aku tak dapat tahan-tahan lagi perasaan yang mebuak-buak di dada ku ni. aku mau hambur-hambur semuanya supaya lapang sikit dadaku.
kamu pernah rasa kah perasaan terlalu hendak akan sesuatu yang mungkin tidak tercapai mampu mu kerana had itu menahan-nahan kamu. had masa, jarak, had mampu,had duit, had laju etc.
kamu pernah rasa kah terlalu hendak sesuatu hingga terfikir untuk sanggup lakukan apa saja bagi sesuatu yang kamu sangat ingin itu. sanggup membelakangkan prioriti lain demi untuk keinginan kamu yang satu itu.
kamu pernah rasa kah terlalu hendak sesuatu hingga setiap kali melihatnya, dada kamu rasa berombak-ombak (ombak jahat), mata kamu berkaca-kaca pecah-pecah jatuh ke pipi hingga nafas kamu tersekat sekat di situ. u really like/want something that u shed tears.
kamu pernah kah?
pernah rasa begitu?
contohnya bila aku lihat dia ni.
perasaan aku terus melain. hati dan jantung ku rasa macam tersasar sikit dari tempatnya. berdebar-debar jantungku . nampak sedap kan. sampai nafas ku agak kurang stabil di situ. Astaghfirullahalazim, vampire ni cinoi!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
kadang-kadang perasaan itu timbul bila lihat ini juga. dada turun naik Tuhan saja tahu.
*picture credits to http://vwnewbeetle.wordpress.com/
aku menahan rasa. ah! aku suka la bodoh. aku mahu.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
dan banyak lagi benda/perkara/sesuatu yang aku suka/hendak, tapi aku tak dapat senaraikan sekarang sebab aku tak berapa ingat. aku hanya ingat benda itu aku suka sangat apabila aku terserempak atau melihat benda/perkara/sesuatu tersebut. nanti ada masa aku tambah lagi ya.
tapi ini latest la. keinginan ku paling latest. baru timbul rasa sebegini terhadapnya kemarin. aku betul-betul kepingin ini barang.
my feelings towards this iPhone almost the same with my feeling toward Edward Cullen n volkswagen beetles.sort of.
terus semalam aku tanamkan dalam diri, kalau ingin sesuatu, mesti berusaha dapatkan. usaha tangga kejayaan. jadi mahu iPhone kena usaha untuk dapatkan.(penaja).
aku sudah pun memulakan perbincangan peringkat awal dengan Encik Syauqi semalam, juga perbincangan dengan akaun dan wallet aku serta perbincangan dengan hati sendiri.
tapi sekarang dengan tiba-tiba selepas di info kan oleh orang yang tahu, iPhone tidak boleh video call.wtf.video call kan keutamaanku. MMS pun tidak boleh. camera 2MP saja.etc.
jadi sekarang, aku sudah tidak berapa ingin sama itu iPhone.
dan aku fikir-fikir balik.semua kepingin ku ini adalah nafsu serakah semata.tapi aku selalu, untuk cover, jaga hati sendiri, kasi tenang hati sendiri, aku pujuk diri, ini bukan nafsu, ini ialah cita-cita dan keinginan. tapi aku rasa memang nafsu juga la.kan?aku harus lebih bertenang selepas ni.jadi ini apa?nafsu ka atau cita-cita/keinginan/impian.kamu tau kah kenapa aku terus menaip.sebab aku tidak tahu mau ending kan entry ni macam mana.mungkin juga ini nafsu serakah, nafsu menaip.nafsu blog.ah sudah.
xoxo,
cinoiqilavigne
p/s-jangan lupa petang ni tengok Spa Q 2 episod akhir. seronok. berdebar-debar aku tak sabar mau tengok (nafsu kah?). tadi melissa n qistina ada d hot fm am crew. baru aku tahu rupanya si melissa@ nama sebenarnya Lydia tu baru 15 tahun.apa?15 tahun la!
3 comments:
cutenya capture edward..yum..yum
nafsu serakah or jampi serakah?
konpius~
edward i want!
adehhh...sememangya perempuan...kalo bleh, semua dia mau..:) 99 nafsu..:D peace..=(^,^)=
Post a Comment