tinggal sehari lagi ramadan. sayunya. siapa tahu ini ramadan terakhir kita, kedua terakhir, ketiga terakhir, dapat ka lagi rasa ramadan tahun depan. saya. kamu. dia. mereka. kau. aku. tahu?
sayunya rasa sekarang. tidak sabar sekali balik kampung esok, semoga semuanya baik-baik saja. raya ni i gembira campur sedih. hari raya kan, siapa yang tidak excited macam budak-budak. tapi harus reaksi bagaimana terhadap Aunt yang baru kehilangan suaminya minggu lepas (Uncle saya). harus berdepan bagaimana dengan cousin-cousin (anak-anaknya). harus raikan raya bagaimana? memang mudah untuk orang cakap “let go laa..let go” tapi bagaimana, perginya baru sekejapan cuma. terus-terus aidilfitri. dapat kau tanggung sebaknya? dapatkah?
pengajaran buat kita semua. hargai apa yang ada sekarang. siapa tahu tahun lain kali sempat lagi ka tidak. yang jauh baliklah ke orang tua mu. yang betul-betul tidak dapat jumpa orang tua kerana tanggungjawab harus redha. ya kan itu tanggungjawab. contohnya para doktor di luar sana. sebak ni rasa sekarang, harus terus ke ucapan.
dengan ini saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN kepada semuanya. kawan-kawan sekolah, kawan-kawan U, kawan-kawan blog, kawan-kawan semuanya. Syauqi, emak Syauqi, abah syauqi, semuanya Syauqi. selamat hari raya ya semuanya. yang membaca ini, kalau ada salah silap harap maafkan. kita mula balik dari KOSONG. kumpul-kumpul sampai tahun depan lama-lama jadi bukit, minta maaf lagi raya depan dan begitulah seterusnya selagi mana kita diberi sempat. semoaga raya ini lebih bermakna. pandu cermat jiwa selamat, ingat orang tersayang. ya Syauqi, kalau balik Johor malam ni pandu cermat!
selamat lah aku InsyaAllah pada raya ini julung-julung kalinya menghulur duit raya! yeay! kegembiraan dikongsi bersama! bersama la memang. bersamamu.
Eid Mubarak
Cinoiqilavigne
No comments:
Post a Comment