Tuesday, September 29, 2009

the ugly truth

weeehooo… (wah, intro yang agak semangat di situ)

sudah lama tidak mereview movie kan, bukan sebab tidak menonton (agak tidak la juga sebenarnya, sudah jarang menonton wayang minggu-minggu), sebab malas. ececeh. malas. alasan. padahal selalu bukan mereview sangat pun, cuma ucap sepatah dua kata tentang movie yang sudah di tonton.

so sekarang ingin ucap sepatah dua kata tentang THE UGLY TRUTH yang ditonton minggu lepas. kelambatan kan? biar lambat asal selamat. biarlah lambat dari tak sempat. cepat tak semestinya bagus, lambat pun tak semestinya bagus.

ok. berbalik kepada tujuan asal, THE UGLY TRUTH. Dr. Colin (watak yang dimain oleh eric winter) dalam cerita ini ialah sangat hot dog. saya ialah drooling dan sempat mengupdate status fb semasa menontonnya. aiya. kemunculan pertamanya dalam movie ini semasa dia di skodeng oleh jirannya (siapa nama perempuan watak utama dalam movie ni aku pun sudah lupa) sangat sweet cerita mengorat jiran. ya! saya memang suka cerita kejiranan. bukan sebab apa-apa. cerita semangat kejiranan yang utuh memang saya minat dan amat bagus sekali untuk pembangunan masyarakat. betul. bukan sebab saya dan Syauqi dulu adalah jiran yang jatuh cinta. bukan. bukan. haish, pergi lah kamu tonton!

dan Mike Chadway (watak yang dimain oleh Gerard Butler) ialah seperti Abg Jr. siapa Abg Jr? beliau ialah bassist band SIREN. sila google sendiri, atau pergi ke sidebar atas sekali (sebelah kiri blog ini) kemudian klik dan register di situ di web tersebut, dan kemudian  lihat di web tersebut band SIREN, anda akan mendapati bassist nya ialah seakan-akan Mike Chadway (Gerard Butler) dalam cerita ini. Jr, i dont know, but if u are reading this, please don’t be mad, memang Gerard Butler ialah gemuk di situ, but you are too kan? gemuk after raya.hahahariraya.. maaf zahir batin.

(ok, perenggan di atas ni berbaur iklan sedikit, maaf)

apapun, siapa yang belum (macam aku saorang saja yang baru tonton cerita ni, padahal aku yang ketinggalan dan kelambatan) tonton, sila lah tonton cerita komedi romantik lucah yang bodoh ini kerana ia akan membuat hari kamu. ya. membuat hari kamu. saya ketawa sungguh-sungguh betul masa ni. kapel yang pergi tonton bersama kapel mereka tu pasti malu-malu kucing macam cipan berak kapur barus, macam kapel di belakang saya. saya ketawa macam saya seorang saja yang ada di situ. macam sot. ish. gila betul ini cerita.

 

triple xoxo

Cinoiqilavigne

No comments:

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....