua hebat-hebat belaka. contohnya semasa saya membuat FINAL YEAR PROJECT saya di tahun akhir dulu, Shiro sanggup (bersama-sama Syauqi) mengorek tanah untuk saya (sebab saya perlukan sampel tanah yang banyak). tapi jangan tersilap, bukan mengorek-ngorek tanah macam anjin* korek tanah kat tepi-tepi jalan tu ok, ni korek tanah versi manusia punya. serius tiada langsung kelihatan seperti makhluk berkaki-4-kencing-di-tiang tersebut. dia juga selalu hadir di makmal tempat saya membuat ujikaji. dan sehingga ke peringkat akhir iaitu membinding tesis di kedai, mengambil setelah siap, dan mengsubmit pun dia yang buat untuk saya. terbaik kan! sebab tu aku sayang shiro ni. woof woof. oh Shiro pernah dipuji seorang pelajar cina yang pandai sewaktu Shiro membuat projek tahun akhirnya di lab pada penghujung semester dekat-dekat nak due date “waa..final year ploject ka?banyak lajin oo kamu, awal2 sudah buat untuk next sem” hebat kan Shiro?

 

* gambar Shiro time muda-muda. tahun 2007 nii!

1_655621340l

juga urusan-urusan perihal menjaga saya (semasa menuntut di tahun akhir dulu) akan dipangku oleh Shiro sekiranya ketiadaan Syauqi. ya. caranya begini, kita tidur lama-lama tengahari baru bangun. sekejap kemudian Shiro akan datang ketuk tingkap bilik (bilik saya di bahagian depan rumah sewa so bleh ketuk tingkap dari porch keta). semasa Shiro ketuk, kita siap-siap buat muka lapar sangat, dia akan tanya soalan “nak makan apa”. hmm, actually xyah buat muka lapar pun Shiro akan tanya, see, dia memang calon yang hebat kan (apasal aku promotekan Shiro ni) sebentar kemudian, kita mesti la mandi cepat-cepat, lambat-lambat pun boleh, delivery makan tengahari akan sampai kurang dari 30minit selepas order dibuat.

Shiro juga hebat sebab dia sanggup hidu bau kentut saya yang hebat. dia seperti immune dan addict dengan bau tersebut. hmm. ok.ok. saya tipu. dia akan buat muka kelat gila bila terhidu bau kentut saya. Shiro adalah seorang yang saya tidak malu untuk kentut di depan dia.

Shiro ialah orang kedua yang akan saya cari selepas Syauqi. contoh: bila saya berasa bosan, dan Syauqi adalah tidak available, Shiro akan mesti orang seterusnya yang saya dial. he’s on my speed dial. dan dia adalah sanggup mendengar apa sahaja bebelan saya. ya. apa saja. tak percaya tanya Syauqi (eh, apsal Syauqi plak)

 

*gambar Ramadan 2007. dulu i used to wear the jacket Shiro was wearing in this pic. Shiro didn’t return the jacket to me! its mine!

1_518775507l

saya tau, semasa membaca entry ini, dan melihat gambar-gambar ini, Shiro sedang rindukan saya. HAHA. saya tau, Shiro sayang saya juga. jange mu tokse ngaku, sms mu sume aku sipe lg dale hp aku ni.mu oyak mu saye aku nge Sara. kalau kamu ingin bertanya apa-apa mengenai saya ataupun percintaan saya dengan syauqi, kamu bila-bila boleh tujukan soalan ke Shiro, dia menyaksikan semuanya. he is part of us.

akhir sekali, saya ingat. Shiro ada janji, kalau saya mau beli camera yang saya mau beli tersebut (nikon), Shiro sanggup melabur ke dalam modal saya! kan shiro, mu meme baik sgt! Shiro cakap juga, nanti harijadi saya dia ada hadiah BEEESAAARRR untuk saya! yeay!

Shiro is someone who is willing to do something u can ever imagine a friends will do for his friend. he is the one who knows me inside and out, and loves me anyway. pendek Shiro kata, he is my brother from another mother! best friends for life…

another year older, another year wiser, have a great birthday, and happy fasting without me! u think i forgot ur birthday? no way in the world i’ll forget.

 

Love,

Cinoi Chantek (<--- shiro yang cakap)

Monday, August 24, 2009

congratulations to my bestie, stefeni aren for her wedding last weekend.

1_215895720l

*me, lisa, stef

stef1 lovely stef

be a good superb wife okie! love u darling. iam really sorry for my absent.muah muah.

stef2 my crazy girlfriends i miss u guys so mucho2!

….and they lived happily ever after

Love,

Cinoi

Saturday, August 22, 2009

KISAH RAMADAN SAYA (part intro)

Assalamualaikum all.

its 1st of Ramadan today, as everybody knows Ramadan means fasting, and its all about bangun sahur, bazar Ramadan, berbuka, tarawikh, preparing for raya, baju raya, kuih raya, bla..bla..bla..and the list goes on. I've been thinking the best way to deliver a Ramadan entry but end up blank. i went blog hoping just now, and almost every blog i stepped in, talking about Ramadan, and some of them sort of like my option of idea, so all the idea i had had finished, being used by other blog..so there I go, end up blank again. haha. excuses.

ok cut the crap cinoi. ok. i wish everbody the best of Ramadan, may Allah bless us, dan selamat menjalani Ramadan yang indah dan hebat. perasaan Ramadan ini memang sangat hebat berbanding bulan-bulan lain. betul tak tipu, dari pelbagai segi. sangat banyak kebestan dan kehebatannya, bagi saya. so, sepanjang ramadan ini, saya akan selitkan beberapa entry Ramadan pada setiap minggu yang akan saya label sebagai KISAH RAMADAN SAYA.

dan, saya ingin wish salam ramadan to: -

  1. daddy, who currently in KL, yang sudah biasa dijaga makan minum sahur berbukanya oleh Mummy, yang tidak tinggal tarawih nya setiap hari, yang khatam Quran setiap puasanya, yang semuanya sempurna di mata saya, tapi sekarang berada di Hosp Selayang looking after my uncle, semoga lebih tabah lebih kuat, walaupun tidak dijaga oleh Mummy tercinta, walaupun tidak se-comfort mana di sana. yang mereka kebelakangan ini bergayut di telefon macam saya dan syauqi, dan Mummy bertanya Daddy tidak rindu ka? oh, sungguh sweet macam orang muda-muda bercinta. Selamat berpuasa dad! semoga semuanya baik-baik saja! amin.
  2. mummy, who currently in sandakan, berpuasa without daddy, yang menjaga makan minum kami adik beradik, yang bangun awal betul time sahur (mengantuk saya bangun awal), dan masak-masak untuk berbuka. Mummy, selamat berpuasa, InsyaAllah im coming back to Sandakan end of this month untuk berpuasa di sana ok!
  3. Syauqi, yang sekarang ini d Jb sekejap, cuti untuk puasa bersama mak abah, yang saya fikir di moment ini sedang menolong mak mebuat kek lapis. ya, sangat comel kan, walaupun kelihatan seperti seorang lelaki yang ganaz, parut sana sini tu beb, tapi setiap kali bulan puasa pasti tolong mak di dapur buat kuih atau kek. chayok2 b! nanti esok-esok, u yang buat kuih n kek untuk rumah kita ok! jangan ingat lelaki bermuka ganas yang kelihatan seperti hati kering berparut ganas di sana sini n pakai gelang besi tidak mampu untuk tolong mak di dapur buat tat nenas n kek lapis. HAHAHAHA. selamat berpuasa b!
  4. kepada kakak saya yang di Kuantan, hahahaha, mesti mau x sabar mau balik sandakan kan, selamat berpuasa Kak Line, iwan, erin, Abg Idi, dan semua kakak-kakak saya, yang d kk juga, yang d sandakan juga, adik-adik saya, adik ipar saya, anak-anak suadara saya. hah! especially to my nieces n nephew, siapa puasa Auntie Noi bagi duit raya tahun ni !!! yeehaaaa!!!
  5. kawan-kawan saya yang pernah saya berpuasa bersama mereka ketika di JOHOR dulu, Shiro (ini aku takbleh tinggal mesti nak sebut nama dia), dan semuanya, juga Sarah (walaupun kita tak pernah berpuasa bersama), dan semua kawan-kawan di sana, saya rindu untuk ke Bazar sama kamu!!!! Selamat berpuasa!
  6. semua kawan-kawan sekolah saya, Mimi, Llew, Po, Aza, Joyah, Mona, Ainul, Sheila (yang kini berpuasa dengan hubby ah seronoknya) dan semuanya.
  7. kawan-kawan U saya, kawan-kawan blog saya, semua la kawan-kawan saya, Selamat Berpuasa!

kepada semua, yang membaca, Selamat berpuasa, selamat menyambut bulan Ramadan yang best dan hebat ini. Saya ingin meminta maaf jika ada melakukan apa-apa kesilapan yang nampak atau tidak nampak (cewah), saya bersedia memaafkan kamu semua juga (cewah ape laa aku ni overrr). Kepada kawan yang muslim, dan juga kepada yang non-muslim, boleh la men’join kami untuk berpuasa, apa salahnya, coba-coba kan, pasti seronok! Llew, jom puasa! ya semuaaa, mari puasa!!! dan nantikan entry-entry KISAH RAMADAN SAYA yang seterusnya.

ok. habis. sekarang mari fikir makanan juadah berbuka pada hari ini. (x sedap langsung pakai perkataan MAKANAN untuk ayat yang ada perkataan BERBUKA)

XOXO,

Cinoiqilavigne

Friday, August 21, 2009

20 august

yesterday was Yaya’s 6th birthday. we planned to celebrate it but didn’t make any preparation. so we bought her cake also yesterday, after work, from Veda Blu (because Veda Blu is right next door to pizza hut, where we want to have dinner). it was blueberry yogurt ice cream cake. i was like “yaya tunggu di piza okey, auntie noi n Umi want to go find something first” and she said “yaya tau, kamu mau pegi beli kek yaya kan” ceh, budak ni tak surprise langsung.

yaya1

and when she potong the cake, the ice cream was sort of termuntah keluar from the middle of the cake, and yaya said “uih! tekeluar anak perut kek ni”. ok.

yaya2

not forgetting, Naim.

yaya3

and when we reached home, i asked Yaya “suka la yaya tadi?” and she said “suka la, auntie noi x nampak ka tadi yaya senyum-senyum time potong kek and dapat hadiah. terima kasih semua” lol. (a day earlier, i bought her a full set coloring box and its not in pink, i thought she must want something in pink. so i bought a paper bag in pink as a wrapper.lol)

*************************

earlier yesterday morning on her birthday, I asked Yaya what do she want for her birthday, and she said “yaya mau perfume macam auntie noi” sambil merengek-rengek..huh?wut da.?. issey miyake???

Love,

the best aunt in the world!

Wednesday, August 19, 2009

janji ditunaikan. (janji hari tu, bukan janji semalam ok)

hari itu, saya ada janji di situ kan (klik perkataan situ la kalau mau tau janji itu!). ok la, aku janji mau lekat di blog ni gambar Isma AF kahwin..kahwin ngan Dafi AF. Dafi laki Isma la. hahaha. ok ok. serius dong! bukan AF.

sekarang saya tunaikan janji itu. tengok la puas-puas gambar-gambar kejadian menghalalkan yang haram ataupun kejadian pembinaan masjid tersebut.

cekidaut!

3818072560_4425f57c91 *Dafi + Isma

3818065158_f5748d7c6c

3818063676_613f821cb7

ok? cukup? mau lagi? nanti la pula ya. ini 3 dulu buat masa ini.

sekali lagi, wish them a happy life ahead, sampai ke anak cucu, ke akhir hayat. amin!

congrats moi!

p/s:- hari ini dua entry,(scroll down ke bawah untruk entry awal tadi) entry yang duluan dari entry ini adalah entry yang mungkir janji sedikit, so aku backup dengan entry ni, entry menepati janji (ish, banyak pula perkataan ‘entry’ dalam ayat ni)

Love,

Cinoiqilavigne

janji tinggal janji

fb1

semalam itu lah aku janji. siap buat reminder di status FB. hari ni aku sudah lupa semuanya yang aku mau kupaskan. ternyata otak ku semakin lemah sekarang, tiada tinggal sisa pun pikiran yang kemarin itu pada hari ini. aku langsung lupa. astaga.

beginilah, if your friend REALLY KNOCKS U DOWN, just get back up, stay calm, and carry on. u dont wanna be like him/her, don’t you?

atau, kamu ada pendapat lain? kalau ada pendapat lain, sila kemukakan di ruangan komen ya. sementara itu, biar saya layan dulu lagu itu. (dengan selamba aku langsung tak mengupas apa2 isu seperti yang dijanjikan kemarin) bye!

fb2

Love,

Cinoiqilavigne

Tuesday, August 18, 2009

SINI MARI!!

kemarin birthday si LLewellyn.
happy 24th birthday llew!!
SINI MARI!!
llew, kemarin aku cadang baling telur laju-laju dalam ofis ko then trus lari laju-laju.
c ona pula cadang bakar ofis ko, then cakap "surprisee!!!"
tapi 1 pun kami ndak buat, sebab sudah besar kau, 24 :)
**********************************************************************************
Happy birthday to Jay Minerva
birthday dia hari ni!
xoxo,
Cinoiqilavigne

Friday, August 14, 2009

random [1]

  1. 2hours ago blackout. dan sekarang tiada air pula. damn aku tak boleh concentrate buat kerja! (sebab tu aku berblog di office.lol)
  2. Esok some friends are coming to town, suda janji menonton wayang bersama. astaga, can't wait, Friday please leave soon.
  3. Semalam aku excited gila sampai kelihatan agak sawan H1N1 sebab nampak iklan UTHM di NT7 semasa commercial break Ghost Adventure show. ya, kuittho ada tv advert! and ya, aku memang layan Ghost Adventure tu setiap malam jumaat. superb zac!
  4. hati berbunga-bunga sebab kemarin sudah 19bulan since we accepted each other as other half, n iam excited, not because it is already 19months, but excited to see what lies ahead, and i know u are too darling! u r my rock!
  5. it is only 14th, and iam a total broke. i strictly tell myself to spend at most Rm5 per day if i want to survive until my next paycheck. ouh, regarding the plan of watching movie tomorrow, i already prohibited myself not to spend my money on other than movie tix and food. and, i will use my student card to get discount for movie tix. see, iam actually saving! thanks to UTHM to not have an expired date on its student card.
  6. Due to no.5 matters, i also forbid my forefinger to click on the online shop. but..hmmm. ok, lets give a bit sympathy for my eyes. okay, forefinger, can click on online shops for the sake of my eyes, my eyes also want to cuci mata. i promise, only for cuci mata. no sending order emails!
  7. ok, not to be defensive, but, just wanna clarify things here, i am broke today, not because i do much online shopping, but because of my super expensive medical bill ok. i aint purchase anything this month, except for the chunky-super-unique-ring-but-cant-fit-my-finger-because-its-too-big that cost RM9 (plus postage).
  8. aku heran. kenapa ISO suka mengganggu kehidupan kita yang aman di office. kenapa ISO lahir? siapakah ISO di kelahiran lalu? mesti jahat kan. benci!
  9. Ramai yang suda 50 kematian baru sibuk-sibuk pakai mask. (ceh, boleh la berlagak, padahal baru start pakai mask minggu lalu. shut up!)
  10. kalau kamu perasan, layout blog aku berubah akibat aku sudah bosan tahap mau berenti kerja dengan layout blog yang lepas. so inilah hasilnya. macam tiada hiasan langsung muka blog ku ni. takpalah, back to basic la katakan. basic sangat-lah! and aku sedang mencuba-cuba tumblr. seronok juga! ihiks -_- <-- muka cam ban1. (sapa boleh teka apa ban1 memang hebat la!)
  11. ok la. panjang pulak. pening aku. aku sudah cakap kan tadi di TITLE, ini RANDOM saja. thanx everyone!
  12. eh, lupa plak. 1 lagi. last ni last, i promise. hari ni aku update 2kali jo! haha. entry lagi 1 aku harini ni scroll down ok. scroll down ke bawah. (haha..sudah sroll DOWN, tambah lagi KE BAWAH)

xoxo,

Cinoiqilavigne

tiup lilinnya (25)

happy 25th birthday to my Sis Lyne (my 4th sis)

HAZLYINEE KASSIM

*dont get confuse dengan yang –> itu ok

14 august 1983

20042009721

xoxo,

Cinoiqilavigne

*semoga nilai hutang saya dapat dikurangkan.weeeeeee

Sunday, August 9, 2009

siapa bilang gue gak up-to-date?

saya kan, in juga. ikut trend juga ya.

sudah 2hari (jumaat n sabtu : lepas kerja) saya jalan-jalan di mall, dengan fesyen itu. fesyen kah? ngehehehe.

.

.

lihat ini

080820091447

siapa bilang saya tidak up-to-date? betul kan saya bilang. up to date.

bukan saya saja. mereka juga

080820091452up to date bukan?

sila sayangi diri anda dan orang sekeliling. mari kita mengelak. tapi kalau kita sudah cukup kuat untuk tidak mahu prevent, lihat siapa ada dalam rumah kita yang bisa kita jangkiti kalau kita terjangkit nanti, adakah mereka kuat juga.

and ya, H1N1 amat berbahaya kepada ibu mengandung, pengidap asma, pengidap penyakit-penyakit lain, perokok, serta kanak-kanak. 

-pesanan khidmat masyarakat dari Cinoi di cinoibeetlesv.blogspot.com

xoxo,

Cinoiqilavigne

Saturday, August 8, 2009

selamat pengantin baru

05.17pm 08.08.09 saturday (read: saturday)

aku di ofis.kerja. huhu. jam segini masi kerja lagi. kasian kan.

harini bestfriend aku kawen di Kuching, Sawarak. Isma. wawawa. sedih aku

sedih sebab:- (ada 2 sebab)

  1. dia kawen aku tak dapat pegi. tiket mahal gila oke. and lihatlah sekarang aku dimana. KERJA. cuti pun susah mau dapat. tergamaknya aku berada di ofis di hari bahagia Isma.
  2. dia kawen, tapi aku blum kawen lagik..hahahaha.. sedih untuk diri aku, gembira untuk dia. tapi takla sedih sangat pun, macam la aku desperate mau kawin. tapi kalau ada jodoh apa salahnya.ehehe..apa neh? blah jom.ngarut budak cinoi ni.1_570467462l

Isma, congrats geng. eee..sampe juak jodoh u akhirnya. sik sangka hoh. i doakan u panjang jodoh, sampe mati oh moi, sampe mati, sampe anak n cucu. kelak u jadik ninek, sik sabar i ngga muka u. hehehe. sory oh moi sikpat datang u nikah tek. love u mmuahs

kawen *sory.nanti kalau aku dapat gambar kawen Isma, aku lekat kat blog aku ni ok kawan2. sementara itu mari kita sama-sama nyanyi

selamat pengantin baru..selamat berhgia, semoga ke anak cucu, selamat…sejahtera~~~.. 

ok la. bye! mau kemas-kemas meja kerja. sekejap lagi mau hangout sama Llew n Ona (both blum kawen oke! termasuk aku).

xoxo,

Cinoiqilavigne

waktu sekarang : 05:27pm (woh.aku siapkan karangan di atas dalam masa 10minit) bye!

Tuesday, August 4, 2009

ujikaji degil

julung-julung kalinya entry pasal memasak. entah apa la anginku semalam, semoga selalu angin begini.wawawaw. semalam aku try wat bedegill (konon), aku taktau and TAK PERNAH (never ok) buat begedil. kalau setakat masak-masak lauk, ayam kicap, ayam merah, sayur-sayur, sup tu oke la. tapi ini bedegil-sgt-dia-nak-menjadi begedil.so semalam aku berujikaji.begedil.

030820091418 bahan-bahannya. dalam bekas hijau tu CORN-BEEF campur UBI yang sudah direbus and dilenyek, n campur daun bawang.

langkah-langkah/method ujikaji:- (rujuk gambar)

030820091420

030820091421

030820091423

di pertengahan langkah……

yaya: aunty noi mau yaya tolong? macam susah ja yaya tengok aunty noi tu.

aku: pppfftttt….(tercabar oke)

030820091427

030820091428    

hasilnya : ujikaji gagal. misi digugurkan. operation abort. officer down. officer down. ha. ha. ha. down sangat-lah. dah la, balik jom, tiada apa yang menarik di rancangan masakan ini. masakan kah? masak sangat-lah.

kamu mau tengok ka gambar hasilnya? takpayah la. aku tiada snap pic pon. nasib baik aku ada nieces yang supportive (fatin n yaya). yaya cakap sedap (kanak-kanak tak bleh percaya, taste lain sungguh dengan dewasa), n yaya n fatin makan banyak gila oke. thank god. harap harini habisla suma, banyak gila aku buat.

 

xoxo,

Cinoiqilavigne

Monday, August 3, 2009

happy birthday sis

happy birthday to Sis Line (my 3rd sis)

HAZLINE KASSIM

02 august 1976 (2009-1976 = _3) hehe

1_256052020l

*from left: sis lyne, sis line, mom, me (may2008)

1_444966177l

*sis line with abg idi, iwan n erin

1_936169737l *sis line(in black) @ family dinner (i was absent)

blog dia –> sini

xoxo,

Cinoiqilavigne

p/s- semua gambar lama. aku cilok dari friendster tuan punya birthday.ngehehe

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....