Showing posts with label kisah ramadan saya. Show all posts
Showing posts with label kisah ramadan saya. Show all posts

Thursday, August 14, 2014

I miss you Pink!

 

acc 2*Abaikan perkataan 30an to hokayyy ggrrrrr* Paper 20July2014

Selepas kejadian dua tahun lepas (refer HERE) , sekali lagi kami alamai pengalaman yang sama , tapi lebih teruk sedikit . Also in JULY. Whats with JULY or No 7 anyway zzzzz.

18 July – Masa tu on the way sepatutnya ke rumah my coachee, for SHAKE PARTY , satu keluarga dia mahu timbang. Then petang ada apppointment tukar ke empat-empat tayar si Pink.

Kita merancang, Allah yang menentukan. Kami di lorong laju sebelah kanan, Jay drive, aku duduk di pasenger seat depan sebelah kiri tengah tengok phone. Tiba-tiba phone ku terbang dari tangan ku (imagine dengan gaya slowmotion ok) pastu dari anak mataku aku nampak sesuatu benda-benda kecil terbang di kiri, dan bunyi sorotan dari pintu belakang ke pintu depan ( sebelah kiri) sampai la ke lampu kiri bumper kiri depan.

Kami ternaik ala-ala terbang atas pembahagi jalan, then aku nampak taxi tu drift bulatan dua kali (selepas melanggar kami) lalu melanggar guard rail di kiri dan terhenti.
Barang-barang dalam kereta semua terbang ke depan bahagian kaki kami. Dengan produk SKIN ku bertebaran semua la semua hambur. Terus aku menangis tersedu sedan, maybe sebab SHOCKED, dan sebab bersyukur TERSELAMAT. Dan the rest is history. History la sangat. Zzzzz . Nasib baik lah belum pergi tukar tayar.

acc 3

Tiada adegan STERING LOCK okay. HAhahaha, aku tiada bercakap pun dengan pemandu taxi tu. Accident happens, I believe dia pun tidak mahu juga kejadian tu berlaku, cuma pertimbangan dia time tu ja la salah, dia mengelak kereta lain tapi tidak tengok kanan lalu terlanggar la kami. Zzzzzzzzz

acc 1Paper 19July 2014

 

Rancangan 19July drive ke Sandakan puasa sana dan kemudian 21 july drive Sandakan ke Lahad Datu CANCEL! TRETTTTTTT. Potong stim betulllahh. Ada hiccups kan. Kami ambil masa satu hari satu malam untuk bertenang, langsung tidak buat apa-apa, tidak urus kereta, tidak plan macam mana mau balik puasa di kampung etc. Appointment semua cancel.

 

Yang best nya, lepas accident tu, buat report di Balai Polis bandar kk. Kami laki bini di tengahari panas di bulan puasa berjalan kaki, pergi bank then pergi Suria Sabah. Masuk suria duduk tercongok ambil aircond kunun.
Pastu dari Suria jalan kaki ke bus station di bandaran mau balik rumah, sempat singgah bazar Ramadhan di dekat DBKK. Best lahh pengalaman berjalan kaki dengan suami ke bazar pastu balik naik public transport (read: BUS YANG AIRCOND NYA MATI SEGAN HIDUP TAK MAHU BUAHAHAAH) . Dalam bas kami TIDUR MATI. Pastu amazed “Cepat juga sampai naik bas kan nda sekat-sekat di jammed”, sebab bas kan main cilok di kiri lane seja. Siap ada roadblock tahan tu bas polis cek ic semua passenger bas hahaha. Nikmat bejalan kaki dan naik bas dapat pengalaman baru and and tengok gelagat orang (sebelum kami tertidur)

Turun bas lintas jalan jalan kaki balik rumah 5.30 petang. Tunggu waktu berbuka, minum air dan makan kuih dua biji sahaja. (SHAKE pon tak buattt , blurrrr sangat) pastu tiada makan apa sampai malam sampai tidur. Drama kannnnzzzz.

 

Dan disebabkan kejadian ni juga merasa la aku dan suami pada 21hbJuly MALAM naik bas ekspress Kota Kinabalu – Lahad Datu, first time bersama-sama. Bas 8pm sampai Lahad Datu 2am. Siokk, aku tidak pening, tidak mabuk, ada husband di sebelah, kami tidak perlu drive, boleh tidur-tidur (walaupun nervous dan takut naik bas di jalan Kundasang Ranau)

Sekarang mari kita sama-sama berdoa semoga kereta kami si Pink cepat siap di workshop sana. Amin!

*Rindu gilaaa dengan si Pink sob sob sob

Tuesday, July 23, 2013

Rutin

 

Alhamdulillah hari ini Ramadhan ke empat belas. Woot woot!! Separuh masa pertama, how are you doing?

Here is a bit sharing tentang rutin makan kami semasa puasa. Sharing is caring kan katanya.

Sahur.
Dalam 14 hari puasa ini baru sekali terlepas sahur. Dang!

Menu Sahur kami suami isteri
- Aloe Herbal (supaya penyerapan nutrien lebih baik oleh usus, dan supaya elak GASTRIK)
- Shake + oat
- Kurma
- Air
- Buah (kalau rajin)
- Telur separuh masak (kalau rajin je)


Aku set ALARM setiap hari 3.45 AM. Imsak around 4.35 AM macam tu kan. Kadang bangun terus, kadang plus minus SNOOZE alarm dan bermalasan, 4.15 baru bangun benar. Tuang aloe, minum , sambil letak blender, cedok shake formula 1, tuang air , susu, etc. SIAP! Minum tak sampai 10minit. Lepas tu segar bugar. Paling best untuk orang yang malas sahur.

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Rujuk SINI

Bugar sampai petang. HAHA tipu lah kalau tak lapar, rasa lapar tu ada datang, seminit dua lepas tu berlalu pergi. GASTRIK MEMANG BABAI, tak ada Alhamdulillah. Tenaga tu tidak lah macam orang puasa teruk sangat, macam biasa lagi boleh cuci kain overhaul rumah, atau jalan-jalan kaki sebelah petang, joging pun boleh sesangat. InshaAllah tidak ada masalah lesu atau kurang aktif dan gastrik mengantuk pening. Bisa menjalankan aktiviti harian seperti biasa, puasa bukannya penghalang kita bekerja.

Macam mana itu berlaku? Bersahur SHAKE ni low carb, low sugar, high protein, gula dalam darah stabil, projection tenaga lebih panjang. imageBerbanding bersahur dengan makanan bergoreng, tinggi karbohidrat, jadi awal pagi gula dalam badan tinggi, insulin pun dirembeskan segera, lalu gula tu drop, nah di situlah kita mula rasa lemah dan lapar. Gula dalam darah tak stabilimage

JADI SIAPA MAHU KEBUGARAN BERPANJANGAN, DAN SAHUR YANG MUDAH  SESIMPLE 123? Bawa-bawalah mencari coach seperti saya sendiri 0177000171

shakes
*Gambar kiri atas customer aku send

Setiap sel di dalam tubuh anda memerlukan nutrien yang berbeza untuk bertumbuh sihat, sudahkah anda menunaikan hak badan anda hari ini?

khasiat formula 1

Menu Berbuka kami suami istri
- Kurma
- Aloe (aloe ni bantu meneutralkan perut kita yang berasid, masalah pelawasan, makanan tak hadam)
-Teamix / NRG Tea
- Shake + Buah (blend together)


“asek-asek shake, tak boleh ah, nak juga nasi baru kenyang” kata orang yang tak pernah rasa. Hehehe tak cuba tak tahu rasanya. Berbuka puasa, kenyang tapi masih segar. Masih ada tenaga sama tidak mengantuk untuk bangun bediri duduk rukuk sujud. Nak baca Quran in between Maghrib and Isyak, lebih fokus (sebab teamix/NRG tea)
Siapa minat nak rasa dulu rasanya macam mana boleh lah whatsapp/text ai okey, yang tak minat tak apa, kita cari orang yang mahu cuba mahu ubah.

majlis berbuka puasa HERBALIFE*During Majlis Berbuka HERBALIFE



Tak bosan lagi setakat ini, sebab Formula 1 Herbalife sahaja ada 5 perisa di Malaysia ni (French Vanilla / Dutch Chocolate / Tropical Fruit / Strawberry / Cappuccino) , belum campur perisa Cookies n Cream yang kami dapat dari Taiwanese. Jus pun banyak jenis, susu pun banyak. Tapi paling best BANCUH FORMULA 1 DENGAN AIR SEJUK AND AIS SAHAJA punn mantap.

Buah yang kami setakat ini ada dalam fridge pun banyak pilihan di kedai, yang aku sudah cuba bulan Ramadhan ni buah Kiwi, Blueberry, Apple, Anggur, Pisang, Avocado, Mangga, Betik, Tembikai, Oren. Dari buah mahal sampailah buah murah. Jadi pilihan pun di tangan anda ecewahhahaha sangat.

fruits

Sudah setel Isyak/Tarawih, barulah kita makan malam. Part ini best! Setakat 14 hari puasa ni, baru sekali beli makanan di bazar, selebihnya aku masak, ada makan malam di luar sekali dua.  (sebenarnya masa makan malam ni TAK LAPAR pun, cuma sebab takmahu skip meal, so kena la makan)

Antara lauk yang kami makan malam
- Nasi kuning (suami masak)
- Ikan merah goreng tepung kuah sos (suami masak)
- Ayam kicap
- Ayam halia
- Sayur-sayuran (sama ada steam atau tumis/goreng)
- Ikan masak lemak cili padi
- Ikan steam
- etc etc

Sedikit sebanyak enhance la juga cooking skill aku, macam aku enhance Shake skill. Ada yang menu aku baru first time masak. Jadik la juga kan Alhamdulillah

Dan saya juga masih belajar menyediakan makanan sihat, yang pelbagai. Salmon kadang2, susah mau dpt. Biasa masak ikan/ayam segar, sayur. Sudah tak masak nugget/sosej/fries/maggie, elak-elakkan.

lauk

Super jimattttt lah sahur and buka shake, lepas tu masa dinner di rumah. BERBANDING Dulu (tahun 2011), gaya kami ke bazar, masa tu tunang lagi. Style “kita round dulu satu round sampai habis, second round baru beli” punya style. Pastu boleh pergi dua bazar sehari. Lepas tu tahap tangan biru, biru sebab plastik berat sangat. Saitan sangat. Hasutan saitan 11 bulan tu, mampu mempengaruhi kita juga di sebulan yang saitan di ikat kan. Nauzubillah.

 

IMG_8368*Senang dalam kereta pun boleh berbuka! Yang penting ada KURMA

 

Jadi, saya mencari ssesiapa yang minat/mahu tukar style pigi macam kami, kami bersedia memberikan COACHING SERVICE yang terbaik InshaAllah

image

Boleh lah contact saya 017-7000171. Jangan risau, pilihan masih di tangan anda.


Yang minat sahaja okay, atau rasa-rasanya ada kawan/keluarga kamu yang kamu rasa perlu, WHY NOT.

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk/kurang itu datang dari diri saya sendiri.
Wassalam.

Tuesday, July 9, 2013

My Favourite Ramadhan Video

 

Bismillahirrahmanirrahim.

Ahlan wasahlan Ramadhan. Maafkan saya kalau ada terkasar bahasa, tersilap kata.

Sila lah enjoy video Ramadhan kegemaran saya ini. Rindu sama keluarga tidak terhingga . Sob sob.

 

Tuesday, July 17, 2012

Barang Bagus

 

Kemarin masa scroll news feed facebook, aku jumpa barang bagus si Aima share di wall nya.

carta ramadhan

Carta Ramadhan.

Mentioned di facebook itu sesuai untuk kanak-kanak berumur 9-12 tahun. Which aku rasa applicable juga untuk orang dewasa. Ini lah masanya kita mau tengok pencapaian kita kan. Sukat.

Jadi, aku mahu guna ni. Aku buat template dia sendiri di excel, dan akan guna ini, untuk monitor diriku. Kadang-kadang kita kena guna crazy methods untuk dapatkan apa kita mahu, jadi ini tidak lah crazy sangat malah sangat berguna lagi.

Untuk lebih fun, ajak beberapa orang kawan/family, dalam satu circle, to compete. Tidak salah kan berlumba untuk benda bagus. Nanti di akhir rancangan, di akhir Ramadhan, kita review. Comel begitu kan.

Selamat mencuba. ;p

 

Love,

Cinoi xo

Monday, August 15, 2011

12 Ramadhon

 

 

Last Friday……

IMG02432-20110812-0810 Ini gambar last Friday

Kami sungkai di Red Onion, Jalan Pintas

red onion kkSorry I don’t have a proper picture of the restaurant.

I just have our picture. Yang disinari cahaya matahari petang sebab awal betul kami duduk bersedia untuk bersungkai48078f60d5ca4727c6d34dd1b2f8828bItu si Bibah, adik tunang I.Hehehe. Hai Bibah.

 

RM12.90 per pax. Menunya is masakan kampung semenanjung. Biasa saja pun. Kalau rindu masakan kampung semenanjung boleh pergi sini, tapi bagi aku, tidak complete pun =_=’

Aku coba pun sebab pening otak sudah fikir mau makan di mana and teringat seorang blogger http://yantipadli.blogspot.com/ ni blog pasal Red Onion, so mau give a try la konon.

Nah half month to go. Selamat menikmati baki puasa 2 minggu lagi sebelum Syawal, semoga ini bukan Ramadhan terakhir kita.

Assalamualaikum.

 

Love,

Cinoi xo

 

Tuesday, August 9, 2011

Iftar Day 7

 

Salam and good morning hello poeple!

Masa puasa ke 7 haritu, pertama iftar besar-besaran dengan kawan-kawan. Eh sebenarnya minggu lepas ada juga berbuka dengan kawan-kawan di luar iaitu Puan Mimi dan suami, tapi tiada pun dia belog kan. Dia ada ambil gambar lauk pauk kami yang berbagai jenis untuk dihabiskan ;) Kalau berbuka dengan Tunang ni tapayah cakap, hari-hari pun =_=

Ahad, puasa ke 7, kami berbuka di Windbell Seafood Restaurant Tg. Aru. Biarlah gambar bercerita banyak ya.DSC_0011

Muka eksaited mahu sungkai!DSC_0016

Sudah mula telan liur DSC_0019Windbell Seafood KKMakanan yang aku dan tunang ambil, baru 1st round ni.

Part yang best makan steamboat ni ialah part berebut dan berlanggar-langgar siku, makin tambah selera aku! Cuma yang tidak best steamboat Windbell ni, dia tiada tempat untuk bakar-bakar di sekelilingnya. huhu. Kalau tidak, confirm aku ambil kambing duluan! Air bandung adalah provided dan boleh refill sampai pukul 7 sahaja.Windbell Seafood KK 8

Itu dia muka-muka kekenyangan setelah selesai semua. Aku seperti biasa (rujuk gambar), sentiasa ada sesuatu untuk dicakapkan. I wonder, apa lah aku cuba cakap semasa gambar ni di snap. Windbell Seafood KK 6

 

Akhir sekali, saya tinggalkan kamu dengan gambar cinoi.com dan tunang ;)

Aku suka gambar ni ;) spot the ring! spot the ring!DSC_0076 Tapi oleh kerana Encik Tunang dalam keadaan tidak bersedia (selalu pun dia gitu), supaya adil dan saksama, aku bagi lagi 1 gambar lain okey.

DSC_0050Nahh paling azab ni gambar. Lengan ku paling menang la lemaknya. Siap ada kerang ternganga lagi depanku. 

Anyway, makan di tempat di atas cuma around RM25 per pax. Pergi lah cuba.

*More pictures will be uploaded to FB soon.

Ok. Kamu? Di mana berbuka? Share la tempat best berbuka okeyy!

 

Love,

Cinoi xo

Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan dari perantauan

 

Assalamualaikum w.b.t

Membaca entri Ramadhan Ona & Sheila, aku pun mau buat satu! Belum terlambat bah kan, hari ni pun baru 5 Ramadhan ;) ALhamdulillah dapat lagi rasa Ramadhan tahun ini.

Sahur

Masa kecil Daddy memang wajibkan sahur. Tiada alasan untuk tidak bangun sahur. Biarlah dalam keadaan mengantuk macam mana pun, aksi tarik-tarik hingus dan kesat taik mata itu biasa. Tapi pergerakan mesti pandai untuk cover dari Daddy. Kegarangan Daddy tahap tarik hingus berulang kali semasa makan pun adalah kesalahan besar ya. puasa dengan daddy Mummy mesti masak lauk-pauk macam makan malam. Sudah selesai makan nasi, wajib minum hot drinks macam breakfast atau minum petang, bersama bread atau pisang goreng, wajib ya. Oh makan buah pun mesti. Dan minum air banyak-banyak. Itu peraturan Daddy. Semasa proses sahur tu Daddy akan buka radio aku tidak tau channel apa ada masa tu di Sandakan, selalu keluar suara perempuan nyanyi lagu “bulan puasa~ bulan puasa” (Aku cari jap nanti di youtube ok)

Bila sudah besar, umur 13tahun aku sekolah asrama, sahur memang malas gila. Sebab kena siap lengkap bertudung dan pergi dewan makan untuk sahur. Which is bagi aku kerja berat sangat. Muka dah la muka yang paling buruk pernah wujud di dunia baru-bangun, kena berpakaian lengkap dan jalan ke dewan makan lagi. Bye-bye to sahur.

Bila masuk U, 1st year duduk asrama, sama juga cerita. Aku tidak bersahur, sihat, sampai berbuka, sihat lagi, tiba-tiba pukul10 malam cirit-birit diikuti muntah yang berlanjutan sampai pukul4 pagi, pergi klinik kesihatan universiti, drip (masuk air) sampai pukul7 pagi, still worst, so pukul7 pagi kena naik ambulance siap bunyi neno neno lagi ke hospital Batu Pahat. Total 7 pine air masuk dalam badan, urat di tangan sampai bengkak kaler hijau. Sudah 2nd year dan seterusnya, duduk di rumah sewa, ramai kawan-kawan, ada kereta, baru lah rajin bersahur.

Dan untuk kali ini setakat 5 Ramadhan, tiada sahur aku tertinggal. Kak Nani masak. kalau aku duk di rumah kedua, paling malas pun pergi tapau makan. Minum susu. Makan kurma (kalau masih ada baki kurma berbuka)

 

Sungkai / Berbuka

Masa kecil, masa masih tinggal dengan keluarga, tiada istilah ke bazar. Semua Daddy yang beli, Mummy yang masak. Daddy akan sediakan macam air buah yang dia cipta sendiri, macam cocktail gitu, air bandung dan sumbat pelbagai jenis buah dipotong dadu dalamnya. Berbuka ramai-ramai di rumah. Masa tu semua orang ada di Sandakan lagi. Rindunyaaaa T___T

Masa sekolah, makan saja apa yang dewan makan bagi. Alhamdulillah survive juga, masih hidup sampai sekarang.

MAsa matrik sudah pandai ke bazar. Masa di universiti lagi lah, hari-hari pergi bazar dan jadi kawan syaitan (walaupun syaitan dipenjara masa tu) sebab bazir-bazir beli itu ini. Bazar Parit Raja memang superb. Aku siap label area station kat BAzar tu supaya kalau nak cari kawan, atau ada member yang nak bagitau gerai best, boleh guna petunjuk area yang aku bagi, supaya senang cari. Dan hampir setiap hari mesti makan Laksa Penang.

Kemarin aku jumpa Laksa Penang di Bazar sembulan, orang semenanjung yang jual, so aku percaya la. Balik rumah, sungkai, hampa. Rasa nya tiada kick.

Dan selepas 4 hari berbuka dengan nasi dan lauk pauk yang banyak, aku ambil keputusan supaya menghadkan pembelian di bazar, untuk jimat duit dan tidak terlalu kenyang gila lepas berbuka.Ya, setiap kali buka rasa hamil 2 bulan (bak kata Totin), perut senak, mata mengantuk, bangun dari duduk pun malas. So kemarin, sudah mula besederhana. Kemarin di Bazar sembulan cuma belanja RM13 untuk ABC, Laksa Penang, Kebab, dan Murtabak Jawa.

*********************

Kalau ikutkan banyak kenangan Ramadhan dari kechil sampai besar, kalau ingat buat menitis air mata. Aku pernah masa tahun akhir di U, masa bulan Ramadhan aku pakai tudung. Mau try mana tau boleh terus. Tapi tretttt! gagal, pakai masa bulan Ramadhan saja.

Dan ramai kawan –kawan yang non muslim pun boleh join sahur dan berbuka, since aku sekolah sampai ke universiti. They rock it.

Di asrama masa sekolah di Lahad Datu, hari-hari lagu nasyid dipasang kuat-kuat di speaker asrama. Rindunyaaa. Malam-malam p tarawikh. Pastu mengaji.

Puasa tahun lalu paling worst in my life rasanya sebab masa tu kerja di Bintulu, ada shutdown kalau tidak silap. Hari ni puasa, besok tidak, kadang puasa kadang tidak, masa tu memang teruk sekali, pergi bazar nmbor 1. 

Jadi tahun ni sudah tidak boleh macam tu. Hampir tewas dengan KFC hari Rabu lepas, budak office beli siap bagi aku sekotak lagi. Terus Whatsapp Encik Jay cepat-cepat “Tolongggg, bau KFC menusuk hidung” dia pun psiko-psiko supaya aku tidak berbuka. Ha ha tahan juga sampai petang! Bravo saya! (sambil tepuk dada tanya selera macam-macam selera sekarang bahu sendiri)

Hari pertama puasa aku memang penat gila, sebab malam sebelumnya baru sampai KK, dari Sandakan, dan agak lewat juga. Bangun sahur lagi. Pagi memang tidak larat bangun ke kerja, aku skip kerja, ambik emergency leave. Tidur sampai tengahari. Ha ha fail! Hari pertama puasa sudah tidur sampi tengahari. Tarawikh InsyaAllah aku start minggu depan. Ehhe, ada lagi begitu kan?

*******************

Apa pun, kemungkinan besar, kali ini puasa terakhir aku sebagai single, InsyaAllah. Cewah. Mungkin banyak perubahan untuk puasa tahun depan nanti kan. Teeeheeee.

Dan aku akan elak post gambar makanan di blog ataupun FB, kerana khuatir kalau-kalau aku buka blog sendiri masa siang-siang hari, aku terus terliur. Juga aku akan banned pada siang hari sehingga habis bulan Ramadhan, mana-mana blog yang letak gambar makanan-makanan sedap!

Salam Ramadhan to all my readers. Semoga kita semua dapat keberkatannya. Sikit hari lagi, hari raya.

 

Love,

Cinoi xo

Saturday, August 14, 2010

berpuasa.bukan.berpuaka.

Saya belum rasa lagi suasana ramadhan sebab:-

  1. baru harini saya start puasa.
  2. belum ada masa pergi bazaar ramadhan

 

1 Ramadhan

Saya belum boleh puasa lagi. lunch tapau KFC and makan di tepi pantai yang indah, dalam kereta ;)

2 Ramadhan

Masih tidak puasa. lunch suruh budak tapau di kedai depan hahah, makan dalam kereta lagi, parking tepi jalan saja. petangnya ada majlis berbuka puasa company saya, di kedai makan dekat-dekat kawasan ni juga.

3 Ramadhan

MAsih tidak puasa. Breakfast di kantin dalam plant! hahahaha. pukul 9 morning break minum lagi d kantin tersebut. tiba-tiba badan tidak sihat. balik tengahari tapau KFC, balik rumah tidur (kerja half day saja).

4 Ramadhan

Yeay harini saya sudah boleh puasa. saya bangun sahur pukul4.15. tapi lepas tu saya tutup mata balik. 4.25am baru saya bangun dan makan sikit. pagi-pagi segar betul harini. harap-harap dapat bertahan dengan suasana kerja macam ni, dan orang sekeliling yang biasanya tidak mampu puasa sebab kerja yang macam ni, makan pun boleh selamba macam ni. semoga saya bertahan harini.

Selamat berpuasa kawan-kawan. jangan berpuaka k.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, September 14, 2009

sebelum Ramadan berakhir

saya ingin tempek di sini sms-sms ucapan ramadan yang saya terima di awal ramadan hari tu. ramadan. (hehe, banyak plak perkataan ramadan)

from Awin (Parit Raja, Batu Pahat)
Ya ALLAH ya tuhan kami.
diambang ramadan yang barkah ini,
muliakan & sayangi saudaraku ini,
sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya,kuatkan imannya
Berikan kenikmatan beribadah, Amin.
SELAMAT MENYAMBUT RAMDAN AL-MUBARAK

from Mona
Berakhir sya'ban, Ramadan menjelma
Untuk menguji iman manusia
Wahai rakan marilah bersama
Kita berpuasa berlapar dahaga
SELAMAT BERPUASA
xoxo mona :-)

from Norman
sentiasalah setting niat
Upgrade iman.
Download sabar
Upload usaha
Delete dosa
Update doa
Topup ilmu
Supaya dapat redeem pahala banyak-banyak
~SELAMAT BERPUASA~

from Embok
Setting NIAT
Upgrade IMAN
Download SABAR
Delete DOSA
Install TAUBAT
Approve MAAF
Search for PAHALA
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak

from Abang Idi @ bro-in-law (the best 2009 ramadan sms)
Doa tahan puasa
"allahuma baring sana, baring sini,
wa tak tahan, wa lihat jam, lama lagi
takda nasi, wa tibai megi
nanti lain kali, wa kasi ganti"
Selamat menyambut ramadan al-mubarak

hehe..tu saja saya dapat sms. kenapa di tepek di blog ni? oh, sebab sekejap lagi mau delete dari fon, tapi cam sayang pulok. so simpan di sini. lalalalala.

Selamat HAri Raya
Cinoiqilavigne

Friday, September 4, 2009

kisah ramadan saya [ part 3: asyik ingat pasal berbuka ]

*maaf awal-awal, ini sindrom malas memblog, ataupun sebenarnya tiada idea

tahukah anda,kalau di Sabah, berbuka adalah dipanggil "sungkai", manakala Sarawak pula "sungkei"

Sabah => sungkai
Sarawak => sungkei
umum => berbuka

mau sungkai apa ya hari ni?
ingin berbuka apa ya hari ini? (maksudnya nak menu apa untuk berbuka)

mok sungkei kat cney tok?
nak berbuka kat mana ni?

*wink.
huhuh.
rindunya mau sungkai sama Syauqi, Shiro dan rakan-rakan lain!
rindu mau sungkai di Parit Raja.
rindu mau pusing-pusing bazar parit raja
rindu semua


Selamat Berpuasa dan Bersungkai petang nanti ok!

notakakitangan: siapa2 ada perkataan lain bagi berbuka boleh share di ruang komen ya!



Love,
Cinoiqilavigne

Monday, August 31, 2009

kisah ramadan saya [part 2: perutku menari shuffle]

well, memang terbukti puasa di rumah sendiri tiada tandingannya. cewah, ayat nak overr youuu.
tadi berbuka, gila banyak aku makan (ya lo, tipikal things when u puasa at home).

minum teh (panas), then ABC (sejuk) then cendol (sejuk) then makan mihun soto campur kicap abc yang sedap n kaki ayam yang tidak tertanding (pedas dan panas) then popia, bebola ayam goreng, nugget, kuih, muih, omaigod.

awww. macam-macam campur makan. panas, sejuk, panas, sejuk, pedas, panas..menari shuffle perutku!

sakit woo setengah jam selepas berbuka. ah, apa kira, puasa di rumah memang best. makan banyak-banyak agar tidak teringat-ingat di siang harinya. oh, saya juga ada mengambil gambar menunya, tapi berkeputusan untuk tidak upload di sini kerana hanya akan menimbulkan tahap salivating yang tinggi apabila melihat blog sendiri di siang hari.

err..sebenarnya nak tulis banyak lagi..tapiiii..ermm... harus lariiiii (ke tandas). perutku be-shuffle non-stop.argh.

Love,
Cinoiqilavigne

Friday, August 28, 2009

update [7 ramadan]

housemate went balik Sandakan already this morning.i can't follow them because of work. leceh kan working ni. jadi student lagi best!

so tonight iam gonna be all alone.
wait, before that, today going to berbuka with super friends from Tawau+Lahad Datu. yes! they are in town. we are suppose to have a meeting tomorrow, regarding our trip end of this year (Nov+Dec). but i cannot join tomorrow, am going back to Sandakan after work tomorrow (yeah, stupid kan Saturday have to work half day. ).yeay! Sandakan here i come!mom here i come! sila masak sedap-sedap for me.hoho.

cannot wait to berbuka.(now: less than 3hours to berbuka). my perut is singing merdeka song already.

xoxo,
Cinoiqilavigne

Thursday, August 27, 2009

KISAH RAMADAN SAYA [Part 1: Sahur]

selamat pagi semua. yaaaa, rasa sungguh segar sesegar darlie hari ni (huhu, darlie saja yang segar kah?) maybe sebab masih pagi lagi di sini, and i don’t really know the weather outside, but, dalam ofis ni its 18 degree celcius okey. sejuk gila.so maybe segar sebab sejuk. lagipun mungkin saya segar sebab hari ni 1st day saya puasa. haha. iya, 1st day. tadi sahur last hour, so setakat pukul10 ni memang belum bernyanyi lagi perut i.tapi mata tak segar woo, mengantuk bangat nii.

menu sahur is udang goreng, ikan goreng, sayur kobis, buah orange, kurma. saya bangun semuanya sudah tersedia di atas meja, sangat heaven ok, thanx to Kak Nani. senang-senang saja di rumah kan, semuanya tersedia.

teringat masa belajar tinggal sendiri. kalau dulu semasa belajar, sebelum tidur pikir-pikir lagi sahur harus beli di mana. tapi saya ingat lagi, sahur terakhir saya di sana (2007), pun semua tersedia. sebab masa tu ada Syauqi n Shiro, (jiran terhebat saya) oh ya, semasa itu saya dengan Syauqi belum bercinta lagi (that story will be up in another post). tapi saya sememangnya sahur bersama mereka, kalau bukan housemate mereka memasak dan saya join sekali makan, tapau di luar pun mereka akan tapaukan sekali. mereka hanya perlu kejutkan saya dari tidur sahaja, caranya dengan tidak mengunci tingkap bilik, supaya senang mereka ketuk and kejutkan saya. yang penting, saya bangun saja, sudah ada tapau makanan buat saya.

walaupun tidak sesedap di rumah punya makanan, saya rasa heaven juga. sahur sama-sama, ramai-ramai dengan mereka, buat satu bulatan yang besar di ruang tamu. haha. ya. bulatan BESAR oke. selepas sahur, beramai-ramai layan asap, lepas tu kami akan main daun terup sampai pagi (selain sembahyang Subuh). haha. serius. sungguh tidak beriman perlakuan tersebut kan. kami main daun terup dan biasanya akan pergi tidur balik selepas pukul8. begitulah rutin sahur saya dan mereka. heaven juga bukan.

tahun lepas saya berpuasa di rumah. setiap kali sahur, teringat balik perlakuan-perlakuan yang heaven pada tahun 2007 tersebut, sampai tahap batu tersekat di dada, sebak oke, rindu gila! tak sangka 2tahun sudah berlalu, semuanya masih segar, rasanya semua yang terlibat masa tu kini di arah masing-masing,jelas lah ramadan tersebut mengeratkan silaturahim kami, yang saya pasti Shiro masih di sana, di tempat kejadian.dan walaupun kami yang lain tidak lagi di sana di tempat kejadian, saya pasti saya sendiri, dan Syauqi juga masih rasa segar tentang itu di hati kami. bugar. baik hentikan sekarang sebelum berlaku pertumpahan airmata. bye!

Love,

CInoiqilavigne

Saturday, August 22, 2009

KISAH RAMADAN SAYA (part intro)

Assalamualaikum all.

its 1st of Ramadan today, as everybody knows Ramadan means fasting, and its all about bangun sahur, bazar Ramadan, berbuka, tarawikh, preparing for raya, baju raya, kuih raya, bla..bla..bla..and the list goes on. I've been thinking the best way to deliver a Ramadan entry but end up blank. i went blog hoping just now, and almost every blog i stepped in, talking about Ramadan, and some of them sort of like my option of idea, so all the idea i had had finished, being used by other blog..so there I go, end up blank again. haha. excuses.

ok cut the crap cinoi. ok. i wish everbody the best of Ramadan, may Allah bless us, dan selamat menjalani Ramadan yang indah dan hebat. perasaan Ramadan ini memang sangat hebat berbanding bulan-bulan lain. betul tak tipu, dari pelbagai segi. sangat banyak kebestan dan kehebatannya, bagi saya. so, sepanjang ramadan ini, saya akan selitkan beberapa entry Ramadan pada setiap minggu yang akan saya label sebagai KISAH RAMADAN SAYA.

dan, saya ingin wish salam ramadan to: -

  1. daddy, who currently in KL, yang sudah biasa dijaga makan minum sahur berbukanya oleh Mummy, yang tidak tinggal tarawih nya setiap hari, yang khatam Quran setiap puasanya, yang semuanya sempurna di mata saya, tapi sekarang berada di Hosp Selayang looking after my uncle, semoga lebih tabah lebih kuat, walaupun tidak dijaga oleh Mummy tercinta, walaupun tidak se-comfort mana di sana. yang mereka kebelakangan ini bergayut di telefon macam saya dan syauqi, dan Mummy bertanya Daddy tidak rindu ka? oh, sungguh sweet macam orang muda-muda bercinta. Selamat berpuasa dad! semoga semuanya baik-baik saja! amin.
  2. mummy, who currently in sandakan, berpuasa without daddy, yang menjaga makan minum kami adik beradik, yang bangun awal betul time sahur (mengantuk saya bangun awal), dan masak-masak untuk berbuka. Mummy, selamat berpuasa, InsyaAllah im coming back to Sandakan end of this month untuk berpuasa di sana ok!
  3. Syauqi, yang sekarang ini d Jb sekejap, cuti untuk puasa bersama mak abah, yang saya fikir di moment ini sedang menolong mak mebuat kek lapis. ya, sangat comel kan, walaupun kelihatan seperti seorang lelaki yang ganaz, parut sana sini tu beb, tapi setiap kali bulan puasa pasti tolong mak di dapur buat kuih atau kek. chayok2 b! nanti esok-esok, u yang buat kuih n kek untuk rumah kita ok! jangan ingat lelaki bermuka ganas yang kelihatan seperti hati kering berparut ganas di sana sini n pakai gelang besi tidak mampu untuk tolong mak di dapur buat tat nenas n kek lapis. HAHAHAHA. selamat berpuasa b!
  4. kepada kakak saya yang di Kuantan, hahahaha, mesti mau x sabar mau balik sandakan kan, selamat berpuasa Kak Line, iwan, erin, Abg Idi, dan semua kakak-kakak saya, yang d kk juga, yang d sandakan juga, adik-adik saya, adik ipar saya, anak-anak suadara saya. hah! especially to my nieces n nephew, siapa puasa Auntie Noi bagi duit raya tahun ni !!! yeehaaaa!!!
  5. kawan-kawan saya yang pernah saya berpuasa bersama mereka ketika di JOHOR dulu, Shiro (ini aku takbleh tinggal mesti nak sebut nama dia), dan semuanya, juga Sarah (walaupun kita tak pernah berpuasa bersama), dan semua kawan-kawan di sana, saya rindu untuk ke Bazar sama kamu!!!! Selamat berpuasa!
  6. semua kawan-kawan sekolah saya, Mimi, Llew, Po, Aza, Joyah, Mona, Ainul, Sheila (yang kini berpuasa dengan hubby ah seronoknya) dan semuanya.
  7. kawan-kawan U saya, kawan-kawan blog saya, semua la kawan-kawan saya, Selamat Berpuasa!

kepada semua, yang membaca, Selamat berpuasa, selamat menyambut bulan Ramadan yang best dan hebat ini. Saya ingin meminta maaf jika ada melakukan apa-apa kesilapan yang nampak atau tidak nampak (cewah), saya bersedia memaafkan kamu semua juga (cewah ape laa aku ni overrr). Kepada kawan yang muslim, dan juga kepada yang non-muslim, boleh la men’join kami untuk berpuasa, apa salahnya, coba-coba kan, pasti seronok! Llew, jom puasa! ya semuaaa, mari puasa!!! dan nantikan entry-entry KISAH RAMADAN SAYA yang seterusnya.

ok. habis. sekarang mari fikir makanan juadah berbuka pada hari ini. (x sedap langsung pakai perkataan MAKANAN untuk ayat yang ada perkataan BERBUKA)

XOXO,

Cinoiqilavigne

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....