Tuesday, September 29, 2009

the ugly truth

weeehooo… (wah, intro yang agak semangat di situ)

sudah lama tidak mereview movie kan, bukan sebab tidak menonton (agak tidak la juga sebenarnya, sudah jarang menonton wayang minggu-minggu), sebab malas. ececeh. malas. alasan. padahal selalu bukan mereview sangat pun, cuma ucap sepatah dua kata tentang movie yang sudah di tonton.

so sekarang ingin ucap sepatah dua kata tentang THE UGLY TRUTH yang ditonton minggu lepas. kelambatan kan? biar lambat asal selamat. biarlah lambat dari tak sempat. cepat tak semestinya bagus, lambat pun tak semestinya bagus.

ok. berbalik kepada tujuan asal, THE UGLY TRUTH. Dr. Colin (watak yang dimain oleh eric winter) dalam cerita ini ialah sangat hot dog. saya ialah drooling dan sempat mengupdate status fb semasa menontonnya. aiya. kemunculan pertamanya dalam movie ini semasa dia di skodeng oleh jirannya (siapa nama perempuan watak utama dalam movie ni aku pun sudah lupa) sangat sweet cerita mengorat jiran. ya! saya memang suka cerita kejiranan. bukan sebab apa-apa. cerita semangat kejiranan yang utuh memang saya minat dan amat bagus sekali untuk pembangunan masyarakat. betul. bukan sebab saya dan Syauqi dulu adalah jiran yang jatuh cinta. bukan. bukan. haish, pergi lah kamu tonton!

dan Mike Chadway (watak yang dimain oleh Gerard Butler) ialah seperti Abg Jr. siapa Abg Jr? beliau ialah bassist band SIREN. sila google sendiri, atau pergi ke sidebar atas sekali (sebelah kiri blog ini) kemudian klik dan register di situ di web tersebut, dan kemudian  lihat di web tersebut band SIREN, anda akan mendapati bassist nya ialah seakan-akan Mike Chadway (Gerard Butler) dalam cerita ini. Jr, i dont know, but if u are reading this, please don’t be mad, memang Gerard Butler ialah gemuk di situ, but you are too kan? gemuk after raya.hahahariraya.. maaf zahir batin.

(ok, perenggan di atas ni berbaur iklan sedikit, maaf)

apapun, siapa yang belum (macam aku saorang saja yang baru tonton cerita ni, padahal aku yang ketinggalan dan kelambatan) tonton, sila lah tonton cerita komedi romantik lucah yang bodoh ini kerana ia akan membuat hari kamu. ya. membuat hari kamu. saya ketawa sungguh-sungguh betul masa ni. kapel yang pergi tonton bersama kapel mereka tu pasti malu-malu kucing macam cipan berak kapur barus, macam kapel di belakang saya. saya ketawa macam saya seorang saja yang ada di situ. macam sot. ish. gila betul ini cerita.

 

triple xoxo

Cinoiqilavigne

Friday, September 25, 2009

laporan raya 2009

raya 1

pagi-pagi siap-siap, pakai baju chantek-chantek, mekap kuat-kuat, bersalam berhambur. iya. tak tersusun. asalkan salam semua orang, bagi duit raya 7orang anak buah, 1orang adik, dan 2orang ibu dan bapa. tiada gambar yang proper, tiada gambar yang semua, sebab semua sebok bercakap. then pergi beraya di rumah-rumah wajib-pergi-beraya-pada-raya-pertama.

1ry me with kakaks

raya 2

duduk di rumah tunggu tetamu, nasib baik tak ramai. budak-budak yang datang semua aku bagi skrip yang sama “kami mau keluar dah ni dik” . oke kejam aku tahu. lepas itu petang sedikit aku kesian dengan satu kumpulan budak (7orang), so dorang yang lucky sebab aku bagi masuk and bagi duit raya, tapi tak meghargai keluckyan dorang dengan mensepah hamburkan tandas. yuckss!! mungkin karma.

malam pergi rumah Auntie Las untuk kenduri arwah hari ke-14. berkumpul dengan semua ahli kerluarga sebelah Mummy. memang belum biasa lagi Uncle Mat sudah tiada. kesian Auntie Las. feels like he was still around.

raya 3

buat masak-masak di rumah. tidak besar-besaran pun. tapi cukup untuk mematahkan pinggangku dengan tetamu yang non stop datang silih berganti dan cukup untuk dimarah daddy kerana memotong ketupat sambil bergayut di telefon dengan syauqi. rilek-rilek sudeh!

malam kawan-kawan lama datang beraya. Azura, Santi, Ain, Dj, Anastasia, Wani, Budi, Aji. lepas tu pergi join beraya dengan mereka.

raya 4

aku tak berapa ingat aku buat apa. skipped.

raya 5

kemarin. hurmmm. buat apa ya. lepak di rumah tunggu tetamu. petang pergi BSN, Sis Lyne minta ambik gambar dia dan staf lain. malam pergi tahlil di rumah auntie. lepas tu singgah rumah Kak nani untuk jenguk Naim. and layan anak-anak buah yang super nakal kalau bulan-bulan raya mau tak bengkok aku. tapi seronok.

raya 6

sudah di tempat kerja!!! god it hurts.

apapun, my new baby, Chiqi, work hard this raya. betul tak tipu. cekout thousands pictures me and my sis upload di facebook. HAHAHAHA. muntah la kamu.

http://www.facebook.com/album.php?aid=112794&id=742162915&l=95e422b037

http://www.facebook.com/album.php?aid=112125&id=742162915&l=be8334e260

Salam Saya-belum-puas-beraya

Cinoiqilavigne

Saturday, September 19, 2009

tragedi malam raya

today balik sandakan from KK by car. but since the car was FULL, with kuih raya, my housemate's stuff and all, so my luggage terpaksa naik bus express (it was a kind or postage here in Sabah where u can kirim your barang via bus express). i sehelai sepinggang naik kereta with my housemate. the only my stuff with me is handbag, makeup bag, Chiqi (my nikon..weeee, yes, yes, i have new nikon dslr). that's all.

my luggage with all my baju including baju raya inside, underwears, toiletries (salah eja ni i tidak tau eja toiletries). and so the bus express with my luggage full of my raya stuff inside supposed to arrived Sandakan at 7.30pm.

BUT, yes there is a but. the bus arrived earlier than scheduled. EARLY i repeat. my sis arrived at the bus station to pick up the luggage at 7.30 and they said the office was already CLOSE. yes, CLOSE. and my luggage was already been kept inside their office, in huge kontena full with other kiriman-kiriman orang maybe. the office was close with my luggage full of baju raya inside. perfect!

i never thought such things as this will happen to me. i was picked randomly by the bad luck at malam raya!

whyyy meeeeee????? (sambil melutut di tengah-tengah padang dalam hujan lebat)

Cinoiqilavigne

Friday, September 18, 2009

salam raya

tinggal sehari lagi ramadan. sayunya. siapa tahu ini ramadan terakhir kita, kedua terakhir, ketiga terakhir, dapat ka lagi rasa ramadan tahun depan. saya. kamu. dia. mereka. kau. aku. tahu?

sayunya rasa sekarang. tidak sabar sekali balik kampung esok, semoga semuanya baik-baik saja. raya ni i gembira campur sedih. hari raya kan, siapa yang tidak excited macam budak-budak. tapi harus reaksi bagaimana terhadap Aunt yang baru kehilangan suaminya minggu lepas (Uncle saya). harus berdepan bagaimana dengan cousin-cousin (anak-anaknya). harus raikan raya bagaimana? memang mudah untuk orang cakap “let go laa..let go” tapi bagaimana, perginya baru sekejapan cuma. terus-terus aidilfitri. dapat kau tanggung sebaknya? dapatkah?

pengajaran buat kita semua. hargai apa yang ada sekarang. siapa tahu tahun lain kali sempat lagi ka tidak. yang jauh baliklah ke orang tua mu. yang betul-betul tidak dapat jumpa orang tua kerana tanggungjawab harus redha. ya kan itu tanggungjawab. contohnya para doktor di luar sana. sebak ni rasa sekarang, harus terus ke ucapan.

dengan ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semuanya. kawan-kawan sekolah, kawan-kawan U, kawan-kawan blog, kawan-kawan semuanya. Syauqi, emak Syauqi, abah syauqi, semuanya Syauqi. selamat hari raya ya semuanya. yang membaca ini, kalau ada salah silap harap maafkan. kita mula balik dari KOSONG. kumpul-kumpul sampai tahun depan lama-lama jadi bukit, minta maaf lagi raya depan dan begitulah seterusnya selagi mana kita diberi sempat. semoaga raya ini lebih bermakna. pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang. ya Syauqi, kalau balik Johor malam ni pandu cermat!

selamat lah aku InsyaAllah pada raya ini julung-julung kalinya menghulur duit raya! yeay! kegembiraan dikongsi bersama! bersama la memang. bersamamu.

Eid Mubarak

Cinoiqilavigne

Monday, September 14, 2009

sebelum Ramadan berakhir

saya ingin tempek di sini sms-sms ucapan ramadan yang saya terima di awal ramadan hari tu. ramadan. (hehe, banyak plak perkataan ramadan)

from Awin (Parit Raja, Batu Pahat)
Ya ALLAH ya tuhan kami.
diambang ramadan yang barkah ini,
muliakan & sayangi saudaraku ini,
sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya,kuatkan imannya
Berikan kenikmatan beribadah, Amin.
SELAMAT MENYAMBUT RAMDAN AL-MUBARAK

from Mona
Berakhir sya'ban, Ramadan menjelma
Untuk menguji iman manusia
Wahai rakan marilah bersama
Kita berpuasa berlapar dahaga
SELAMAT BERPUASA
xoxo mona :-)

from Norman
sentiasalah setting niat
Upgrade iman.
Download sabar
Upload usaha
Delete dosa
Update doa
Topup ilmu
Supaya dapat redeem pahala banyak-banyak
~SELAMAT BERPUASA~

from Embok
Setting NIAT
Upgrade IMAN
Download SABAR
Delete DOSA
Install TAUBAT
Approve MAAF
Search for PAHALA
Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak

from Abang Idi @ bro-in-law (the best 2009 ramadan sms)
Doa tahan puasa
"allahuma baring sana, baring sini,
wa tak tahan, wa lihat jam, lama lagi
takda nasi, wa tibai megi
nanti lain kali, wa kasi ganti"
Selamat menyambut ramadan al-mubarak

hehe..tu saja saya dapat sms. kenapa di tepek di blog ni? oh, sebab sekejap lagi mau delete dari fon, tapi cam sayang pulok. so simpan di sini. lalalalala.

Selamat HAri Raya
Cinoiqilavigne

Friday, September 11, 2009

Kebakaran di Damai Plaza, Luyang (laporan bergambar|this is going to be a very long entry, so.. so so la. paham2 la)

Kota Kinabalu, Jumaat – Satu kebakaran yang besar gila telah berlaku pada pagi ini pukul 7 di dua buah kedai lampu bersebelahan Ambank di Damai Plaza, Luyang, Kota Kinabalu. Dua buah kedai lampu tersebut dan beberapa pejabat syarikat swasta berdekatan telah hangus dijilat dengan rakusnya oleh api pada pagi ini. (tak baik sungguh api tu begitu rakus di bulan semulia ini) Ketika saya menaip ini para bomba masih lagi di tempat kejadian. Tempat kejadian adalah bersebelahan dengan bangunan pejabat saya, sebab itu la saya berjaya mensebokkan diri menjadi wartawan tidak berbayar di kalangan wartawan berbayar yang semuanya membawa kamera besar-besar berbanding saya yang setia dengan kamera telefon bimbit saya (dah kata kan wartawan tak berbayar sebab tu pakai kamera telefon sel sahaja!)

110920091703

110920091686

tiga buah trak bomba dikejarkan ke tempat kejadian. dan berpuluh anggota bomba yang memakai pakaian seragam yang cool gila sama-sama mengejarkan trak bomba.110920091688

 

habis kaca-kaca dari cermin bangunan tersebut jatuh ke bawah dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat kacing!! prangg!! prapp prangg prangg! lebih kurang begitu bunyinya.110920091691

  

asap kepul-kepul bahasa hitam dan putih dihasilkan dari kebakaran tragis tersebut. Cepat sungguh merebak api yang rakus menjilat premis tersebut.  (anggaran kerugian pastinya besar) tragis ke? ya! tragis. kerana semua lampu-lampu cantik di dua buah kedai lampu musnah dan mereka yang ingin membeli lampu baru untuk rumah mereka merayakan Hari Raya Aidilfitri tidak akan berjaya mendapatkan lampu yang sudah di order di kedai tersebut ini. (lampu di rumah saya pun housemate saya beli dari kedai ini, masih ada warranty lagi tapi dah banyak kali rosak)110920091692

para bomba yang bersedia berani berkhidmat dan ber-ber yang lainnya sedang bersiap sedia untuk masuk ke dalam premis. sangat cool gila perbuatan mereka. 3 gambar di bawah ini menunjukkan mereka bersiap-siap memakai oksigen dan hazardous mask pada pakaian seragam mereka yang membuatkan men with uniform are sexy sangat tidak terkata. dan kemudian berlari-lari anak pula mendekati premis tersebut. pelbagai isyarat tangan yang mereka gunakan, dan mereka saling faham antara satu sama lain! wah! lagi cool kan!

110920091695 110920091696110920091698

tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku akibat kebakaran ini. cuma kemalangan jiwa saya yang ter crush terhadap para bomba yang memakai uniform. sangat wow. sekali lagi saya tegaskan bahawa lelaki yang memakai uniform adalah segak dan sexy (eh, saya sudah cakap ini kan tadi?). merekalah penyelamat. dan tetap nampak segak kerana muka mereka adalah tertutup oleh helmet, kalau nampak muka  kemungkinan besar kesegakkan beruniform itu akan hilang. ah tak kisah la tu helmet, yang penting memang cool gila pakai uniform.

110920091702 Gambar di atas menunjukkan tuan punya premis yang berdekatan yang memohon kepada para bomba yang cool gila untuk memasuki premis mereka bagi menyelamatkan fail-fail penting sebelum premis mereka dijilat sama oleh api. dibenarkan! Mereka masuk secara laju-laju ditemankan oleh 2 orang ahli bomba yang cool gila. Terdapat ramai pensebok seperti saya juga di sekitar tempat kejadian.

110920091704sudah begitu ramai pensebok baru la pihak polis memasang tali pita kuning bagi menseal tempat kejadian untuk menghalang para pensebok mendekati dan membahayakan diri masing-masing.

Sekarang sudah jam1041 dan para bomba serta pihak berkuasa masih lagi berada di tempat kejadian mungkin untuk menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian.

Dalam pada itu, (ok.macam tak sesuai je perkataan dalam-pada-itu tapi saya rasa nak sangat guna so inilah masanya), Dalam pada itu, terimalah gambar reporter tidak berbayar ini yang sekarang sudah sangat lapar sebab semua tenaga yang dimakan time sahur tadi habis digunakan untuk laporan ini. Sekian.

 

110920091707110920091708110920091709110920091710110920091711110920091712

Sekian laporan dari bilik  berita cinoibeetlesv.blogspot.com. Berjumpa lagi kita di laporan bervideo (ini kan laporan bergambar saja) kerana banyak juga video yang saya ambil tadi. tungggguuuuuu.

Yang berkhidmat negara tanggungjawab bersama (bukan PLKN)

Cinoiqilavigne

*p/s- Syauqi ialah seorang Leftenan Muda. hikhik. ya! dia PALAPES dulu masa belajar di IPTA. ya! PALAPES juga pakai uniform yang..(ayat ni sambung sendiri, aku dah cakap banyak kali kat laporan di atas)….

Tuesday, September 8, 2009

al-fatihah

saya tidak tau harus berkata apa.
cuba kamu imbas kembali di --> sini, dan di --> sini

Uncle saya telah meninggalkan kami untuk selamanya pukul 3pagi tadi.

details refer di blog Kak Hazline --> http://idlinehazel.blogspot.com/
sini (the date is actually 8 sept 2009: 3am)

al-fatihah.

Monday, September 7, 2009

cemburu buta

bestnya Syauqi hari ni cuti.
gue pulak kerja.
ini tidak adil!
ok la. ISO menanti saya. next month audit datang. ppffftttt.
bye.

tambahan:

ada orang sengaja propose tarikh audit tersebut pada tarikh yang sama saya akan bercuti. patutla beriya-iya dia tanya saya the exact date saya nak bercuti. sungguh $!^%&^!#$% betul orang itu. wadefak. dia sedang duduk di belakang saya, saya sedang di ofis, dia sangatlah (*&(*^!$#$. (apesal asyik kena sensored saja apa aku nak cakap neh). biarlah sensored pon, untuk menghormati bulan ramadan.

aiya u *tuuuut*. do u think that will stop me? is that all u can do? ha! i am going anyway. apapun saya berdoa mereka (pihak audit) akan tidak bersetuju dengan tarikh yang di propose tersebut. kalau tak, i have to do what i have to do. lalalala. *wink



Saturday, September 5, 2009

Friday, September 4, 2009

kisah ramadan saya [ part 3: asyik ingat pasal berbuka ]

*maaf awal-awal, ini sindrom malas memblog, ataupun sebenarnya tiada idea

tahukah anda,kalau di Sabah, berbuka adalah dipanggil "sungkai", manakala Sarawak pula "sungkei"

Sabah => sungkai
Sarawak => sungkei
umum => berbuka

mau sungkai apa ya hari ni?
ingin berbuka apa ya hari ini? (maksudnya nak menu apa untuk berbuka)

mok sungkei kat cney tok?
nak berbuka kat mana ni?

*wink.
huhuh.
rindunya mau sungkai sama Syauqi, Shiro dan rakan-rakan lain!
rindu mau sungkai di Parit Raja.
rindu mau pusing-pusing bazar parit raja
rindu semua


Selamat Berpuasa dan Bersungkai petang nanti ok!

notakakitangan: siapa2 ada perkataan lain bagi berbuka boleh share di ruang komen ya!



Love,
Cinoiqilavigne

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....