Monday, January 30, 2012

New Bag!

Okay tiadalah NEW sangat pun. Few weeks sudah la kali. Dapat time Ila balik KK, from Miri. But kalau kamu order, she will send by post la from Sarawak.

Yes. The bag was sew (eh sew ke, was made by hand) by a good friend of mine, binikedek. Love it because, even though I put 2 notebook inside (planner and wed prep note book), mini make-up pouch, purse, charger, some medicine, but still tak terasa berat. Believe me semua barang yang aku sebut tu muat dalam beg. Plus a novel also. The strap is lebar and adjustable. So far aku pakai belum ada apa yang rosak. Just ada comot di sana sini yang boleh di wipe dengan wet tissue. bubblegum handmade bag

Aku sekarang ni semua tempat aku pergi pakai beg yang sama, jadi malas mau tukar-tukar beg sebab this bag is very convenient one. Pergi kerja, pergi jalan (refer to my pics during jalan-jalan in previous previous post) dengan beg ni.bubblegum pink handmade bag

The colour i pick was Pink. Soft bubblegum pink. Bila tengok the dual colour punya style, terus “Ah menyesal aku beli yang 1 colour, mau juga yang dual colour / colour blocking” Biasalah tamak. Nampak ini mau, nampak itu mahu. Tapi lucky aku mahu dalam hati seja, tidak order lagi. Masih sedar diri.

So guys feel free to click her facebook page Maisara Marie Handmade Bags. Untuk cuci mata and manatahu mahu beli, it’s handmade man!

Love,

Cinoi xo

Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu 26

Click here and here for previous anugerah juara lagu

Hai Winking smile MAcam biasa aku rasa aku buat barang ni annually. Heee. Malam AJL melekat depan TV and PC. Truly Malaysian, layan AJL wacakaplu *ketukdadaduakalipastutunjukpeace* My comment will be very general and random, not just about the song but also the performance, outfit, apa saja yang terlintas. Dan bukan komen dari seorang yang pakar. Cuma dari pandangan seorang penonton yang butuhkan hiburan. Peminat. Awwwww.

Intro by Jamal, my Mom must’ve like this very much. She’s a big fan of Jamal. Then Awie muncul macam dari ribut. Tornado perhaps. Awwww. Then followed by Sheila Majid, I love the way she raise her hand at the beginning of the song, before started singing. I miss the song of hers too, WARNA. bawalah warna pada dunia ku terpesona kau teristimewa.

Errmm. There is something I dislike about Cheryl Samad’s first outfit. Dia lebar ke tepi, kalau naik ke atas cun sikit, for me la. Mata kita lain-lain, so what do you think guys? Adakah peninguan (pandangan) kita sama?

1. Wanita Seluruh Dunia – Eh Boy the vocalist of Projek Pistol ni macam menggemuk betul kan. First I saw this band perform in full ialah di Razz KK. Not bad. Aku suka lagu ni unik dan lain sikit malam ni, but not to extent that the song will win on top 3 la. Na ah. (only my prediction), who knows what happen at the end of this night right. Oh by the way, mind you this is a live update. Anyway Boy nampak lebih hemsem semasa dia kurus.

2. I loveeeeee her dress and I know I will never wear that dress or any similar one. Opss. Talking bout Jaclyn Victor – Sedetik Lebih – Dia nyanyi tinggi gila, dan nyanyian yang flawless I supposed. Lagu ni sedap. Tapi bukan calon pilihan juara buat saya. Heeeee. Hey Jaclyn, I envy your voice. And the dress too. Boleh memang vocal terbaik.

3. Kakanda Adinda – monoloque Atilia – Ahhhhh I love this versionnnn of the song!!! Siap ada snare drum and classic sound. And the singer outfit, epic! Okay ini masuk calon pemenang Top 3 aku. Please win. And perform twice, please. Loque bah kau nii awwwww ebat laaa. Cuma suara Atilia la kureng sikit compare to other singer (jangan compare dengan diri aku sendiri la, she’s way better), ending pun sumbang la Atilia. Aku suka arrangement music untuk lagu ni malam ni! Ouhsem! Win!

4. Yuna – Gadis Semasa - Intro buat jantung berkobar-kobar dan bersemangat. Another awesome talent that I also love. Suaranya macam dalam kaset T.T dan sangat rare di Malaysia (sorry kalau banyak perkataan rare, aku memang suka barang rare ni) Bahu bajunya lebih cantik dari bahu baju pengacara. Calon pemenang of course!

5. Kalau Berpacaran – Suhaimi, Ana Rafali, Altimet – Seperti biasa, Tunang tidak suka suara Ana Rafali heeeee. Tapi cantik la dia ni. Baju pun sesuai untuk majlis tunang. Cantik. Tapi I’m always a big fan of Altimet (chehhh), aku pernah ambil gambar dengan dia tau di KK. Tentang lagu, entah aku sudah bosan dengan lagu ni. Mesej lagunya memang terbaik, cuma melodi ini sudah senak di telinga ku.

6. Cinta Muka Buku – Najwa Latif – What an intro, banyak gila orang buat cover lagu dia ni. Tunang cakap senang, kod basic je. Herrmmm. Eh ada drama la dalam persembahan, confirm la kan. Untuk memvariasikan lagu. Berdebar aku mau tengok dia pakai apa. Ololohhh comelnya performance dekkk. Ada frame YOUTUBE. Kawan-kawan Najwa ke ni yang berlakon atas pentas ni, curious akak tau. Tiada ummpph la dek. Not on my calon pemenang list, sorry. Tapi it was great that Najwa Latif have thos oppurtunity to be on AJl stage. 16 years old and AJL, Siti Nurhaliza pun kan?

7. Faizal Tahir – Karma – Bosan. Susah lah mau menang, only if kalau aku la kan yang jurinya. tapi aku cuma jari, yang menaip, dan bukan juri. Ok. Next! Walau beza satu huruf saja (JARI dan JURI), membawa makna yang besar. Walaupun berapi sekali piano, macam aku tidak rasa impaknya.

8. Alyah- Kisah Hati – Aku ingat Alyah cukup training untuk keras macam patung sampai habis lagu, bila aku nampak tangga, oh tentu tidak sehebat itu untuk keras sampai habis lagu. Nyanyi tidak sampai habis suaranya punya lontaran. Play safe. Remy Ishak you either safe the performance, or the only performance alive in this song. Tabest suaranya hrmmmm

9. Sungai Lui- Aizat – I LOVEEEE THIS SONG I WISH THIS SONG WILL WIN (this first sentence was type even before the performance starts) aku paling benci orang teriak tapi aku tatau sebab apa, itulah kelebihan menonton di sana secara live! Aku suka la lukis-lukis di pasir tu!! Awwww. lagu pun sedap. Eh shirt Aizat ni (inside the brown coat), cotton on ke? Ehhhe.

10. Yuna (again!) – Penakut – Colour blockin! I like the jacket but I hate the tudung style macam alien. Warna gincu pun I suka. Lagu best, lirik unik tapi makna lirik Tunang tasuka.

Nah second outfit Cheryl Samad ai suka sudah.

11. Hafiz Awan nano – Rambut paling menang. Vocal pun ouraida. Lagu pun not bad. Awan nanowhite. Calon kedua untuk vocal terbaik, after Jaclyn Victor.

12. Beribu Sesalan Shila Hamzah, Ning, Jaclyn – Mekap Shila Hamzah aku suka, muka pun cantik walaupun ada tumbuh jerawat di pipi kanan. Lagu sedap macam biasa di radio. Suara power. ok lah. Bibi cakap tak goose bump pun. But everything was great.

My prediction:

Calon Juara:

  1. Kakanda Adinda
  2. Gadis Semasa
  3. Sungai Lui

Calon Vocal terbaik

  1. Jacly Victor
  2. Hafiz Nano
  3. Beribu Sesalan

Persembahan terbaik

  1. Sungai Lui
  2. Kakanda Adinda
  3. Awan Nano

**************************************

Persembahan terakhir, Hazama memang best, star! Suara Azlan mantap macam selalu. Backup dancer bak kata saniboey di twitter, haguslah mereka ditembak mati. Persembahan nilah yang memang goosebump! Salamku yang terakhir.

Sekian update dan comment dari pandangan salah seorang geng bimbo cuma.

*Official Result

Persembahan Terbaik – Kisah Hati, Alyah. Okay!

Vocal Terbaik – Hafiz Awan Nano. Yeayyy aku betul!!!!

No. 3 – Karma Faizal Tahir. Errrrrrrrr!!! hmmpphhh

Naib Juara – Beribu Sesalan

Juara – Awan Nano, Hafiz, M Nasir, Buddhi Hikayat.

OKBYE.

Love,

Cinoi co

p/s: do not forget my previous entry of English tea House, cekidaut!

English Tea House, SANDAKAN

Warning : Banyak gambar.

Warning 2: Entry ditaip serentak dengan entry live-update AJL. Jadi maaflah kalau kacau bilau sikit entry ini. Saya cuba ok.

Sambungan previous post. Berkenaan percutian balik ke Sandakan yang lebih berisi berbanding selalu, duduk di rumah saja. Kali ini ada mission. Bawa tetamu dari Semenanjung yang sama projek (work) dengan aku, untuk jalan-jalan. Mission mereka ialah untuk jalan 1 Sabah sepanjang kerja di sini. So I would be proud to be part of it. lagipun tempat yang aku belum pergi kan. (Except for Manukan Holiday, that was my 2nd time)

Destinasi selepas Agnes Keith House is English Tea House, just nearby Agnes House. Both place is a must visit if you are in Sandakan. Destinasi jalan-jalan di Sandakan, Cewah, ala-ala travel blog kunun. Sharing is sexy though.

This one of the must visit place in Sandakan.

1st, sebab the surroundings of the Tea House. Memang macam rumah, yang indoor space dia. Dan rasa macam English la kalau lepak sini beb. Bahaha. Boleh la feeling-feeling. The ambience is lovely. english tea house 67

2nd, sebab mau rasa coffee and tea dia dan kuih muih english yang rare dowh. Jarang la jumpa di kedai biasa especially mamak. Tiada. Look at the old-look of the menu. How rare. And look at the PRICE too! Paling rare. sekali sekala boleh la makan sini. Yalah tempat kan english, jadi harga pun mau english la. Kami try sebab this is our first time, and tatau bila boleh sampai lagi even though dekat bandar Sandakan saja the place.english tea house 15

Kami order crumpets set for two RM15, erk. But I love the presentation of the food.

english tea house 4english tea house 2

Di bawah ni Echan yang order, Bread and Butter puding kalau tak silap. Maniss.

english tea house 3

Tempat ni memang release tensi abis. Kami semua pun berasa gembira kerana telah banyak mengambil gambar dan menghabiskan uang yang banyak untuk beberapa jenis roti yang tidak biasa di lidah.

english tea house 8

Aku pernah angan-angan buat resepsi perkahwinan di sini, tapi melihatkan space yang terhad, mungkin muat 100orang sahaja, parkir pun sedikit. hmmpp. Harganya pun belum tahu HAHAHA confirm tidak mampu. Angan-angan habis di situ. Tapi this is such a nice place untuk feeling feeling english. Come visit Sandakan. It is located at Jalan Istana, atas bukit just before the main town of Sandakan. Tajumpa? Google dong ah!

english tea house 9

Oh ada tempat bermain game Croquet juga disini. Err game apakah itu? Ayuh Google!

Aku tinggalkan kamu dengan .. ermm. macam biasalah.

english tea house 10

Okbye. Drop by here okay.

Love,

Cinoi xo

p/s: more picture in fb, click HERE

Wednesday, January 25, 2012

My First Visit To Agnes Keith’s House

I am ashamed to say that last Chinese New Year’s holiday was my first time to visit Agnes Keith’s House which is located in my hometown, the place where I was born, Sandakan.

Who is Agnes Keith? Feel free to click here, and read yourself. Or you can Google.

If you are lazy to click, I’ll tell you briefly about her. Agnes Keith is an American writer. Rumah Agnes Keith ini pula adalah rumah kerajaan zaman British. Terletak di Jalan Istana, Sandakan. Rumah kayu yang cantik. Dan sekarang sangat bersejarah. Agnes dan Suami, Harry merupakan orang pertama tinggal di rumah ini. Harry ni Conservtor of Forest. Lepas mereka tinggal, bersilih ganti orang tinggal sini, most of them Conservator of Forest la. Lepas tu ada juga Japanese yang tinggal d rumah ni. PUSPANITA juga pernah guna rumah ini, akhir sekali tahun 1992. Lepas tu rumah ni terbiar dan dimakan anai-anai siap jadi sarang penagih. Ada penagih yang mati dalam rumah ini.

agneskeithhouse1

So muzium kerajaan negeri sabah telah selamatkan rumah ni dan jadikan muzium. Tapi susun atur dalam rumah ini sebiji macam masa Agnes and family tinggal. Meja makan, ruang tamu, bilik tidur. Siap ada gambar Agnes dan suami di dapur terlekat di dinding. Kalau tengok keadaan rumah tu meang sebiji. Itu yang menyeramkan. Sebab bila masuk rumah ni rasa macam berada di zaman diorang.

Masuk Agnes Keith’s House ni bayar RM2 sahaja.

agneskeithhouse2

Echan: Kalau dibagi Rm300,000 ko duduk rumah ni sorang-sorang 1 malam kau nak?

Aku: Nda mauu laa!!

Sebab kamu akan rasa sesuatu once u enter this house. Di ruang makan susunan sebiji macam masa Agnes tinggal situ. Ada peti sejuk lama. Very old one. Ada buku-buku lama. Lampu malap kuning. Yaiyyyy. Dengan berapa ramai orang lama pernah tinggal situ. Siap ada penagih mati.

agneskeithhouse3

Tangga untuk naik ke atas gila besar scale dia. Papan lebar dan panjang. Ada pasu besar dan gambar-gambar lama di dinding. Ada potret Agnes Keith dengan mukanya seperti perempuan helper dalam cerita saiko orang putih. Kesian Agnes, dia tidak bersalah pun tapi aku cakap muka dia macam hantu. Sorry.

Di bilik tidur ada pula cerita hantu di compile kan, diceritakan oleh mereka yang pernah tinggal situ. Bilik tidur paling scary. Ada cermin oval meja solek. Aku kan suka bercermin biasa lah. Masa aku dekat-dekat cermin tu, telek muka, rasa macam cermin tu bukan aku punya. Tu ok lagi. Aku round bilik, then aku tengok lagi diri aku dalam cermin tu from accross the room, dari sebelah katil yang diletak di tengah-tengah bilik. I can see myself and the katil at the mirror, dari jauh. Masa tu aku tiba-tiba rasa chill gila wa cakap lu dan tersentak terus berlari pergi arah Jay. Masa tu Jay pun pandang semacam. Echan pun sama, dia sudah mula rasa semacam since first aku telek diri sendiri dalam cermin tu demmit.

agneskeithhouse5

Di bilik baca ada typewriter lama yang usang. Telefon lama yang tiada nombor pun, mau dial kena pusing-pusing macam main jackpot. Ada mesin jahit lama. Postcard dari Sarawak. Buku log perhutanan. First time aku masuk muzium and rasa interested sangat. Macam haram.

Cantik memang cantik rumah ni. English style. Dan rasa ada emosi dalam rumah ni. Tapi seperti biasalah, taboleh ambil gambar di dalam. Tapi I managed to get 1 snap , photo of me heeee. Ssshhhhhh

IMG00114-20120123-1640 Gambar curi pakai blackberry cuma, so kualiti memang out la. Gambar ini diambil di sudut ruang tamu tingkat bawah rumah ni. Can you feel the chill? Can you? Can you? Chewah paksa orang pulak. Di depan aku tu pemain piring hitam old skool.

Masa visit rumah ni baru lah sebok baca semua info di dalam, tidak cukup info siap google lagi. Tapi tidak banyak pun info dalam google, dalam rumah ni lagi banyak info. So, go visit Agnes Keith’s House yourself. Feel the chill bebeh. okeh juga belajar sejarah Sabah dulu-dulu, especially Sandakan. It is nice to sometimes visit this kind of place, rather than MALL , chewah lagi.

Seperti biasa aku tinggalkan kamu dengan gambar tuan tanah dan pasangan.

agneskeithhouse4

Love,

Cinoidotcom

p/s: – Next story is English Tea House , located nearby Agnes Keith’s House. See ya!

Wednesday, January 18, 2012

Wordless Wednesday [20]

2012-01-15 21.48.31

Tuesday, January 17, 2012

Di Setiap Gambar Ada Lagu

Cerita serupa sudah di diceritakan di sini

Kamu tahu apa yang bikin seronok berkaraoke with your old friends.

Lagu baru datang dan pergi, tapi tetap ada satu lagu yang tidak akan bertumbuh tua. There is one song that will never grow old walau macam mana pun. Dan bila menyanyi lagu itu seperti ada suatu aura, macam tiba-tiba datang superpower. Macam teruja yang something. Astaghfirullah.
Ketika nyanyi lagu yang satu itu, mesti ada kebolehan melompat sambil menyanyi, sambil menunjuk sambil menjerti untuk share mic.

Lagu itu ialah Melompat Lebih Tinggibff3Bersama kita bagai hutan dan hujan, Aku ada kerna kau tetap setiaaa, aaa, aaa

Percayalah itu lirik lagu yang sedang berkumandang dalam gambar di atas.

bff5

Kamu nampak kebolehan menunjuk sambil menyanyi di atas. See see, aku terpaksa letak watermark di muka untuk cover how excited we are, it shows.

I hope our friendship will be as strong as this song. And will never grow old, just grow mature. Cewah.

bff1bff6

Aku tinggalkan kamu dengan gambar favourite aku dalam banyak-banyak gambar malam tu. Ona cakap macam gambar budak-budak baru mau up!

bff4

Cuba bayangkan, 5 tahun dari sekarang, di belakang 4 orang di atas tu, ada 5 orang budak kecil berlari-lari. Masing-masing bawa sorang anak, Ona bawa dua. InsyaAllah.

OKBYE.

Love,

Cinoi xo

Sunday, January 15, 2012

New Year Getaway

Selepas setengah bulan di tahun 2012, baru aku ada kesempatan update pasal new year celebration. Seperti yang aku pernah tweetkan, aku tidak mahu party hard on new year eve, like previous new year, kalau boleh tidak mahu partying la sudah, mau masukkan dalam azam, tapi takut gebang lebih, buatnya tidak, so just go with the flow saja la, see how things work this year. In fact, since after new year sampai sekarang, I managed to avoid 2 (two) party invitations. And I made it. Yes, I went for a party on new year eve. Tapi banyak duduk dan tengok orang sahaja, ada sedikit boring walaupun suasana hingar bingar. Buktinya, I managed to get up early, like very early for a first-day-of-the-year, untuk Pulau Manukan Winking smileManukan 1

Aku janji dengan friends who worked same project with me, and 1 other group of friends, geng Nisham dari tawau. Because of kami lambat sedikit, sebab breakfast la apa la, friends from work aku gerak dulu naik boat. Dan rugi tak taunggu aku. I managed to get cheaper price for the tambang and all.

Price

Jesselton Point – Manukan, Return boat : RM23 per pax, I managed to get RM17.50 per pax for 8 of us

Snorkeling set : RM10, I managed to get RM5

Life jacket rental : RM10, managed to get Rm5

Terminal Fees: RM7.30, fix

Island Entrance: RM3, fix

My friend main parasailing, RM180 per couple. Kalau mau main banana boat, RM40 per pax.

Tapi aku tidak lah main semua tu. Main-main air saja, sama eksen-eksen snorkeling, konon.

Enjoy the pixes.

Manukan 2Manukan 3Manukan 4Echan, me and tunang. Both budak kecik is not Echan’s anak pun. He babysit them while their parents pergi main parasailing.

Manukan 5

Manukan 6

Gambar atas ni di hujung jeti where papan tempat berpijak tu searas dengan air laut. Syok la berdiri situ boleh tengok ikan lebih dekat lagi. Siap ada ikan terlompat lagi atas kayu tu okey, cuma aku tidak sempat ambil gambar, ikan melompat aku lari, takut digigit ikan bahahaha.

Manukan 7Kasian Jay kena bawa beg bunga-bunga.

Manukan 8Bye bye Manukan. Next target is Mabul. Who’s in??

Saya tinggalkan kamu dengan gambar tuan rumah dan penaja utama. happy new year!!

Manukan 9

Love,

Cinoi xo

Thursday, January 12, 2012

Rumah Wardina dirompak

Morning Thurday.

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi. Oh tidak lagi. Bangun pagi, terus jenguk twitter.

Pagi-pagi dikejutkan dengan berita rumah Wardina Saffiyah dirompak 3 pencuri berbangsa indon. Melarikan 5 biji laptop, serta suami dipukul sebab rumah tiada barang kemas.

Mesti Wardina dan anak ketakutan. Aku malah takut dan geram sebab pasti mereka tidak mampu buat apa.

Pengalaman aku, dulu masa duduk rumah sewa semasa study, pakaian dalam kami selalu hilang di ampaian di porch rumah. Suatu malam kami pakat pancing sidai pakaian dalam yang tak berapa nak cantik, tutup semua lampu dan tunggu pencuri, cuma harapkan lampu jalan sahaja, siap sediakan pelbagai peralatan. Tapi bila masa terlihatnya bayang pencuri sedang memilih-milih kain di ampaian, badan jadi kaku dan mengigil ketakutan demmit.

Last time pula, rumah family tunang dimasuk pencuri juga. Adik tunang ke tandas di dapur, dia dan pencuri sudah saling terpandang antara 1 sama lain sewaktu pencuri cuba masuk ikut tingkap. Adik Tunang panggil adik-adik yang lain dan bersembunyi di bilik ibunya. Masa tu ayahnya out station. Tunang pula tiada di rumah. Rasa sangat helpless semua perempuan di rumah dan pencuri di luar bilik sesuka hati geledah barang. Ketakutan jangan cakap lah. Ngeri. Lucky they are safe. Phone blackberry yang hilang, bila aku try BBm sampai harini tiada delivered, pencuri bodoh tatau guna BB.

Semoga Wardina and family tabah. Dan semoga semua pencuri tertangkap dan insaf. Penjahat!!!


Sent via BlackBerry from Maxis

Wednesday, January 11, 2012

Just Sharing

From BBM broadcast message:-

Important Health Tips:

> Answer phonecalls with the left ear.

> Don't take ur medicine with cold water.

> Don't eat heavy meals after 5 pm.

> Drink more water in the morning, less at night.

> Best sleeping time is from 10 pm to 4 am

> Dont lie down immediately after taking medicine.

> When phone's battery is low to last bar, don't answer the phone,bcos the radiation is 1000 times stronger.



Sent via BlackBerry from Maxis

Sunday, January 8, 2012

Apa yang sudah aku belajar?

 

Memandu.

Ya aku bukannya tidak pandai memandu. Tapi kebiasaan selama ini dipandu sahaja. Lebih-lebih lagi yang jauh-jauh, kalau setakat round-round KK ah biasa saja. Sehinggalah suku terakhir 2011. Nah di situ cabaran bermula.

Cabaran 1: Memandu jarak jauh

Ini ternyata tidak pernah talent ku. Bagi aku jarak jauh harus laju dan memotong. Ha ha. Yang jadi pikiran ku, pergi kerja jadi sedih dan muram durja. Haish, macam mana mahu sampai kerja on time begini. Dengan jarak rumah ke project site approximately 50km, return lebih kurang 100km, everyday. Kali pertama aku terpaksa memandu sendirian tanpa colleague, aku heret Tunang bersama. Ah, kau pandu, kau kan lelaki. Sabtu kan tunang tidak kerja. Tapi alasannya “Ah mengantuk, kau saja pandu, aku kawankan” Panik! Aku mulai memandu, Tunang tidur di seat sebelah. Tapi okey-okey lagi, sebab aku bawa bersama orang yang aku percayai percaya sama aku. Ya masakan dia boleh tidur kalau dia tidak percaya aku memandu. Bilangnya aku bukan tidak pandai, cuma malas, terbiasa, manja. Lesen penuh, tapi memandu banyak pikiran lagi. haih kamu tidak tahu, ini kan jauh, bukan semata pergi 1borneo atau apa. 50km jauh? Jadi hari itu aku pandu Pink, pergi dan balik dengan tunang tidur di seat penumpang. Alhamdulillah selamat. Lama-lama sudah berani, pandu si Pink ke site yang jauh itu, sendirian. Ala, kereta auto.

 

Cabaran 2: Memandu kereta besar atau kereta yang bukan kebiasaanku

Ya. Mana tahan, bawa kereta sendiri. Rugi. Company handover kereta jadi dalam jagaan ku. Kereta besar bagi aku, double cab begitu, lebih praktikal untuk pergi site. dan MANUAL. Nah, mau betul cabaran kan Cinoi, ambil.  Malam sebelum hari pertama harus pandu jauh guna kereta pinjam itu, aku heret Tunang. Pusing-pusing KK, berlatih konon bilangku. Jadi pusinglah. Esoknya awal gila bertolak, ya iyalah. Masih tidak biasa. Jadi yang penting, awal! Alhamdulillah. Rasanya rupanya biasa saja. Seperti memandu kereta lain, cuma rasa lebih tinggi, dan hebak. Ha ha ha. Makin hari makin biasa. Asal rasa yakin, potong, tidak yakin ekor saja.

 

Itu salah satu benda aku belajar recently, memandu jauh, dengan kereta lebih besar. Manual lagi. Rupanya aku masih boleh drive manual. Cuma rasa takut memang belum boleh hilang. Tukar lane semua cermin aku tengok, side mirror, rear mirror, toleh sikit-sikit. Sejak Pink dilanggar July lalu, aku ada sikit-sikit trauma. Mudah terkejut masa memandu, terlalu berhati-hati, dan sukar percaya kepada pemandu yang lain. Bukit ok-ok lah. Tapi cakap Ona betul, setiap orang harus ada skill memandu, baru indie! Eh eh eh.

Kalau tidak sebab kerja ini, aku rasa sampai sekarang masih manja memandu lagi. Ada kereta pun suruh Tunang hantar ke office. Walau macam mana kamu kadang-kadang tidak suka atau banyak mengeluh tentang kerja, ya itu kan jalan hidup sekarang. Mungkin ada perkara baik yang kamu tidak nampak. Mungkin ada perkara yang baik juga walau apa pekerjaan yang sedang kamu lakukan, mahupun mencuci kain di rumah pun. Look at the bright side. Setiap seorang ada bahagian masing-masing Tuhan akan bagi. (pesanan-pesanan ini peringatan untuk diri sendiri juga)

Penat. Setiap hari. Ah orang lain pun begitu. Macam-macam keluhan yang lain. Jadi cuba lah aku untuk menterbalikkan (reverse) kan perasaan itu. Be happy with what you do. Keluhan engkau mungkin adalah kesyukuran bagi orang lain.

IMG-20120108-WA001*Di luar pagar nearby my work station

 

Mudahan 2012 aku lebih positif. Dan optimis. Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.

 

Sehingga post yang seterusnya.

 

Love,

Cinoi xo

Girls Day Out!

 

 

And so it happened. Kebetulan Sheila balik KK with Ariana (yang tutup muka dalam gambar tu), kami planned a meet-up yang santai-santai sahaja. Bulan tua.

girls day out 1

Sheila and Aza first time jumpa Azmah, while Azmah sudah 2nd time jumpa aku & Aci. dan Ona telah jumpa kesemua di atas berkali-kali. Eh aku pun tidak tahu apa motif aku tulis kesemua di atas. Tapi begitulah lebih kurang kami connected with each other. Walaupun kita tidak berjumpa setiap hari, tapi dengan adanya internet di hujung jari, aku rasa macam kami sama-sama setiap hari, dari waktu kerja ke waktu shopping, dan waktu-waktu lainnya, we share. Thanks twitter!!

Meet-up adalah dalam masa yang singkat, tapi sungguh bermakna. Ecewah. We should do this more, in the future. Dan mungkin dengan aktiviti yang lebih berat lagi.

1

Itu sejalah. Ehhe. Hilang tune blogging bah lama tidak update. Till next entry!

 

Love,

Cinoi xo

 

p/s: Aku nda tau lah, Aza memang suka bergambar sambil tutup mata. Ada sesuatu kah di anak mata mu?

Monday, January 2, 2012

Goodbye 2011 and Thanks for the lesson

 

January – Dimulakan dengan wedding our best friend from high school Vivi. Nothing much going on. Went to an interview (and now is my current job), hangout with Jay almost all the time and started play golf.

February – Masih juga hangout dengan Jay selalu, but still have no idea that we will get engaged soon. Ahaks. 1st time pergi tengok Sabah main bola di stadium. Dan setiap hari kerja. Nothing much too. My 2011 starts slow.

March -  Tried to stay home for weekends, dan tiba-tiba berangan mau kahwin dalam masa setahun lagi (which tidak akan menjadi kenyataan, sebab aku dijadualkan kahwin later than March 2012). LOL. Masa ni tiada calon lagi. Tiba-tiba dikejutkan dengan Tsunami di jepun, dan end of march me and some girl friends planning untuk join cause, derma socks sama the victim in Japan, and yeah, we made it on early April 2011.

April – Merujuk kepada entry ITU, yang aku janji will tell you guys later itu ialah acara kami mempacking stoking untuk dipos ke Jepun di Taman Khidmat. Yeah take me months untuk sambung entry itu. Dan juga dikejutkan dengan permergian April dear. Memang ajaib untuk menyayangi someone that u never have met pun. Dan at the same month tukar daripada cinoibeetlesv.blogspot.com kepada cinoi.com. Hidup mula pantas di bulan ini.

May – Attend few weddings. Dan berjaya memiliki kereta sendiri, Pink. Beli kereta ialah azam saya pada tahun 2010, tapi 2011 baru tercapai. Nah.

Jun – 1st time rasa sanggar cheese d Tawau, haha accomplishment juga ni. Demam Nora Elena. Dan juga bulan ni baru tiba-tiba decide untuk bertunang. Beli cincin Winking smile. Oleh kerana tiada azam untuk tahun 2011,sebab azam aku ialah, kalau mahu buat sesuatu terus buat lahhaha, jadi benda ni macam spontan sahaja aku rasa.  dan juga bulan Jun ialah  kelahiran anak buah ku yang ke8

July – Dapat lesen penuh (driving license), dapat call dari current company offering this job. Dan Pink mengalami kecelakaan jalan raya, 2 hari sebelum majlis bertunang. And yeahhh! July ialah bulan pertunangan saya (30hb July 2011). Dan jika kamu baca entry ini, july 2010best friend for life itu ialah Encik Tunang sendiri, bahaha.

August – Bulan puasa, raya. Dan birthday tunang Winking smile

September – Masih lagi raya. Dan mula berkerja di tempat baru which is my current job. Dan akhir December sudah mula berkerja ulangalik KK-Kimanis.

October – Dikejutkan dengan pemergeian sahabat baik, arwah Sadat Sad smile Juga hectic dengan pekerjaan.

November – Bulan kelahiran saya yeay. Walaupun bermula agak perlahan dan sedih, penghujung bulan mulai suka. Kelahiran anakbuah ke9 di HKL. Dan masih hectic kerja. Sudah mula belajar memandu sendirian KK-Kimanis-KK lebihkurang 100km la return, everyday.

December – Mula belajar drive kereta besar double cab dan manual. Rugi bawa kereta sendiri ke site, jadi mahutidakmahu, drive la kereta company. Dan Alhamdulillah sekarang sudah mahir. Dan juga telah menetapkan tarikh kahwin Alhamdulillah. InsyaAllah prosesnya bermula tahun ini 2012.

Boleh baca semula dengan mengklik bulan-bulan bertulisan merah di atas. Aku rasa masih ada beberapa lagi aku berhutang entry. Apapun, 2011 dah chalo bete. Now is 2012. Banyak perkara menanti dan hopefully we’ll have a great year ahead, semoga semua yang kita rancang berjaya, InsyaAllah.

 

Love,

Cinoi xo

how addicted i am to blogging

thank you for dropping by

hope u enjoy reading and do come again
daa....