Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Moving out to move in.

 

Assalamualaikum , hello good morning!!!! Open-mouthed smile

Have you had your shake today???

Weeee. Excited lah harini, kerana semalam pertama tidur di tempat baru. Woohoooo!!

Macam ini ceritanya. Bersempena ulangtahun 1 tahun kami menjadi halal bersama (ecewah ayattt nakk belagu irama bagai kan) , kami tiada candle light dinner, hadiah pun tiada, kami sama-sama menghadiahi hubungan kami dengan berpindah ke rumah baru wooot!! Lagipun muahasabah diri, adakah kita hari ini masih sama dengan kita tahun lalu, 3 tahun lalu, 5 tahun lalu? Hmm? Hmm? Dush.

Selama dari mula kahwin, kami tinggal di rumah bersama dua orang adik Jay. Which is no problem. It is just, sudah setahun berkahwin, ini masanya bina keluarga, dan rumah yang lebih homey begitu.

Jadi sebenarnya we’ve been trying to move since last 2 weeks, tapi hampeh la kan, weekdays kerja, weekend ada saja event. Cuma packing benda kecil-kecil macam baju, barang-barang kecil etc. Last weekend cuma sempat membersih and memasang langsir serta angkat barang-barang kecil yang muat di myvi.

Jadi semalam, suami arrange lori dengan kazennya, 6 anggota yaa angkat barang kami. kesian tengok dorang, I hidangkan teamix sejuk for energy sebelum bermula kerja. Pindah malam-malam. Gila betul. Semalam Jay actually ada dinner kementerian dia, jadi kami sampai hidangan kedua ja, just hadir untuk memenuhi invitation, lepas tu kami cabut lari, mau angkat almari, katil, esbok, rak kasut, benda yang besar-besar. Alhamdulillah setel barang besar semalam.

Total 7 beg baju, plus 3 lagi basket besar baju sebab beg tidak muat, kasut 3 bag besar. Huhu. handbag 1 basket and 1 plastik besar. Barang-barang macam dokuments, books, yang kecil-kecil tu dalam 3 kotak. Yaa pengsan sangat ok. Itu pun ada lagi few things tinggal masih di rumah lama, macam computer, baju tv astro peralatan dapur.

Semalam di tempat baru kami cuma kemas katil, pasang cadar. Azan pukul 2.45am!! Barang-barang masih dalam kotak. Pagi-pagi membongkar la memang.

I plan buat housewarming, tapi mungkin lama lagi, hujung tahun atau awal tahun depan, kasi can kami kasi siap-siap mekap rumah kecil kami dahulu ok. Semangat bah mau menghias rumah , hiasan yang sesuai and comel untuk rumah kecil.

Alhamdulillah, another new things to write on my “Thank-You Journal”

Thursday, May 26, 2011

Be Your Own Star

 

Flashback to 2009 here

Flashback to 2010 here

And last week I finally have it! (Ya, took me 2 years to actually put my hands on the stuff from my wish list)

1

Avril Lavigne fragrance, Black Star

Avril Lavigne Fragrance Black Star Avril Lavigne Fragrance Black Star 2 

Big Thanks to Atiqah Ruhaizad (nahh nama penuh lagi tu huahuahua) sebab ingat! Jauh perjalanannya si Black Star ni.

 

p/s: BTW, video clip terbaru Avril Lavigne (Smile) sudah keluar. Rujuk blog Achi.

 

Love,

Cinoi xo

*Do you guys installed and play Angry Birds on your phone? Bikin asik kan main nya.

Wednesday, April 13, 2011

Good things are meant to be shared!

At first i register HERE not knowing there’s loads of reward awaits!

Di bawah ini ialah hadiah yang saya pilih dan akan menangi, if I got to be lucky here! lucky draw

There are few other prizes to be won EVERY DAY!

Pilih hadiah kamu di sini! Cabutan bertuah akan dibuat pada pukul 6 petang setiap hari selama sebulan (26 days left!)

Who knows YOU might be lucky! No harm trying~

Spread the love people!


*Additional:

Apa yang kamu tidak tahu tentang Maybank?? Di Sini!

Wednesday, March 31, 2010

random [music] -yang paling otai di malaysia

tahu tak Cinoi suka Search, Amy Search, dan lagu-lagu mereka. percaya atau tidak bolos saja dinding itu memang saya suka! hahahaha. gila rock kapak kan. im a universal listener, i listen to all types of music, as long as best, sedap, boleh layan.

tiba-tiba sebab terbaca entry ini http://redmummy.com/2010/03/30/konsert-amy-search-di-istana-budaya/

astagaaa bestnyaaa. ingat tak hari tu, Search ada buat tour, Celcom taja kot. ada buat dekat Sandakan and Tawau juga, kalau tidak silap dekat KK tiada. but i missed the concert, sebab masa tu i fly pergi Kl, ticket flight pergi Kl dah awal beli dah. Konsert Search Di Awan Biru kalau tidak silap saya la. last year kot. rugiiiiiiiiiiiiiiiii.

setiap kali pergi karaoke, WAJIB nyanyi lagu Search oke. wajib. kalau tak dapat nyanyi semua, pilih juga lagu-lagu dia, and paksa my guy friends nyanyi HAHAHAHAHAHA. im a big fan youuuuu.

sekarang, mungkin tiada lagi konsert oleh Search (full band). kesian saya. so kalau dapat tengok Amy Search saja pun, perform live, saya sudah sangat bersyukur dan teruja. part of my wish list ni. otaii tuuuu.

ok. tu sahaja mahu bagitahu. esok saya cerita lagi. babai.

 

Love,

Cinoi xo.

Wednesday, July 22, 2009

i want my black star!

uuuuu weeeeeee

saya mau!

qilavigne

kalau kamu perasan, di bawah cap dia tu ada studded ring. weeeeeee. every bottle of it ada tu studded ring uuuuu. mau.mau.mau. baunya adalah campuran dark chocolate, black plum n pink Hibiscus. weeeeee.

tapi kan, baru ada dijual di Austria, Germany, Switzerland, the Netherlands, Poland, Croatia, Slovenia, the Czech Republic, Hungary and Slovakia. next month start jual di Sweden, Norway, Finland, Lithuania, Estonia and Latvia. uhuk. US pon belum ada jual lagi.

hah! UK ada, september start sudah ada jual d UK! haha. sepertinya ada seseorang di UK! weeeeeeeeee.

siapa mau bagi birthday present (hahaha.awal gila), bagi saja 1 set Black Star Fragrance (deodorant, perfume, shower gel, lotion, weeee).bye!

xoxo

Cinoiqilavigne

Thursday, March 26, 2009

nafsu serakah


aku tak dapat tahan-tahan lagi perasaan yang mebuak-buak di dada ku ni. aku mau hambur-hambur semuanya supaya lapang sikit dadaku.

kamu pernah rasa kah perasaan terlalu hendak akan sesuatu yang mungkin tidak tercapai mampu mu kerana had itu menahan-nahan kamu. had masa, jarak, had mampu,had duit, had laju etc.
kamu pernah rasa kah terlalu hendak sesuatu hingga terfikir untuk sanggup lakukan apa saja bagi sesuatu yang kamu sangat ingin itu. sanggup membelakangkan prioriti lain demi untuk keinginan kamu yang satu itu.

kamu pernah rasa kah terlalu hendak sesuatu hingga setiap kali melihatnya, dada kamu rasa berombak-ombak (ombak jahat), mata kamu berkaca-kaca pecah-pecah jatuh ke pipi hingga nafas kamu tersekat sekat di situ. u really like/want something that u shed tears.
kamu pernah kah?
pernah rasa begitu?

contohnya bila aku lihat dia ni.

perasaan aku terus melain. hati dan jantung ku rasa macam tersasar sikit dari tempatnya. berdebar-debar jantungku . nampak sedap kan. sampai nafas ku agak kurang stabil di situ. Astaghfirullahalazim, vampire ni cinoi!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kadang-kadang perasaan itu timbul bila lihat ini juga. dada turun naik Tuhan saja tahu.

*picture credits to http://vwnewbeetle.wordpress.com/


aku menahan rasa. ah! aku suka la bodoh. aku mahu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

dan banyak lagi benda/perkara/sesuatu yang aku suka/hendak, tapi aku tak dapat senaraikan sekarang sebab aku tak berapa ingat. aku hanya ingat benda itu aku suka sangat apabila aku terserempak atau melihat benda/perkara/sesuatu tersebut. nanti ada masa aku tambah lagi ya.

tapi ini latest la. keinginan ku paling latest. baru timbul rasa sebegini terhadapnya kemarin. aku betul-betul kepingin ini barang.



my feelings towards this iPhone almost the same with my feeling toward Edward Cullen n volkswagen beetles.sort of.

terus semalam aku tanamkan dalam diri, kalau ingin sesuatu, mesti berusaha dapatkan. usaha tangga kejayaan. jadi mahu iPhone kena usaha untuk dapatkan.(penaja).

aku sudah pun memulakan perbincangan peringkat awal dengan Encik Syauqi semalam, juga perbincangan dengan akaun dan wallet aku serta perbincangan dengan hati sendiri.

tapi sekarang dengan tiba-tiba selepas di info kan oleh orang yang tahu, iPhone tidak boleh video call.wtf.video call kan keutamaanku. MMS pun tidak boleh. camera 2MP saja.etc.

jadi sekarang, aku sudah tidak berapa ingin sama itu iPhone.

dan aku fikir-fikir balik.semua kepingin ku ini adalah nafsu serakah semata.tapi aku selalu, untuk cover, jaga hati sendiri, kasi tenang hati sendiri, aku pujuk diri, ini bukan nafsu, ini ialah cita-cita dan keinginan. tapi aku rasa memang nafsu juga la.kan?aku harus lebih bertenang selepas ni.jadi ini apa?nafsu ka atau cita-cita/keinginan/impian.kamu tau kah kenapa aku terus menaip.sebab aku tidak tahu mau ending kan entry ni macam mana.mungkin juga ini nafsu serakah, nafsu menaip.nafsu blog.ah sudah.


xoxo,

cinoiqilavigne


p/s-jangan lupa petang ni tengok Spa Q 2 episod akhir. seronok. berdebar-debar aku tak sabar mau tengok (nafsu kah?). tadi melissa n qistina ada d hot fm am crew. baru aku tahu rupanya si melissa@ nama sebenarnya Lydia tu baru 15 tahun.apa?15 tahun la!

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....