ok.dia sepatutnya terletak di Between Post, iaitu di antara post entry yang atas sekali dan post yang kedua. biarlah kamu takmau tahu pun, aku saja bagitahu, mesti ada yang cakap "tak tanya pun?" so maaflah buang masa kamu.
anyway (biarlah aku tetap mau taip walaupun kamu takmau tau), aku tengok semak pula tu iklan nuffnang di atas, adeh. itu bukan termasuk dalam perhiasan blog ni ya (macam lah banyak sangat hiasan kan di blog ni)
dulu (sebelum aku tukar ke current layout ni, di sekitar minggu lalu kali), iklan tu masih lagi di tempat dia sepatutnya berada, Between Posts. Tapi aku gatai tangan noh, tukar layout, terus bekili-kili edit html code konon Cinoi jangan berangan terer la!. memang edit la sangat kan! iklan tu jadi naik ke atas ni pulak! i curse you-who-invented-the-html-code!! tapi tak adil untuk dia (the-person-who-invented-html-code), so memang aku yang tak pandai, seingat aku dulu (yang memang dolu la lama sudah), si Llewellyn yang tolong buat sampai iklan Nuffnang tu berada di Between Posts. tapi sekarang aku malu bah mau minta tolong dia lagi benda remeh ni (dengan harapan dia membaca entry ini lalu hulurkan tangan ringankan beban membantu aku lagi)
jadi biarlah iklan tu di atas ya. kadang-kadang best juga, sebab bila aku buka blog aku, which is aku buat 17 kali setiap jam (antara ciri-ciri self obsessed aku), terus nampak tu iklan di depan mata, terus kebetulan ada iklan Digi, pasal pakej Iphone, terus terpengaruh berangan-angan ada Iphone (ya ini lah keburukan kenapa aku tak berapa gemar iklan tu di atas, laju jak tangan aku klik lepas tu terus terpengaruh dengan pakej-pakej yang ditawarkan) huh.
ok. maafkan atas entry yang tiada motif ni. mungkin lari dari topik sudah ni (padahal topik pun tiada)
sekian. harap maklum.
Love,
Cinoi xo
p/s: siapa yang tidak tahu makna perkataan KALI, di perenggan ke3 ayat ke 1 "...sekitar minggu lalu kali" boleh terus tanya saia.
p/s/s: siapa yang tidak tahu makna perkataan BEKILI-KILI, perenggan3, ayat ke-2, boleh terus TANYA juga ya.
No comments:
Post a Comment