Morning Thurday.
Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi. Oh tidak lagi. Bangun pagi, terus jenguk twitter.
Pagi-pagi dikejutkan dengan berita rumah Wardina Saffiyah dirompak 3 pencuri berbangsa indon. Melarikan 5 biji laptop, serta suami dipukul sebab rumah tiada barang kemas.
Mesti Wardina dan anak ketakutan. Aku malah takut dan geram sebab pasti mereka tidak mampu buat apa.
Pengalaman aku, dulu masa duduk rumah sewa semasa study, pakaian dalam kami selalu hilang di ampaian di porch rumah. Suatu malam kami pakat pancing sidai pakaian dalam yang tak berapa nak cantik, tutup semua lampu dan tunggu pencuri, cuma harapkan lampu jalan sahaja, siap sediakan pelbagai peralatan. Tapi bila masa terlihatnya bayang pencuri sedang memilih-milih kain di ampaian, badan jadi kaku dan mengigil ketakutan demmit.
Last time pula, rumah family tunang dimasuk pencuri juga. Adik tunang ke tandas di dapur, dia dan pencuri sudah saling terpandang antara 1 sama lain sewaktu pencuri cuba masuk ikut tingkap. Adik Tunang panggil adik-adik yang lain dan bersembunyi di bilik ibunya. Masa tu ayahnya out station. Tunang pula tiada di rumah. Rasa sangat helpless semua perempuan di rumah dan pencuri di luar bilik sesuka hati geledah barang. Ketakutan jangan cakap lah. Ngeri. Lucky they are safe. Phone blackberry yang hilang, bila aku try BBm sampai harini tiada delivered, pencuri bodoh tatau guna BB.
Semoga Wardina and family tabah. Dan semoga semua pencuri tertangkap dan insaf. Penjahat!!!
Sent via BlackBerry from Maxis
4 comments:
kesian juga ..semoga penjaat kena tangkap
itu lah aku rasa kan patut jugak di jalankan hukum hudud ke atas pencuri.. sebab diorang punya intention of mencuri could lead to memukul, merogol, membunuh. Kalau sudah ada tangan pencuri yang di potong, mungkin pencuri yang lain ada rasa takut jugak mau buat. tapi paling champin lah pencuri yg masuk rumah kami. pagar tembok sekali lompat seja dia dapat melarikan diri.
setuju sm c sheila..memandangkan sudah pernah mengalami kejadian itu beberapa kali aku jadi trauma okeh..
adei.. kesian.. rumah kami pun pernah hampir2 mo kena masuk pencuri.. ko tau.. masa tu kami d dalam rumah.. sekali kami tersedar kan.. terus pura2 dia sorong motorsikal dia keluar dari rumah..
Post a Comment