well, memang terbukti puasa di rumah sendiri tiada tandingannya. cewah, ayat nak overr youuu.
tadi berbuka, gila banyak aku makan (ya lo, tipikal things when u puasa at home).
minum teh (panas), then ABC (sejuk) then cendol (sejuk) then makan mihun soto campur kicap abc yang sedap n kaki ayam yang tidak tertanding (pedas dan panas) then popia, bebola ayam goreng, nugget, kuih, muih, omaigod.
awww. macam-macam campur makan. panas, sejuk, panas, sejuk, pedas, panas..menari shuffle perutku!
sakit woo setengah jam selepas berbuka. ah, apa kira, puasa di rumah memang best. makan banyak-banyak agar tidak teringat-ingat di siang harinya. oh, saya juga ada mengambil gambar menunya, tapi berkeputusan untuk tidak upload di sini kerana hanya akan menimbulkan tahap salivating yang tinggi apabila melihat blog sendiri di siang hari.
err..sebenarnya nak tulis banyak lagi..tapiiii..ermm... harus lariiiii (ke tandas). perutku be-shuffle non-stop.argh.
Love,
Cinoiqilavigne
1 comment:
Bila la I dapat berbuka di rumahhhh...
Post a Comment