Memandu.
Ya aku bukannya tidak pandai memandu. Tapi kebiasaan selama ini dipandu sahaja. Lebih-lebih lagi yang jauh-jauh, kalau setakat round-round KK ah biasa saja. Sehinggalah suku terakhir 2011. Nah di situ cabaran bermula.
Cabaran 1: Memandu jarak jauh
Ini ternyata tidak pernah talent ku. Bagi aku jarak jauh harus laju dan memotong. Ha ha. Yang jadi pikiran ku, pergi kerja jadi sedih dan muram durja. Haish, macam mana mahu sampai kerja on time begini. Dengan jarak rumah ke project site approximately 50km, return lebih kurang 100km, everyday. Kali pertama aku terpaksa memandu sendirian tanpa colleague, aku heret Tunang bersama. Ah, kau pandu, kau kan lelaki. Sabtu kan tunang tidak kerja. Tapi alasannya “Ah mengantuk, kau saja pandu, aku kawankan” Panik! Aku mulai memandu, Tunang tidur di seat sebelah. Tapi okey-okey lagi, sebab aku bawa bersama orang yang aku percayai percaya sama aku. Ya masakan dia boleh tidur kalau dia tidak percaya aku memandu. Bilangnya aku bukan tidak pandai, cuma malas, terbiasa, manja. Lesen penuh, tapi memandu banyak pikiran lagi. haih kamu tidak tahu, ini kan jauh, bukan semata pergi 1borneo atau apa. 50km jauh? Jadi hari itu aku pandu Pink, pergi dan balik dengan tunang tidur di seat penumpang. Alhamdulillah selamat. Lama-lama sudah berani, pandu si Pink ke site yang jauh itu, sendirian. Ala, kereta auto.
Cabaran 2: Memandu kereta besar atau kereta yang bukan kebiasaanku
Ya. Mana tahan, bawa kereta sendiri. Rugi. Company handover kereta jadi dalam jagaan ku. Kereta besar bagi aku, double cab begitu, lebih praktikal untuk pergi site. dan MANUAL. Nah, mau betul cabaran kan Cinoi, ambil. Malam sebelum hari pertama harus pandu jauh guna kereta pinjam itu, aku heret Tunang. Pusing-pusing KK, berlatih konon bilangku. Jadi pusinglah. Esoknya awal gila bertolak, ya iyalah. Masih tidak biasa. Jadi yang penting, awal! Alhamdulillah. Rasanya rupanya biasa saja. Seperti memandu kereta lain, cuma rasa lebih tinggi, dan hebak. Ha ha ha. Makin hari makin biasa. Asal rasa yakin, potong, tidak yakin ekor saja.
Itu salah satu benda aku belajar recently, memandu jauh, dengan kereta lebih besar. Manual lagi. Rupanya aku masih boleh drive manual. Cuma rasa takut memang belum boleh hilang. Tukar lane semua cermin aku tengok, side mirror, rear mirror, toleh sikit-sikit. Sejak Pink dilanggar July lalu, aku ada sikit-sikit trauma. Mudah terkejut masa memandu, terlalu berhati-hati, dan sukar percaya kepada pemandu yang lain. Bukit ok-ok lah. Tapi cakap Ona betul, setiap orang harus ada skill memandu, baru indie! Eh eh eh.
Kalau tidak sebab kerja ini, aku rasa sampai sekarang masih manja memandu lagi. Ada kereta pun suruh Tunang hantar ke office. Walau macam mana kamu kadang-kadang tidak suka atau banyak mengeluh tentang kerja, ya itu kan jalan hidup sekarang. Mungkin ada perkara baik yang kamu tidak nampak. Mungkin ada perkara yang baik juga walau apa pekerjaan yang sedang kamu lakukan, mahupun mencuci kain di rumah pun. Look at the bright side. Setiap seorang ada bahagian masing-masing Tuhan akan bagi. (pesanan-pesanan ini peringatan untuk diri sendiri juga)
Penat. Setiap hari. Ah orang lain pun begitu. Macam-macam keluhan yang lain. Jadi cuba lah aku untuk menterbalikkan (reverse) kan perasaan itu. Be happy with what you do. Keluhan engkau mungkin adalah kesyukuran bagi orang lain.
*Di luar pagar nearby my work station
Mudahan 2012 aku lebih positif. Dan optimis. Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.
Sehingga post yang seterusnya.
Love,
Cinoi xo
3 comments:
Sehingga post seterusya ---> ayat tu bah... Haha...
Ahha teda idea suda. Lama x blogging, jd malu2 plak. Bahaha
noi...sibuk juga ko kan..alala..bagus lagi ko berani pandu..nah sa smp skg penakut lesen P sa blm abis..mau p test tapi takut juga ni..dei
erm iya sa setuju tu..semua orang ada bahagian dia ni
selamat maju jaya
Post a Comment