Ialah perkahwinan Kak Lyne (Hazlyinee nama betul dia tapi pronounce as Kak Lini camni hah sebenarnya) dan Abg Kay (Syakir).
selepas nikah. majlis di rumah. dorang saling berpandangan hairan. Syakir berjaya dengan sekali lafaz saja! DAddy yang menikahkan mereka.
pada malam harinya pula, di Dewan Masyarakat Sandakan yang bukan masyarakat punya pun sebab setiap kali pakai kena bayar siap kena tipu lagi pastu kena bayar lagi pastu aircond dia kalau tak bayar tak sejuk, magic. tapi nasib baik majlis malam tu lancar tade masalah dah dewan dia , so okay la, thanks MPS. lepas baju pink dorang tukar baju silver. lepas potong kek, acara persembahan tarian igal-igal (masyarakat bajau punya tarian. kalau menari dia cucuk duit kat celah jari, nanti saia cerita di lain entry, cewahhh macam pantun), lepas ucapan, makan beradab, makan takda adab, dan selepas semua majlis rasmi habis, kini tibalah masanyaaa, acara tariannn freestyle dimulakan dengan POCO-POCO melenggang patah-patah ala begoyang tiba-tiba mana ko nii~~~ poco-poco~~ camtu rr lebih kurang lirik dia.
habis poco-poco terus lagu apa tah, rock&roll dulu-dulu kot. lihat tangan ku sudah mula naik di situ, naik gila sudah. hahaha. tengok THE GROOM menari dengan kakak saia yang No.3. sungguh aneh dan kreatif betul gerakan tarian Abg Kay.
gamabr di bawah ni, Kak Lyne, the bride, menari dengan Abg Ipar saia No.3 juga, sungguh asyik betul beliau. tahap high beliau adalah di sekitar 77 Skala Richter. haha. saia sanggat seronok melihat beliau.
lagi gerak tari yang aneh dan kreatif, tarian pasangan pengantin, awww so sweet, semoga mereka berkekalan ke akhir hayat. tapi tolong jangan kekalkan gerak tari ini, sila improve dari semasa ke semasa,
dan aku pula terus menggila dan sedikit hilang akal. sepertibiasanya Cinoi bila dengar lagu rancak. tarian hilang-akal-di-majlis-perkahwinan-kakak memerlukan stamina yang sungguh tinggi betul dan tisu yang banyak, hati yang cekal, dan taktau malu. hahahahaha. (tapi kadang-kadang saia malu tengok gambar ni, tapi takpa la, untuk kita sama-sama gelakkan saia, saya rela, untuk basahkan gusi kamu, mari ketawakan memek muka saia dalam gambar ini) sungguh aneh.
selain menari tarian hilang-akal-di-majlis-perkahwinan-kakak, menjadi ketua tarian Asereje’ bukannya mudah. sanggul yang tinggi bisa jatuh, mekap yang tebal dipenuhi peluh yang merembes, dalam baju lagi kamu tak tahu, pengaliran peluh yang sangat deras, sederas air di Sungai Padas KK, tempat orang bermain kayak. ya bak kata bukan pepatah bisa berkayak la pelakon “honey i shrunk the kids” di badan aku.sungguh gila betul!
lepas tu, Kay, the groom nyanyi lagu jiwang bahasa orang puteh yang saia sudah lupa tajuknya, untuk kakak saia lalu kakak saia ke depan memberi bunga, dan meminta ciuman dari suaminya, sungguh aneh betul kejadian tersebut. aneh-aneh comel. kita layan saja mereka.
saia juga pun ambil kesempatan karaoke lagu feveret karaoke saia iaitu Senja Nan Merah, walaupun masa tu sudah larut malam dewan pun mau tutup sudah. lihat, waist ribbon saia menunjukkan betapa pergerakan tarian saia sebelum itu sungguh gila betul, ribbon tersebut menangis-nangis mau tertanggal dari pinggang saia. and if you noticed (ehhh tiba-tiba cakap bahasa inggeris pula!), 2 brooch d waist ribbon itu ialah berasal dari sanggul saia, mereka hampir tertanggal dan terjatuh dari rambut saia semasa membuat pergerakan tarian hilang-akal-di-majlis-perkahwinan-kakak.
ok majlis bersurai.
dan akhir sekali, itu Mommy and Daddy saia, bersama Mak Abah Kay
dan ini keluarga saia. mula-mula kecoh betul mau susun,ramaiiii. cepat semua cepat!!! cepat baris!
sekian dulu. laporan perkahwinan seterusnya ialah semasa majlis di Taman Maluri, majlis belah lelaki. tunggu dan bye!
Love,
Cinoi
No comments:
Post a Comment