Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Friday, September 7, 2012

Bebelan Rawak Seorang Isteri 1minggu 6hari

 

Alhamdulillah syukur nikmat. Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu tiba juga, malah sudah lepas dengan lajunya. Seriously, menunggu punya la lama haha. Tapi masa nikah tu aku macam “Aik? Sudah kah? Sah?” Haha tiba-tiba je SAH! Penat ai berdebar tahu.

Banyak perkara aku mahu update tentang perkahwinan ni, tapi mungkin di blog jaycinoi.blogspot.com ya. Banyak cerita di belakang tabir aku mau share sebagai kenangan, keseronokan dan mungkin rujukan pihak-pihak yang bakal berkahwin, hopefully update yang akan datang itu membawa manfaat lah, kalau ndak pun, asalkan boleh bikin kamu ketawa boleh lah.

Cuti 23 hari sudah berakhir, in fact aku tambah lagi 1 hari, jadi 24 hari, Khamis (kemarin) baru masuk kerja. Yang tidak cuti, ialah kerja HERBALIFE. Aku cuma betul-betul cuti HERBALIFE masa on the very day, 25 August 2012, dan pada majlis sebelah lelaki 1 September 2012. Sampai ada orang call, right before aku bergerak dari rumah ke dewan pada 1 September tu, katanya kami kenal di gym, aku ada bagi name kad dengan dia, dia mahu cuba Herbalife sebab berbulan ke gym pun tiada penurunan. Aku minta maaf, and dalam hati aku niat, kalau rezeki ku memang aku punyalah, kalau dia tidak dapat menunggu sampai habis hari besar ku memang bukan rezekiku untuk bantu dia dapatkan badan yang sihat.

Di sini aku mahu ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat semua lah salah silap di blog twitter fb kah secara langsung tidak langsung secara live atau apa sekalipun, I’m Sorry. And thanks yang mendoakan perkahwinan kami, lebih-lebih lagi yang datang I really do appreciate it, THANK YOU.

Aku balik balik panggil Jay “Suami, kita pergi mana lepas ni” Sebab macam percaya ndak percaya seja aku sudah kahwin, jadi balik-balik lah sebut SUAMI, LAKI, ISTERI dan ayat-ayat rumahtangga yang lain bahahahaha. First night tidur di KK aku even bermimpi diketuk pintu oleh para ustaz dan imam, aku bangun buka mata tengok inaidijari then tidur balik hahahaha entah apa yang ku fikirkan sebelum tidur, mungkin aku ndak sikap ada orang besar di sebelah. Tapi seriously, memang banyak perkara perlu dilakukan untuk membina hidup berumahtangga, and I think it’s gonna be fun and exciting. Doa yang baik-baik, fikir yang baik baik InsyaAllah perkara baik akan datang.

 

Apapun jangan risau, aku masih Cinoi.

_MG_0541

Cuma semakin hari InsyaAllah semakin bersifat keisterian. Ecewah, sungguh isteri betol!!!

 

DSC_0613

Terima kasih suami yang kurus kerana mengelap airmata isterimu yang cantik.

Ok bye thanks for reading, tahan-tahan jak la kalau kamu meluat ah, pengantin baru bah aku ni, kasi can. ;p

Thank you Allah

Love,

Cinoi xo

Thursday, September 6, 2012

Di sebalik tabir video tersebut

 

On my very wedding reception, my official videographer a.k.a my abang ipar telah menayangkan video yang telah dihasilkan oleh dirinya sendiri juge pun.

Masa wedding reception di Sandakan and Lahad Datu both kena pasang ni video.

Fact:-

  1. Sebahagian shooting video telah dimulakan sedari awal tahun lagi.
  2. Semasa pakai skirt mustard, venue ialah RDC Sandakan. (Rainforest Discovery Centre)
  3. Semasa pakai skirt mustard dan tunang ber tshirt biru ialah semasa Jay masih lagi seberat 101kg, sebelum Herbalife lagi.
  4. Shoot kedua ialah seminggu sebelum raya, ketika berat Jay sudah 85kg. Sudah boleh pakai seluar slim fit, dan baju size M bertopi Jason Mraz ha ha. Shoot kedua tersebut betul-betul sebelum berbuka puasa, ambil masa sejam sahaja photo and video.
  5. Semua kanak-kanak yang mendominasi video ini ialah anakbuah saya, yang scene dorang pegang kad LOVELY DAY tu adalah malam sebelum saya nikah.
  6. Videographer (Abang Azman) ada di dalam scene ucapan berbaju melayu purple, isterinya pun ada.
  7. Scene baru bangun ialah pagi sebelum nikahhahaha.
  8. Iya, minit ke 3:31 aku cakap sama suami “Selamat bekerjasama!”

I miss my wedding so much. Thanks to my videographer.

 

Love,

Cinoi xo

Friday, August 3, 2012

The invitation

 

Iya finally kad siap. Padahal kad bikin sendiri, printing sahaja di kedai. Tapi ada hiccups sikit during the printing process, ada aku mention macam before ni.

Jadi mula weekend ni aku akan mula mengedar kad. Aku rasa complete sudah guest list ku, hopefully tak ada orang yang tertinggal. Tapi biasanya (biasanya??? selalu kah kau kahwin cinoi hahahah) aku tak bagi kad dengan kawan-kawan jauh yang confirm tak datang haha sebab aku malas mengeposi, ada kan tu FB invitation, kawan yang di seberang laut Uk, Japan, US dan sebagainya. HAHA. Jadi siapa yang di seberang laut tapi masih aku mintakan alamat, dan ada kad sampai, jyeahh, kamu memang bertuah. AHAHAHAAH.

I am so excited with this card. Big THANK YOU to Jay sebab dia yang siapkan kad ni ahaks. Kad majlis pihak perempuan dan pihak lelaki kami buat di kad yang sama sahaja. So tunggu sahaja lah ya kad ni. Ok?

kad kawin

Kalau kamu notice, setem kecil satu tu memang gambar kami, satu lagi setem itu ialah gambar…. jeng jeng jeng nanti kamu akan tahu setelah menerima kad tersebut HHAHAHAAHAHAH saspen la sangat kan.

Birupinkbirupinkbirupinkbirupinkbirupinkbirupink. Haha pening. Nampak sangat keexcitedan aku kan Ya Allah tolong si Cinoi bertenang sebab nanti dia bertendang.

Bye.

 

Love,

Cinoi xo

Sunday, June 24, 2012

Rose Dalina & Saiful Azmi 23.06.2012

 

Weekend berakhir dengan mudah. Heh. Sekejap saja esok isnin, how was your weekend?

Jadi semalam aku attend wedding dinner my former schoolmate Rose Dalina di Sabah Hotel Sandakan. Dorang sudah nikah pada hari sebelum tu 22/6/2012 Jumaat 10am.

Di bawah ni gambar sent tru BBM, aku tak attend nikah.IMG01837-20120622-0945

Semalam majlis tu sangat humble aku rasa, sebab mungkin aku expect yang bukan-bukan. Tapi banyak gila perkara sweet, bikin terharu wa cakap lu. Tasangka Rose Dalina ni sweetgila ahahahaha.

2012-06-23 20.25.26

Ini gambar pelamin dari meja aku. Aku sukalah. Cantik. Sweet.

Lepas tu ada request dari bride’s family untuk pengantin slow dance2012-06-23 21.39.15

Baju bride sangat cantik sebenarnya, tapi camera aku yang tidak cantik. Phone camera bah paham ja la kamu. Lpeas tu ada persembahan tarian kebudayaan, orang bajau, tarian melayu. Aku sampai lambat jadi maybe ada yang aku missed.

2012-06-23 21.50.38

Cantik kan. Mekap pun natural look tapi cantik. Nama MUA dia Comel kalau tasilap. Rantai aku tu dapat di PArk Avenue (Eh, tiba-tiba pula)

2012-06-23 21.56.40

Ini bridesmaid. Adik Rose Dalina, former schoolmate juga. Bajunya pun aku suka. Sempat lagi aku tanya mana bikin hahah sebok je cinoi neh. Jangan kamu tengok rambutku hambur, time mau bersiap tu blackout di Teratak Bonda. Ceh, salahkan blackout sudah la kau cinoi. Next!

Eh, next gambar yours truly. 2012-06-23 22.08.11

Selamat pengantin baru Rose Dalina Hermiza Amir Hamzah and Saiful Azmi Jamsari, semoga bahagia sampai ke syurga, ingat kau bilang ndak sudah mau kuat merajuk. Congratulation!

Tengok kamu bikin aku tasabar mahu kahwin. Ah, pendek kata kalau tengok orang kahwin aku memang tasabar lahhahaha. Eh aku tahu sudah, patut lah aku selalu rasa terharu semena-mena sampai menitis airmata kalau orang kahwin, mungkin sebabnya aku fikir “tolonglah cepat turn aku” babaahahaha rupanya gatal mau kahwin. Kbai.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, June 11, 2012

Nisham & Mira Wedding Reception 9/6/12, Tawau

 

Jadi haritu on the 9th of June, Saturday I was in Tawau attending bestfriend wedding reception. Yang bestnya masa tu rasa macam reunion, jumpa balik kawan-kawan yang lama tajumpa. Yang tabestnya is masih ramai yang tasempat berbual mesra dan panjang, too bad. And Mona pun tadapat attend sebab jaga anakbuah nya yang kena admit di hospital. Mari tengok sedikit sebanyak gegambar yang aku ada.

Nah aku kasi gambar Llew and Joyah untuk mengubat kerinduan kamu. Joyah due dalam end of July katanya. Berseri seri muka mama ni kan.nisham wedding reception 1Baju beli di Karamunsing, black lace dress only RM39 after less. Mix and match seja dengan kain batik. Kain batik sarong tu belong to my sister. Rantai bentuk reben baru beli di Eastern Tawau. Di dalamnya of course lah aku pakai KORSET PREMIUM BEAUTIFUL

Below is cinoi.com with Aisyah, our former class mate masa di UTHM, she was also pengapit Mira masa majlis di Kuching. Last jumpa dia 2008 kot masa final year. Kurus dah kitak eh.nisham wedding reception 2

Yang lain-lain gegambar tiada dalam camera ai lah. Llew ada banyak gambar. Sebok berbual seja aku sampai tak ter snap snap camera. Rasa-rasanya kalau ke mana-mana macam perlu saja bawa personal photographer (uuu over youuuu)

Below is sedikit suasana dewan yang dapat aku capture.nisham wedding reception 6

Despite all the chinese wordings here and there (it is a dewan cina after all), I still love the dewan sebab nampak cantik dan elegant. Pintu kaca and the lighting bikin cun! Like like!

Gambar seterusnya ialah seperti biasa, group photonisham wedding reception 3

From left is Mohan and girlfriend, next is Rosman and gf (mohan & rosman is our kawan matrik and UTHM), sebelah kanan Jay is Pele, kiri is Taqeem semua lama tajumpa. Red kemeja is Sabri yang baru sahaja menimang cahaya mata pertama yang baru lahir on the very day, tapi dia masih sempat attend, next to him is Shamree.

Sebelah kanan, atas, red shirt is Emmo yang sekarang polis lamanya tajumpa, bawahnya purple kemeja Jusri yang datang bersama gf (tiada dalam gambar), bawah lagi Llew, next to her is Amy Melissa & husband & son. Tengah tu si Po siapalah takenal. Congrats Po sebab akhirnya memilih Herbalife, good luck!

Lupa gambar hadiah dari Cinoi and Jay (heh, sebok je) sebab i like sangat-sangat wrapper yang Jay pilih, sweet!, and sempat bagi kiriman solo dari my parents and Jay parents, tapi lupa bagi hadiah dari Kak Nani. Sorrylah rushing rushing. Hadiah tu nanti di pass.

Selamat pengantin baru Mira and Nisham. Good luck!! HAHAAHAHAH. Hingga akhir hayat ya.

Who’s next?

nisham wedding reception 4

 

  Gambar dorang di banting tu ialah semasa majlis nikah haritu. Laju je kan siap bunting tu.nisham wedding reception 5 

Gambar di atas tajelas kan rantai baru tu. Nah gambar lagi satu, after the wedding, after cuci mekap dan mengembalikan semula fringe yang entahapahapa tu ke kedudukan asal, nanti malam aku gunting sendiri tu, kena repair sikit lah sebab orang tu buat buruk je lempang kang! Tunjuk rantai sebenarnya. Heh. la bai. Assalamualaikum.

253279_10150873570132916_32041313_n

Love,

Cinoi xo


Monday, April 9, 2012

Majlis Hantaran


Alhamdullillah. Majlis hantaran pada 7april Sabtu lepas berjalan lancar. Thanks to all family and friends for your help and support and attendance.

Untuk yang tidak tahu apa tu majlis hantaran boleh lah baca entry ini sampai habis. For my family, this is usual but optional. Mahu buat boleh, tak mahu buat pun boleh.

Mula sekali ialah majlis pertunangan. We skipped majlis merisik and straight away ke majlis pertunangan. Merisik just tru phone between Jay's family and my family.

Selepas majlis pertunangan pada July 2011, majlis seterusnya ialah majlis hantaran pada Sabtu lepas. Kalau kamu ingat ( tak ingat pun tak mengapalah) pada majlis tunang haritu kami cuma membuat dulang berupa manisan 5 berbalas 5 dan cincin dari Jay buat saya.

Jadi majlis hantaran atau juga dikenali dengan majlis naik duit ialah Jay membawa wang hantaran (yang telah dipersetujui semasa perbincangan di majlis pertunangan lepas) kepada saya sebelum majlis perkahwinan. Heeeee. Dan juga bersamanya ialah dulang hantaran sebanyak 7 berbalas 9.

Hence, selesainya majlis hantaran bermakna semasa kahwin nanti sudah tidak perlu berbalas dulang, cumanya Jay hanya membawa cincin perkahwinan berserta mas kahwin sahaja. Got it?

Itu sahajalah. Details majlis hantaran akan saya blogkan di jaycinoi.blogspot.com okay.

Aku tinggalkan kamu dengan 1 gambar kaminsemasa majlis hantaran sabtu lepas untuk tidak kempunan ya.



Till then.

Kthnxbye.

Love,
Cinoi BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, March 5, 2012

Congratulations Ilyannur & AlFa

Jadi kemarin kami ke Benoni, persandingan Ilyannur dan Alfa. On the way to Benoni, somewhere around Putatan, barulah Tunang tanya.

“Actually siapa yang kahwin, kawan kamu ni”

Dan aku jawab dengan,

“Actually, I never really met her”

Ahahahah. Oh myy sorry lupa saya cerita. Ya true kami tapernah jumpa pun. Macam ni, kalau tasilap Ilyannur dan si Sza Sza sama si Jijah adalah satu Uni sama kawan sekolah saya si Fiona, si Vivi, dan lain lain. Dan si Sza Sza bestfriend si Ilyannur ni pula sekarang sama kerja dengan kawan sekolah saya si Vivi, dan dari itu Sza Sza tu kawanku juga yang kebetulan bestfriendnya si Ilyannur dan aku dapat juga kad invitation dari dia. Dan kebetulan Ilyannur ni blogger juga, kataku sama tunang. Jadi sebenarnya aku berkenal dia thru blog lah. Dan kemudian twitter. Dan itulah saya sangat berbangga sebab dapat juga invitation kahwin ni sebab tu lah mesti pergi! Yaarrrghhhh apa yang aku bebel ni!! Everyday I’m shuffling! \m/

*Penerangan di atas ialah panjang gila dan pening tahap mau bershuffle.

Dan sebenarnya dulu aku confused dengan si Jijah dan si Lyan. Ahahaha. Mulanya aku ingat dorang ni orang yang sama. Selepas suatu ketika aku tahu dorang orang yang lain. Tapi masa tu masih keliru lagi yang mana satu. Aku rasa end of last year baru aku betul confirm yang mana satu mana. Ahahahah. Jangan marah ya Jijah & Ilyannur. Bahahahahaha.

lyan & alfasinth 1

Siok tu kerusi pelamin dia ada tempat taru tangan. Oleh itu kami pun duduk di sisinya dengan selamba sebab ada tempat-letak-tengan di kerusi tu (rujuk gambar bawah)

lyan & alfasinth 2

Mati la bah kualiti gambar ni. Pakai phone Tunang sama phone aku saja ni.

Di bawah ni gambar Aima (yang aku baru jumpa kali kedua ke ketiga eh?) dan tak lain dan tak bukan sebelah si Aima, watak sering juga di sini, puteri umno.

lyan & alfasinth 3

Dan akhir sekali aku tinggalkan kamu dengan pic yang aku curi dari si Sza Sza.

420076_3316741393165_1107121423_33304168_1426776364_n Dari kiri:- Aima, Cinoi.com, Ona, Sza Sza, Jijah

(Nah ada tu url blog dorang kalau kamu klik tu nama, jangan kamu keliru-keliru lagi ah ehhe)

Tengok orang kahwin bikin aku tidak sabar juga mau duduk lepak di pelamin sambil orang ambil gambar banyak-banyak bah.

Ok. Untuk gambar yang lebih baik, kamu tunggu update dari penama-penama di atas ok.

TIll then.

Love,

Cinoi xo

Thursday, February 16, 2012

Off Dulang Hantaran

Beberapa hari kebelakangan ni aku asyik buat research pasal hantaran.

Kak Lyne suggest aku suruh orang buat saja, dulu (in 2010), orang charge dia RM38 1 dulang. Now 2012 tidak tahu la berapa sudah harganya, kali 11 dulang lagi. Haiya mouw kaw chou ah.

Last time aku ada tanya juga this one bridal shop di Sandakan, dorang buat, RM58 for dulang. RM58!!!! No tq la.

So I decided to do it on my own. Kakak saya cakap tasempat tu nanti you will be busy which I don’t think so, sebab majlis berhantar aku adalah majlis tunggal yang berasingan dari majlis tunang atau nikah. So aku buat sendiri. Some more, aku rimas kalau orang buat, dulang penuh dengan bunga, which is no point. Bagus aku xda taru item di dulang tu, taru bunga saja, barang pun tertutup oleh bunga. No no.

Aku mau dulang ku as simple as possible, item nya boleh dilihat dengan mata kasar dan tidak ditutupi oleh hutan bunga yang merimaskan. So what I need now is to rent the dulang. I want dulang yang seperti di bawah ini, so if you guys tahu mana tempat yang I can rent this please darling do inform me okay, since yang picture di bawah ni semua di semenanjung. I want to rent 11nos.

dulang 1source

dulang 2

source

Kalau tadapat, nda kan lah aku beli sendiri kan. Lepas tu aku sewakan sama orang? Lama-lama aku buka bisnes bridal? ok juga kan. Ahhha. Tatau lah. Aku kena usaha cari benda ni yang boleh disewa. Or kalau ada duit lebih aku akan beli seja lah, kemudian sewakan. Lagipun I already save di part hiasan kan. Tapi macam ridiculous pulak bah mau beli this silver dulang. We’ll see how la.

Apapun, DIY it is!

Eh, jangan hairan kalau kamu tengok muka ku macam dulang sudah. Aku kerasukan dulang sudah ni.

Ok bye.

Love,

Cinoi xo

Tuesday, December 13, 2011

Kasut Kahwin

 

Heh? Kasut pun pandai kawin-kawin kan. Ehhe. Ini kasut sesuai untuk dipakai pengantin semasa kahwin. Dan aku sudah jatuh cinta dengannya.kasut kahwin

Cun kan kan kan. Pertama kali aku jumpa kasut Vincci yang sesuai dipakai untuk kahwin. Lip lap lip lap yooo, hitam lagi tu. Awwww seksi seksi.kasut

kasut 1

Not bad lah kan. Harga pun tidak sampai RM100 (RM89.90 kalau tidak silap). Aku sebenarnya sudah beli kasut yang sesuai dipakai semasa kahwin, masa mau bertunang haritu, tapi aku tidak pakai pun. So still new. So sekarang aku ada 1 kasut kahwin putih, dan 1 hitam (belum beli) coming soon. Dan kasut ni memang berpotensi tinggi lah setakat ni. Masa aku try tu dia dari rak NEW ARRIVAL. So maybe by March sudah SALE ni, or ada lagi kasut baru sampai yang seakan-akan ini malah lebih cantik who knows.

Kalau kamu suka kasut ni, berkejarlah ke VIncci sekarang! Cinoi takesah kalau kasut kita sama pun. The more the merrier ehhe.

 

Ok lah sebelum bersurai, aku tinggalkan kamu dengan paparazi-candid photo of me that daycandid

Baju Polkadot Batwing oleh Cotton On

Old Skinny Jeans from MNG

Shades sama dengan Previous Post

Sandal from Nose

dan Beg Jahit Sendiri

beg   

Ehhe. Tipu. Beg Tunang belikan ya. Simple tapi compartment dia besar, letak barang berbagai jenis dan kauntiti pun tidak berasa berat. I Like!! Very the convenient.

 

Ok lah. Bye.

 

Love,

Cinoi xo

Saturday, June 11, 2011

Selamat pengantin baru Semoga ke anak cucu Bahagia Kekal Abadi

 

 

…kamu mau menyanyi sambung sendiri….

Do you guys remember this post. The 1 wedding that I attended was my friend’s in high school.

Congratulations to Sabri and Norma for their wedding on 4th June (the reception, on Sabri’s side is on 5th June).

Sabri kahwin Norma 1

We attend yang the groom side punya reception sebab kawan kami ialah the groom la hehe. Kawan since high school lagi. Reception di rumahnya kampung Matahir, Tawau.

Sabri kahwin Norma 6

Sabri kahwin Norma 2Sabri kahwin Norma 3

dan yang akhir sekali kami ada bawa penyanyi kedai-runcit bersama rombongan kami untuk nyanyi untuk pengantin.

Sabri kahwin Norma 7

Kamu tau pagar hijau dinding biru tu apa? Kedai runcit. Neh. Kamu pernah kah menyanyi di kedai runcit, pernah?

 

Bai.

 

Love,

Cinoi xo

*Entry seterusnya ialah Food in Tawau, InsyaAllah.

Tuesday, May 31, 2011

Dusun (mix) Wedding

 

Wedding reception lagi. Kali ni di Star City Convention Centre, wedding Dusun mix, Sunday night. Congratulations to kak Conchita and husband, Chris. She was my senior back in high school. Dan adik dia, Llewellyn is my bestfriend, we known since high school too!

What I like the most about the wedding is the bride punya gown. Ialah diolah dari baju tradisional Dusun, menjadi dress kahwin yang sangat cun. Masa tu pengantin lelakinya pakai baju Philipines. Ada lah dalam 4 kali dorang tukar baju semua cantik-cantik.

Wedding 2 Oh maaflah, Encik Jay tidak bersedia dalam gambar ni sebab sibuk membetulkan muka kerana terlalu ramai camera yang berebut-rebut mengambil gambar kami. Maaf la ye saya tidak dapat entertain semua. jangan pulak cemuh di Melodi atau mana-mana ruangan gossip nanti ya “Artis sombong tak mahu bergambar”.

Dan ada the the newly wed fisrt waltz, pengantin menari berdua sangat comel macam tengok cerita fairytale you know! Habis saja tarian pengantin, ialah tarian pengantin perempuan bersama adik-adik perempuannya 4 orang. Pun cun juga tarian mereka, lagu-lagu moden. Sangat best lah. If someday I get married, I want to dance like that too, at my reception. Oh, And the food was nice too.

Wedding 5 Doorgift: Bookmark berbentuk Butterfly. Nice!

Malam tu aku pakai (gambar ala-ala red carpet konon, bagi la aku can feeling feeling)Wedding 4 Beg bling bling Avril Lavigne, heels Nine West, dress tu butik di Kota Kinabalu saja, mekap dari hasil tangan diri sendiri.

 

Antara peminat-peminat yang bergambar dengan aku (ha ha ha)

Wedding 1 Llewellyn, bff

 

Peminat seterusnya;

Wedding 3 Farid Jay, best friend for life.

Acara tidak berakhir di situ. Ada after party ha ha. Makan saja pun, di Upperstar. Biasalah kalau perut stoking niAfter Party

Lepas tu kami pun balik dengan perut kenyang suka hati.

Bai.

 

Love,

Cinoi xo

Monday, May 30, 2011

Bajau Wedding

 

Attend my strongest and bestest friends Fiona, punya cousin wedding reception (Amoi) di King Fisher last Friday night.

Saya cuma jadi gadis-gadis dapur saja buat kopi di dapur cewah. Tidak mau keluar la konon. Malu mengalahkan pengantin lagi malunya

Amoi's wedding

Macam ada gemuk sudah saya kan adeh! 

 

Ona bagitau saya, Amoi pakai baju Bajau. Oh terus aku rasa mesti keluar, tengok dan ambil gambar. Sebab aku ni Bajau yang tak berapa nak bajau sangat so sedikit sakai campur eksaited la. Bajau on paper saja.

So aku dan Ona ambil gambar dengan pengantin perempuan sahaja.

Bajau Wedding 1

Cantik bah bajunya ni. Tapi tidak nampak sebab dia duduk. Tapi yang di kepala tu haih rasa macam berat gila. Berat mata memandang berat lagi Amoi memikul kali kan. Terus rasa haih tidak payah la aku mengada mau pakai baju bajau nanti.

Pelaminnya pun cantik.

Tengok gambar di bawah ni gambar pelaminBajau Wedding 2yang ter’cover oleh saya dan Ona. Eh ok la tuh nampak juga sikit pelaminnya.

 

Cun juga kan style Bajau. Nanti aku mau siap ada kuda lagi, orang bajau la katakan. (Read: Kuda)

KThnxBai.

 

Love,

Cinoi xo

*So Salma menang congratsss “Orang Sabah memang cantik-cantik dan talented” (jumpa status ni di Fb orang tadi.

**Ohh Barca juga menang. Sekarang aku mengantuk tidur belum diganti.

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....